Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SANG PENYAMAR HATI
BAB 4 : Hadirkah Cinta Itu

BAB 4 : HADIRKAH CINTA ITU

"Hah...Tengku ingat tak pagi tadi Tengku ada bertekak dengan perempuan comel yang perangai ala-ala gangster tu? Lepas perempuan tu pergi, Kak Nab kemas bilik mesyuarat ni utk mesyuarat lembaga, tut tut dia terjumpa handphone ni kat celah pasu. Saya rasa masa perempuan tu baling fail dan beg dia kat Tengku,masa tulah handphone dia tercicir kot." Berdebar-debar jantung Tengku Aidil seketika apabila mendengar perkembangan terbaru ini. Adakah ini satu petanda bahawasanya memang ada jodoh di antara mereka berdua?

“ Oh begitu rupanya. Thanks Mat Top, tak apa nanti I fikirkan macamana nak pulangkan handphone ni kepada tuan punya badan. I ada kerja ni, hari pun dah lewat petang ni, you balik lah dulu, tak payah tunggu I," arah Tengku Aidil kepada pembantu peribadi merangkap bodyguardnya itu. Kemudian dengan wajah yg riang Tengku Aidil bergegas kembali ke biliknya. Sesampai di bilik terus dia melabuhkan punggung dan dibelek-beleknya telefon bimbit itu.

“Kali ini kalau perempuan ni nak handphone dia balik, I akan pastikan dia akan minta maaf dulu. Tiada permohonan maaf bermaksud tiada maaf bagimu,” getus Tengku Aidil di dalam hati sambil tersengih-sengih seorang diri. Namun secara tiba-tiba telefon bimbit itu berbunyi. Keresahan terus bertandang di dalam diri Tengku Aidil. Haruskah dia menjawab panggilan itu?

" Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam. Eh, siapa pula ni? Ira mana?”

"Betul ni telefon Ira tapi dia ke tandas sekejap. Saya ni boyfriend dia." Dalam keterpaksaan Tengku Aidil terpaksa berbohong sunat dengan menaik taraf dirinya sendiri sebagai teman lelaki kepada perempuan gangster itu.

"Oh, dah ada boyfriend rupanya si Ira ni. Patutlah tak pernah dilayannya anak makcik. Selama ni penat anak makcik..apa kata omputeh, nak tackle..hah tapi si Ira ni bolayan jer." Tersenyum seketika Tengku Aidil apabila mendengar keramahan makcik itu.

"Eh makcik melalut pulak. Ni ha sebenarnya makcik telefon ni ada hal penting. Bagitahu Ira suruh dia pergi sekarang juga kat HUKM. Tadi mak dia pengsan kat rumah makcik, anak makcik dah bawa mak dia ke hospital."Tergamam Tengku Aidil mendengarnya. Otaknya ligat berfikir bagaimana dan apa harus dibuat di saat ini.

"Jangan risau makcik saya akan hantar dia ke sana secepat yang mungkin. Terima kasih makcik sebab inform saya pasal ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Tengku Aidil bingkas bangun dan segera menuju ke bilik En Razali. Tujuannya hanya

satu, untuk mendapatkan alamat Safira Rania binti Nordin!

"ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR.."

Laungan azan yang bergema di seluruh pelusuk alam menusuk ke ruangan gegendang telingaku. Serta-merta aku bangkit dan melihat ke arah jam.Ya Allah, dah pukul 7 malam rupanya. Macam manalah aku boleh tertidur kat masjid ni? Alang-alang terlanjur dah berada di dalam masjid ini, lebih baik aku solat maghrib dahulu.

Selesai solat maghrib cepat-cepat aku memperkemaskan diri, kemudian terus bergerak menuju ke stesen LRT untuk pulang ke rumah. Hatiku jadi tidak keruan. Apa yg harus ku katakan kepada ibu? Desis hati ini kuat mengatakan yang sebaik-baiknya aku harus berterus-terang sahaja dengan ibu. Perjalanan yang jauh ku rasakan amat cepat berlalu. Sesudah sampai di stesen Chan Sow Lin ku teruskan langkah kakiku menuju ke rumah. Sungguhpun hari sudah menginjak tua namun di perkarangan flat kediamanku meriah dengan kehadiran manusia yang tidak putus-putus. Siulan dari pemuda-pemuda nakal yang singgah di gegendang telinga ini tidak langsung ku hiraukan. Dengan pantas kaki ini melangkah menuju ke lif. Dari jauh ku terlihat kelibat manusia yang begitu ramai di hadapan lif tersebut. Aduhai!! Buat kesekian kalinya lif ini rosak lagi! Jikalau dibuat perkiraan dalam minggu sudah tiga kali lif ini rosak. Mujurlah lif bomba masih berfungsi namun aku terpaksa bersesak-sesak sebelum dapat menaikinya. Hidungku ini kembang-kempis menahan nafas akibat bau-bauan yang kurang menyenangkan di dalam lif yang padat dengan manusia itu. Sebaik sahaja aku turun dari lif, rumahku kelihatan gelap gelita seolah-olah tiada penghuni di dalamnya. Ke mana agaknya ibu pergi?Langkah kaki ini semakin laju menuju ke perkarangan rumahku. Baruku perasan ada sesusuk tubuh yang tinggi lampai sedang menunggu di hadapan rumahku. Ya Allah, benarkah apa yg aku lihat ni???

"Mesti Cik Safira terperanjat kan macamana I boleh ada kat sini. Sekarang ni kita jangan buang masa lagi, jom kita segera ke HUKM, mak Cik Safira ada di sana," ujar Tengku Aidil sambil menarik tanganku untuk menuruni lif semula . Aku yg bungkam mendengar perkhabaran mengejut ini hanya akur sahaja. Sepanjang berada di dalam kereta kami berdua hanya diam membisu seribu bahasa, hanya alunan radio yang memecah kesunyian di kala itu.

' Aku lihat dia disana....Aku ingin mendekatinya...

Aku cuba menghampirinya...Lalu aku menyapa dia...

Dia pun membuka bicara...Dan aku mulai mengenalnya

Kita mulai bermain mata...Mula timbul rasa bahagia...

Bila dia, mendekati diriku...Hatiku rasa sesuatu...

Bila dia, senyum pada diriku...hatiku rasa tak menentu...ooo'

"Lagu ni macam ada kena mengena dengan kita pulak kan?" Usikan nakal Tengku Aidil itu langsung tidak membuka seleraku untuk berbual-bual dengannya. Terus sahaja aku menghadiahkan sebuah jelingan yang tajam buatnya.

"Janganlah marah, I bergurau saja. I tahu sekarang ni you rasa pelik kan? Sebenarnya tadi you tertinggal handphone kat pejabat I. Kemudian I dapat panggilan dari seseorang, I rasa jiran you agaknya. Dia maklumkan bahawa mak you pengsan dan sudah dibawa ke hospital. Sebenarnya I pun tak sangka kita akan bertemu semula dalam situasi begini."Aku hanya diam kelu seribu bahasa. Kata-kata Tengku Aidil itu bagaikan angin yang ditiup bayu sahaja padaku. Fikiranku sekarang hanya tertumpu kepada ibu. Apa dah jadi pada ibu? Tidak lama selepas itu kami sampai di perkarangan hospital. Setibanya di lobi kecemasan aku segera berlari turun dan menuju ke kaunter pendaftaran. Dengan nafas yang tercungap-cungap terus sahaja aku melemparkan soalan kepada jururawat yang bertugas di situ.

"Cik, tumpang tanya, tadi ada tak pesakit bernama Shamsiah bt Roslan di masukkan

ke sini? Boleh saya tahu di mana dia ditempatkan?"

"Oo pesakit ni baru je dibawa naik ke unit ICU di tingkat 2."

"Terima kasih banyak ya cik." Lif menjadi sasaranku seterusnya. Sesampainya di unit ICU aku terus menerpa masuk ke dalam tapi langkahku segera di halang oleh jururawat yang bertugas.

"Cik, selain dari pesakit orang lain tak dibenarkan masuk ke dalam."

"Tapi ibu saya ada di dalam. Saya nak tengok keadaannya macamana."

"Sabarlah cik. Ibu cik sedang menerima rawatan. Sebentar lagi bila doktor dah selesai membuat pemeriksaan cik boleh berjumpa dengan doktor ya," dengan nada lembut

jururawat itu cuba memujukku. Hatiku ini pedih rasanya bagaikan kaca yang terhempas di batu. Ya, dapat ku rasakan titis-titis air mata bergugusan mula menitis dari kelopak mataku. Tiba-tiba ku rasakan bahuku di sentuh dengan lembut.

" Sabarlah Cik Safira, kita sama-sama doakan supaya ibu Cik Safira lekas sembuh ya."

Mamat ni lagi! Namun malam ini watak yang di bawa oleh Tengku Aidil berbeza sekali dengan wataknya di siang hari tadi. Tengku Aidil memandangku dengan pandangan yg penuh simpati. Berbeza sungguh dengan siang tadi bila dia melihat aku bagaikan nak dibahamnya hidup-hidup. Baru aku teringat, rupanya tadi aku terus meninggalkan dia terkontang-kanting di lobi kecemasan. Sedar-sedar dia dah berada di sini.

"Encik..oops Tengku Aidil, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi

hantarkan saya ke sini. Saya rasa eloklah Tengku pulang dulu. Saya tak nak menyusahkan Tengku."

"Safira, I takkan tinggalkan you seorang diri di sini. Apa jua yng berlaku hari ini I rasa berpunca dari I juga dan I rasa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri you." Meremang bulu romaku apabila mendengar kata-katanya. Boleh tahan juga romantiknya mamat ini.

" Tengku, janganlah cakap macam tu. Saya pun nak minta maaf juga sebab berkasar

dengan Tengku siang tadi. Mak saya sakit, itu sudah ketentuan Allah, bukannya

salah Tengku, lagipun tadi saya tak sempat pun maklumkan pada ibu yang saya gagal

dalam interview hari ini," tuturku dengan perlahan. Terserlah riak muka kekesalan di

wajah Tengku Aidil. Pasti dia benar-benar rasa bersalah terhadap diri ini.

"Cik Safira, doktor nak berjumpa sebentar. Sila ikut saya."

Aku bingkas bangun dan mengekori jururawat itu. Tanpa disuruh Tengku Aidil juga bangun dan mengikutiku dari belakang. Sesampainya di bilik doktor, kami berdua masuk. Ku lihat wajah doktor itu berkerut-kerut memandang ke arah kami berdua.

"Sila duduk. Saya Doktor Razak, doktor yang merawat Puan Shamsiah. Kamu ni Cik

Safira, anak kepada Puan Shamsiah ke?"Aku hanya mampu mengganggukkan kepala.

"Cik Safira, apa yang saya nak bagitahu ni, saya harap Cik Safira dapat bersabar banyak-

banyak dan jangan terperanjat."Dadaku tiba-tiba berdegup kencang tika mendengar kata-kata doktor Razak itu.

"Sebenarnya,ibu Cik Safira menghidap kanser otak tahap dua. Memang ia tidaklah begitu kritikal dan masih boleh diselamatkan lagi namun ibu Cik Safira harus segera menjalani pembedahan untuk membuang kanser itu dari otaknya. Lagi cepat pembedahan dilakukan, lebih cerah peluang ibu Cik Safira untuk sembuh. Tapi terus-terang saya katakan,pembedahan ini memakan kos yg agak tinggi sekitar RM 60,000 ke RM 70,000." Nah!Tergamam aku seketika apabila mendengarkan perkhabaran buruk itu. Manalah aku nak mendapatkan duit sebanyak itu? Sudahlah kerja pun tak ada lagi, dari mana aku nak cari duit untuk menampung kos perbelanjaan rawatan ibu?

"Doktor, tolong buat persediaan untuk pembedahan tu. Tentang kos jangan risau, saya akan tanggung sepenuhnya." Biar betul mamat ni! Takkanlah dia sanggup menolong aku begitu sahaja sedangkan kami berdua bukannya kenalan rapat. Mungkin ada udang di sebalik batu. Safira, kau kena dapatkan penjelasan dari mamat ni!

"Baiklah, saya akan minta jururawat untuk sediakan dokumen-dokumen yang berkaitan. Kamu berdua boleh tunggu di luar dulu. Saya akan maklumkan nanti semula."

"Terima kasih doktor."Tengku Aidil melangkah keluar dari bilik doktor. Tanpa mempedulikanku Tengku Aidil berjalan ke hujung koridor dan membuat panggilan telefon. Aku hanya memerhatikannya dari jauh, tak sabar rasanya untuk aku berbicara dengannya. Tidak ku sangka rupa-rupanya dia mempunyai hati yang sungguh mulia. Sebaik sahaja dia menamatkan panggilan, dengan perlahan aku berjalan menuju ke arahnya. Ku lihat dia hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap, sikit pun dia tidak mempedulikan kehadiranku.

"Tengku..”

Tengku Aidil berpaling ke arahku dengan pandangan yg tajam. Ya Allah, bisa gugur

jantungku melihatkan renungannya yg menikam jiwa. Tak dapat ku nafikan Tengku Aidil memang kacak. Dengan raut wajahnya yg putih bersih, hidungnya mancung seakan-akan hero filem hindustan, rambutnya yg lurus kehitaman tersisir rapi ditambah dengan tubuhnya yang tinggi lagi tegap. Mana-mana pun wanita di dalam dunia ini bisa cair dengan ketampanannya. Safira, tolong jangan perasan! Tolong berpijak di alam nyata. Tidak mungkin seorang Tengku yang kacak sepertinya akan jatuh hati dengan wanita ganas seperti kau ini!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.