Home Novel Seram/Misteri RASUKAN AYUNINDYA - PROJEK SERAM CERMIN
RASUKAN AYUNINDYA - PROJEK SERAM CERMIN
Suzani Nadzir Mohd Nadzir
27/4/2016 17:48:09
4,471
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
PELUH membasahi wajah dan turun menitik di atas pipi. Langkahnya seakan-akan tersekat di dalam  ruang lingkup rumahnya sendiri. Bahaya seakan-akanmemburunya di mana-mana. Seluruh isi rumah itu seakan-akan tidak selamat baginya.

Sudah puas dia berlari mencari jalan keluar. Tetapi penyudahnya, dia masih lagi berlegar di dalam kawasanyang sama. Isya merenung tepat ke arah anak tangga yangmenyambungkan ruangan itu dengan tingkat atas.

Pantas dia memanjat anak tangga itu. Jalan keluar perlu dicari sebelum dia bertukar menjadi gila. Terperangkap d idalam rumah sendiri dan diburu dengan ketakutan yang tidak ada penghujungnya sangat menyempitkan dada.

Dia menyerbu masuk ke dalam bilik utama. Pintu dihempaskan sekuat-kuat hatinya. Matanya melilau ke segenap ceruk bilik itu dengan nafas yang turun naik .Dengan tidak semena-mena, suara seseorang sedang merintih kesakitan menjamah pendengarannya. Semakin lama semakin jelas.

“Isya... lari nak...” rintih suara itu, sayu.

Perlahan-lahan Isya berundur merapati dinding bilik itu. Kepalanya seakan-akan kaku untuk menoleh ke mana-mana.

“Dia semakin dekat. Pasungannya akan dibuka.Selamatkan diri, Isya,” rayu suara itu lagi.

“Siapa kau? Apa yang kau nak?” soal Isya dengan nafas yang tercungap-cungap menahan debar. Matanya masih liar mencari kelibat yang sedang mengejarnya.

Tiba-tiba jendela terbuka luas. Angin malam menyerbu masuk menampar tubuh Isya. Isya terkedu memandang dada langit. Serentak dengan itu, sekujur tubuh terbang melayang dan masuk ke dalam bilik itu.

Pantas Isya menekup mulut dengan kedua-dua belah telapak tangan. Jeritan yang terhambur seakan-akan tertelan masuk ke dalam tekak. Kelibat yang berlumuran dengandarah itu memandangnya sayu.

Ibu... gumam Isya.

“Selamatkan diri, Isya. Jangan jadi macam ibu,” rintih kelibat di depannya.

Isya melongo menghadap makhluk itu. Semakin lama ruangan itu semakin menyesakkan! Satu kelibat muncul di belakang makhluk itu. Anak mata putih mencerlung tajam memandang ke arahnya.

“Kau akan menemaniku dalam matiku!” jerkah kelibat itu dengan rambut yang menggerbang dan berserabai.

Telunjuknya menuding tepat ke muka Isya. Bau hamis darah mula menusuk ke dalam hidung. Serentak dengan itu, makhluk yang berlumuran dengan darah itu menangis mendayu-dayu. Darah semakin membuak-buak keluar dari celah lehernya yang terkoyak luas!

Dengan tidak semena-mena, tubuh Isya diseret jatuh di atas lantai. Dia menjerit lantang. Deraian hempasan kaca tiba-tiba menjamah telinga. Spontan Isya berkalih memandang ke arah cermin di sudut dinding. Cahayayang memancar menyilaukan mata. Sepasang tangan mula menjulur keluar daripada cermin itu!

Pantas kakinya ditarik menghampiri objek itu. Isya mencakar lantai sekuat-kuat hatinya. Jeritan tidak berhenti terhambur daripada mulut wanita itu.

“Mana kau nak lari? Akan kutuntut sumpahku! Darah harus dibayar dengan darah!” jerkah satu suara di hujung telinganya.

Isya semakin hilang arah! Jeritan kuat bergema memekakkan telinga. Tangannya terawang-awang menepis angin.

Tiba-tiba, rambutnya direntap dari belakang. Spontan Isya terdongak. Kilauan belati yang tajam kelihatan bersinar di hujung mata. Sepasang tangan yang rentung kehitaman menyentuh lehernya dengan lembut. Kemudian, satu tusukan mula dirasakan. Pedih! 

Isya menggelupur di atas lantai. Darah bersimbah membasahi tubuhnya. Hilaian ketawa mula membingit bertingkah dengan tangisan sayu. Isya semakin kehabisan nafas!

HAZRI berlari memanjat anak tangga. Kerja yang sedang disiapkan dibiarkan sahaja di atas meja. Tumpuannya terganggu sebaik sahaja mendengar jeritan lantang Isya daripada tingkat atas rumah itu. Dia beristighfar panjang sebaik sahaja melihat Isya menggelupur di atas katil dengan tangan yang mencekik leher sendiri.

“Sayang, bangun! Mengucap!” jerit Hazri sambil menepuk pipi Isya dengan kuat. Riak cemas jelas terbias pada air mukanya.

Spontan Isya mencelikkan mata. Sebaik sahaja wajah Hazri terpampang di depan mata, wanita itu menangis teresak-esak. Tubuh Hazri dipeluk erat.

“Ibu datang. Ada orang nak bunuh Isya,” bisik Isya dengan suara yang tenggelam timbul.

Hazri terlongo. Pantas dia menggeleng.

“Ibu dah tak ada, sayang. Dah makan ubat tak tadi?”soal Hazri, lembut.

Spontan dia menoleh ke arah meja kecil yang berada di sebelah katil. Beberapa biji botol yang berisi dengan pil-pil kelihatan tersusun elok di situ.

Isya mendengus marah. Tubuh Hazri ditolak ke tepi.Air mukanya mula tegang.

“Saya tak sakit! Susah sangat ke nak percaya cakap saya?Ibu datang tadi! Ada orang nak bunuh saya!” jerkah Isya.

Hazri terdiam. Perlahan-lahan dia menarik nafas.Kemudian, dia menghampiri Isya sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya.

“Bacalah Surah Yasin, sedekahkan pada arwah ibu.Abang tahu Isya susah nak terima cara kematian ibu. Tapi kalau Isya berkelakuan macam ni sekalipun, ibu takkan hidup balik,” pujuk Hazri.

Seketika Isya mengongoi pilu. Jiwanya benar-benar tertekan. Sejak kematian ibunya, hidupnya sering diburu dengan ketakutan. Tetapi tidak ada sesiapa yang percaya dengan kata-katanya.

Hazri memeluk erat tubuh yang semakin susut itu.Kesedihan Isya turut dirasainya. Lantaran dilanda tekanan perasaan yang teruk, Isya terpaksa menjalani rawatan kaunseling. Dia faham, sukar untuk Isya menerima cara kematian ibunya yang sangat kejam. Perlahan-lahan dia menarik nafas sebu.

Dengan tidak semena-mena, angin bertiup menerpa tirai langsir. Spontan tirai itu terselak luas. Bayang kelibat seseorang kelihatan sedang berdiri tegak menghadap jendela. Wajah Isya ditatap dengan anak mata mencerlung putih. Seketika, tubuh itu menghilang. Bau hamis darah mula tersebar ke udara.


Tiga bulan selepas itu...

KAWASAN perumahan itu kelihatan lengang. Walaupun hari masih pagi, tetapi jalan itu seakan-akan tidak dilalui oleh sesiapa. Isya memandu keretanya dengan berhati-hati.Hari ini, dia mula bekerja semula selepas berbulan-bulan mengambil cuti tanpa gaji.

Kematian ibunya memberi kesan yang sangat besar pada dirinya. Tekanan perasaan yang dialami membuatkan dia tidak mampu untuk menghadap tekanan kerja. Acap kali dia diserang dengan perasaan bersalah kerana meninggalkan ibunya bersendirian sebelum dia ditemui mati dibunuh.Hatinya semakin tidak tenang selagi pembunuh ibunya tidak diheret ke muka pengadilan.

Setelah melalui beberapa sesi kaunseling, keadaan Isya beransur pulih. Perlahan-lahan dia cuba menerima hakika tkematian ibunya. Cuma cara ibunya berdepan dengan maut masih tidak mampu dilupakannya. Mujur majikannya memahami keadaan Isya ketika itu. Setidak-tidaknya, dia masih diberi peluang untuk terus bekerja.Isya memandu menghala masuk ke sebuah taman perumahan yang terletak berdekatan tempat tinggalnya.Jalan lurus di hadapannya sunyi sepi.

Tiba-tiba sebuah rumah banglo menjamah pandangannya. Hatinya bagaikan disapa sesuatu. Spontan dia memberhentikan kereta ke tepi. Halaman rumah banglo itu yang kelihatan agak terbiar diperhatikan dengan penuh minat. Entah kenapa hatinya bagaikan terpaut pada rumah itu.

Papan tanda yang tergantung pada pagar rumah itu diperhatikan.

Rumah untuk disewa, bisik hati Isya.

Sebaik sahaja berpuas hati, dia menyambung semula perjalanannya yang tergendala sebentar tadi. Kepalanya mula dipenuhi dengan banglo itu. Hatinya mula diikat.Tanpa Isya sedar, deretan pokok yang tumbuh melata itu seakan-akan tunduk mengiringi perjalanannya.

Tiba-tiba, pintu pagar itu terkuak lebar. Kemudian,terhempas kuat. Papan tanda yang tersangkut pada pagar itu mula tertanggal dan jatuh di atas tanah. Tidak semena-mena,papan tanda itu melayang-layang di atas jalan.

Burung-burung kecil yang terbang riang di halaman rumah itu bertempiaran lari seakan-akan dijerkah sesuatu.Kemudian, bau hamis darah dan daging yang rentung terbakar tersebar ke udara. Memualkan!

KETUKAN di pintu bilik mengejutkan Isya. Spontan diaberpaling ke muka pintu. Seketika, senyuman manis tergaris pada wajahnya.

“Masuklah,” pelawa Isya sambil menilik fail di depan matanya.

Suraiya melangkah laju menghampiri meja itu. Sudah lama dia tidak berbual dengan Isya. Sebaik sahaja mendapat tahu yang Isya sudah mula bekerja semula hari ini, Suraiya tidak melepaskan peluang untuk bertemu empat mata dengannya. Tetapi perkara berkaitan dengan ibunya tidak akan disentuh sama sekali. Bimbang Isya akan putus semangat semula.

“Banyak kerja ke?” soal Suraiya, berbasa-basi.

Wajah Isya diperhatikan. Seketika dia berasa lega. Isya kelihatan tenang berbanding dahulu.Isya menoleh ke arah Suraiya.

“Biasa aje. Baru nak tengok fail ni. Kau tak ada kerjake?” soal Isya.

Suraiya mengeluh.

“Banyak kerja aku. Tapi aku letihlah. Banyak problem.Lepas tu dengan masalah rumah sewa aku tu lagi,” jawab Suraiya panjang lebar.

Spontan Isya berhenti menaip.

“Kenapa dengan rumah sewa kau?” soal Isya.

“Jauh sangat dari cawangan ni. Dulu dekat aje denga nofis lama,” adu Suraiya lagi.

Kepalanya dipicit perlahan. Bulan ini, masuk bulan kelima dia ditukarkan ke cawangan baru. Secara tidak langsung, jarak di antara pejabat dan tempat tinggalnya semakin jauh. Kepenatan terasa berganda-ganda berbanding dahulu.

Tidak semena-mena Isya tersenyum manis. Wajah Suraiya dikerling dengan ekor mata.“Kau nak rumah sewa yang dekat?” soal Isya, pendek.Dahi Suraiya berkerut.“Kat mana?”Isya bersandar pada kerusi sambil tersenyum lebar.Suraiya semakin kehairanan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.