Bila masa berlalu,
Aku hilang arah tuju,
Kawan dan lawan aku bingung,
Semua sama di mata zahirku.
Onak belukar ku cuba tempuhi,
Demi mencari secebis kebenaran,
Yang mula bertebaran di alam penipuan,
Ku tetapkan diri dengan kesabaran,
Apabila silaunya sudah terpancar,
Hatiku mula lesap dari dunia,
Tinggallah jasad yang bernafas,
Bertamu di realiti ini.