GADIS berambut perang itu terus meluru keluar sebaik pintu lif terbuka di tingkat dua belas. Beberapa pekerja yang kebetulan berada di luar habis dirempuhnya tanpa sedikit pun meminta maaf. Baginya sakit hati yang dirasakan ketika ini lebih penting daripada menjaga perasaan orang lain. Dengan lenggok tubuh persis seorang model lagaknya, segera dia menghayun kaki menuju ke pejabat Tengku Harrys. Tidak sabar rasanya ingin bersemuka dengan lelaki itu untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang didengarnya pagi ini.
“Boss you mana?!” soalnya sedikit kasar. Natasya yang sedang leka menulis sesuatu di dalam diarinya sedikit terkejut dengan kehadiran gadis itu secara tiba-tiba.
“Err...,”
“Please don’t ask which one of your boss, okay!”
Terkebil-kebil Natasya bila dimarah sebegitu. Seumur hidupnya inilah pertama kali orang mengherdiknya. Serta-merta perasaan marah datang bertamu.
“Maaf, ya. Saya bukan nak tanya soalan tu. Saya cuma nak bagitahu cik yang boss saya tengah mesyuarat sekarang ni,” balas Natasya dengan sedikit bersopan, masih cuba mengawal perasaannya walaupun nafasnya sudah turun naik saat ini.
“Pukul berapa dia habis meeting?”
“Saya pun tak tahu. Sampai Tengku Haiyan stopkan mesyuarat tulah,” acuh tak acuh sahaja Natasya menjawab lalu kembali menyambung kerjanya. Malas dia mahu melayan ‘minah salleh celup’ ini. Padanya kalau orang berbudi, dia berbahasa. Tapi kalau dah begini gayanya, berbahasa elok mana pun tidak guna.
“Eh! You boleh jawab elok-elok sikit tak? Macam ni ke you layan tetamu?!”
“Eh, saya rasa saya dah layan cik dengan baik sekali. Saya dah jawab soalan cik. Siap dengan senyum lagi. Tak ada pun saya tengking-tengking cik, kan?”
“Hey! You...,”
“What’s going on here?”
Satu suara tiba-tiba muncul di ruangan itu sebelum sempat Tengku Melissa menghabiskan kata-katanya. Dia yang ketika itu sedang membelakangi suara tersebut terus terdiam. Natasya pula hanya menelan air liur bila matanya terpandangkan Tengku Harrys yang sudah berdiri tegak di hadapan bilik bersama Irish. Mungkin mereka berdua baru sahaja selesai mesyuarat. Melihatkan ketuanya, Natasya bingkas bangun dari kerusi.
“Teng... Tengku!”
“What’s wrong, Tasya?”
Sekali lagi Tengku Harrys bertanya. Suaranya yang kedengaran tegas itu membuatkan Natasya semakin kecut perut. Mulutnya seakan terkunci. Hanya pandangannya sahaja dihalakan pada gadis di hadapan sebagai menjawab soalan lelaki itu. Seakan memahami isyarat tersebut, Tengku Harrys mengalihkan perhatian pada sesusuk tubuh perempuan yang dimaksudkan. Namun dia tidak dapat mengecam sehinggalah gadis itu berpaling menghadapnya.
“Hai, sayang!”
Spontan wajah Tengku Harrys berubah dengan panggilan itu, lebih-lebih lagi di hadapan Irish dan Natasya ketika ini. “What are you doing here?”
“To see you.” Tengku Melissa cuba memaniskan muka. Diatur langkahnya mendekati Tengku Harrys sebelum memaut lengan sepupunya itu. Hanya sesaat, pautannya ditolak kembali. Tengku Melissa mendengus geram. Marahnya yang kian reda tadi kembali memuncak.
“You nak apa, Lissa?” tanya Tengku Harrys tegas. Sebolehnya dia cuba untuk mengawal nada suaranya.
“Why you didn’t answer my calls?”
“I’m busy.”
“At least answer it once!”
Tengku Harrys mengetap giginya. Jelas kelihatan rahang pipinya bergerak-gerak. “Anything urgent?”
“Yes! I want to talk with you!”
“About what?” Serta-merta pandangan tajam Tengku Harrys melekat pada wajah Tengku Melissa. Bukan kerana dia berminat ingin mengetahui butir bicara gadis itu. Tetapi dia tidak suka bila sepupunya mula meninggikan suara. Seperti tidak sedar di mana mereka berada ketika ini.
Tengku Melissa bergerak menghadap Tengku Harrys. Kacamata hitam yang dipakai sejak tadi ditanggalkan dan diletak di atas kepalanya. Serasa dia tidak dapat menahan sabar lagi. Perbualan orang tuanya pagi tadi kembali terngiang-ngiang di telinganya. Dan lebih membuatkan dia semakin panas hati bila panggilan telefonnya lansung tidak dijawab oleh lelaki tersebut. Tengku Melissa membalas pandangan Tengku Harrys. Direnung mata itu sedalam-dalamnya. Beberapa ketika kemudian, matanya beralih pula pada gadis yang sedari tadi setia berdiri di sebelah lelaki itu.
“Can you please leave us?” pinta Tengku Melissa tiba-tiba. Tanpa membantah, Irish mengangguk dan mula berundur setapak ke belakang untuk beredar dari situ.
“Irish. You stay here.”
Serta-merta langkah Irish mati. Terkaku dia di situ. ‘Yang sorang suruh pergi. Yang sorang kata jangan. Mana satu ni?’ Irish menggengam erat fail di tangannya. Dapat dirasakan bahang kemarahan kedua-dua manusia ini akan meletus bila-bila masa sahaja. ‘Ishh! Diorang yang nak bergaduh, aku pulak yang nervous ni kenapa?’ ngomel gadis itu dalam hati.
“This is between us, Harrys!” Tengku Melissa sudah mula menengking, membuatkan Irish semakin serba salah.
“Saya per...,”
“I said just stay here.” Tengku Harrys bertegas bila ekor matanya melihat Irish sudah ingin beredar dari situ tanpa mempedulikan Tengku Melissa di hadapannya.
“Harrys!”
“You want to talk, just say it Lissa. If not, you can go.” Serentak itu Tengku Harrys memalingkan badannya untuk masuk ke dalam bilik.
“Siapa perempuan tu?!” Tengku Melissa sudah tidak dapat berselindung lagi bila melihat lelaki itu sudah mula bergerak meninggalkannya. Persoalan itulah yang membuatkan dirinya benar-benar berang hingga menjejakkan kaki ke sini pagi ini.
Tengku Harrys kembali berpaling menghadap sepupunya. “What do you mean?”
“Perempuan yang family you pinang. Who’s that girl?!”
Membulat mata Irish mendengar kata-kata tersebut. Lemah terasa lututnya tiba-tiba. Pandangannya dihalakan ke arah Tengku Harrys. Namun lelaki itu kelihatan tenang sahaja.
“Tell me, Harrys. Siapa perempuan tu? Kenapa you tak bagitahu I?!”
“Kenapa I perlu bagitahu you?”
“Cause I’m your girlfriend!!!”
Sekali lagi pandangan Tengku Harrys melekat di wajah Tengku Melissa. “Pardon?”
“Yes, Harrys. I’m your girlfriend!”
“Did I ever say that?”
“Of course!”
“When?!” suara Tengku Harrys sudah sedikit meninggi, membuatkan semua yang berada di situ agak tersentak.
“When I say it, Lissa?”
“Err....”
“Bila??!”
“Itu tak penting. Yang penting you dah tipu I!”
“Tipu?” kali ini giliran Tengku Harrys pula yang terkejut. Spontan dia tertawa kecil bila merasakan kata-kata Tengku Melissa sudah tidak masuk di akalnya. “Tell me, bila masa yang I tipu you?”
“Habis selama ni you keluar dengan I, itu untuk apa? Andtiba-tiba sekarang family youpinang perempuan lain untuk you? Then,macam mana dengan I? Sejak dari dulu I dah banyak berkorban untuk you,Harrys. You tahu tak?!”
“Listen here, Tengku Auni Melissa. I tak pernah declared apa-apa hubungan sekali pun dengan you. Yes you’re my girlfriend. But not a special girlfriend! Selama ni pun you yang beria-ia minta I teman you keluar ke sana sini. But remember I always say what? I buat semua tu atas dasar nama sepupu. Tak lebih dari tu. Dan I rasa I ni pun cuma pilihan terakhir you bila you dah tak ada kawan-kawan untuk temankan you cari kepuasan kat luar sana, kan? Am I right? Family I pinang perempuan tu, itu atas keputusan mereka. Tanpa pengetahuan I sendiri. Jadi tak ada sebab untuk I tipu you! You get me?!”
Tengku Melissa terkedu. Terasa bagai satu tamparan kata-kata itu hingga dirinya kehilangan kata-kata pada lelaki tersebut. Gadis itu berpaling membelakangi Tengku Harrys. Ketika ini pekerja-pekerja di tingkat dua belas sudah ramai yang mengerumuni ruang berkenaan. Namun dia tidak peduli. Rasa sakit di hatinya sudah tidak dapat ditahan lagi.
Irish yang berdiri di sisi Tengku Harrys juga sudah tidak tenteram untuk berada di antara kedua manusia itu. Lagi-lagi bila hal peminangan tersebut sudah keluar dari mulut mereka. Itu satu hal. Belum dikira mukanya yang tebal kerana menjadi tontonan rakan-rakan pejabat ketika ini. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, lebih baik rasanya dia angkat kaki dahulu.
“Tengku....” Irish berbisik pada Tengku Harrys seperlahan yang boleh agar tidak didengari oleh yang lain. “Saya rasa saya nak minta diri dulu.”
“Why?” tanya Tengku Harrys kembali, dalam nada yang sama.
“Err....”
“Awak takut? Takut dia tahu awak sebenarnya perempuan yang rampas kekasih dia tu?”
“Hmm??” Irish tersentap. Tidak berkelip matanya memandang Tengku Harrys.
“Is it true, Irish?”
“Ishh! Ma... mana ada.”
“Kalau tak, kenapa beria-ia nak pergi dari sini? ”
Irish terdiam. Dirasakan mata-mata yang ada di situ semuanya tertumpu padanya. Walaupun suaranya masih dalam nada berbisik bersama Tengku Harrys saat ini.
“Remember what I told you last time?Bertindak mengikut arahan. Jadi jangan ingat awak boleh ke mana-mana sekarang. Just stay here with me,” ujar lelaki itu, membuatkan Irish terus tertunduk memejamkan mata. Fail-fail dalam pegangan juga semakin erat digenggamnya.
‘Sabar, Irish. Sabar. Baru pinang dah kena serang macam ni. Esok-esok kang apa pulaklah yang datang. Hmmh!’
“Tell me, Harrys. Siapa perempuan tu?” Tengku Melissa kembali menyoal. Dia tetap ingin tahu siapakah gadis yang telah menjadi pilihan keluarga Pak Langnya itu untuk dijodohkan dengan lelaki pujaannya.
“You akan tahu jugak nanti, Lissa.”
“Tapi siapa? Ikenal dia?”
“Maybe.”
Tengku Melissa mendengus geram. Tidak suka dirinya dipermain-mainkan begini. Tubuhnya dipaling menghadap Tengku Harrys semula. “Fine! You tak nak bagitahu I, tak apa. Tapi jangan mimpi I akan lepaskan you dengan perempuan tu, Harrys. Sampai ke lubang cacing pun I akan cari tahu siapa dia!”
“Go ahead.”
“Harrys, Lissa!” Panggilan itu membuatkan perhatian semuanya teralih. Entah bila Tengku Hafiy sudah berada di ruangan itu. “Kenapa kecoh-kecoh ni? This is office, right?”
“You tanyalah adik you ni sendiri, Hafiy!” tingkah Tengku Melissa yang sudah ingin beredar dari situ. Namun sebelum pergi sempat dia berpesan lagi pada Tengku Harrys. “I remind
you again, Harrys. I will never let go both of you! Just wait and see!”
Seraya itu Tengku Melissa beredar meninggalkan ruang pejabat tersebut dengan kemarahan yang masih berbuku di dada. Mata-mata yang memandangnya sepanjang dia keluar dari situ lansung tidak diendahkan. Dia tidak kisah dengan semua itu. Malah dia juga tidak peduli apa sahaja yang bakal berlaku.
‘Ini Melissalah! Kau takkan pernah tahu apa yang aku mampu buat, Harrys!’
Sementara di hadapan bilik Tengku Harrys, semua pekerja masih berkerumun di situ sambil berbisik sesama sendiri tentang apa yang sedang berlaku. Melihatkan suasana tersebut, Tengku Hafiy mula bertindak untuk mengawal keadaan sebelum ia menjadi lebih teruk dan sampai ke pengetahuan papanya.
“All of you please go back to your place. Anggap tak ada apa-apa yang berlaku, okay?” pinta Tengku Hafiy. Mereka hanya menurut sahaja arahannya dengan baik walaupun masing-masing seakan masih tidak berpuas hati. Bila keadaan sudah kembali reda, dia kembali mendapatkan semula Tengku Harrys.
“Asal? Marah semacam abang tengok si Lissa tu?” tanya Tengku Hafiy pada adiknya. Namun soalannya tidak berjawab. Lelaki itu hanya membisu sambil terus memandang ke arah pintu keluar di tingkat itu. Jelas riak mukanya sedang menahan marah. Sedar yang dia tidak akan mendapat sebarang jawapan waktu ini, mata Tengku Hafiy kemudian terarah pula pada Irish di sebelah. Wajah gadis itu sudah kelihatan pucat. Kalau ditoreh dengan pisau pun belum pasti darah akan keluar. Hatinya sedikit menggelabah.
“Irish? What’s wrong with you?!”
Namun gadis itu diam tidak berkutik. Sama seperti Tengku Harrys, matanya juga masih terhala ke arah pintu keluar. Tengku Hafiy semakin cemas. Tidak pernah dia melihat Irish begini.
“Ishh! Korang berdua ni kenapa? Dah kena sampuk ke apa?!” tingkah lelaki itu sedikit geram. Kemudian dia bergerak menghampiri Irish. “Irish? Hey!” panggilnya seraya menepuk kedua belah tangan di hadapan muka Irish dengan kuat.
“Hmm?”
“Irish okay ke tak ni? Kenapa muka pucat sangat?” soal Tengku Hafiy lagi. Dan soalannya turut menggamit perhatian Tengku Harrys untuk turut sama memandang ke arah Irish.
“Okay, Okay.Irish okay!”
“Ya ke? Tapi Abang Fiy rasa tak. Just look at your face!”
“Betul. Irish okay!” Irish cuba berdalih untuk meyakinkan Tengku Hafiy walaupun sebenarnya kepala dia sudah terasa berat dan bila-bila masa saja boleh tumbang di sini. Genggaman fail di tangannya diperkemas, menutup rasa gugup dalam diri. Nyata dirinya agak terganggu dengan kata-kata terakhir dari Tengku Melissa tadi. Tengku Harrys yang masih berdiri di belakang Tengku Hafiy dipandang sekilas.
“Tak apa. Irish pergi balik bilik dan berehat. Tinggalkan dulu semua kerja-kerja. Dah okay nanti baru sambung,” arah Tengku Hafiy. Irish hanya mengangguk lemah sebelum berlalu ke biliknya. “Tapi kalau keadaan Irish makin teruk, tolong bagitahu abang!”
“Ya. Irish minta diri dulu,” pamit gadis itu lansung bergerak ke biliknya.
Setelah batang tubuh Irish menghilang, Tengku Hafiy menghadap semula adiknya. “You too. Take a rest in your room. But remember, you owed me an explanation for all this!” bicara lelaki itu mengingatkan Tengku Harrys sebelum berlalu ke biliknya.
ZARYN menapak keluar sebaik pintu lif terbuka. Lantas kakinya diatur memasuki ruang pejabat di tingkat itu. Entah kenapa Insyirah menghubunginya melalui interkom menyuruh agar dia naik ke sini setengah jam yang lalu. Kalau diikutkan waktu sekarang, sepatutnya mereka semua sudah turun untuk keluar makan tengahari. Tetapi hari ini tidak tahu kenapa. Zaryn mula berlegar-legar mencari kelibat rakan-rakannya di ruangan pejabat itu. Namun satu bayang pun lansung tidak kelihatan. Sunyi sepi sahaja. Dia kemudian berlalu ke meja Insyirah. Meja gadis itu juga kosong.
“Mana diorang semua ni? Satu batang hidung pun tak nampak. Insyirah nipun. Tadi dia jugak yang suruh aku naik ke sini. Dengan dia-dia pun hilang sekarang!” bebel Zaryn.
Dalam tercari-cari, telinga Zaryn tiba-tiba menangkap bunyi seperti suara-suara sedang bercakap. Melilau matanya memandang sekeliling. Sehinggalah dia berjalan ke arah pantry, suara tersebut semakin jelas kedengaran. Dengan perlahan Zaryn menghampiri ruangan tersebut.
“Ha! Kat sini korang bersembunyi rupanya, ya. Penat aku tercari-cari kat luar tau!”
“Wei, Ryn! Kalau ya pun bagilah salam dulu. Sampai melompat aku kau sergah!” bentak Natasya yang ketika itu sedang duduk di atas almari kecil di dalam pantry.
“Sorry!” Zaryn menekup mulutnya menahan tawa. Insyirah, Kak Maisarah, Farisya dan Elaine yang turut berada di pantry itu juga turut ketawa. “Nasib baik aku yang masuk. Kalau bosskau yang masuk tadi, alamat jatuh terduduk kat lantailah kau jawabnya!”
“Ishh, kau ni! Janganlah disebut-sebut. Buatnya dia datang betul kang!”
“Kenapa kalau dia datang pun? Ha, lagi satu! Bukan patutnya sekarang time keluar lunch ke? Ni kenapa semua dok berkurung dalam pantry ni? Korang tak lapar ke?”
“Nilah masalahnya kalau dia sorang yang duduk tercampak kat bawah tu. Orang semua dah nak sampai, dia baru nak startenjin!” seloroh Farisya.
“Ai, bukan dia ke yang selalu cepat je dapat info? Lagi-lagi gosip panas macam ni! Hmm, Ryn?” Kak Maisarah menyampuk tiba-tiba.
“Gosip panas? Gosip panas apa ni, Kak Mai? Tak dengar apa-apa cerita pun! Lagipun hari ni Ryn sibuk sikit kat bawah tu,” terang Zaryn. Pantas dia mengambil tempat lalu duduk berkumpul menyertai yang lain. “Ceritalah cepat korang. Aku nak dengar ni!”
“Takkan kau tak tahu yang minah salleh celup tu datang mengamuk kat sini pagi tadi?”
Natasya menyoal kembali.
“Minah salleh celup? Maksud kau, Tengku Melissa?”
“Yelah! Siapa lagi minah salleh celup yang kau tahu!”
“Ooo... patutlah tadi masa dia datang terus meluru naik atas. Aku panggil tapi dia buat selamba je. Yang aku pulak masa tu tengah handle a few clients kat bawah. Kalau tak, memang aku dah kejar dia sampai ke atas dah!” jelas Zaryn. “Tapi kan... asal tiba-tiba perempuan tu nak mengamuk pulak? Mengamuk dengan siapa?”
“Dengan siapa lagi. Dengan Tengku Harryslah!” jawab Natasya.
“Sebab?” Zaryn semakin teruja untuk mengetahui apa yang telah berlaku pagi tadi. Namun belum sempat pertanyaannya dijawab, kelibat seseorang tiba-tiba muncul di ruangan pantryitu. Pantas Insyirah bangun dari kerusinya.
“Eh, Cik Irish! Cik Irish dah okay ke?”
“Saya okay, In.”
“Haiya! Apa pasal Cik Irish bangun? Kasi rehat dalam bilik sana saja, maa!”
“Ha’ah, Cik Irish. Betul kata Elaine tu. Buat apa Cik Irish ke sini!”
“Saya okay jelah, Kak Mai. Awak semua janganlah risau.”
“Mahu tak risau! Buatnya jadi apa-apa kat Cik Irish, kena bebel saya dengan Tengku Hafiy nanti,” balas Insyirah lantas menggamit lengan Irish untuk duduk bersebelahan dengannya.
Hari ni sahaja sudah berapa kali Tengku Hafiy menghubunginya melalui interkom bertanyakan tentang keadaan ketuanya ini. Dia sendiri begitu risau bila melihat Irish balik ke bilik dengan keadaan terhuyung-hayang dan muka pucat. Mujur dia sempat menyambut gadis itu sebelum rebah ke lantai. Setelah menyuruh Irish makan ubat dan baring di atas sofa bilik, dia memaklumkan hal itu pada Tengku Hafiy. Hanya tidak sampai beberapa saat, wajah lelaki itu sudah terpancul di dalam bilik Irish. Ikutkan Tengku Hafiy ingin menghantar sahaja Irish ke hospital. Tetapi melihatkan Irish yang sudah terlena, niat itu dibatalkan serta-merta. Sebelum beredar, berapa kali Tengku Hafiy berpesan padanya agar menjaga ketuanya itu dengan baik.
“Kenapa semua berkumpul kat sini? Tak keluar lunch ke?”
“Patutnya keluar. Tapi bila saya bagitahu kena jaga Cik Irish, semuanya ikut tak pergi.”
“Eh, kenapa pulak macam tu? In pun patutnya keluar je dengan diorang tadi. Tak payahlah jaga saya. Saya bukan teruk mana pun.”
“Eh, eh. Sekejap! Ni kenapa pulak dengan Cik Irish ni?”
“Ishh! Kau ni, Zaryn. Memang betul-betul ketinggalanlah!” tingkah Farisya lagi.
“Serius! Kali ni aku mengaku memang aku missed everything. Cik Irish kenapa?” Zaryn menyoal sendiri pada Irish.
“Tak ada apalah, Zaryn. Cuma pening sikit je.”
“Cik Irish pitam tadi. Lepas tupengsan. Terkejut agaknya tengok Tengku Melissa mengamuk. Kalau Kak Mai jadi Cik Irish pun, pengsan terus kat situ kut!”
“Sampai macam tu sekali? Teruk betul perempuan tu mengamuk!”
“Mahunya tak, Ryn. Ghimau pun kalah!” bidas Natasya selamba. Serentak ruangan pantry itu bergema dengan tawa mereka.
“Ha! Soalan aku tadi pun korang belum jawab lagi. Asal minah salleh celup tu datang sini mengamuk tiba-tiba?” Zaryn bertanya sekali lagi.
“Mengamuk sebab cinta tak berbalas. Kekasih pujaan hati hampir dimiliki orang!”
“Maksud Kak Mai?”
“Hishh! Maksud Kak Mai, itu Tengku Harrys sudah mahu kahwin sama orang lain, maa! Youtak faham lagi ke, Zaryn?”
“What?! Dengan siapa??!” separuh menjerit suara Zaryn kala mendengar berita itu.
“Yang tu kitorang tak tahu. Dengarnya calon pilihan keluarga Tengku Harrys sendiri. So Cik Zaryn, sila berhenti dari terus bermimpi, ya! Prince charming awak dah berpunya dah!” selar Natasya bersama gelaknya pada Zaryn.
“Aduh! Luruh jantung aku mendengarnya. Rasanya aku pulak yang nak pitam sekarang!”
“Dah, Zaryn. Kau jangan nak mengada-ngadalah!” kali ini Farisya memukul lengan gadis itu.
“Aku tahulah. Selama ni aku bukannya serius pun. Gila kau nak tackle Tengku Harrys tu! Nak senyum pun sikit punya susah. Memang betul jadi gilalah kalau aku boleh dapat dia!” ujar Zaryn. Memang selama ini pun dia hanya berjenaka bila bercakap tentang Tengku Harrys. Dia masih sedar diri. Mana mungkin enggang ingin terbang sama pipit. “Tapi kan... siapa calon pilihan keluarga boss tu, ya? Hai, bertuahnyalah badan!”
Mereka yang berada di situ berpandangan sesama sendiri. Sementara Irish yang sedari tadi menjadi pendengar, hanya diam tidak berkutik di tempatnya. Jelas terasa debaran di dadanya menjengah kembali.
“Jangan-jangan Cik Irish tahu tak?” duga Zaryn selamba.
“Hmm? Saya?”
“Eh! Kau ni, Ryn. Main petik je, kan!” tingkah Insyirah.
“Aku teka je. Tengok Cik Irish pun rapat semacam je dengan Tengku Harrys tu.”
Irish menjadi semakin tidak keruan. Peluh yang memercik di dahi disekanya perlahan. ‘Ya Allah, bala apa pulak yang nak datang kali ni?’
“Tak apa! Tak kisahlah siapa pun calon pilihan keluarga Tengku. Yang penting bukan minah tu. Kalaulah aku dapat jumpa that lucky girl, aku rasa nak peluk dia kuat-kuat dancakap tahniah sebab dapat kalahkan minah salleh celup tu!” seloroh Natasya.
“Dan yang pasti, dialah satu-satunya perempuan yang dah berjaya mencairkan hati Tengku Harrys!” tambah Kak Maisarah lagi.
“Yes! Betul! Betul!”
Ruang pantry itu kini bagaikan sudah menjadi sebuah bilik mesyuarat pada mereka. Mujurlah pekerja-pekerja yang lain semua keluar waktu rehat tengah hari itu. Dalam mereka rancak bergelak ketawa, tiba-tiba sahaja Kak Maisarah dan Elaine yang ketika itu sedang menghadap pintu masuk pantry, terdiam. Mereka yang lain turut berpaling.
“Tengku!” Spontan semuanya bangun bila melihat Tengku Harrys sudah berdiri di muka pintu.
“Tak sangka pulak saya pantry ni dah jadi bilik meeting.”
“Eh! Tak adalah, Tengku. Kitorang borak-borak kosong je,” balas Zaryn tersengih.
“You all tak turun lunch?”
“Tak, Tengku. Cik Irish tak sihat. So kitorang temankan dia. Tapi dah order pizza tadi. Kejap lagi sampailah tu,” Natasya menjawab pertanyaan bossnya. “Tengku masuk sini nak buat air ke? Saya boleh tolong buatkan.”
“No, thanks.” Ucap Tengku Harrys. Matanya kemudian terhenti pada seraut wajah. “Saya nak jumpa Cik Irish sekejap.”
Serentak itu semua mata tertumpu pada Irish.
“Jumpa saya?”
Tengku Harrys menganggukkan kepalanya. “Ikut saya sekejap.” Kemudian lelaki itu berlalu meninggalkan ruang pantrytersebut.
Dengan hati yang berat, Irish menuruti langkah Tengku Harrys. Dia sedar setiap pasang mata di situ sedang memerhatikannya. Pasti mereka tertanya-tanya mengapa Tengku Harrys ingin berjumpanya. Tiba di luar pantry, lelaki itu sudah bersandar elok di dinding menunggu. Irish menghampiri Tengku Harrys lalu berdiri di satu sudut, menanti bicara dari lelaki tersebut.
“How’s your condition?” Tengku Harrys memulakan bicara.
“Okay.”
Tengku Harrys memandang wajah Irish. Muka gadis itu masih kelihatan pucat. Dia tidak tahu-menahu lansung apa yang berlaku pada Irish selepas gadis itu berlalu ke biliknya pagi tadi. Selepas Tengku Hafiy menyuruhnya berehat, dia tidak berbuat demikian. Sebaliknya dia masuk ke bilik mengambil barang-barangnya dan keluar semula kerana ada janji temu bersama kliensyarikat. Sehinggalah Tengku Hafiy menelefon tengah hari tadi bertanyakan keberadaannya. Waktu itulah abangnya memberitahu keadaan Irish. Selesai sahaja urusan, dia terus bergegas pulang ke sini untuk melihat sendiri keadaan gadis itu.
Tengku Harrys berjalan ke arah Irish. Ditenung wajah gadis di hadapannya sehinggakan Irish tertunduk. “Kenapa boleh sampai pengsan?”
Irish tidak menjawab.
“Irish?”
“Saya sakit kepala sikit.”
“Sampai pengsan?”
Irish membisu lagi. Tengku Harrys menarik nafas sebelum menghembusnya dengan perlahan. Dia seakan dapat mengagak ini semua mungkin ada kena-mengena dengan insiden yang berlaku pagi tadi. Dan itu yang membuatkan hatinya dipagut rasa bersalah.
“Ikut saya.”
Spontan Irish mendongak. “Ke mana?”
“Hospital.”
“Buat apa?”
“Check your condition, Irish.”
“Eh, tak payahlah. Saya tak apa-apa.”
“How do you know?”
“Betul. Saya dah okay. Tak ada apa-apa.” Sedaya-upaya Irish cuba meyakinkan lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh sampai pengsan. Yang dia ingat, kepalanya terasa begitu berat semasa berjalan balik ke biliknya pagi tadi sebelum dia hampir rebah. Mujur ada Insyirah. Gadis itu kemudian memapahnya ke bilik lalu memintanya memakan ubat. Dan selepas itu dia tidak sedar apa-apa lansung.
Sementara di suatu sudut lain, keenam-enam rakan Irish sibuk memerhati perbualan antara gadis itu bersama Tengku Harrys di muka pintu. Namun disebabkan jarak yang sedikit jauh, mereka tidak dapat menangkap butir-butir percakapan antara kedua insan tersebut.
“Kan aku dah cakap. Tengku Harrys dengan Cik Irish tu macam ada apa-apa je!” duga Zaryn, cuba menyerkap jarang.
“Ada apa, mey?”
“Something speciallah, amoi! Takkan korang tak nampak? Tengok tu, mata Tengku Harrys dari tadi tak habis-habis tengok muka Cik Irish.”
“Cakap pasal kerja tak?” duga Farisya.
“Kalau cakap pasal kerja tak adanya nak tenung-tenung macam tu!”
“Ishh! Kau ni, Zaryn. Gosip je, kan!”
“Gosip apanya, Kak Mai. Kan kita tengah tengok live depan mata ni!”
Kata-kata perbualan itu membuatkan Natasya terdiam. Serta-merta dia menoleh pada Insyirah di sebelah. “Kau ingat tak apa yang aku ingat?”
“Aku rasa aku ingat apa yang kau ingat.”
Kejadian yang berlaku semasa makan tengah hari di pantry bersama Tengku Harrys dan Irish kembali menerjah ingatan. Seketika, bibir kedua-duanya mengukir senyum.
“Dah lunch?” Tengku Harrys kembali bersuara.
“Belum.”
“Kenapa belum?”
Sekali lagi Irish membisu. Membiarkan soalannya berlalu sepi. Seraya itu satu keluhan terbit dari mulut Tengku Harrys. Matanya juga tidak lepas-lepas dari memandang wajah pucat di hadapannya. Susah benar mulut kecil itu untuk bersuara.
“Please take your lunch, Irish. Lepas ni kalau awak pengsan lagi, saya terus dukung awak pergi hospital. No more excuses!”
Tengku Harrys melangkah pergi sesudah melafazkan kata-kata akhirnya yang berbaur sedikit amaran, sekaligus membuatkan Irish terus terkaku di situ.
USAI solat Isyak, Tengku Hafiy menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Hari ini dia pulang ke rumah agak lewat kerana menghadiri satu jamuan makan malam anjuran klien syarikat. Ikutkan badan yang letih, mahu sahaja dia merebahkan diri di atas katil biliknya menyertai Helena yang sudah lena dibuai mimpi. Namun bila memikirkan tentang perkara yang asyik bermain di fikiran sejak siang tadi, terpaksa dia membatalkan niat yang satu itu.
Tengku Hafiy tercari-cari kelibat adiknya. Habis semua ruang bawah villa itu dijelajahi. Namun bayang Tengku Harrys lansung tidak kelihatan. Bilik lelaki itu juga turut kosong sewaktu dia masuk tadi.
“Mana perginya budak ni? Satu villa ni aku pusing tak jumpa!” bicara Tengku Hafiy sendiri. Lewat minit tercari-cari, matanya tiba-tiba terhenti pada pintu tengah villa yang sedikit terbuka. Pantas dia menjenguk ke luar. Terlihat satu susuk tubuh sedang duduk di atas kerusi batu di taman mini sambil bermain gitar.
“Hey! Kat sini kau rupanya. Puas abang cari satu rumah!” Tengku Hafiy menyapa adiknya bersama satu tepukan di bahu, membuatkan jemari Tengku Harrys yang sedang memetik tali gitar terhenti. Lantas dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
“Abang cari Rys kenapa?”
“Kenapa kau tanya? Hmm... lupalah tu!”
“What?”
“Hey, bro! You owed me an explanation. Remember?”
Tengku Harrys menghela nafas. Ingatannya kembali menerawang pada insiden yang berlaku di pejabat pagi tadi. “Apa yang abang nak tahu?”
“Every single thing. Tell me, what was happened this morning?”
Tengku Harrys membetulkan duduknya sebelum dia mula bercerita segala apa yang telah berlaku hari ini. Tengku Hafiy di sebelah hanya tenang mendengar. Sesekali dia mencelah dengan beberapa soalan.
“So, sebab hal meminang tulah yang buat si Lissa datang pejabatsampai mengamuk macam tu sekali?”
Tengku Harrys membalas dengan satu anggukkan.
“Sampai pengsan Irish dibuatnya?” duga Tengku Hafiy. Dan kata-katanya itu disambut dengan satu senyuman oleh Tengku Harrys.
“Hai! Irish, Irish. Gelabah abang dibuatnya. Tahu dek Izzul pasal ni, naya abang!” ujar Tengku Hafiy sambil menguak rambutnya ke belakang. “Kau dah jenguk Irish tadi?”
“Dah.”
“Macam mana keadaan dia? Okay?”
“Not really.”
Tengku Hafiy mengeluh. Entah mengapa dia punya rasa risau seperti ini terhadap Irish. Mungkin kerana gadis itu adik kepada Izzul. Jadi rasa sayangnya sudah sama seperti adik sendiri.
“Kau dengan Irish macam mana?”
Tengku Harrys menoleh. “Macam mana apa?”
“Yelah. Hubungan korang sekarang macam mana?”
“Okay.”
“Okay je?” soal Tengku Hafiy lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya. Namun adiknya itu hanya menyepi sambil memetik kembali gitar di ribaan.
“Hmmh... Harrys, Harrys. Risau abang tengok kau dengan Irish nilah. Yang sorang hati beku dengan perempuan. Yang sorang lagi mulut beku nak bercakap dengan orang. Korang ni bukannya main cinta-cinta tahu tak? You are going to marry her!”
Tengku Hafiy mengeluh untuk kesekian kali bila Tengku Harrys masih tidak memberikan sebarang reaksi.
“Abang tak tahu apa yang ada dalam hati kau, Rys. Memang dari kecik abang faham sangat perangai kau. Tapi soal hati kau, abang surrender! Yes, Irish calon pilihan mama. Tapi abang tak nak kau terima dia sebab nak jaga hati yang lain. Dan yang paling berat bagi abang, Irish tu adik Izzul. Abang kenal sangat Izzul tu macam mana. Dia takkan senang-senang lepaskan adik dia pada orang. Kau ni dikira bertuah tau. Kalau abang pun, belum tentu lepas nak pinang si Irish tu. Silap haribulan kena buku lima dulu dengan si Izzul!”
Spontan Tengku Harrys tertawa mendengarkan kata-kata abangnya.
“Ha, gelaklah. Gelak! Abang nak tengok boleh ke tak kau buat Irish tu jatuh cinta dengan kau dalam masa enam bulan ni!” ujar Tengku Hafiy dengan nada sedikit geram. Serta-merta tawa adiknya itu mati. Petikan gitarnya juga terhenti sekali lagi. Hanya pandangan lelaki itu yang terarah padanya kini.
“Enam bulan? Apa maksud abang?”
“Sebab itu tempoh yang dah ditetapkan untuk ikat kau dengan Irish. So, get readylah!”
“Mana abang tahu?”
“Hai! Abang nikan PA mama. Mestilah semua hot news abang yang tahu dulu!” kali ini giliran Tengku Hafiy pula tergelak. “Okaylah. Abang nak masuk tidur.”
Tanpa menunggu lagi, Tengku Hafiy bingkas bangun dari atas kerusi batu tersebut dan terus melangkah meninggalkan taman mini itu.
“Abang, sekejap!”
“Fight for the best within these six months, bro. Good night!” laung Tengku Hafiy yang sudah agak jauh meninggalkan Tengku Harrys sambil melambai-lambaikan tangan pada adiknya yang jelas masih tergamam dengan berita yang baru disampaikannya tadi.