BAB
1 : KISAH BERMULA
“Kringggggggggggggg………….”
PAP! Dengan pantas aku menutup jam locengku
sebelum ia mengalunkan irama yang bisa membingitkan halwa telinga ku di pagi
hari ini.
“Ira!!!
Cepat bangun!! Hari ini kan kamu ada temuduga. Bangkit cepat!” jerkah ibu
sambil menarik selimut yang menutupi sebahagian dari wajahku.
Aku
bingkas bangun. Tuala yg tersidai di birai katil ku tarik dengan malas. Kaki
ini melangkah dengan malas menuju ke bilik air. Tidak sampai hati rasanya ingin
meninggalkan tilam dan batal kesayangan. Namun cuak pula hati ini bila
mengenangkan siaran radio ibu yang akan mula berkumandang bila-bila masa sahaja
dari sekarang.
Usai
mandi terus ku sarungkan baju kemeja berkotak dipadankan pula dengan
seluar hitam. Terserlah pesona dan aura
seorang gadis yang bakal menginjak ke sebuah dunia yang penuh pancaroba di luar
sana. Rambut lurus separas bahu segera ku sisir. Pengilat bibir ku calitkan di
bibir. Sentuhan terakhir dari bedak padak nyata melengkapkan penampilanku.
Walaupun serba sederhana namun kesederhanaan itulah yang melonjakkan wajah
polos nan menawan milik si empunya nama Safira Rania binti Nordin ini.
“Dah
tu, jangan nak berangan kat depan cermin tu, cepat pakai tudung ni, ibu dah
gosokkan, kalau harap kamu sampai kiamat ler tak bergosok jawabnya.”
Angan-anganku terputus secara tiba-tiba. Nampaknya siaran radio pagi
berkumandang jua akhirnya. Namun ia tidak sesekali mematikan ideaku untuk terus
melayan karenah DJ tua kesayanganku itu.
“Hah!
Kalau begitu kita tunggu sampai kiamat jelah baru orang gosok tudung ya!” Renungan tajam ibu membuatkan ayatku
tergantung seketika. Takkanlah ibu terasa hati dengan gurauan anak
kesayangannya ini?
“Maaf
ibu, Ira tak bermaksud nak melukakan hati ibu. Janganlah merajuk ibu, di dalam
dunia ini Ira hanya ada ibu seorang sahaja. Selama ini kita berdua sudah
menjalani hidup bersama-sama. Susah payah bersama-sama. Ira mahu ibu tahu yang
Ira dah bertekad akan membalas segala jasa-jasa ibu terhadap Ira. Air mata di
pipi ibu ini tidak akan sesekali Ira biarkan mengalir kerana selepas ini hanya
gelak tawa ibu sahaja yang mahu Ira dengari.” Kata-kata manisku segera
membuahkan hasil. Ibu sudah mula menguntum senyuman. Bahuku dipeluk dengan
mesra. Ah, ku tahu ibu takkan pernah akan marah dengan anak tunggal
kesayangannya ni. Semenjak pemergian arwah ayah 15 tahun yang lepas ibu telah
menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu sekaligus. Tanpa
menghiraukan penat lelah ibu telah bekerja keras siang malam demi kelangsungan
hidup kami berdua. Pagi ibu berniaga nasi lemak di pasar tani, tengahari pula
ibu mengambil upah mengemas rumah orang, malam pula ibu akan menjahit baju
tempahan dari jiran-jiran. Pengorbanan ibu memang tidak ternilai waima dengan
selautan emas permata sekalipun. Aku berazam walau apapun yang terjadi jawatan
Admin Executive di Teguh Bina Sdn. Bhd. itu pasti akan berada di dalam
genggamanku.
“Macamlah
inilah baru anak ibu. Kan lawa kamu berpakaian begini, barulah nampak
keperempuanan. Ini balik-balik seluar jeans dan t-shirt saja. Kalau kamu
berpakaian begini hari-hari ada peluanglah ibu untuk menerima menantu tak lama
lagi.” Gulp! Ibu ni dah mula semula. Patutnya bagilah kata-kata semangat untuk
menghadiri temuduga ini dia sibuk pula nak menimang menantu!
“Ala
ibu ni, spoil mood betul lah! Ira tengah bersemangat nak menghadiri temuduga
penting ni. Hari ini akan menentukan samada Ira akan melangkah ke dalam fasa
kejayaan atau tidak.” Ibu hanya tersenyum manis mendengar kata-kata penuh
semangat dariku. Serasanya ibu juga turut berkongsi akan gelodak jiwaku yang
berkobar-kobar.
“Yelah
Ira. Ibu mendoakan kejayaanmu sayang. Pergilah berjuang demi masa depanmu.
Berjuang tu berjuanglah juga namun dokumen-dokumen penting semua kamu dah
siapkan?” Alamak! Mindaku segera menangkap sesuatu! Salinan IC ku sudah
kehabisan! Dengan pantas ku capai beg tangan dan failku di atas meja. Dengan
terkocoh-kocoh kasut tumit sederhana berwarna hitam segera ku sarungkan di
kaki. Pintu lif yang kebetulan sedang terbuka luas menjadikan aksi lompatan
kijangku menerjah masuk ke dalam perut lif memukau mata setiap mata yang
memandang.Tidak sabar rasanya
kaki ini melangkah menuju ke kedai buku yang terletak di bawah flat kediamanku
ini.
“Letakkan
kotak buku tu kat tepi rak sana tu. Jangan sampai terhimpit pula kotak pembalut
hadiah tu,” arah Fikri sambil menuding jari ke arah rak-rak buku yang nampak
sarat dengan buku-buku cerita yg tidak tersusun dengan kemas.
Pekerjanya
yg berasal dari Myanmar itu tampak faham dan menganggukkan kepala Dengan cekap
dan pantas kotak-kotak yang berselerak di depan pintu kedai alat tulisnya itu
di angkatnya ke tempat yang dimaksudkan. Keadaan kedainya agak berselerak
kerana stok-stok buku baru sahaja tiba sebentar tadi. Tengku Aidil yang dari
tadi hanya duduk di kaunter cashier hanya merenung kosong ke arah kotak-kotak
yang menimbun itu.
“I
dah nekad dengan my decision. I don’t think yang I can get along dengan Netty
anymore. She’ too much.” gerutu Tengku Aidil sambil membuang pandangan jauh ke
luar kedai. Fikri hanya tersenyum mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.
Baginya Tengku Aidil terlalu mengikutkan perasaan.
“Come
on bro, bukan sehari dua U kenal dengan si Netty tu. Biasalah perempuan tu kan
suka buat hal. Relakslah bro. Kita sebagai orang lelaki ni kenalah banyak-banyak
bersabar dengan karenah orang perempuan.” Relaks konon! Bercakap memanglah
senang! Cuba U yang berada di dalam situasi I sekarang ni, gerenti U
menggelupur tak ingat dunia punya!
“Senanglah
U cakap, bukan U yang berada di tempat I. I ni dah muak dgn perangai dia tau.”
Tengku Aidil bangun dan berdiri di sebelah pintu masuk. Hatinya sakit
mengenangkan yang Fikri tak habis-habis nak memenangkan perempuan yang berjaya
membuatkan hidupnya kacau-bilau. Fikri hanya tersenyum dan merenung wajah
sahabat baiknya yang dikenalinya sejak
belajar di universiti lagi. Dia sudah masak dengan perangai sahabatnya
itu yang tak suka dibantah apabila dia sudah membuat keputusan.
“Tapi
I don’t think your parent will accept this kind of decision. Kan mummy U tu BFF
dengan mama si Netty tu. Mesti dia mengamuk kalau dapat tau U tak nak bertunang
dengan dia.”
“Yes
I know that. That’s why I come here this morning. I nak bantuan dari U wahai
Tuan Penasihat Encik Fikri bin Fakirin.”
“BANG!!!!”
“ADOI!!!!
Sakitlah! Buta ke mata, tak nampak ke ada orang kat tepi ni, main bukak pintu
macam gangster jer!!” Aku hanya tergamam di muka pintu kedai alat tulis itu.
Kacaknya! Hampir penasaran aku seketika dibuatnya. Rasa macam nak terjatuh
cinta pula! Namun teriakan yang terhambur keluar dari mulut jejaka kacak itu
mematikan perasaan halus yang mula menyinggah lubuk jiwaku ini.
“Amboi
saudara, cantiknya bahasa. Siapa suruh duduk kat belakang pintu tu? Setahu saya
ini kedai alat tulis, bukannya hotel yang ada penyambut tetamu duduk kat belakang
pintu. Canggih betul kedai buku ni sampaikan siap ada pembuka pintu!” Apa?!
Pembuka pintu? Hei minah gangster ni memang sengaja cari nahas dengan I!
“Bang,
tolong fotostat salinan IC ni dalam 2 keping.” Tanpa rasa bersalah aku
melangkah masuk ke dalam menuju ke arah Fikri. IC yang berada dalam genggamanku
segera bertukar tangan.
“Ok
adik tunggu kejap yek.” Sakit pula hatiku ini apabila dengan selambanya si
mamat meroyan itu membontoti langkah kawannya ke mesin fotostat. Sempat pula
dia membelek-belek IC ku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Namun ada
suatu perasaan yang indah mula menjalar di jiwa setiap kali pandangan mata kami
bertaut. Bongkah ais yang sudah lama bersarang di dalam dada ini juga bagaikan
mencair dek panahan jelingan mautnya.
“Apa
pandang-pandang? Nak ni ke!!” Penumbuk
buku lima ku talakan ke arahnya. Dia agak tersentak dengan reaksiku yang agak
kasar.
“Memang
sengaja cari pasal betul perempuan gangster ni!. Nama bukan main sedap lagi.
Safira Rania bt Nordin, macam nama Queen Rania tapi perangai macam penyangak!”
gerutu Tengku Aidil sambil menjuihkan bibirnya. Aku melangkah ke arah mamat tu
dan dengan kasar terus ku rampas IC ku dari tangannya.
“Ek
eleh, suka hati aku lah nak buat perangai apa pun. Yang kau sibuk sangat ni,
kau tu PA aku ke?” Amboi, makin menjadi-jadi pula perempuan ni. Lancang sungguh
mulutnya apabila bersuara.
“Yes
Cik Safira Rani I’m not your PA tapi please behave yourself. U yang langgar I
dulu, why not U ask for my apology?” Minta maaf? Jangan haraplah aku nak minta
maaf dari mamat meroyan macam kau ini.
“Eleh
skeaping London konon. Hello cik abang penjaga pintu,aku tak rasa aku perlu
minta maaf kat kau, setahu aku kau yg terhegeh-hegeh duduk kat belakang pintu
tu jadi kau lah yg salah.” Seronok pula rasa hati ini apabila melihat wajah
kacak jejaka itu bertukar menjadi kemerah-merahan bagaikan udang yang di bakar.
“Bro,
dah lah tu. Takkan pasal benda kecil ni pun U nak bertekak dengan pelanggan I.
Cik Safira, ni salinan IC Cik Safira. Semuanya 40 sen sahaja.” Kata-kata Fikri
itu berjaya mencantas bibit-bibit pergaduhan yang mula tersemai di antaraku dan
mamat meroyan yang kacak itu. Hmm kenapalah fikiranku ini asyik terarah ke situ
sahaja? Safira, tolonglah berpijak di bumi nyata.
“Ok
sorry Fikri I ter’emo’ pula. Hmm fotostat IC ya, ni mesti nak pergi interview.
Entah syarikat malang manalah yang bakal dapat pekerja gangster macam U ni?
Harap-harap U akan gagal dalam interview
tu nanti.” Makin marah, makin lawa pula perempuan gangster ni. Eh, ke situ pula
perginya. Apa dah jadi dengan U ni Aidil??
“Kurang
asam punya mamat meroyan!! Sedap mulut saja kau doakan macam tu buat aku, ya?
Dah lah malas aku nak melayan mamat meroyan macam kau ni!” Geramnya! Suka-suki
dia nak doakan yang buruk-buruk buat aku? Kalaulah aku tak fikirkan yang
sekarang ini aku berada di tempat awam, dah lama agaknya melayang penampar
sulungku ini ke pipinya! Dengan pantas aku membayar dan bergegas keluar dari
kedai alat tulis tu. Sempat ku mengerling ke arah mamat meroyan itu dan dia
hanya tersengih-sengih sambil mengangkat keningnya. Nasib baiklah aku
kesuntukan masa, kalau tidak memang kena cepuk juga mamat ini. Peduli apa aku
kalau setakat muka saja kacak tapi perangai nan hado!! Isshh kacak ke?? Hmm
tapi memang kacak pun, nampak gaya macam anak orang kaya tapi tak mungkin
rasanya, kalau anak orang kaya, takkan dia kerja kat kedai biasa macam tu saja,
kan? Ah persetankanlah semua itu, bukannya ada kaitan dengan aku pun. Yang
penting aku kena cepat sampai ke pejabat Teguh Bina Sdn Bhd. Ya! Inilah bakal
tempat ku membina kerjaya yg cemerlang, gemilang lagi terbilang.
Aku
melangkah ke arah stesen LRT Putra yg terletak di hujung deretan kedai alat
tulis tadi. Sesampainya di sana ku lihat barisan panjang manusia sedang
menunggu giliran untuk membeli tiket. Mujurlah aku ada kad TOUCH n GO, senang,ringkas
dan memudahkan. Nampak gayanya sebagai pegawai pemasaran yang tidak bertauliah
amat wajar sekali untuk aku menuntut komisen dari syarikat TOUCH n GO. Hatiku
ini menggeletek kelucuan hingga hampir sahaja meletus gelak tawa dari bibir ini
namun sedaya upaya aku cuba menahannya. Nanti tidak pasal-pasal orang
menyangkakan yang aku ini penghidap sakit mental pula kerana ketawa seorang
diri. Aku mula menumpukan perhatian terhadap perkara penting buat diriku pada
hri ini. Temuduga!! Jantung aku sudah mula berdebar-debar, nanti agaknya apalah
soalan yang akan di tanya pada aku? Adakah ramai penemuduga yg akan menemuduga
aku nanti? Bermacam-macam persoalan mula menerjah di benakku. Namun aku cuba
meniupkan semula semangat yang berkobar-kobar yang sudah berterbangan dari
dalam diri ini. Perlahan-lahan keyakinan diriku mula datang. Tidak lama selepas
itu sampai akhirnya keretapi LRT yg ditunggu-tunggu oleh segenap pelosok
manusia di stesen Chan Sow Lin ini termasuklah aku.
“Amboi tadi bukan main lagi kutuk Cik Safira
tu. Tak payah lah terteleng-teleng kat pintu tu, dia dah tak ada.’’ Sengaja
Fikri menebak Tengku Aidil begitu apabila dilihatnya Tengku Aidil masih
tertinjau-tinjau di muka pintu.
“I
bukan tengok dia lah, I tengok jalanraya tu, masih sesak lagi atau tidak. Tapi
cun juga Cik Safira tu, kan? U kenal dia tak?” Nada-nada miang sudah mula
menari-nari didalam minda Tengku Aidil. Harap-harap Fikri mengenali gadis itu.
“Aik,
kenapa bro? Belum apa-apa lagi cinta sudah berputik kah?” Kali ini giliran Fikri pula menempelak Tengku
Aidil. Fikri bagaikan sudah dapat membaca fikiran sahabatnya itu.
“Takde
lah beb, saja je tanya. She’s not my type. Memanglah dia kategori yg cun
melecun tapi ganas semacam tak bertempat, so a BIG no, ok.” Ish si Fikri ni. Macam
tahu-tahu sahaja niat I. Nak tanya sikit pun tak boleh. Tapi seandainya dapat
berkenalan dengan Cik Safira tu bagaikan pucuk di cita ulam mendatang.
“Jangan
cakap besar, selalunya orang tua-tua cakap kalau pertemuan pertama tu bermula
dengan pergaduhan, hubungan tu boleh membawa ke jinjang perkahwinan.” Fikri
sengaja menduga hati Tengku Aidil. Dia tahu gadis tadi sudah mula bermain-main
di fikiran sahabat baiknya itu.
“Dahlah
Fikri, daripada I layan U punya madah pujangga ni baik I gerak dulu. Pagi ni I
have something to discuss with my daddy. So petang ni kita hang out kat tempat
biasa ya.” GULP?! Betul ke? Alamak
sekali betul-betul nanti jodoh I dengan Safira tu tak ke naya di buatnya? Tapi
daripada kahwin dengan si Netty yg perasan vogue tak tentu hala, I lebih rela
kahwin dengan Safira, awek gangster itu.
“Aidil,
Aidil, dengan orang lain kau boleh berdalih tapi dengan aku, kau tak payahlah
berlakon sangat. Aku tahu kau dah syok kat awek tadi lah ni,” getus Fikri di
dalam hati sambil memerhatikan sahaja Tengku Aidil berlalu dari situ.