Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan 2
Isteriku Kakak Kawasan 2
Aida
26/11/2020 16:12:37
9,140
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 2

"Ayoyo, tambi..." Lashmi sudah memegang kepalanya gara-gara terkejut melihat keadaan ruang tamu rumahnya tu.


"Amma... Amma..." panggil Ravi sambil berlari ke arah Lashmi lalu kaki Lashmi dipeluk erat. Takut kena marah ler tuu...


"Apa sudah jadi dengan rumah kita ni? Ayoyo..." tanya Lashmi dalam bahasa tamilnya.


Ravi hanya diam membisu.


"Ravi, jom main lego ni!" Ajak Rama yang baru muncul.


Tak berlengah lagi, Ravi segera berlari ke arah abangnya tu.


"Ayoyo... Kadavaley... Kadavaley..." Lashmi sudah mengelengkan kepalanya sebelum memulakan rutin hariannya tu iaitu mengemas rumah sampai clear.


"Bu, ni macam mana? Adik tak tahulah." Soal Siti sambil menunjukkan buku latihan matematiknya tu.


Lynn yang sedang melipat kain baju sudah menjerling ke arah encik suami yang sedang leka menonton perlawanan bola sepak tu. "Abanggg..." panggilnya, separuh teriak.


"Iya!" Sahutnya, sepatah.


"Tolonglah anak tu, ha! Sibuk betul dengan bola dia tu tau. Ish!" Bebel Lynn sambil melipat kain bajunya tu.


"Iyalah. Mana yang adik tak tahu tu?" Soal Firdaus dengan mata yang masih tertera di skrin television.


Siti segera menunjukkan soalan yang dia tidak tahu itu.


"Yang ni senang jer dik." Jawab Firdaus penuh bangga. Dia segera mengajar anak sulungnya tu.


Lynn yang mendengar sudah mencemik. Memanglah senang, soalan darjah 3 kut. Huh!


Ai Lin sedang menonton television bersama encik suami yang baru pulang dari kerja.


"Mana Mei Lin?" Tanya Jeson dalam bahasa cinanya.


"Tidur." Jawab Ai Lin, sepatah. Matanya masih tertumpu ke arah skrin television.


Jeson mengangguk, tanda mengerti.


Otaknya ligat berfikir. Tiba-tiba senyuman nakal terukir di bibir Jeson.


Memandangkan si isteri tengah leka tengok TV, Jeson sengaja ingin mengusik lalu dia mendekatkan jarak diantara mereka.


Dia menoleh si isteri yang berada disisi.


GULP!


Air liur diteguk dengan lajunya.


Matanya terbeliak memandang leher jinjang si isteri yang terdedah. Jari telunjuknya mulai memainkan peranannya. Leher si isteri dielus dengan penuh kelembutan.


Ai Lin terkejut lalu menepis jari encik suaminya tu.


Jeson tersenyum sumbing. Jari telunjuknya kembali naik ke leher si isteri. Tak cukup dengan itu, Jeson sempat meniup leher si isteri sehingga meremang bulu roma Ai Lin dibuatnya.


"Janganlah." Ai Lin cuba menepis jari encik suami tapi lengannya pulak yang ditangkapnya. Ish!


Ai Lin menoleh ke arah encik suami.


Mereka bertentangan mata buat masa seketika.


Tanpa di duga, bibir mungil Ai Lin terus dipagut oleh encik suami.


Alamak?


Ai Lin terkesima. Nak tak nak, dia terpaksa menurutnya. Kalau tak, orang tua ni merajuk pulak. Haish! Nasib baik anak dah tidur tau...


"Moksu. Cuba adik sebut, moksu nak dengar ni." Suruh Wanie, adik bongsu kepada Nani tu.


"Tocu... Tocu... Tocu..." panggil Icha penuh beriya.


"Tocu? Akakkk..." jerit Wanie dengan raut wajah tak puas hatinya.


Icha hanya buat hal sendiri sahaja. Tak endah langsung dengan jeritan moksunya tu.


"Yang Wanie duk menjerit ni dah kenapa? Terkejut akak lah... Ingatkan ada apa-apa yang terjadi dekat Icha tu, ha." Omel Nani yang baru muncul. Tadi dia ke dapur sekejap. Nak cuci botol susu anaknya tu.


"Anak akak nilah... Kita suruh sebut moksu, dia bantai sebut tocu-tocu. Apa dia ingat kita ni lauk ke? Ikan masak tocu? Ish! Geramnya..." bebel Wanie sambil mengomol pipi anak sedaranya tu.


Nani yang mendengar sudah menghamburkan tawanya tu. "Nasiblah tocu oiii..." usiknya.


Wanie sudah mengecilkan matanya.


Nani buat tak nampak sahaja. Dia ingin kembali ke dapur tetapi langkahnya terhenti apabila pintu rumah dibuka oleh seseorang secara  tergesa-gesa.


Nerina cepat-cepat masuk ke dalam dan pintu terus ditutup dan dikunci. Air peluh yang merenik di dahi dan seluruh wajahnya segera dikesat kasar dengan jari-jemarinya tu. Fuh! Legaaa...


Dahi Nani dan Wanie sudah berkerut seribu.


"Kau kenapa kak?" Tanya Nani, separuh hairan.


Nerina terkejut apabila disapa. Lantas, dia segera memandang adik-adiknya silih berganti.


"Kenapa kak? Cemas semacam jer. Ada masalah ke?" Soal Wanie pulak.


Pantas Nerina mengelengkan kepalanya tu.


"Dah tu, kenapa?" Tanya Nani lagi.


"Aku kena kejar dengan hantu." Jawab Nerina sebelum berlari anak menuju ke kamarnya.


"Hantu???" Terus Wanie mencecit larik mendekati kakak keduanya tu. Lengan kakaknya dipeluk seerat yang boleh.


Nani terkejut. "Dah kenapa duk menempel dengan akak ni? Sanalah!" omel Nani sambil cuba melepaskan pelukkan di lengannya ni.


"Tak nak!" Wanie mengeratkan lagi pelukkannya tu.


"Eh-eh, budak ni..." Nani dah pandang semacam dekat adiknya ni.


Wanie yang perasan cepat-cepat melepaskan lengan kakaknya tu. Haa, tau takut...


"Pergi jaga si Icha tu. Akak nak cuci botol susu ni sekejap." Arah Nani sebelum menonong ke dapur.


Wanie akur lalu segera berlari ke arah anak sedaranya yang sedang bermain di ruang tamu tu.


ARGHHHH...


Jerit seorang lelaki berbadan kurus tu sambil memegang perutnya yang baru menerima tendangan percuma daripada perempuan di hadapannya ni.


Dia takkan mengaku kalah. Perempuan di hadapannya ni harus menerima balasannya. Dengan penuh amarah, dia cuba menyerang.


Tumbukkan padu diberikan tepat di bahagian muka tetapi perempuan tu berjaya menepis dengan penuh bergaya.


Serangan yang seterusnya segera diberikan tetapi serangannya itu mudah dipatahkan oleh perempuan tersebut. Huh! Dia mendengus kasar.


Dia bengang lalu cuba menyerang sekali lagi. Tumbukkan padunya tu dihayunkan dengan sekuat hati.


Perempuan tu tangkas bertindak dengan menangkap pergelangan tangan kanan lelaki itu lalu dipulasnya tangan lelaki itu ke belakang.


Lelaki itu mengaduh, sakit. Tangan kirinya cuba diayunkan ke belakang tetapi perempuan tu berjaya menepis dan dengan penuh bersahaja, pelipat lutut lelaki itu ditendang dengan padunya.


ARGHHHH...


Lelaki berbadan kurus tu jatuh melutut di atas jalanan dengan raut wajah yang menyingai kesakitan.


"Hey!" Panggil perempuan tu sambil menarik rambut lelaki tersebut.


Lelaki berbadan kurus tu semakin menyingai.


"Ini Rozylah. Tak ada siapa yang berani kacau, tahu tak?" Kata Rozy sambil menguatkan lagi tarikkan di rambut lelaki itu.


"Auwwww..." jerit lelaki berbadan kurus tu.


"Bosss..." panggil seseorang yang baru muncul.


Rozy menoleh.


"Ada OK ke bos?" Tanya Bad sekadar berbasa-basi.


Rozy mengangguk sambil melepaskan cengkaman di rambut lelaki itu. "Uruskan jantan tak guna ni!" Arahnya sebelum beredar pergi.


Bad menoleh ke arah Adib tapi Adib menoleh ke arah Fad. Begitu juga dengan Fad. Dia menoleh ke arah Ram tapi Ram awal-awal lagi dah menoleh ke arah Zack dan Joe.


"Kita orang ke?" Tanya Zack.


"Iyalah. Siapa lagi yang ada dekat sini selain kau orang kan. Cepat! Kasi settle ini budak. Huh!" Suruh Ram dengan lagak bersahaja.


"Ceh!" Zack dan Joe berdecit.


Nak tak nak, dia kenalah uruskan. Kalau tak, mahu kakak kawasan tu mengamuk nanti. Sekarang ni, Rozy nampak semakin hebat dimatanya. Almaklumlah, anak didikkan a.k.a kawan rapat Yana lah katakan... Yana yang mengajarnya step by step. Fuh! Serammmm oooo...


Zack dan Joe segera mendekat.


Lelaki berbadan kurus itu kelihatan takut-takut.


"Pantang nampak perempuan, terus jer nak kacau. Kan dah mendapat. Padan muka kau!" Ejek Zack sambil menarik lengan lelaki itu supaya bangun dari duduknya.


"Lepaskan aku, bro." Rayu lelaki berbadan kurus tu.


Zack menoleh ke arah Joe.


"Boleh tapi kau kena rasa ni dululah." Terus Joe hadiahkan tendangan padunya di belakang badan lelaki berbadan kurus tu.


Lelaki berbadan kurus tu menyingai kesakitan.


Bad, Adib, Fad dan Ram sudah tersenyum sinis manakala Rozy hanya menayangkan muka ketatnya tu.


"Kalau aku nampak kau kacau perempuan-perempuan dekat sini lagi, nahas kau ya. Aku sendiri yang akan lanyak kau cukup-cukup. Faham?" Joe memberi amaran tegas.


Lelaki berbadan kurus tu hanya diam membisu.


"Faham ke tak?" Jerkah Zack pulak.


Mengelupur lelaki berbadan kurus tu menganggukkan kepalanya.


Zack dan Joe saling tersenyum sinis.


"Berambus kau dari sini. Pergi!" Jerkah Zack lagi sambil menolak badan kurus lelaki itu.


Terlepas sahaja dari cengkaman Zack, lelaki berbadan kurus tu terus mencecit melarikan diri daripada berterusan menjadi mangsa keganasan mereka ni.


Zack dan Joe sudah berdekah-dekah mentertawakan lelaki itu. Begitu juga dengan Bad, Adib, Fad dan Ram.


"Dah-dah! Jom." Ajak Rozy sebelum berlalu pergi.


Mereka segera membuntuti langkah big boss mereka tu. Rozy yang sekarang bukan lagi Rozy yang dahulu. Banyak sungguh perubahannya...


"Wachaaa..."

"Haiyaaa..."

"Wachaaa..."


Bunyi tulah yang akan keluar setiap kali adiknya tu menonton WWE. Naik rimas dia dibuatnya. Tengok diam-diam, sudahlah. Ini siap dengan aksinya sekali. Ish! Nak kena budak ni tau...


"Hoi, diamlah!" Tegur Suhaila sambil cuba merampas remote control yang berada di tangan adiknya tu.


Haikal pantas melarikan tangannya tu.


"Bak sini remote control tu!" Minta Suhaila, tegas.


Haikal menjelir lidahnya.


Suhaila merasa geram lalu dia cuba merampas remote control tersebut tetapi Haikal pantas melarikan dirinya.


"Hey!" Panggil Suhaila sambil mengejar si adik.


Haikal berlari mengelilingi sofa.


Suhaila menngejar.


"Tak dapat. Wekkkk..." ejek Haikal.


Suhaila mengetap bibir, menahan geram. Main-main, eh! Nak kena ni... Siaplah! Terus Suhaila memegang kepala sofa lalu dia meringankan badannya dan terus melompat melintasi sofa tiga yang berada di ruang tamu mereka tu.


Haikal tergamam melihat aksi kakaknya tu.


Suhaila tersenyum senget apabila melihat adiknya yang leka tu lalu remote control ditangan adiknya dirampas dengan begitu bersahaja.


"Alaaa..." Haikal cuba merebut kembali remote control tersebut tetapi Suhaila tangkas bertindak dengan memulas tangan adiknya ke belakang.


"Auwwww... Sakit, kak. Sakit!" Adu Haikal sambil meronta-ronta minta dilepaskan.


Suhaila buat tak dengar sahaja. Tangannya ligat menukar channel.


"Janganlah tukar channel..." renggek Haikal.


"Wekkkk..." ejek Suhaila.


Haikal sudah memuncung.


"Kakakkk!" Jerit seseorang.


Suhaila terkejut lalu menoleh ke arah empunya suara. Ooo...ho! Mama sudah mariii... Habislah!


"Kakak buat apa tu?" Tanya Yana dengan raut wajah seriusnya.


"Tak ada buat apa pun, ma." Jawabnya, bersahaja.


Yana sudah mengecilkan matanya.


"Opsss!" Suhaila baru teringat lalu segera melepaskan tangan adiknya tu.


Haikal terus terduduk di sofa tiga tu. Tangannya yang sakit segera diurut secara perlahan.


Yana datang mendekat.


Dup dap... Dup dap...

Rentak jantung Suhaila berubah mendadak. Kencang degupannya, seperti baru lepas bermarathon lah pulak. Errr...


"Kenapa buat adik macam tu?" Soal Yana, tegas.


Suhaila dah terkebil-kebil. "Errr... Errr..."


Tak berlengah lagi, Yana terus menarik cuping telinga anak daranya tu.


"Auwwww... Sakit, ma. Sakit!" Adu Suhaila sambil memegang tangan mamanya tu.


Haikal sudah tak berkutik. Takut punya pasal...


"Mama tak suka anak-anak mama gunakan kekerasan sesama sendiri, tahu tak? Kalau mama nampak lagi, siaplah!" Yana memberi amaran buat anak-anaknya tu.


"Sorry, ma." Suhaila memohon maaf.


"Sorry? Naik lorry lah..." nyampuk Haikal, tiba-tiba.


Yana pantas menoleh. Cuping telinga anak daranya segera dilepaskan.


Suhaila menggosok-gosok cuping telinganya yang sudah memerah tu.


Ooo...ho! Haikal terus menutup mulutnya tu.


"Ni sorang lagi." Terus Yana menepuk peha anak bujangnya yang terdedah tu. Nasiblah! Siapa suruh pakai seluar pendek, kan.


"Auwww..." jerit Haikal sambil menggosok pehanya yang terasa perit tu.


"Suka sangat buat kakak geram, kan. Tu yang mendapatnya. Ish, budak bertuah ni..." omel Yana.


Haikal dan Suhaila hanya menadah telinga sahaja. Tak pasal-pasal mama mereka membebel pulak. Huh!


"Assalamualaikum!" Sapa satu suara dari arah belakang.


"Waalaikumusalam." Jawab Yana serentak dengan anak-anaknya.


"Yeah! Papa dah balik..." jerit Sofea yang baru turun anak tangga tu. Dia berlari anak mendekati papanya lalu kaki papanya dipeluk erat.


Imran tersenyum melihat gelagat anak bongsunya tu.


"Kenapa ni sayang?" Tanya Imran, sekadar ingin tahu. Dari raut wajah anak-anaknya tu, dia sudah dapat agak akan sesuatu. Pasti si isteri sedang memarahi mereka berdua.


"Anak-anak abang ni lah... Sehari kalau tak bercekau, tak sah tau. Eeeiii..." adu Yana sambil mencekak pinggang.


Suhaila dan Haikal pantas menundukkan kepala, tak berani nak membalas renungan mata mamanya tu.


"Biasalah. Budak-budak sayang. Dah-dah! Jangan gaduh-gaduh lagi tapi kalau nak tengok mama naik hantu, silakan... Papa tak nak masuk campur, ya." Beritahu Imran dengan bersahaja.


Suhaila dan Haikal sudah meneguk air liurnya. Tak terbayang kalau mamanya naik hantu. Habislah mereka nanti...


"Pergi masuk bilik, cepat. Tidur awal malam ni." Arah Yana, tegas.


"Tapi, maa..." Haikal cuba bersuara.


Yana menjegilkan matanya.


Suhaila dan Haikal terpaksa akur. Mereka menonong ke arah anak tangga untuk menuju ke tingkat atas.


"Adik pergi masuk bilik, ya. Papa nak mandi ni. Badan papa dah bau busuk tau." Kata Imran kepada anak bongsunya tu.


Sofea menurut kata lalu berlari anak menuju ke anak tangga.


Kini, tinggal mereka berdua sahaja di situ.


Ehem ehem...

Imran berdehem.


Yana menoleh encik suami sekilas.


Ehem ehem...

Dehemnya sekali lagi.


"Abang kenapa? Sakit tekak ke?" Soal Yana, ingin tahu.


"Taklah!" Jawab Imran, sepatah.


"Dah tu?" Yana memandang encik suami di sisi.


Imran menyengih macam kerang busuk.


Yana mengecilkan matanya.


"Abang nakkk...." Imran terus ingin menerkam si isteri tetapi si isteri bijak menggelakkan dirinya.


Imran mengetap bibirnya.


Yana sudah tersenyum, geli hati. Mula daaa... Encik suami dah bertukar jadi singa jadian lah pulak. Aduhai!


Imran cuba memeluk si isteri tetapi isterinya tu bijak melarikan diri.


"Abang jangan nak mengada-ngada, ya." Kata Yana sambil berundur setapak ke belakang.


"Takutnya... Takutnya... Kakak kawasan marah ke?" Tanya Imran sambil cuba mendekat.


Yana tersenyum sumbing. "Tak dapat. Wekkkk..." Sempat dia menjelirkan lidah ke arah encik suami sebelum dia berlari ke anak tangga.


Imran geram, lalu dia pantas mengejar si isteri yang sudah berada di pertengahan tangga tu. "Sayang, jangan lariii..." jeritnya.


"Shhh lah!" Suruh Yana sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir.


Imran mengejar sehinggalah mereka berjaya meloloskan diri ke dalam kamar peraduan milik mereka tu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.