Home Cerpen Cinta Hidupku Umpama Perfume
Hidupku Umpama Perfume
Intan Juana
11/4/2016 00:24:33
3,288
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta
 **  Velle Derossa tidaklah sempurna seperti insan lain tapi aku tetap bersyukur diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Aku lebih dikenali sebagai Velle oleh teman- temanku. Sejak kecil aku dipanggil dengan nama itu tapi aku ni tak kisah sangat hal remeh macam tu. Sukatilah nak panggil aku apakan. Hak masing-masing gitu. Nama penuh aku Velle Derossa. Unik sikit sebab mak aku suka bau wangi-wangian. Umur aku tahun ni dah nak masuk 20 tahun dah,spm pun dah lepas. Result pun cukup makan jer lah. 

Bab kerja aku dah kerja dah,kerja biasa jer lah kat kedai mamak jer. Dekat rumah aku lah tak lah dekat sangat,lebih kurang 15 minit sampailah kalau bawa motorsikal tu laju sikit. Sikit jer lah jangan banyak kang naya pula kena saman. Aku kerja kat kedai mamak ni dekat 1 tahun juga lah. Lama juga kalau nak hitung-hitung.Dah kerja ni pandai-pandailah bawa diri. Semua kena jaga kalau tak silap hari bulan ke longkang. Di tempat kerja aku ni,adalah sorang dua kawan aku,yang sama perangai dengan aku. Aku ni jenis yang "poyo" sikit. Kerja aku kat sini banyak, ambil pesanan pelanggan, cashier, dan kalau staff tak cukup terpaksa jugalah campur tangan dalam bab buat air untuk pelanggan ni. Aku tak kisah semua tu janji hujung bulan saham masuk dah tapi kadang- kadang penat juga tau. Bayangkanlah sendiri.

"Ewah-ewah!..bukan main lagi hang dok ngeramun no..owang lain sibuk kerja hang dok termenung dari tadi. Ingat sapo?." sengah Nor. " Yang hang dok kacau aku ni dah napo?..aku dok imagine tadi aku jadi penulis buku terkenai,hang kacau daun jer." jawabku. 

"Hak aloh...hang ni siang-siang dah mimpi memanjang,dok sah lah imagine-imagine bagai no...juh temai aku bersih meja lam tu kang naya kena bising ngan manager kito pula. Kito juga sakit telingo degornyo." balas si Nor. "yo..yo...jom ler." kata Velle sambil tarik tangan Nor. 

Tengah mereka dua sibuk kemas meja,sapu-sapu sampah datanglah pelanggan setia. Dah tu bawa geng-geng sekali. "mak ai,time ni juga nak datang banyak-banyak macam ni.

Aku baru jer nak relex.issshhhh..." merungutku dalam hati. Muka dah masam macam buah asam kena jeruk. Cepat- cepat si Nor pergi kat aku. "Sapa nak ambil order ni?..aku ka hang???.." tanya Nor. " biarlah kawan lain ambil order mereka tu..bukan kita dua jer lam kedai ni.tu ada lagi si Nia kita tu." jawabku selamba jer. " betui juga noo..geligo otak hang."balas Si Nor sambil tersengih macam kerang busuk.

 " hmmmm...kak Velle..manager suruh akak buat air. Dia kata kakak ganti tempat si Ani tu dia tengah rest."kata Nia pada Velle. Si Nor tergelak dengar arahan yang Nia bagi tau kat mereka dua.

 " issshhhh...hang tau gelak jer.aku cubit hang baru tau.kataku pada Nor.yela,yela aku buat air tapi aku tak nak service. korang service...ok sikit,senang kerja aku.hehehehe..." tempelak aku pada diorang. Si Nor dengan muka mencuka jawab "mana adil".

Aku pun mulalah tugas aku. Buat air ni taklah susah,cuma ingat sukatan dia jer,ingat bahan dia tu jer lah. Make it simple and easy orang putih cakap kan. Dok aku sibuk-sibuk ada juga manusia yang suka perhati dengan aku. Aku perasan jugalah dari jauh.Orang ni aku rapat jugalah sebab dia senior kami orang kat sini. Dia ni tukang buat roti canai kat sini. Muka boleh tahan lah,perangai pun ok cuma hitam. Biasalah orang mamak India memang hitam pun kan. Hitam manis tu. Aku kenal dia sejak mula-mula aku kerja lagi.Bos yang pindahkan dia kat sini. Nama dia ni Vijay.

"kak,boleh tolong tak???..." tanya si Nia. "apa lagi?..kau ni menyibuk jer...tak nampak aku tengah potong lemon ni." jawabku pada Nia. "macam ni kak,ada pelanggan tu meja nombor 17 tu minta nombor hand phone akak.dia bagi tau akak buat air bandung sedap sangat." kata Nia.

 "eaaaa...ada ada saja.nak ngurat lah tuu..cakap kat dia,nanti akak bagi." kataku pada Nia. "adoiiii!...sakit." jeritku tetiba. Pisau kena jari. "hi hanglah punya hal ni.adoiii..." kataku ke Nia. "sorry kak..."balas Nia dalam nada serba salah. Nasiblah tak besar luka dijariku kena pisau. " ok kak velle derossa..." ajuk si Nia padaku. Aku tersenyum sorang- sorang.

 " aiii...ni buat kerja kah apa?..tersenyum sorang - sorang ni." muncul si mamat canai ni depanku tetiba. " tak dalah..ada tu hahh..orang minta nombor rumah,aku tak bagi takut dia sesat pula." berbunga aku jawab. Tak kisahlah dia faham ke tak kan..."sapa yang minta?...macam tak da awek lain nak tackle. "kata Vijay dengan wajah yang marah. " yang awak sibok kenapa?...jeles lah tu. sukati dialah nak ngorat aku apa ke kan.ngade awak ni tau.g sambung kerja awak kat depan tu."jawab ku balik. 

Vijay berlalu dengan wajah yang pelat seribu.Nor perasaan Vijay macam marah jer sambil dia buat roti canai. Pergilah dia tanya kat aku. "kenapa mamat kat depan tu?...marah kau ker?.." tanya si Nor padaku. " ntah,datang bulan kot."jawabku.

Tergelak si Nor sampai manager dok tertanya-tanya sorang lihat kami dua. "aku rasa dia suka kat hang tu...tu yang dia marah kalau da customer try ngorat kau tu.aku taulah laki ni kalau dah suka kat kita ni." kata Nor lagi. Aku malas nak layan,diam jerlah dengar si Nor cakap apa.mengarut pikirku.

Seperti biasa petang, si Vijay naik ke hostel untuk rehat. Sebelum dia naik,dia mulalah bersyarah kat aku,suruh jaga mata lah,jangan lebih-lebih dengan customer lah. Aku dok dengar jerlah malas nak layan.

 Petang macam ni taklah banyak pelanggan datang minum ker makan. Boleh jer aku buat sorang. "hi,termenung jauh nampak...dah sampai mana?" tanya uncle yang selalu datang minum kat kedai ni. 

Terkejut juga aku "eh,uncle.tak dalah jauh uncle kat china jak." jawabku sambil ketawa. Uncle nak minum apa?...air biasa?.."tanyaku kemudian. "yala...biasa jaklah." kata uncle sambil senyum. Aku pun berlalulah dari meja tu,g order apa yang uncle minta tu kat kak Ani.

 "mana yang lain Velle???.." Tanya kak Ani padaku. "mereka rehat kak,kat atas tuu.." jawabku. Terangguk-angguk kak Ani sambil tangannya dok potong buah limau nak buat air sirap limau. "kak..nak satu kak.nampak sedap" kataku pada Ani. Lalu dia hulur dua gelas. Satu untuk akulah. Tak lama kemudian turunlah si Vijay. Terus dia menyapa aku dengan senyumannya.Tergoda juga hatiku. 

"hai sayang..." kata Vijay. Aku ni dah biasa dipanggil macam tu selamba jer buat muka senyum aku. "awal turun." kataku pada Vijay. "awallah,aku lapar ni.lagi nak jaga awak takut dikebas orang pula." jawab Vijay straight to the point. "aku dah ajak dah mamat ni suka Kat aku,apa aku nak buat eak?...trima jelah kot.yela,aku pun baru lepas putus cinta. Mamak pun mamak lah janji boleh diharap." kata hatiku berbisik.

"Mana diorang ni???...tak turun-turun.dah nak pukul 8 malam dah ni. Dah banyak orang kang big bos datang naya aku kerja sorang." membebelku sendiri. Jam dah pukul 8.10 baru muncul batang hidung si Nia Dan si Nor. 

"hoi kak Valle,buat apa tu?.." sengah Nor padaku. Terkejut aku yang sedang main game kat hand phone. "tak delah,korang lambat turun,aku layan game lah sementara tak da orang ni." jawabku. Nor dan Nia pun berlalu pergi ke Upwell beli barang. "Beli barang tak ajak."bisikku sendiri. Jam telah berlalu masa untuk balik rumah. Penatlah kerja macam ni,tapi nak cari duit kan. Ada duit sendiri senang nak shopping. Aku ni suka shopping. Shopping makanan.

 "velle,aku nak cakap sesuatu ni."tetiba muncul si Vijay ni kat tepi aku. " Apa dia?...cakap jerlah.aku dah nak balik ni."kataku pada Vijay. "hmmm...esok jer lah.awak baliklah dulu.hati-hati." jawab Vijay. Aku pun terangguk-angguk tanda mengiyakan katanya. Bapaku sampai dengan motornya so kami pun baliklah ke rumah. 

Sampai kat rumah,aku macam biasalah mandi,makan kan. Nak tido,penat.Esok nak bangun awal lagi pergi kerja. Begitulah rutin aku sepanjang aku kerja ni.Awal pagi bangun,pergi kerja,tunggu cukup jam balik rumah,tido and begitulah seterusnya. Tengah aku syok tidur termimpi pula Vijay ni date ngan aku. Bangun pagi-pagi,tersenggih sorang-sorang. "Kalau betul,mesti interesting.hihihi..."bebelku sendiri.

Keesokkan hari beginilah kerja aku. Velle Derossa memang kena positif dan kena wangi macam namanya juga kan. Sebelum masuk kerja kena sembur-sembur wangi sikit. Wangi kesukaan aku wangi Uber-men style casual.Eau deToilette. Aku ni nama jer perempuan tapi tak suka sangat wangian perempuan ni sebab menusuk hidung so aku trylah wangi laki ni.wangi,sedap dihidu.Tak menyakitkan jiwa aku. 

Pagi-pagi mulalah sibuk layan customer. Si Vijay pun sibuk olah roti canai dia. "Velle,time untuk tukar kerja".Kak Ani tersenggih-senggih kat aku." aiii...awal juga akak rehat.baru jam 10.30 pagi ni".jawabku. "dah si pendek tu suruh,akak ok jer.Lagi orang tengah kureng sikit ni,bolehlah Velle settle kan eak.." kata kak Ani lagi. "yela,yela...aku tolong settle kan eak..akak naik lah rehat,tak payah turun pun tak apa." sindirku. Tersenyum kak Ani dengar sindiranku. So my turn kat tempat buat air."bolehlah aku buat sukati aku."kataku dalam hati. 

Syok-syok aku tengah minum datang si mamat canai ni pula. "minum sorang,tak buat untuk saya kah. Saya pun nak try juga air yang kamu buat,tentu sedap kan." kata Vijay berbasi-basi. "taulah saya,so kamu nak minum apa?..saya buatkan special untuk kamu."jawabku pada Vijay. " hmmm..saya nak air banana lassi.boleh?..."kata Vijay. "boleh nanti jawab dengan si pendek tu kalau dia tanya sapa yang guna yoghurt dan buah pisang kesayangan dia tu." balasku lagi. "ok jer...tak berani si pendek tu nak bising saya lah." jawab Vijay. Aku tersenggih jer dengar,malas nak berjawab lagi.Tak kuasa aku.

"dah ni hahhh...siap.minum sana g." kataku pada Vijay. Vijay sambut gelas yang aku hulurkan dengan senyuman. " terima kasih awak..hmmm..awak single kan?.."tanya Vijay terus terang. Boleh tahan juga ni mamat..kataku sendiri. "yela,masih single but not available." jawabku pantas. Vijay ajak aku duduk kat sementara tak da pelanggan. Aku pun iyakan sajalah. 

"Velle,saya nak terus terang ni,saya dah lama suka kat Velle.sejak mula Velle kerja kat sini lagi.boleh tak saya couple ngan awak." kata Vijay. "hmmm..boleh tahan mamat ni ngorat aku.fasih cakap malaya pula mentang-mentang dah lama merantau kat negeri orang. Berani berterus terang lagi tu.fuhyo...dasyat." bisik hati kecikku. Aku hanya balas dengan senyuman pada si Vijay.Dalam hati, "sudi sangat-sangat...yes!.." senyum seorang aq ni. 

Petang ni datanglah geng polis ni. Kadang tu menyampah pula asyik mereka ni jer yang datang lepak petang macam ni. Tapi ada juga yang sporting. "yes..nak minum apa?.." tanyaku selamba. "saya nak air darah ( sirap merah )sejuk tau.adakan?" kata polis jambu. "ada...lagi?..yang lain nak minum apa?.." jawabku ringkas. 

Dok satu-satu order air tetiba mamat poyo ni menyampuk. "nak air bandung ade tak?..." tanya nya kat aku. Aku pun jawablah bahasa K.L juga. "ade lah bang...semua ade." "ok,gud.sedap-sedap eak." balasnya sambil tersenggih macam kerang. Aku pun blah lah dari situ. Sampai kat tempat air..."eh,mana tukang air ni?.."aku tertanya sendiri. 

Check-check kat tandas duhal. "so akulah yang buat ni.aku order aku juga yang buat.sedih." bebelku sendiri sambil ambil botol sirap merah.

Sebeginilah kehidupanku. Taklah fun sangat,boleh-bolehlah. So dipendekkan cerita aku startlah couple dengan mamat canai ni. Si Vijay ni boleh tahan juga,ada class gitu. Apa aku nak semua dia bagi. Aku pun makin melekatlah juga kat dia ni. 

"sayang...sini kejap." panggil Vijay. Aku malu juga bila depan customer ni bersayang-sayang bagai. "ada apa yang?..." tanyaku. "hujung minggu kita keluar nak tak?..g jalan,shopping. tengok wayang." kata sayangku Vijay. "boleh juga,tapi sayang blanjalah.ayang tak da duit dah ni." keluh aku. "boleh jer,tak da hal lah sayang.anything for you dear." jawab Vijay pantas. Aku tersenyum sorang sebab dah imaginelah apa aku dapat hujung minggu ni kan."yes!...kesempatan aku!".bisik hati kecilku. Bukan dia dengar pun kan. 

Sepanjang aku dok couple ngan Vijay,aku mula cinta padanya. Makin sayang sebab aku dah paham dia,dia pun sangat memahami aku. Aku tak dapat berlenggang dengan Vijay. Berkepit jer kalau ada masa yang cun. "Kalaulah sampai ke next level.wowww!!..."jerit hatiku. Tersenyum aku dok perasan sorang. Hujung minggu pun tiba dengan indahnya bagaikan aku didalam kayangan yang penuh wangian. Macam aku nak hentikan jam dari berdetik. Aku dengan Vijay jalan-jalan ke shopping mall,pergi nonton wayang dan makan-makan. Lepaslah juga beban aku. Aku keluar ni parents aku tak tau sebab family aku ni tak suka orang jauh jadi couple aku.So aku curi-curi keluarlah,alasan aku kat parents aku..aku ada kerja nak settle kat kedai so mereka tak syaklahkan. Clever Velle Derossa. 

Adat bercinta ni ada pasang surut nya tau macam ombak laut tu,macam tu jugalah dengan aku dan Vijay. Ada jer yang tak kena,semua serba salah dimata dia. Kadang kala aku sakit hati juga tapi tahan jer lah kan tak kan nak gaduh kat depan orang ramai. 

Tetiba jer " awak jangan lebih sangat tau tengok customer lagi-lagi yang bujang tu. awak ni suka buat saya jeles."terngiang kata Vijay kat telinga aku. "sukati tuduh saya ni dah kenapa?bila masa aku perhati lelaki lain ni." balasku.Sakit juga hati aku. "saya tengok tadi dari belakang sana,awak sibuk tengok mamat tu.kenapa?..dah jatuh hati." katanya lagi. 

Aku yang tak suka dituduh apalagi naik hantulah. "pang!...pong!" bunyi aku hentak gelas kat sink air.Nasiblah tak pecah dek aku. "korang ni kalau tak gaduh tak sah.kejap nanti baik lagi pastu gaduh lagi." muncul si Nor dari tandas. 

"dia tu hahhh..kepala batu.asyik nak cari salah aku jer.mana tak panas hati aku ni."jawabku pantas. " kenapa kamu dua?...gaduh lagi?..nanti dah kamu dua kahwin macam mana hidup?.."sampuk si pendek. Si pendek ni manager kami orang. Yela,dia kan pendek dari kami semua so kami gelar dia "si Pendek". "sabarlah Velle.dugaan"jawab Si Ani dari dapur. Aku cuma berdiam diri saja. " Velle,hari ini saya suruh kamu balik awal.ok.pukul 7."kata si manager tetiba. Bila aku dengar terasa lega hati. Taklah aku hadap muka mamat canai tu lama-lama kan.

"sayang,ayang balik dulu.manager lepaskan saya balik pukul 7." kataku pada Vijay. Aku pun naiklah motor bapa aku. Kami pun pulang ke rumah. Aku tau Vijay dok perhati aku dari jauh. "padan muka, aku balik dulu,sapa suruh marah aku." kataku dalam hati. Dok aku pulang awal,aku teringat-ingatlah kenangan aku dengan Vijay. Dia so caring to me tau. Dah baik hati,sapa tak tergoda. Tersenyum aku sorang dalam bilik. So esok aku nak bangun awal lagi. Harap dia dah tak marah lagi kat aku.Macam biasa pukul 7 pagi aku dah tercampak kat depan kedai. Tunggulah aku dekat tiang kedai tu. 

"hmmmm...morning ayang.sorry ok,sayang janji tak marah ayang lagi." tegur Vijay. "it's ok.morning too." balasku sambil tersenyum. Seperti biasalah,tugas kami kat kedai.Memang macam ni hari-hari. Asyik buat benda yang sama jer. Penat jugalah tulang aku ni. 

"kak Velle,jum tolong Nia kemas ni hahhh...banyak pinggan,gelas ni.tak terangkat Nia." pekik Nia dari jauh. "yela!..kejap..kejap..." jawabku. Kami ni dah biasa kalau buat keeja sambil mulut pun pok pek pok pek..kalau sunyi tak seronok buat keeja kan. 

"jangan bisinglah kamu dua.buat kerja guna tangan bukan mulut." sindir si pendek pada kami dua. "ok boss." jawab aku dan Nia serentak."Love is beauty. sangat indah seharum perfume.." pikirku sambil tanganku lap meja customer.

Benda yang tak disangka terjadi bila keluarga aku dapat tau aku dengan Vijay. Mereka pun tau dari kenalan diorang yang aku couple dengan mamak ni. Sampai aku gaduh dengan mak aku. " Mami tak nak Velle kerja kat situ dah.Memalukan Mami saja.Mami tau dia tu nak mainkan Velle jer. "tapi...Mami...Velle sayang dia.Dia baik dengan Velle. Dia tau jaga Velle." jawabku pada Mami. "memang mulanya dia baik lepas tu nanti dia buat macam macam kat Velle tau. Jangan mudah percaya kat warga asing ni.Mereka bukan warga kita." kata Mami lagi. Aku hanya berdiam saja. " Lepas ni Mami dah tak nak apa-apa lagi. Papun Velle kena putus dengan dia kalau tak jangan harap Mami ngaku Velle anak Mami.ingat tu!"cakap Mami lagi.Tersentap juga aku dengar. Aku pun masuklah ke bilik. Dalam bilik aku nangis sorang-sorang. Sakit hati bila cinta aku dihalang oleh orang tua ku sendiri. 

Selama ni aku harapkan cinta aku akan macam wangian yang akan sentiasa harum sepanjang hari. Yang akan dimekar dan tak kan hilang macam tu saja. Lepas ni,aku terpaksalah buat keputusan aku walaupun aku tau akan menyakitkan hati aku dan Vijay. "sorry Vijay aku terpaksa." Keesokkan aku macam biasa pergi ke tempat kerja. Macam tiada apa yang berlaku. Aku tak nak kerja aku terganggu sebab masalah aku. 

"hi sayang ku...ayang macam tak da mud jer hari ni." sapa Vijay. "hai...morning.eh,tak da lah,biasa jak ni." jawabku bersaja. Dalam hati pedih sekali.Aku sudah buat keputusan biarlah cinta kami sampai disini saja.Walaupun pahit aku terima sahaja takdir yang sudah tertulis untukku.Aku tak mahu jadi anak derhaka pada family aku sendiri. 

Hari terakhir aku kerja hari ni,aku buat-buat happy go lucky. Seperti biasa aku akan layan karenah si Vijay buah hatiku ini.Bagi aku dialah pasangan yang sesuai untuk aku dah akan namanya sentiasa mekar dihati aku. "hoi.." sergah kak Nor."eh..mak kau jatuh..."latahku tetiba. "haaa...kenapa ni?...nampak macam ada masalah jer." tanya Nor. Aku senyum kambing jer "tak dalah,aku ok jer." jawabku ringkas. 

"hmmm..kak,kalau Velle bagi tau akak,akak janji tak bagi tau Vijay or sapa-sapa jer." janji kataku pada Nor.Nor dengan muka suspen berkata "ni yang akak tak suka ni.apa dia?..bagi taulah cepat." "akak janji tau."kataku lagi. "yela akak janji." balas Kak Nor. Aku pun ceritalah semuanya pada Kak Nor sebab dia jer paham aku. So "jadi Velle dah buat keputusan nak berhenti sebab aku tak nak Vijay dapat masalah lagi-lagi dengan family Velle." kataku dengan sayu. Kak Nor hanya berkata "akak paham masalah Velle.kalau Velle rasa ini yang terbaik.Velle buat saja.akak sokong Belle." "thanks kak Nor." jawabku.Malam semakin hampir,aku berat hati nak tinggalkan kerja ku. 

Aku dah anggap kedai ni rumah ke dua aku tapi apakan daya,aku terpaksa lepaskan dan paling berat aku akan lepaskan Vijay sekali. "dah siap??...jum tutup kedai.penat dah.jumpa esok." kata Vijay pada kami. "OK.." sampuk si Nia. 

Aku dengan sayu hati ucapkan selamat tinggal pada Vijay dalam hatiku. " sayang balik hati-hati tau.Love u sayang."kata Vijay padaku. Aku tau ini kali terakhir aku melihat dirinya. 

"ok sayang..thank so much for everything. luv u too." ucapku buat terakhir kalinya. Aku pun melangkah dengan langkah yang mungkin akan menjatuhkan aku. Berlinang air mataku,ku tahan dari berderai.

Pagi ni aku akan berangkat ke Paris bersama family aku. Mak aku dah tau yang aku dah berhenti kerja mula hari ni so dia buat keputusan tempah tiket penerbangan ke Paris. Aku terpaksa buat keputusan yang drastik dalam hubungan aku dengan Vijay. 

Pergorbanan cinta untuk keluargaku. Semua ini demi keluargaku. Aku dapat text dari Vijay 'sayang kat mana?..tak turun kerja kah?..' aku hanya biarkan saja pesanan ringkas Vijay. Berat hatiku mahu membalasnya. Aku menyibukkan diri dengan kemas barangku kedalam begasiku. Jam tepat pukul 10 pagi,kami pun berlepas. 

Dalam penerbangan aku sempat melihat handphoneku dipenuhi dengan panggilan dan text dari kesayanganku. Hatiku sakit sekali. "Sorry so much Vijay.bukan niat ku untuk melukakanmu." bisik hati kecilku. Aku hanya balas textnya dengan ayat "sorry dear,don't find me anymore.luv u always." bila text dihantar terus aku off hand phone ku.

Mamiku perasaan liak wajahku,dia cuma pegang tanganku erat-erat.Semestinya dia paham perasaan ku kini. Hanya Kak Nor tau kehilangan ku pagi ini. "Cinta Velle Derossa." Percintaan yang diharapkan ke jannah akhirnya musnah sekelip mata. 

Ibarat wangian yang harum hanya seketika sahaja dapat dihidu oleh sang penghidunya. Siapa yang terpikat pasti terluka.Sudah tertulis untukku. Kat Paris ni,aku kerja kat restaurant juga. Adalah tergoda sikit dengan mamat salleh kat sini. So far,everything fine to me. Kadang kala rindu juga bila teringat Vijay. Aku hanya tau dia kini dipindahkan ke tempat lain. Itu pun kak Nor yang tak putus hantar text kat aku.

     "biarlah aku terus mewangi saja begini." putusku dalam hati. Harap lepas ni,calon suami aku lebih baik dari Vijay. Biar seperti "haruman wangian tak pernah hilang dibawa angin."

Mak aku pula turut kerja bersama aku di restaurant ni. Dia sengaja buat begitu untuk mengawasi pergerakkan aku. Dia rapat dengan anak pengurus restaurant sebab itu dia ingin mengikat tali pertunangan kami berdua. Aku terima sahaja dengan ikhlas. 

Nama dia Farish, orang seagama juga tapi menetap kat sini. Handsome macam mat salleh. Baik orangnya. Aku pun berkenan sebenarnya walaupun hati aku masih dekat Vijay.

"hye dear...termenung apa tu?..." tanya calon suamiku. Aku memandangnya sambil senyum "hai juga..tak dalah, saya cuma rindukan Malaysia saja." Dia hanya mengangguk. Aku berharap dia lah yang terbaik bagiku. 

*tamat sudah*

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.