Home Novel Cinta Khas Buat Suraya Anne!
Khas Buat Suraya Anne!
kamika
3/2/2022 09:59:01
9,443
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Tepat jam 10.00 malam telefonnya berbunyi. Dia menyambut panggilan itu dengan perasaan bersedia. Setelah bercakap sepatah dua telefon itu disimpan dalam poket bahagian depan beg laptop kemudian beg itu digalas. Dikerling sekilas bayangannya pada cermin. Santai dalam tshirt hitam berlengan panjang dan jeans lusuh yang berpotongan longgar. Sehelai tudung sarung instant berwarna pink lembut pemberian Kak Rin tersarung dikepala. Tudung dari kain jenis chiffon itu sangat selesa dan mudah digayakan. Lebih-lebih lagi dia akan melakukan tugas pada waktu malam. Tidak perlu bersusah payah untuk bergaya.

"Aku pergi dulu." kata Suraya ketika melintasi Hanis yang sedang menonton.

"Okay, babe. Hati-hati. Apa-apa call." pesan Hanis. Dia tersengih usai menyarung sneakers ke kaki dan membuka pintu. Tiba ditingkat bawah dia dapat melihat kereta yang sama yang dinaiki olehnya kelmarin diparkir dikawasan drop off apartmen. Tanpa menunggu lama dia bergegas membuka pintu kereta dan menyapa ala kadar Dr. Adrian yang sedang sibuk melayani telefon pintar ditangan.

"Kita ke ofis dulu." ujar Dr. Adrian lantas menukar gear dan kereta mula bergerak.

"Kenapa tak terus buat kerja?" Soalnya ketika tali pinggang keledar ditarik dan dikemaskan. Beg laptop dibiarkan diatas ribaan.

"I ada beberapa perkara nak disiapkan di ofis. Lagipun kita akan guna kereta company."

"Kenapa kena guna kereta company pulak?" tanya Suraya ingin tahu. Dah alang-alang kenderaan lelaki itu ada kenapa tak digunakan terus. Lainlah ketika dia melakukan kerja dengan Zamri yang menunggang motosikal ke pejabat. Memang patutlah kenderaan syarikat digunakan ketika turun ke site. Dia menanti tanpa melihat reaksi lelaki itu. Sebaliknya wajahnya sentiasa dihadapkan ke depan. Walaupun perbualan mereka makin santai perasaan segan tetap utuh disanubari. Belum sekali terlupa akan kebiadabannya tempoh hari terhadap lelaki itu.

"It's previlege. Take it or leave it. The best choice, use it. Lagipun dalam kereta tu complete dengan inverter jadi senang nak buat kerja." terang Dr. Adrian. Dia mengangguk kecil.

"Tapi, kenapa kita tak buat kerja sekarang?"

"Are you playing dumb, Suraya?" soal Dr. Adrian. Sempat dia terkedu sesaat sebaik soalan itu terkeluar. Sebenarnya dia gembira apabila Suraya bertanyakan bermacam soalan kepadanya. Tidaklah janggal dan canggung suasana. Cuma dia bertanya sekadar untuk menduga gadis itu sahaja. Melalui ekor mata dilihat Suraya menoleh memandangnya buat seketika.

'Kasarkah pertanyaannya itu?'

Dr. Adrian menggaru dahi dengan hujung jari sebelum tangan kembali berlabuh ke stereng. Sedikit sesal.

"Tapi kita boleh lakukan test tu sekarang, kan?" soal Suraya menepis perasaan tersinggung yang singgah sebentar tadi.

"Yes, you are right. Tapi, kita tak mahu ganggu customer kalau buat pada waktu macam ni." jelas Dr. Adrian lagi. Suraya membuat mental note. Akan diabadikan dalam buku nota kecilnya apabila tiba dipejabat nanti.

Dua puluh minit perjalanan dan mereka tiba dipejabat.

"Saya tak bawak ID." maklumnya ketika melewati pintu utama di mana seorang pengawal keselamatan sedang bertugas. Pengawal itu mengangkat tangan sebaik menyedari kehadiran mereka dan dibalas oleh Dr. Adrian.

"Never mind. Kita ke my office." sahut Dr. Adrian. Dia mengekori hinggalah lif yang dinaiki tiba ditingkat tujuh. Suasana suram mengiringi langkah mereka ketika masuk ke ruang pejabat. Hanya sebuah bilik yang kelihatan cerah. Barangkali pejabat lelaki itu, tekanya.

"Duduklah di mana you selesa." arah Dr. Adrian lantas menekan beberapa suis dan sebahagian dari ruang itu bertukar terang. Keadaan diaras tujuh tidak banyak berbeza dengan arasnya. Dia terus mengekori hinggalah ketika hampir tiba dibilik lelaki itu barulah dia mendekati sebuah meja yang kosong dan beg laptop diletakkan di atas meja tersebut.

"Dah makan?" tanya Dr. Adrian. Tidak jadi melangkah masuk padahal sebelah tangannya sudah memegang tombol pintu. Suraya menoleh dan mengangguk.

"Tidur?"

Dia angguk lagi.

"Alright." ucap lelaki itu ringkas sebelum membuka pintu selebar-lebarnya dan menghilang. Dia melabuhkan punggung dan mengeluarkan buku bacaan dan buku nota. Halaman ke-290 menjadi tatapan. Buku yang diusung ke sana ke mari belum dapat dihabiskan kerana masa yang ada terkadang banyak dihambat dengan tugasan dan rutin harian. Dia menyambung bacaan hingga tidak menyedari lena terlebih dahulu menghanyutkan dirinya.

"Suraya.."

Sayup dia mendengar namanya diseru. Perlahan-lahan dia membukakan mata. Buat seketika dia terkebil-kebil sebelum wajah merona kerana telah menyedari situasi yang dihadapinya. Dia tertidur dengan buku tebal itu dijadikan sebagai alas. Selamba sahaja dia menggosok mata dan menutup mulut yang menguap. Dr. Adrian ralit memerhati hinggakan satu senyuman menguntum dibibir.

"You tidur atau tak siang tadi?" soal Dr. Adrian yang tercegat disisi. Agak lama dia bersendirian di dalam pejabat menyambung membuat analisis ke atas laporan yang diterima, terdetik pula di hati untuk memantau keadaan Suraya. Kelu ketika melihat gadis itu tertidur berbantalkan lengan dimeja kerja. Tidak sanggup melihat Suraya tertidur begitu, Dr. Adrian memberanikan diri untuk mengejutkannya.

"Tak biasalah nak kena tidur siang. Malam tadi dah tidur banyak. Tiba-tiba, siang kena tidur lagi. Saya dapat tidur tak sampai satu jam, kot." akui Suraya dengan suara sedikit serak. Tekaknya terasa kering dan dia mengutuk dirinya kerana terlupa membawa bekalan botol minuman. Seperti memahami keadaannya, Dr. Adrian menghilang dan kembali dengan sebotol air mineral ditangan. Tanpa perlu dipelawa dia menyambar air tersebut dan meneguk. Lega.

"Terima kasih." ujarnya sambil mendongakkan kepala sebentar. Leher yang lenguh digosok menggunakan sebelah tangan.

"Dah nak pergi site ke?" Soalnya lagi.

"Belum." sahut Dr. Adrian.

'Apa? Kalau macam tu buat apa dikejutkan tadi? Potong stim betul orang tengah sedap-sedap tidur.'

"Apa kata you tidur dekat bilik I. Ada sofa. At least taklah sakit-sakit badan."

Darah merah menyerbu. Suraya menundukkan wajah. Kedua belah tangan diribaan menggenggam buku lima. Dia mengerling beg laptop.

'Alamak, handphone dalam tu pulak.'

Pintu pejabat yang bertutup rapat membuatkan akalnya mati. Kenapa awal-awal tadi tak terfikir langsung akan situasi itu?

"Suraya? Kenapa?" tanya Dr. Adrian sambil jari jemarinya mengetuk-ngetuk meja. Dia menarik nafas yang dalam. Ngeri untuk membayangkan adegan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam pejabat itu.

"Are you afraid of me?" teka Dr. Adrian. Dan melihatkan kelakuan Suraya dia pasti terkaannya memang betul. Dipendam rasa kecewa yang hadir. Dia tidak boleh menyalahkan secara membabi-buta. Gadis itu berhak mempunyai pendapatnya tersendiri. Dan pendapat itu tepat pula pada situasi mereka ketika ini. Lidah yang petah kehilangan kata-kata. Namun, Dr. Adrian mencuba satu cara. Access card di dalam poket baju kemeja dikeluarkan. Tali yang melilit dirungkaikan. Kemudian dipakaikan ke leher Suraya. Gadis itu kelihatan terkejut tetapi, memberanikan diri mendongak ke arahnya. Dr. Adrian melemparkan segaris senyuman. Kelat.

"Kalau I nak buat sesuatu pada you, I tak pilih ofis, Suraya." ucap Dr. Adrian. Senyap.

'Maksudnya dia nak buat sesuatu dekat aku kat tempat lain ke?'

"Look." Dr. Adrian menunjuk ke arah siling di suatu sudut. Besar harapan semoga gadis itu berhenti dari berprasangka. Sorotan Suraya mengikuti pergerakan jari telunjuk Dr. Adrian. 'CCTV! Oh, malunya.'

Masih lagi memerah wajahnya ketika ID yang tersangkut dileher dipulangkan kembali kepada Dr. Adrian. Malu-malu kucing.

"Be professional. Kita ada di sini pada jam ni untuk berkerja, right?"

Setepek! Berganda malunya.

"So, pukul 2.00 nanti kita gerak. Sekarang, you pergi masuk ofis I dan tidur di situ. I buat kerja di sini." kata Dr. Adrian selamba lalu beredar dan muncul kembali dengan menatang sebuah laptop. Kata dikotakan dan tanpa sebarang bicara dia berdiri dan melangkah memasuki pejabat lelaki itu dengan bibir tertutup rapat dan kepala tertunduk.

'Malu, malu, malunyaaa!!!'

"Tutup lampu."

Sempat Dr. Adrian memberi arahan. Terperanjat namun dipatuhi arahan itu. Suis lampu ditutup. Suasana menjadi malap kerana ruang itu mendapat biasan cahaya dari luar. Seperti mana di dalam kereta lelaki itu, dia mendapati haruman mint frost turut memenuhi segenap ruang bilik sederhana besar itu. Meja kerja dengan beberapa buah folder yang kemas diatur serta dua buah kabinet kaca dikiri dan kanan. Kedua-duanya dipenuhi dengan folder. Sebuah sofa sederhana panjang disudut kanan didekati dan dia melabuhkan duduk disitu. Perhatian yang diberikan oleh lelaki itu membuatkan dia malu dengan sikapnya yang cepat berprasangka. Tanpa menunggu lama, sebiji bantal hiasan dijadikan alas kepala dan sekali lagi dia terlelap dibawa lena.

Tidurnya terganggu lagi. Cahaya lampu membuatkan matanya perit dan silau. Tetapi kali ini dia tidak lagi terkejut. Cuma rasa mengantuk masih memberati.

"Jom." ujar Dr. Adrian setelah menyedari gerak gerinya yang mula tersedar. Suraya bingkas bangun dan keluar tanpa melihat ke arah lelaki itu yang sedang berkemas di meja kerjanya.

"Pakai ni." arah Dr. Adrian ketika meletakkan sehelai zip up hoodie diribaannya. Dia terpana tetapi menyambut jua pemberian itu. Beg laptop miliknya diletakkan ditempat duduk belakang dan dia menyarung hoodie lelaki itu. Hangat dan selesa. Dikawasan parkir yang terletak di tingkat bawah tanah, di dalam kenderaan pacuan empat roda yang diterangi oleh dome light, Dr. Adrian mula mengeluarkan tools yang bakal digunakan. Sebiji inverter yang diletakkan dibahagian kakinya digunakan sebagai penukar voltan. Dia membantu melekatkan plug laptop pada inverter tersebut. Sebuah telefon pintar yang digunakan sebagai test phone turut dikeluarkan lalu cable pengecas disambungkan pada laptop. Begitu juga dengan GPS dan sebiji usb dongles.

"Banyak juga tools yang digunakan." getusnya perlahan namun masih didengari dalam keadaan sunyi begitu.

"Hmm.. Tapi, tak lama lagi company akan bertukar kepada App based. Soon.. Very very soon." ujar Dr. Adrian diiringi dengan sejuring senyuman. Sempat dia melirik dan tertanya-tanya keadaan yang menyebabkan mood lelaki itu tiba-tiba bertukar ceria buat seketika.

"Alright.. Kita ke Setapak dulu." ucap Dr. Adrian setelah selesai membuat penyambungan dan membuka perisian Google Earth.

"Hmm.." sahutnya berserta senyuman dan riak tidak sabar.

"Mengantuk lagi?" Soal Dr. Adrian sambil sebelah tangan memegang stereng. Sebelah lagi menahan laptop di atas ribaan. Sebenarnya ketika melihat Suraya tertidur di atas tadi dia sudah diserang dengan perasaan serba salah. Boleh jadi dia telah melakukan kesilapan dengan memilih gadis itu sebagai pembantu. Namun setelah perancangan berjalan separuh, mahu atau tidak, aturan asal harus diikuti.

"Adalah sikit." jawab Suraya malu-malu. Dr. Adrian merenung kemudian berkata;

"Tak jadi nak suruh you jadi driver."

"Why you guys asyik suruh saya jadi driver?" terlanjur kata-kata itu tercetus dari mulutnya. Dikemam bibir.

'Eh? Lupa ke dia tu bos? Suka hati dialah nak arahkan orang.'

"You guys? Maksud you?"

'Kan? Dah kena menjawab.'

Suraya senyum pendek. Dibuat-buat.

"Takde apa, lah."

"No. This is the second time I heard you complaining. What is it, Suraya? Ada sesiapa yang buli you?" Tanya Dr. Adrian ingin tahu. Bungkam. Dia membuang pandang ke luar sekilas lalu kembali menoleh.

"Sorry. Maybe saya tak cukup tidur kot. Jadi banyak pulak songeh memalam ni. Can we start now, Dr. Adrian?"

Dr. Adrian menghela panjang. Dua kali perhatiannya ditolak.

"I saw you driving this car masa di Greenwood so, I thought you know how to handle it." jelas Dr. Adrian. Tiada sahutan.

"You boleh baca map?" Soal Dr. Adrian setelah dirasakan topik itu enggan dibincangkan oleh Suraya.

"Boleh."

Itulah jawapan yang diharapkan. Bukankah pada minggu lalu gadis itu sendiri yang meluahkan perasaan tidak puas hati kerana dinilai kemampuannya terlalu awal dari tempoh masa yang diberikan. Dan dia yakin tiada kesilapan dalam keputusan memilih Suraya cuma, gadis itu belum terbiasa dengan sistem kerja yang dilakukan.

"Kalau macam tu you pegang laptop ni. I dah mark spot dan route yang kita akan ambil untuk SSV. Jangan risau.. Short drive test tapi mungkin ambil masa waktu static test nanti." jelas Dr. Adrian membuatkan Suraya menganggukkan kepala beberapa kali. Laptop diserahkan dan sepanjang perjalanan dia memegang ia seperti menjaga nyawanya sendiri. Ketika melalui jalan yang berbonggol, dipegang kejap laptop itu. Begitu juga ketika membelok atau brek ditekan.

"Alright. Malam ni kita jadi burung hantu.." usik Dr. Adrian tanpa menyedari sense of humour itu sedikit sebanyak menipiskan dinding pertahanan yang dibina oleh Suraya terhadap lelaki itu. Sejak bila pula dibina kubu itu? Sejak kali pertama bertemu ianya terbina sendiri tanpa dia sedari.

Kenderaan yang dinaiki berhenti disebuah petak parkir berhadapan dengan sebuah kedai serbaneka yang dibuka 24 jam. Dia melirik kiri dan kanan. Walaupun lengang pada jam 2.30 pagi tetapi, terang benderang kawasan itu disimbahi cahaya dari lampu jalan dan lampu hiasan kedai-kedai di shoplot yang panjang itu.

"First thing first, call NOC untuk alarm status." kata Dr. Adrian tidak jemu memberi tunjuk ajar. Dia mengangguk dan memerhati lelaki itu mencapai telefon pada holder dan mendail suatu nombor.

"Oh, it's Azlan. Your boyfriend.. Nak cakap dengan dia untuk tanya site status?" tanya Dr. Adrian selamba dibawah biasan cahaya yang menaungi mereka berdua. Suraya tergamam. Bulat biji matanya.

"Hei, dia bukan boyfriend saya!" tuturnya sedikit bengang. Namun, terkelu saat mengerti suaranya itu dapat didengari oleh Azlan dihujung talian.

'Ciss!! Main-mainkan orang rupanya.'

Dia mengangkat tangan. Berani untuk membuat percubaan merampas telefon itu. Tetapi, gagal apabila jari-jemarinya bertemu dengan telapak tangan Dr. Adrian yang terlebih dahulu memintas dari mengelakkan pergerakannya pergi lebih jauh. Seperti terkena renjatan elektrik, cepat-cepat dia menarik kembali tangannya. Bergoyang laptop tatkala tubuhnya dipusingkan untuk memandang ke luar tingkap. Terlalu malu. Tetapi geram dengan sikap lelaki itu yang bergurau tidak kena tempat. Setelah mendengar talian diputuskan dia tetap dengan posisi begitu. Sengaja.

"Suraya, I minta maaf, okay. Come. Let's start working." ucap Dr. Adrian dengan nada yang lembut. Dalam diam dia senang kerana sangkaan tentang perhubungan Suraya dan Azlan lupus.

Terpujuk. Suraya membetulkan kedudukan.

Hampir jam 6.00 pagi mereka tiba di tingkat bawah tanah itu. Walau bagaimanapun masih menanggung tugas yang belum selesai. Mereka akan melaksanakan tugasan yang sama tetapi akan dilakukan pada waktu siang keesokanya pula.

"Penat?" tanya Dr. Adrian. Tanpa sengaja dka menguap. Pantas ditutup mulut dengan belakang tangan. Dr. Adrian memerhati tanpa jemu.

"Nak tidur.." ujarnya separa bermaya.

"Boleh solat?"

Suraya angguk.

"Jom naik ke surau. Lepas tu I hantar you balik. Take a good rest and I'll send you an email about tomorrow's task."

Bagai burung belatuk dia mengangguk sambil memerhatikan Dr. Adrian mengemas peralatan yang digunakan. Tiada lagi bantahan dan bicara. Hati kecil berteriak ingin segera pulang.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.