Kau pergi
bersama bulan dan mentari
aku menanti di hujung
aku berdiri di mula
Kau pergi
tiada sempat menyentuh janji
aku masih di sini
seperti dikosongkan waktu
seperti diasingkan sedar
Dan kau pergi
langsungmu tiada kuhalangi
tiada ku kejari
aku menjadi hidup dalam mati.