Kata
orang, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menggembirakan kerana pada
masa itu tidak perlu memikirkan banyak masalah. Dunia hanyalah dalam lingkungan
ibu bapa yang sentiasa menyayangi dan membelai kita serta teman sepermainan
yang berteman dengan kita tanpa syarat. Kita bebas melakukan apa sahaja yang
ingin dilakukan tanpa memikirkan masalah yang akan timbul. Namun adakah semua
kanak-kanak berpeluang menikmati semua keindahan itu?
Hilai tawa kanak-kanak bermain-main
bermain ‘pondok-pondok’ di hadapan rumah kayu bercat hijau kuning di tepian
pantai itu menghidupkan suasana petang. Seorang gadis kecil termenung sendirian
di tepi jendela, membuang pandang ke luar tanpa perasaan sambil ditemani adik
lelakinya yang sedang mencuri-curi pandang melihat kanak-kanak sebaya mereka
bermain di depan rumahnya. Gelagat mereka mengundang rasa bimbang di hati
seorang bapa. Hampir seminggu mereka di sini, langsung tidak ada perubahan.
Mereka tetap diam dan menyendiri. Masih tidak berani bercampur dengan orang
luar.
“Kesian mereka. Aku perlu buat
sesuatu,” bisiknya perlahan.
Si
bapa mengeluh berat. Perkara ini tidak akan dibiarkannya. Dia harus berbuat
sesuatu. Menurut doktor yang ditemuinya siang tadi, anak-anaknya tidak boleh
dibiarkan sering termenung dan sendirian. Bimbang andai mereka mencipta dunia
dan watak yang tersendiri, terus hanyut sehingga mencipta personaliti berganda,
iaitu sejenis penyakit mental yang menyebabkan seseorang itu mempunyai lebih
daripada satu personaliti. Dia merapati anak-anaknya, lalu merangkul
kedua-duanya ke dalam pelukan. Dahi mereka dikucup penuh kasih.
“Darling,
what are you doing here? Why look so sad? Anything wrong? Tell me,” soal si
bapa mesra.
Senyap.
Tiada jawapan. Pandangan mata anak-anak kecil yang comel itu tidak lepas-lepas
memandang sekumpulan kanak-kanak kampung bermain dengan girang di padang besar
berhadapan dengan kediaman usang mereka. Johan tidak tinggal diam, dia terus
berceloteh agar anak-anak itu tidak merasa kesepian.
“I
want to play with them, but I scared…” air mata sayu keluar daripada mata
bundarnya. Wajah bapanya dipandang dengan rasa sedih.
“Buat apa nak takut, mereka bukan
makan orang pun. Jom, kita pergi main dengan mereka. Papa teman,” ujar bapanya
lantas mendukung si kecil adik dan memimpin si kakak untuk keluar bermain.
Anak kecil itu tercengang. Berkerut
dahinya memandang wajah si ayah lantas membuahkan kerutan di dahi. Si ayah
senyum sahaja, lupa bahawa anak-anaknya tidak reti berbahasa Melayu. Enam tahun
di Jerman hanya bahasa Inggeris atau Jerman sahaja yang mereka sekeluarga
tuturkan. Timbul rasa asesal di hati kerana tidak pernah mengajar sepatah pun
perkataan Melayu kepada mereka berdua.
Dia
terus menuruni anak tangga yang diperbuat daripada kayu itu dengan
berhati-hati. Sesampai di bawah, dia terus menurunkan Marissa dan Amirul dari
dukungannya. Dipimpinnya mereka berdua mendekati sekumpulan kanak-kanak yang
sedang bermain tenteng di depan rumahnya. Ketika mereka mendekat, kanak-kanak
itu spontan berhenti bermain. Mereka bertiga diperhatikan sambil berbisik-bisik
sesama sendiri, menimbulkan rasa takut di hati Marissa. Dia meronta-ronta ingin
lari dari situ. Johan terpaksa memujuknya.
“Don’t
scared, they are friends. Looks, they looks like you… small and friendly,”
pujuknya.
“Hai, semua!” papanya menegur ramah.
Sekumpulan kanak-kanak itu
tercengang-cengang, dalam takut-takut turut menyapa mereka berdua. Seorang dua
kanak-kanak perempuan merapati si kakak, menariknya untuk bermain bersama-sama.
Gadis kecil itu mengeraskan diri, tidak mahu berganjak dari papanya.
“Awok…
jange lah takut. Kito tok jahat…” kanak-kanak perempuan yang bertocang dua
yang hampir sebayanya bersuara. Yang lain mengangguk-angguk.
Dialek Kelantan yang digunakan
langsung tidak difahami Marissa. Dia terus menangis. Berbeza dengan si adiknya,
dia tampak lebih tenang dan tidak takut untuk berkenalan dengan kanak-kanak
lelaki sebayanya.
“Sis,
sie sind gut. Lassen Sie uns mit ihnen zu spielen, (kakak, mereka baik. Jom
kita main dengan mereka)” si adik tiba-tiba bersuara, menarik kakaknya untuk
bersama kanak-kanak lain.
Si kakak tidak menangis lagi. Wajah
papanya dipandang, meminta kepastian. Setelah diiakan papanya, barulah tampak
sedikit keyakinan di wajah gadis kecil itu. Perlahan-lahan dia melepaskan
pelukan papanya. Dalam takut-takut, dia memberanikan diri mendekati mereka
semua.
Lega
hati si ayah melihat anak-anaknya sudah mula bergaul dengan kanak-kanak lain. Dia
tidak turut serta, sekadar memerhatikan dari jauh. Kelegaan itu bagaimanapun
tidak lama. Anak gadisnya tiba-tiba berlari naik ke atas rumah semula, diekori
adik kecilnya. Wajahnya beriak sedih. Cepat-cepat papanya mendapatkan mereka
semula.
“Kenapa ni sayang?” soalnya cemas.
“Why
they don’t talk with us? I ask them, but they just quiet. Why papa? Are we too
ugly or weird?”
Pertanyaan si anak membuatkan
papanya berasa sesal. Kesal kerana tidak pernah mengajarkan mereka sepatah pun
perkataan Melayu. Enam tahun membesar, tidak pernah sekalipun dia menggunakan
bahasa ibundanya berkomunikasi dengan anak-anak. Sementelah dia terlalu sibuk
dengan urusan kerja membuatkan masa untuk bersama anak-anak terbatas.
“No!
Its not about what you think but you should learn how to speak in Malay. So
that you can get along with them,” pujuknya sambil memeluk mereka berdua.
“But
how can we learn that language in a second! It takes time, papa.” Keluh
gadis kecil yang comel itu. Mulutnya yang merah merekah dan matanya yang
bersinar
“Don’t
worry! I will teach you,” ujarnya.
Anak-anak kecil itu diam setelah
berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya. Ketawa girang
kedua-dua anak kecil itu amat menggembirakan hati bapanya. Puji dan syukur
segera dipanjatkan ke-hadrat ILAHI kerana anak-anak itu kembali gembira semula
setelah melalu penderitaan yang panjang.
“Mok
nok bawok anok-anok mu gi main pata buleh dok? Bele-bele mok nok gi ata kain
batik ko bini tok wokil. Sie mok tengok demo nih dok kurong sokmo dale rumoh,”
suara seorang ibu tua dalam loghat Kelantan pekat mengejutkan mereka bertiga.
Nek
Tijah yang baru sahaja keluar dari dapur menghampiri mereka. Demi melihat
neneknya, kedua-dua anak kecil itu segera mendapatkannya. Tubuh gempal Nek
Tijah dipeluk erat.
“Errrr… come… errr.. come wih me meh… We errr.. go.. go.. ” terbelit-belit
lidah wanita tua itu cuba berkomunikasi dengan cucu-cucunya.
Tunggang
terbalik bahasa Inggeris yang digunakan olehnya. Sebutannya kedengaran keras
dan sumbang, namun difahami oleh kedua-dua anak kecil itu apabila dia menarik
lembut tangan putih mulus kedua-dua orang anak comel itu. Terus sahaja mereka
berdua mengekori nenek dengan meninggalkan kedua-dua ibu bapanya yang sedang
tersenyum gembira memandang mereka.
HILAI
mereka berdua menyelusuri pantai nan indah terbentang luas di depan mata
sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran di hati ibu tua tersebut. Melihat
cucu-cucunya gembira sedikit sebanyak turut menggembirakan hatinya. Pertama
kali menyambut kedatangan anak itu kira-kira 3 bulan yang lalu, anak-anak itu
kelihatan seperti ketakutan apabila didekati oleh orang lain, termasuk dirinya
sendiri. Hanya ibu bapanya sahaja yang dapat menenangkan ketakutan dan tangisan
mereka. Kini, mereka seolah-olah mendapat keyakinan diri untuk bergaul dengan
orang lain. Cuma masalah komunikasi yang membuatkan mereka tidak mempunyai
teman sehingga kini. Maklumlah, mana ada anak-anak kampung seusianya yang fasih
berbahasa Inggeris.
“Hei, awak berdarahlah! Sini saya
tarik kaca di kaki awak.”
Lamunan
ibu tua itu terhenti demi mendengar suara cemas seorang kanak-kanak lelaki itu bertempik kuat. Luruh jantungnya seketika.
Baru sekelip mata dia mengalihkan pandangannya daripada mengawasi cucu-cucunya
yang sedang bermain di gigi pantai, musibah pula menimpa anak kecil itu. Kaki
cucu perempuannya itu berdarah, mungkin tertusuk kaca yang dibuang oleh
individu tidak bertanggungjawab gamaknya. Cucu lelakinya kelihatan sudah
menangis teresak-esak melihat si kakak sedang kesakitan.
“YA
ALLAH! Cucu aku!”
Nek
Tijah yang sememangnya mabuk darah hampir pengsan melihat darah yang begitu
banyak keluar dari tumit kaki cucu perempuannya mulai panik. Terasa seriau
tulang pinggulnya melihat darah merah merah menitis di pasir.
“Nenek
jangan panik. Saya dah buang kaca tu. Err.. boleh hulurkan selendang nenek,
untuk balut kaki dia supaya darah tak keluar lagi. Lepas ni kita bawa dia ke
klinik. Nanti adik saya pergi panggil pemandu kami,” anak lelaki itu begitu
tenang menghadapi situasi tersebut. Tanpa berlengah lagi, ibu tua itu
cepat-cepat menghulurkan selendangnya.
Nek
Tijah memerhatikan sahaja gerak geri anak lelaki itu membalut luka di kaki
cucunya. Dia sendiri sudah pening-pening lalat, cuma digagahkan diri agar tidak
rebah pengsan. Setelah selesai, Nek Tijah terus mengangkat cucunya untuk pulang.
“Nenek
nak ke mana?” soal anak lelaki itu cemas.
Nek
Tijah berpaling, “nenek nak balik, cu. Nak balik cuci luka dan sapukan ubat
pada luka ni. Terima kasih banyak-banyak, cu,” ujarnya dalam loghat Kelantan
pekat.
“Jangan
nek, kita pergi klinik dulu. Bahaya kalau rawat sendiri. Nanti masuk kuman. Tu,
pak cik dah datang. Jom, nek!” anak lelaki itu berkeras mendesak Nek Tijah agar
ke klinik.
Nek
Tijah serba salah. Anak lelaki itu terus menariknya. Nek Tijah terpaksa
mengikutnya.
“CU,
terima kasihlah sebab dah bantu cucu nenek. Kalau tak, tak tahulah nenek nak
buat macam mana, terima kasih sebab hantar kami balik,” tidak putus-putus
ucapan terima kasih yang keluar dari bibir ibu tua itu saat mereka bertiga
selamat sampai di rumah setelah dihantar oleh anak lelaki yang telah
membantunya.
“Sama-sama, nek.” Balasnya sambil
tersenyum manis.
“Thank
you because you’re willing to help me. I’m really appreciate it. Can I hug you?”
pertanyaan polos tersebut keluar dari bibir mungil cucunya. Tanpa menunggu
jawapan, dia terus memeluk erat orang yang telah berbaik hati menolongnya sebelum mencium pipinya.
“YA ALLAH! Tak baik, cu!”
Nenek
tua itu melarang keras. Namun bahasa yang digunakan tidak dapat difahami oleh
anak kecil itu. Menyedari hakikat itu, cepat-cepat dia menarik tubuh anak kecil
itu daripada terus memeluk anak lelaki yang telah menolongnya tadi.
“Errrrr.. No… not…. good.”
Sambil
mulutnya tergagap-gagap melarang anak itu, kepalanya digeleng-gelengkan sebagai
isyarat melarang perbuatan cucunya. Walaupun anak itu masih kecil dan tidak
memahami apa-apa, namun dia mahu mendidik cucunya soal halal atau haram dengan
lebih awal agar tidak menjadi kebiasaan di kemudian hari.
“Why,
granny? I just want to say thank you to him,” soal anak kecil yang tidak
mengerti apa-apa itu dengan aneh.
“We
are not mahram. So you can’t hug or kiss me like that. Did you understand?”
pertanyaannya dibalas oleh anak lelaki itu. Lega Nek Tijah kerana anak lelaki
itu boleh berbahasa Inggeris.
“Not
mahram? What’s that?” kali ini dia menyoal penuh minat.
“Not
mahram means somebody who do not have any blood relationship with you and you
can marry with him. It is a sin when you hug and kiss me like that. I don’t
know how to explain further, but you can ask your parents later to get the
proper explaination.” Balasnya sambil tersenyum memandang gadis kecil itu.
“Oh,
if like that, I want to marry with you. So that I can hug and kiss you to say
my thank you. You’re so kindhearted!”
Beria-ia
dia bersuara memberi respon kepada jawapan tadi tanpa mengetahui pengertian
sebenar kepada jawapan yang ditanyanya sebentar tadi. Tercengang Nek Tijah
mendengar butir bicara cucunya bersama anak lelaki itu kerana langsung tidak
memahami apa yang dibicarakan.
“Insya-ALLAH! God willing! Well, I have to go now. ” nak lelaki itu membalas
sambil ketawa kerana terlalu lucu saat mendengar kata-kata gadis kecil itu.
“Nek, saya pergi dulu ya!” Ujarnya
sambil menyalami nenek tua itu.
“Terima kasih sekali lagi.”
Nek
Tijah mengucapkan terima kasih untuk kali terakhir sebelum mereka berpisah.
Cepat-cepat dia mengendong cucu perempuannya dan memimpin cucu lelakinya sambil
turun daripada kereta.
“Anyway,
thank you again. Nice to meet you! Err.. wait. This is for you, just for thank you,”
dia menanggalkan gelang manik di tangannya lalu menghulurkan kepada teman
barunya itu.
“No
need, friend! It just a simple help,”dia menolak.
“No,
you must take it. Please…” desaknya.
Anak lelaki itu serba salah. Dia
memandang Nek Tijah. “Nek, cucu nenek nak kasi saya gelang dia. Saya tak nak.
Saya lelaki, mana boleh pakai gelang,” ujarnya resah.
Nek Tijah tersengih menampakkan gigi
rompongnya. “Tak pelah, cu. Ambillah simpam buat kenangan,” ujar Nek Tijah
kemudiannya.
“Kalau macam tu baiklah,”
Gelang
manik itu bertukar milik. “Thank you. Well, I have to go now. Again, terima
kasih,” ucapnya sambil tersenyum
manis.
Dia terus meminta diri. Hari sudah
terlalu senja. Dia perlu pulang dengan segera. Malam ini mereka sekeluarga akan
berangkat ke Kuala Lumpur. Kereta terus menderu pergi meninggalkan Nek Tijah
dan cucu-cucunya. Mereka melambai-lambai sehinggalah kereta itu menghilang dari
pandangan mata.