Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
42,620
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

Sekitartahun 1940-an

             ADUKA telahditangkap oleh penduduk kampung kerana telah memperkosa dan membunuh seoranggadis yang juga merupakan anak kepada ketua kampungnya. Dia diheret sekelilingkampung sebelum dikurung untuk dihantar kepada pihak berkuasa keesokan harinya.Dia akan diadili mengikut undang-undang pada waktu itu.

Padatengah malam sewaktu semua penduduk kampung sedang dibuai lena, Mak Suri telahdatang ke tempat Aduka dikurung. Mak Suri telah melepaskan anaknya darikurungan itu. Mak Suri tidak sanggup melihat anaknya dihukum walaupun dia tahuanaknya itu memang bersalah.

            “Pergilah kau dari sini. Jauh dari kampung halaman,” ujarMak Suri kepada anaknya. Ketika itu mereka berada di tepi pantai.

            “Kenapa ibu lepaskan aku? Kenapa ibu tidak biarkan sahajaaku dihukum? Tidakkah ibu tahu yang aku telah melakukan kesalahan besar?” Adukamempersoalkan tindakan ibunya itu.

            “Aku tahu kau telah melakukan kesalahan yang besar tetapiaku tidak sanggup melihat anakku dihukum. Pergilah, nak! Biarlah ibu yangmenanggung kesalahan kau itu. Ibu mahu kau membina kehidupan yang baru,” balasMak Suri bersama linangan air mata.

            “Ibu!”

            Aduka segera mendakap erat tubuh ibunya. Mak Suri turutmembalas dakapan anaknya. Air matanya semakin merembas keluar. Lama merekaberpelukan di tepi pantai. Langit masih lagi gelap. Angin pantai menampar tubuhmereka. Tiba-tiba mata Mak Suri terbeliak luas. Tubuhnya terketar-ketar.Kedengaran suara Aduka ketawa mengekek di cuping telinganya.

            “Ibu... ibu sudah melakukan kesilapan yang besar keranamelepaskan aku,” bisik Aduka bersama sisa tawanya.

            Perlahan-lahan Mak Suri melepaskan dakapannya. Dia inginmenoleh ke belakang namun Aduka terus mendakap tubuhnya dengan kuat.

            “Ark... ark...” Suara Mak Suri kedengaran tersekat-sekat.

            Terpacak sebilah pisau di belakang badan Mak Suri. TanganAduka menekan kuat hulu pisau sehingga membuatkan matanya tenggelam penuh ketubuh Mak Suri. Darah merah pekat membuak-buak keluar dari tempat luka. MakSuri terbatuk-batuk sehingga bersembur darah keluar dari mulutnya.

            “Aduka...”

            Spontan tubuh Mak Suri melorot jatuh ke tanah. Pasirpantai yang putih itu dibasahi dengan darahnya. Tangan Mak Suri tergerak-gerakcuba menggapai Aduka namun tidak tercapai. Dia tidak menyangka anaknya itusanggup menikamnya. Dengan pandangan yang berbalam bercampur air mata, Mak Surimelihat Aduka memandangnya tanpa rasa kasihan.  

WajahAduka beku tanpa reaksi sewaktu melihat ibunya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Dia merenung tangannya yang penuh dengan darah ibunya. Kemudian diamenjilat-jilat darah itu dengan penuh nikmat. Matanya merenung tubuh tua ibunyadengan penuh galak.

“Terimakasih ibu sebab beri aku peluang untuk terus hidup. Aku tidak akanmensia-siakan pengorbanan ibu.”

Airmata Mak Suri semakin merembes keluar. Dia tahu Aduka tidak sedar dengan apayang dilakukannya itu. Aduka tidak seperti anak yang normal. Dari kecil Adukasangat berbeza berbanding rakan sebayanya. Anaknya itu sangat pelik. Suka cakapseorang diri. Suka menyeksa binatang. Suka mencederakan rakan-rakannya. Banyaklagi benda pelik yang Aduka suka buat sehingga merisaukan hati Mak Suri.

“Akuada hadiah untuk ibu. Aku harap ibu suka dengan hadiahku ini,” ujar Aduka sambilbertinggung di hadapan Mak Suri.

Diamerentap pisau yang masih terpacak di belakang badan Mak Suri. Habis terpancutdarah di merata tempat. Mata Aduka dalam gelap tampak bersinar-sinar melihatdarah ibunya sendiri. Kemudian pisau itu dihalakan ke leher ibunya. Mata Adukamasih lagi galak memandang wajah ibunya. Bibirnya meleret tersenyum lebar.Tanpa memberi sebarang amaran Aduka mengelar leher Mak Suri sepertimana yangsering dia lakukan terhadap ayam ternakan Mak Suri.

Darahterpercik sehingga mengenai muka Aduka. Sesekali lidahnya menjilat darah yangibunya yang terpercik di muka. Matanya terpejam rapat. Gayanya seperti sedangmenikmati keenakan darah itu. Mak Suri pula sudah menggeletik tubuh. Darahsemakin banyak menyembur keluar dari tempat kelar. Tidak lama kemudian tubuhMak Suri menjadi kaku. Matanya terbeliak luas. Ada air mata bertubir di tepimata. Mak Suri hilang nyawa di tangan anaknya sendiri.

Setelahmemastikan Mak Suri sudah tidak bernyawa, Aduka pun berjalan ke arah sampanyang terumbang-ambing di pantai. Dia sengaja membiarkan tubuh Mak Suri terbujurkaku di tepi pantai. Di hatinya langsung tiada perasaan menyembelih ibunyasendiri. Perasaan itu sudah lama mati selepas seseorang membuatkan keluarganyamusnah. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI