ANAK RAJA
TENGKU CEMPAKA (BAB 20)
Hendak
bangun untuk solat subuh sebenarnya tetapi rasa letih sangat. Ketika bangun dia
tersepak beg pakaiannya yang diletakkan di bawah kakinya. Oleh kerana mahu
selamatkan perutnya dari terkena lantai, dia segera menahan kedua belah
tangannya. Tangan kanan terpelecok menahan badannya akibatnya tangan kanannya
terseliuh. Berdetup bunyinya. Aduh, sakit...
Dia cuba
untuk bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Sakit tangan membuatkan dia
cepat-cepat mengambil air solat dan segera menunaikan solat subuh.
Rasa sakit
semakin nyilu. Diambilnya minyak gamat, lalu disapukan ke pergelangan tangan.
Dirasanya perutnya sendiri. Mula lah rasa takut. Takut sesuatu yang buruk
menimpa anakanda kesayangannya ini.
Terus dia menghubungi Tengku Izraf Akif di istana. Telefon tiga kali
baru lah di angkat. Hello pun tak, salam pun tak. Mesti masih marah. Campur berita
ini lagi lah marah.
Zara
Irdina kembali menutupkan telefon. Dia tidak berani memberitahu hal sebenar
kepada suaminya itu. Nanti lagilah marah. Lambatnya nak pukul 8.00 pagi, sebab
dia mahu ke klinik membuat pemeriksaan saja.
Tetapi
sejak dari tadi sakit tangan saja. Dekat tempat-tempat lain semuanya okey lah.
Janganlah terlalu cemas sangat, Zara Irdina. Semuanya dalam keadaan selamat
lah. Kecuali sakit di perut atau pun pinggang, itu yang menakutkan. Ini tak ada
masalah pun.
Kalau
pergi buat pemeriksaan kat klinik, nanti lagi lah kecoh. Tinggal tiga hari lagi
nak kahwin tetapi aku sudah mengandung, macam mana? Lagi lah isu panas di sini
nanti.
Tengah
berfikir lagi apabila jendelanya di buka orang. Suaminya itu muncul dengan muka
yang masam yang teramat. Tangan kanannya sudah mula berwarna merah dan bengkak.
Mahu disembunyikan dari pengetahuan suaminya tetapi suaminya itu menarik
tangannya. Tengku Izraf Akif melihat tangannya yang bengkak dan sudah merah.
“sakit
lah!”ujarnya menahan kesakitan
“Cepat
kita pergi ke klinik!” ajak Tengku Izraf Akif.
“Tangan
saja lah sakit!” beritahunya
“Sebab
bantah dan degil lah yang jadi macam ini!”
kata Tengku Izraf Akif.
“Apa?”
tengking Zara Irdina. Ada kaitan ke sebab aku buat bantahan semalam?
“Cepat
sikit!” gesa Tengku Izraf Akif.
Lambat-lambat
Zara Irdina mengambil pakaiannya dan masuk ke bilik air. Menyalin pakaian lalu
muncul semula di hadapan suaminya.
Dalam
perjalanan pun tidak bercakap, balik pun macam itu jugak. Doktor cakap tak ada
masalah, semuanya selamat.
“Sebab nak
selamatkan baby, awak tahan dengan tangan awak kan?” kata Doktor Azie sambil
membalut tangannya. Zara Irdina tersenyum saja. Tetapi Tengku Izraf Akif amat
marah mendengar semua itu. Ini padahnya lawan cakap aku. Walaupun tak jadi
apa-apa tetapi tetap panas hati.
“Sayang
sangat kat dia kat dalam nie,” beritahu Zara Irdina sambil memandang wajah
suaminya yang masin tidak bersuara.
“Semua ibu
akan buat perkara yang sama lah, Zara!” balas Doktor Azie. Tak kut. Sebab
Sharifah Kamariah tak sayang pun aku. Teringat Sharifah Kamariah tiba-tiba.
Hati pun rasa sudah tidak bahagia.
“Mak mana
yang tak sayangkan anak, tambahan lagi anak hasil dari hubungan dengan kekasih
hati..,” dia hanya tersenyum saja.
“Berani
awak berdua yer.. tak menikah, tapi simpan anak macam ni..,” tuduh Doktor Azie.
Sudah dapat meneka tadi.
“Simpan
rahsia kita orang yer..,” pesan Tengku Izraf Akif terus bangun dan membawa
isterinya keluar. Itu ayat pertama yang keluar dari mulut suaminya sebelum dia
menguncikan bibirnya.
“Benda
kecil pun nak marah ke?” soal Zara Irdina ketika sudah sampai di rumahnya.
Depan pintu rumah sekarang.
“Kecil kau
kata? Besar bagi aku lah. Sebab melibat kau dan anak aku!” jawabnya. Tengku
Izraf Akif tidak mahu benda-benda seperti ini menimpa isteri dan anaknya.
Mujurlah tak ada apa-apa. Sebab dia tidak sanggup kehilangan zuriat pertama
ini.
“Sikit
saja lah!”
“Yang
sampai terseliuh tangan tu kenapa. Nak tunjuk berani? Ini mesti nak tahan perut
dari jatuh kat lantai..,” tuduh Tengku Izraf Akif.
“Benda nak
jadi lah. Aku pun tak minta benda ini semua!”
“Kau
bantah cakap suami kau. Aku dah cakap nak jaga kau, nak jaga Shah. Habis tu kau
tolak? Tak nak tidur di istana lah, apa lah. Ini akibatnya kan?”
“Tak ada
kena mengenalah,” tepi Zara Irdina.
“Sesuatu
yang berlaku tentu ada sebabnya. Isteri lawan cakap suami, anak lawan cakap mak
dan ayah. Ingat semua tu nak jadi tanpa sebab ke?” bukan nasihat ini, bukan
juga teguran tetapi kebimbangan yang amat sangat.
Daun pintu
terbuka. Wan Aisyah muncul dengan senyuman. Tidak tahu menahu apa yang telah
berlaku.
“Pergi
mana pagi-pagi ni?” soal Wan Aisyah. Puas dicarinya Zara Irdina di bilik tadi
tetapi tiada.
“Mama,
tengok tangan dia lah, terseliuh sebab terjatuh kat bilik!” jawab Tengku Izraf
Akif terus masuk ke dalam rumah
“Laaa..
bakal pengantin dah cacat ni..,” ujar Wan Aisyah. Berkerut dahinya. Zara Irdina
nie kau macam-macam hal lah sekarang.
“Nak
sarung cincin kahwin pun dah tak boleh lah, mama!” jawab Tengku Izraf Akif.
Dengan Wan Aisyah dia tidak boleh bermasam muka atau tidak mahu bertegur sapa,
kerana dia menghormati mama angkat Zara Irdina itu. Lagipun dia bukan marah Wan
Aisyah pun. Marah isterinya yang degil di sebelahnya ini.
“Balut
dekat pergelangan tangan lah, mata kau buta kut!” balas Zara Irdina lagi.
“Sudah lah
tu, syukur alhamdulillah, sikit saja tu. Akif dah beritahu Zara?” balas Wan
Aisyah. Dia orang nie kalau tak bergaduh sehari, bukan nama Akif dan Zara lah
jawabnya. Bergaduh ini perkara biasa bagi dia orang ini. Kalau tak bergaduh,
itu yang nampak peliknya. Macam mana lah kalau dah kahwin esok yer.
“Tak pun
mama!” jawab Tengku Akif. Zara Irdina
bukan setuju semua itu.
“Apa
mama?” soalnya.
“Petang
nanti sebelum mahgrib, ada upacara mandi bunga tujuh tempayan, malam nanti ada
majlis berinai pula!” beritahu Wan Aisyah. Kehendak Tengku Cempaka yang mahu
mengikut adat. Wan Aisyah hanya menurut saja. Semua ini tidak sempat
dibincangkan dengan Zara Irdina kerana Zara Irdina tiada di sini.
“Hah??”
terkejut Zara Irdina. Hari itu dah beritahu Tengku Akif, tak mahu ikut adat dan
protokol, cukup lah akad nikah dan kenduri kahwin saja. Ini sudah terlebih.
Dengan mandi manda berbagai ini.
“Mak Engku
yang nak semua ini. Majlis berinai tu ada tiga semuanya, malam nanti sekali.
Malam besok sekali, selepas akad nikah sekali. Sebelum akad nikah ada majlis
khatam al quran. Akif pun kena khatam al quran juga, bukan setakat Zara!” jelas
Wan Aisyah. Banyaknya majlis, siap dengan berbagai-bagai nih. Zara Irdina
menjeling ke arah suaminya. Dia pula yang naik marah.
“Mandi
seorang ke dengan Akif?” soal Zara lagi. Selalunya kalau ikut adat, mandi
dengan tunang lah, tetapi sekarang dia orang sudah jadi suami isteri.
“Mandi
berdua lah!”jawab Wan Aisyah.
“Zara tak
nak lah, mama!” jawabnya kuat.
“Ini
permintaan bonda Akif lah,” jawab Wan Aisyah. Wan Aisyah tahu Zara Irdina tidak
suka semua ini sejak dari dulu lagi, tetapi apa boleh buat. Tengku Cempaka pun berhak
untuk melakukan semua ini untuk anaknya.
“Kalau kau
tak nak, batalkan saja majlis kahwin ini senang cerita. Semua tak nak. Asyik
nak ikut dia saja!” sampuk Tengku Izraf Akif mengejutkan Wan Aisyah yang sedang
mendengar.
“Batal pun
batal lah apa aku kisah!” balas Zara Irdina membuatkan hati Tengku Izraf Akif
semakin sakit mendengarnya.
“Apa
tadi?” celah Tengku Cempaka yang mendengar perbualan antara mereka.
“Batalkan
saja semua majlis ini. Dina tak nak buat majlis, tak nak kahwin kut!” beritahu
Tengku Izraf Akif, semua yang mendengar tercangang-cangang. Apa sudah jadi ini,
sampai nak batalkan majlis perkahwinan ini pula.
“Jangan
cari pasal, tiga hari saja dah nak sampai majlis tu, bonda dah atur semuanya
lah!” kata Tengku Cempaka pula.
“Kau dah
cakap pasal kita kat bonda atau belum ni?” soal Zara Irdina pula. Bukankah
semalam dia pulang untuk beritahu hal perkahwinan kami. Berapa kali nak kahwin?
“Belum
lah, cadang nak bawa kau tu sekali. Dah kau tu banyak sangat songgehnya!” jawab
Tengku Izraf Akif siap menjeling lagi. Mata hidung tu kalau marah semuanya
nampak sangat.
“Patut lah
pun,” jawab Zara Irdina perlahan. Tengku Cempaka dan mama belum tahu akan
perkahwinan kami rupanya.
“Habis,
takut aku tak nak bertanggungjawab???” soal Tengku Izraf Akif. Geram sangat
dengan sikap Zara Irdina sejak dari semalam lagi. Semalam kalau boleh nak
bergaduh dah depan mama. Cuma dia bersabar saja.
“Kau
memang tak nak bertanggungjawab kan??” Tuduh Zara Irdina lagi. Lagilah Tengku
Izraf Akif bengang dengan kata-kata Zara Irdina.
“Kita
batalkan semua majlis, bonda!” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan
bondanya pulang ke rumah.
Wan Aisyah
kebingungan yang amat sangat. Kenapalah jadi macam ini, sedangkan segala urusan
dah buat. Jemputan bukannya boleh tarik balik. Kalau tak jadi malu lah keluarga
kami. Keluarga Tengku Cempaka lagi. Sekali nak biarkan orang bercakap agaknya.
Aduh, sakit kepala lah tiba-tiba hari ini. Hendak bernafas pun tak boleh.
“Zara,
kenapa ni?” soal Wan Aisyah perlahan.
“Zara nak
berehat lah, mama!” jawabnya sambil menuju ke biliknya.
“Kita
orang perempuan lah, cuba belajar mengalah dengan Akif,” pujuk Wan Aisyah. Itu
saja yang termampu dia lakukan.
“Akif yang
tak nak lah, mama!” beritahu Zara Irdina. Kerana aku lah tadi tu. Bukan ada apa
pun. Dia kan bimbang sangat dengan keadaan aku dan anak aku ini, sebab itu jadi
macam ini.
“Zara pun
mama tengok sama naik dengan Akif. Apa masalah yang sebenarnya ni?”
“Tak ada
apa lah, mama!” jawabnya bersahaja.
“Habis,
kenapa bergaduh?” soal Wan Aisyah lagi. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.
“Mama
bukan tak faham dengan Abang Akif tu?” balasnya.
“Sekarang
mama tak faham dengan anak mama sendiri..,” kata Wan Aisyah.
“Hati dia
tengah panas, nanti Zara pujuk dia, sejuk lah tu!” jawab Zara Irdina sambil tersenyum.
Hati aku
tengah panas juga sebab dia tak beritahu kami sudah pun berkahwin dan aku
tengah mengandung anak dia. Susah sangat ke nak cakap? Dia ingat main-main ke
semua ini?
Macam mana
sekarang? Kalau tunggu dia datang memujuk aku, sampai kiamat lah jawabnya.
Aduhai, Tengku Izraf Akif, jangan lah Tengku Iskandar Shah ikut perangai kau
nanti. Kasihan dekat kekasih hatinya kelak.
Apakah
menjadi satu kerugian andainya dia mengalah dan mengorbankan prinsip hidupnya?
Dia tahu suaminya terpaksa menurut kehendak Tengku Cempaka, sebab Tengku
Cempaka adalah ibu yang membesarkannya. Bukan kehendak hati suaminya pun. Dia
kenal sangat dengan Tengku Izraf Akif.
Turut lah
walaupun tak suka.