Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,123,664
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 13

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA ( BAB 13)

Bagus sungguh anak raja nie, dia memang menepati janjinya. Semalam dia tak dapat ke rumah Zara Irdina. Pagi ini pun tak datang menjengguk isteri kesayangannya. Call dan sms bukan cerita Tengku Akif lah, Tengku Akif memang tak suka menghubunginya dengan telefon. Kalau hantar sms tu, dalam mimpi lah kut.

“Tak pergi kerja hari ini?” soal Wan Aisyah apabila melihat Zara Irdina hanya berpakaian biasa saja. Dia mengeleng.

“Cuti nak pergi tengok baju pengantin ke?” gurau papa pula. Wan Yusuf duduk di sebelah Zara Irdina. Zara Irdina memasukkan nasi goreng cina ke dalam pinggan kepunyaan Wan Yusuf. Baju pengantin??? Tak pernah berbincang pun pasal baju pengantin. Kita orang dah kahwin lah papa.

“Sebenarnya Zara nak ke JB lah tengah hari nanti. Zara nak cari ibu kandung Zara kat sana.....,” tutur Zara Irdina tersekat tiba-tiba apabila melihat raut wajah mama dan papanya mula berubah.

“Akif mana, Zara? Akif benar ke Zara ke JB?” dalih Wan Yusuf. Berat hati sebenarnya untuk melepaskan Zara Irdina pergi berjumpa dengan ibunya itu. Sharifah Kamariah tidak boleh menerima Zara Irdina dalam hidupnya, kalau pergi adakah Sharifah Kamariah sanggup bertemu dengan Zara Irdina?

“Akif dah tahu, dan dia benarkan Zara ke JB lah, papa!” jawabnya. Ini kehendak hati sendiri, biar pun kita dibenci, biarpun kita sudah disingkirkan tetapi dia tetap ibu yang menglahirkan kita. Sudah tertulis namanya takdir, biar pun perit dan pahit, semua ini perlu ditempuhi juga.

“Panggil dia, papa nak tahu dari mulutnya sendiri,” tegas suara Wan Yusuf. Sepatutnya Akif halang perjalanan Zara Irdina ke JB, bukan menyokongnya. Budak nie memang nak kena dengan aku hari ini.

“Dia pergi kerja lah, papa. Kereta pun dah tak ada tu..,”pagi tadi lagi dah keluar lah suaminya itu.

“Call dia dan suruh dia balik sekarang jugak!” arah Wan Yusuf. Keras sangat arahan papa kali ini.

“Papa ni...” bentak Zara Irdina. Buat apa call dia, nanti mula lah nak cakap yang bukan-bukan kat aku. Dua-dua panggilan tak dijawab. Tahu dah perangai suaminya itu. Bukannya jenis mudah jawab panggilan telefon.

“Tak jawab lah, papa!” beritahu Zara Irdina.

“Call sampai dapat!” arah Wan Yusuf. Aduhai, papa nih. Buat orang susah hati saja lah pagi ini. Zara Irdina terus berjalan keluar rumah. Lebih selesa berbual di halaman rumah dari di hadapan papa dan mama. Bukan tak tahu, takut kami bergaduh pula sekejap nanti. Faham-faham saja lah kalau berbual dengan si dia idaman hati tu.

“Tak reti nak angkat telefon ke?” ajunya geram sebaik saja Tengku Izraf Akif menjawab panggilan telefon. Ini kali ke 25. Baru ada jawapan. Dia tak bising ke, telefon dia asyik berbunyi tadi?

“Apa hal? Tak boleh nak hidup dah tanpa pelukan Tengku Akif? Semalam tak dapat pelukan Tengku Akif, dah meroyan ke?” ajunya sambil ketawa.

“Papa nak jumpa lah, sekarang!” perkataan sekarang sengaja ditekankan.

“Tak boleh lah, nak kena pergi Penang pagi nie, ada lah mustahak!”

“Ini pun mustahak jugak lah!”

“Hal apa?” tanyanya. Terpaksa lah Zara Irdina menceritakan hal sebenar.

“Perkara kecil pun tak boleh nak selesai ke? Selesailah sendiri. Orang ada banyak lagi hal yang nak diselesaikan...,” jawabnya. Dah jauh perjalanannya, tak kan nak berpatah balik.

“Tak kira, kena balik jugak!”

“Apa tak kena lagi nie? Duit dah beri kan? Anak pun aku dah beri lah. Tu anak dalam perut tu buat peneman kau sampai ke JB. Habis nak apa lagi? Jangan buat perangai macam ini boleh tak? Kau bukannya tak boleh selesaikan masalah semua tu?” ujar Tengku Izraf Akif. Zara Irdina terus memegang perutnya. Benarkah Tengku Iskandar Shah sudah wujud di antara kami? Jangan ada lagi lah, mama banyak kerja lagi nak kena uruskan.

“Okey lah, aku berbincang dengan papa nanti!” agak dah tadi, mesti kena leter, sebab Tengku Izraf Akif memang tak suka kita buat perangai mengada-ngada macam ni. Tapi papa yang suruh, kalau tidak usah bermimpi aku mahu menelefonnya.

“Ha, ini lah Zara Irdina kesayangan aku. Bukan yang merengek macam tadi tu..,” kata Tengku Izraf Akif di hujung sana. Cisss aku macam nak lepuk dia saja pagi ini.

Zara Irdina masuk semula untuk berhadapan dengan papa dan mamanya.

“Dapat berbual dengan Akif?” soal Wan Aisyah pula. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.

“Dia nak ke Penang lah, papa. Tak dapat balik sekarang!” beritahunya jujur.

“Kalau papa tak dapat berjumpa dengan Akif, jawabnya, Zara tak boleh ke JB. Papa perlu berbincang dengan Akif, atau pun sekurang-kurangnya Akif menemani Zara ke JB..,” putus Wan Yusuf membuatkan hati Zara Irdina sedikit tersentuh.

“Papa, Zara boleh jaga diri Zara lah, lagi pun bukan ada apa-apa pun. Papa tak usah lah bimbang,” yakin Zara Irdina. Tunggu Akif balik, atau pun Akif nak menemani aku ke JB? Jawabnya tak pergilah ke JB tu. Tahu papa risau dan bimbang terhadapnya, tetapi tak kan lah Sharifah Kamariah terlalu membencinya sehingga sanggup untuk membunuhnya? Ada ke benci ibu sampai sanggup membunuh anak sendiri.

“Zara..,”panggil Wan Yusuf. Mahu menghalang sampai bila agaknya, sedangkan Zara Irdina sudah dewasa, sudah tahu membezakan yang mana buruk, dan yang baik. Zara Irdina bukan anak kecil lagi. Tetapi dia sudah dewasa, sudah mahu bergelar isteri orang.

“Papa, Zara nak tengok muka ibu kandung Zara saja lah, Zara tahu kedudukan Zara di mana tempatnya, Zara sedar siapa diri Zara, tetapi buat kali pertama, Zara nak sangat jumpa ibu yang menglahirkan Zara ke dunia ini,” pujuk Zara Irdina lagi.

“Betul tu bang, biar lah Zara berjumpa dengan ibu kandungnya. Tak payah lah risau, Zara boleh menjaga dirinya tu,” pujuk Wan Aisyah pula. Anak kau terlalu cantik, Sharifah Kamariah. Sama cantik seperti kau juga. Cantik rupanya, cantik juga akhlak dan budi pekertinya.

“Terima kasih, mama!” ucap Zara Irdina.

“Pergi dengan Akif, kalau nak pergi pun!” ulang Wan Yusuf sekali lagi. Zara Irdina mengeluh perlahan.

“Akif sibuk lah, papa!” alasan Zara Irdina.

“Tak payah pergi selagi Akif tak nak temankan Zara!” putus Wan Yusuf membuatkan hati Zara Irdina walang mendengarnya.

Desakan rasa hati membuatkan Zara Irdina melangkah pergi ke Johor Bahru juga. Hanya Wan Aisyah saja yang mengetahuinya. Wan Yusuf tidak tahu kerana Wan Yusuf tidak membenarkan dia pergi. Farid akan menyambutnya di JB nanti, dan membawanya terus kepada Sharifah Mardiah yang mengusahakan chalet di Desaru untuk disewa. Dia akan menyewa chalet kepunyaan Sharifah Mardiah sambil berkenalan dengan emak saudaranya itu. Dari situ barulah dia akan mendapatkan alamat rumah ibu kandungnya.

Dia sampai ke Desaru dalam pukul 7.00 petang. Farid, penyiasat persendiriannya membawa dia terus ke chalet kepunyaan Sharifah Mardiah, ketika dia sampai Sharifah Mardiah tiada, telah pulang ke rumah yang berdekatan dengan chalet kepunyaan. Jalan kaki saja sampai lah ke rumah Sharifah Mardiah. Dari chalet ini sudah kelihatan rumah emak saudaranya itu.

“Terima kasih yer..,” ucapnya kepada Farid sebelum berpisah dengan Farid.

“Sama-sama. Apa-apa hal Puan Zara call saya yer, saya akan cuba membantu puan nanti,”

“Okey!” jawabnya.

Pintu ditolak perlahan. Rasa letih dengan perjalanan hari ini, walaupun dia menaiki kapal terbang. Terus direbahkan diri di atas katil sambil memegang telefon bimbitnya. Nak telefon atau tak? Harap cik suaminya yang telefon, rasanya itu tidak mungkin. Selama mengenali suaminya itu, biarpun mereka berjauhan, Tengku Izraf Akif tidak akan menghubunginya. Dia pun tidak, tetapi itu dulu, sebelum mereka ada apa-apa ikatan yang pasti. Bukan sekarang. Dia itu suami, tak kan tak ada perasaan bimbang ke atas diri isterinya.

Baru pertama kali menelefon, sudah ada orang menjawabnya. Suara seorang perempuan.

“Zara, kejap yer akak beri telefon nie kat Akif,” jawab Tengku Mawar. Patutlah cepat, sebab orang lain yang mengangkatnya.

“Sayang abang ni dah sampai JB ke?” soal Tengku Izraf Akif. Ceria saja.

“Dah. Tak romantik langsung lah..,” betul tak rasa pun keadaan romantik tu.

“Rindu lah ni?”

“Tunggu lagi tak rindu. Abang kat Penang ke?”

“Yup, singgah makan sekejap kat Padang Kota, pastu nak terus balik,” beritahu Tengku Izraf Akif. Macam nak cakap, datang lah kat JB nie, tak sanggup lagi menanggung rindu.

“Kalau nak suruh abang pergi JB, abang tak akan pergi, sebab abang dah janji dengan papa, tak akan berjumpa dengan Dina sampai majlis kahwin kita tu,” balas Tengku Izraf Akif seakan mengerti gelodak yang bersarang di hati Zara Irdina.

“Huh..,”

“Lagipun bonda suruh abang uruskan majlis perkahwinan kita tu. Nak kena hantar kad kahwin, nak cari baju pengantin lagi, banyak lagi lah benda nak buat kat sini. Lagipun bonda asyik nak berkepit dengan abang saja lah sekarang nie, bagi lah peluang kat bonda, nanti bila kita dah kahwin ,susah nak berkepit dengan bonda,” terang Tengku Izraf Akif.

“Okey lah, orang nak mandi..,”

“Pergi lah, orang nak sambung makan nih..,”

“Okey..,”

“Okey lah!”

Waktu dia turun makan malam, dia berjumpa juga dengan Sharifah Marziah yang ayu itu. Mungkin kerana ada persamaan antara kami, pertemuan pertama ini membuatkan Sharifah Marziah terkedu melihat wajah Zara Irdina yang mirip dengan adiknya, Sharifah Kamariah. Orang yang tak sanggup mereka temui datang jugak akhirnya hari ini. Kalau boleh sampai ke akhir hayat pun mereka sekeluarga tidak mahu berjumpa dengan Zara Irdina lagi. Barangkali mungkin orang yang dia maksudkan. Mana tahu wajah saja seakan sama tetapi tidak mempunyai pertalian darah antara kami pun.

Muka yang ayu itu sudah berubah 200 peratus. Pucat lesi seperti hantu saja. Sabar.. sabar.. kena kuatkan hati lah Zara. Jangan cepat gelabah.

“Puan, saya Zara Irdina!” kata Zara Irdina memperkenalkan diri sendiri.

“Saya, Sharifah Marziah!” jawabnya perlahan.

“Cantik tempat nie..” mula Zara Irdina mahu memulakan bicara yang panjang nanti. Hatinya teringin sangat untuk berbual mesra dengan emak saudaranya ini. Walaupun anak luar nikah, tetapi persaudaraan antara saudara di sebelah perempuan masih kekal kan? Cuma dengan sebelah lelaki saja, tidak ada apa-apa pertalian. Malah sebutan ayah untuk lelaki itu pun tidak patut ada sama sekali.

“Terima kasih, jemput makan yer. Saya ada hal nih..,” katanya cuba melarikan diri. Senyuman Zara Irdina mengingatkan dia kepada adiknya, Sharifah Kamariah. Sebab itu dia tidak sanggup berhadapan dengan Zara Irdina.

“Sama-sama. Kalau sudi boleh kita makan bersama, itu pun kalau puan sudi lah..,”

“Lain kali yer, saya sibuk sangat malam ini!” terus Sharifah Marziah beredar. Zara Irdina termangu dengan sikap emak saudaranya itu yang nampak sangat mahu mengelak diri darinya.

Makan seorangan ini membuatkan dia teringatkan mama, papa dan adik-adiknya di rumah. Lagi teringat kepada Tengku Izraf Akif saat ini. Kalau dia datang sekali kan best, ada jual teman berbual, ini tidak. Nak berbual dengan siapa pun tak tahu.

“Puan, nak order apa-apa lagi tak?” tanya seorang perempuan yang sebaya dengan umurnya. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.

“Okey puan, saya minta diri dulu yer,”

“Okey, terima kasih!”

Cepat-cepat dia menghabiskan makanannya, dan terus bangun menuju ke biliknya sendiri. Baru berjalan dua langkah, ada orang menjerit memanggilnya.

“Puan.. puan..” segera dia mengalih. Terpandang gadis yang sama tadi.

“Tak payah lah berpuan dengan saya. Panggil saja Zara!” jawabnya sambil tersenyum.

“Saya Eka! Anak saudara suami Sharifah Marziah...,”

“Ooo..,”

“Muka zara sama dengan muka alang kamariah lah...,” tutur Eka berjalan beriringan dengannya.

“Siapa alang kamariah tu?” pura-pura dia menyoal. Sharifah Kamariah ke?”

“Adik kepada Sharifah Marziah lah...,”

“Ingatkan siapa tadi..,” betul lah orang yang sama tu.

“Kalau orang tak tahu, orang akan ingat Zara dan Alang, ada hubungan mak dan anak, sebab banyak persamaan antara Zara dan Alang..,” ramahnya dia membuatkan hati Zara yang sedang keresahan tenang kembali.

“Tak ada lah. Pelanduk dua serupa kut!” tepisnya perlahan.

“Datang dengan siapa ni? Cek abang??”

“Seorang, cek abang tak dapat datang!”

“Tak mengapa, kita jadi kawan. Berapa lama kat sini?”

“Tiga minggu..,” memang dia menempah chalet itu selama tiga minggu dan suaminya telah menjelaskan semua bayaran. Jadi dia duduk saja lah, sehingga dia berjumpa dengan Sharifah Kamariah. Itu rancangannya.

“Datang cari seseorang barangkali..” teka eka lagi.

“Kenapa cakap macam tu?”

“Nampak kat muka Zara, macam nak cari sesuatu saja!”

“Tak lah, saya datang makan angin kat sini!” kata Zara Irdina sebelum mereka berpisah membawa haluan masing-masing. Insha ALLAH, esok kita berjumpa lagi.

Tinggalkan suami tercinta, tinggalkan keluarga tersayang semata-mata nak cari ibu kandungku. Betulkah apa yang aku buat ni? Atau pun perjalanan yang tidak direstui ini akan menemui ombak yang menakutkan. Entah lah, siapa tahu apa yang bakal berlaku kemudian hari. Macam aku lah, alih-alih hanya anak angkat mama dan papa saja. Itu satu hal, yang satu lagi, anak luar nikah lah pulak.

“Teruk sangat ke jadi anak luar nikah? Sedangkan kau makan minum, solat, berkerja, bercinta dan berkahwin macam orang lain juga. Esok-esok kalau mengandung dan bersalin pun macam perempuan-perempuan lain juga. Apa bezanya kau dengan perempuan-perempuan lain? Status saja kan?” teringat kata-kata cik abang sayang. Kenapa yer selepas aku berkahwin, aku tak boleh berjauhan dengannya rupanya. Tetapi kena sabar juga lah, sebab dia memang tak suka aku jadi lemah semangat macam tu.

“Status itu lah yang membezakan kita..,” jawab Zara Irdina. Rindu serindu rindunya malam ini. Sunyi sangat kat sini membuatkan hatiku rindu kepadanya. Ada mesej masuk kala ini. Terus disambarnya telefon kesayangannya itu.

“Kak, Abang Akif suruh call dia!” mesej dari Ayuni rupanya. Tengok, dia tak call tetapi suruh Ayuni hantar pesanan pulak. Terus Zara Irdina menghubungi adiknya itu. Lama juga bercerita dengan Ayuni.

“Dia mesej adik ke?”

“Tak. Dia datang kat rumah. Mama dan papa pulak ke istana dia. Dia datang ke sini, suruh adik hantar mesej kat akak!”

“Kenapa dia tak call?”

“Dia pernah ke call Akak? Selalunya Akak yang call dia kan?” Betul lah tu. Dia tak kebulur nak call aku lah.

Biar lah. Aku pun tak nak call dia malam ini. Aku nak tidur. Nak berehat. Selebihnya aku nak merajuk dengan dia. Sebab banyak sangat dia buat kat aku hari ini.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.