Home Novelet Cinta Amnesia
Amnesia
Que
5/11/2019 11:16:01
29,936
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Part 1

Telinga sayup-sayup kedengaran suara beberapa orang di sekelilingnya. Tapi, entah kenapa pandangannya kelam. Sekitarnya gelap. Tiada langsung cahaya. Tapi, suara itu jelas kedengaran di telinga.

Ah! Apa yang berlaku pada aku?

Aku di mana?

Kenapa gelap?

Jemarinya cuba digerakkan, tapi kaku. Tangannya seolah mati. Mengeras dan keras.

Apa yang berlaku?

Dan telinga menangkap satu suara, "Aku terima nikahnya Nadiya Syazana binti Nazrul Fir dengan mas kahwinnya 120 ringgit, tunai."

Suara itu. Suara yang sangat merdu dan lembut.

Tapi,

Dia berada di mana? Kenapa gelap? Kenapa matanya tak mahu terbuka? Kenapa?



"NAD."

Suara itu datang lagi. Tapi, dia tak tahu siapa empunya suara. Hanya telinga menangkap suara itu seperti berada dekat dengannya.

Keadaan gelap lagi. Sangat gelap.

Mata masih tidak mahu terbuka. Apa dah jadi pada aku? Kenapa aku jadi macam ni?

"Please wake up, dear." Suara itu kedengaran di cuping telinga. Perlahan dan merdu.

"Semua orang tunggu Nad bangun." Jeda. "Bangunlah, Nad." Dan lagi.

"I nak minta maaf pada you, Nad. I bersalah. I penyebab you jadi macam ni."

Dan dia rasa tangannya digenggam seseorang. Kemas genggaman tu. Tapi, tangannya masih lagi kaku untuk membalas genggaman manusia itu. Kenapa dengan tangannya?

Nafas dihembus perlahan. Setiap kali dia mahu membuka matanya mahu melihat sekeliling, setiap kali itulah dia akan gagal. Matanya seolah-olah tidak mengizinkan dia untuk melihat dunia.

Sudahnya, hanya kegelapan yang menjadi penemannya.

"Nad, I sayang you. I minta maaf, Nad." Suara itu lagi.

Ah! Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa dia hanya boleh dengar suara orang saja? Kenapa dia tak boleh pandang dan lihat orang? Kenapa seluruh tubuhnya kaku? Kenapa dia tak boleh menggerakkan jemarinya? Kenapa? Kenapa?

Dan tanpa dirinya sedar, hanya air mata saja yang boleh di'gerak'kan.



MATA yang saban hari tertutup, harinya terbuka perlahan-lahan. Cahaya memenuhi retinanya. Putih. Dan terang. Silauan pada matanya buatkan dia kembali menutup mata. Mata digosok sebelum dibukanya kembali.

Dipandang kedua tangannya. Serta-merta, bibirnya mengukir senyuman saat tangannya bisa digerakkan tidak seperti selalu.

Apa yang berlaku?

Perlahan-lahan dia duduk. Sengal-sengal pada badan diregangkan. Jemari diletupkan. Dan kemudian, mata memandang sekitarnya.

"Dekat mana ni?" Suaranya keluar.

Bau ubat masuk ke rongga hidungnya. Ah! Aku di hospital ke?

Bunyi pintu yang ditolak dari luar buatkan dia menoleh. Masuk seorang lelaki bersama wajah yang ditundukkan. Siapa dia?

Matanya bertentang dengan mata lelaki itu bila lelaki itu mendonggakkan wajahnya. Wajah tergamam itu dipandangnya.

"Nad?" Suara itu. Suara lelaki itu persis dengan suara yang selalu dia dengar. Tapi, siapa dia?

"Huh?"

"Ya Allah, Nad! You dah sedar?" Lelaki itu mendekat. Bahunya dipegang kuat sebelum lelaki itu bawanya ke dalam pelukan.

Nadiya terkelu. Apakah? "Awak siapa?"

Pelukan lelaki itu tiba-tiba kaku. Dia lepaskan pelukan dan pandang anak mata Nadiya lama.

"You tak kenal I, Nad?" Tanya lelaki itu.

"Siapa Nad?"



AMNESIA. Itulah penyakit yang disahkan oleh Doktor Jamal selepas memeriksa keadaan Nadiya.

Syafiq pandang wajah Nadiya lagi.Wajah yang penuh dengan tanda tanya. Wajah yang mahukan jawapan. Wajah yang penuh dengan riak tenang.

Syafiq lepaskan keluhan beratnya. Dia pandang Mummynya, Puan Seri. Wanita itu lagi menenangkan Mama Nadiya. Terkejut dengan berita yang baru mereka terima tadi.

"Nad."

Syafiq menoleh. Nampak Encik Nazrul cuba berbual dengan anaknya. Dia hanya mampu pandang dan melihat. Tidak tahu bagaimana mahu beraksi. Dia masih lagi cuba menghadam kenyataan yang diterima saat ini.

Encik Nazrul duduk di katil Nadiya. Tangan kanannya diangkat, cuba mengusap pipi anak gadisnya. Tapi, sedikit kecewa bila Nadiya mengelak. "Nad tak kenal Papa, sayang?" Lirih suaranya menyoal.

Nadiya menggeleng. "Siapa?"

Encik Nazrul menunduk. Mengeluh. Bergenang kelopak matanya menyedari anaknya tidak mengenali dirinya. Perit. Pedih.

Syafiq gigit bibir bawahnya. Menyesal dengan setiap perbuatannya sebelum Nadiya hilang ingatan. Ah! Kalau tidak sebabnya, Nadiya takkan hilang ingatan. Kalau bukan kerananya, Nadiya takkan kemalangan.

Semuanya berpunca dari dirinya.

Dari dia.

Ya Allah, aku menyesal.



LANGKAH kaki berhenti di hadapan Wad Cempaka. Pintu bilik itu ditolak. Bunga di tangan diperkemaskan duduk letaknya. Dia tarik nafas dalam sebelum hembus. Bibir mengukirkan senyuman.

Dan langkah kaki berhenti di hadapan satu katil. Makin lebar senyumannya saat melihat Nadiya yang lagi menonton televisyen. Wajah itu tenang. Wajah itu penuh dengan kesucian. Wajah yang tidak bersalah. Dan, wajah yang penuh dengan tanda tanya.

"Hey." Dia menyapa.

Tersenyum saat Nadiya menoleh dan melihatnya. Nadiya tidak bersuara memandangnya.

"Ingat aku?" Soalnya.

Nadiya menggeleng perlahan. "Siapa?"

Dia senyum sinis. Bunga yang sudah layu di tepi katil Nadiya digantikan dengan bunga di tangannya. Segar. Bunga hidup yang dibelinya di Bob Florist tadi. Sangat cantik.

Dia berpusing pandang Nadiya kembali. "Well, I heard that you amnesia." Intro perbualan bermula. "Pity you." Dia bermain pula dengan rambut lurus Nadiya. "Kau tahu," Jeda. "Aku manusia pertama yang bahagia, bila dapat tahu yang kau kemalangan."

Senyum sinis.

Nadiya hanya mendiamkan diri. Dia tidak kenal wanita di hadapannya. Tapi, entah kenapa, tiba-tiba saja dia dapat rasa sesuatu yang tidak menyenangkan bila wanita itu mendekat dengannya. Rasa seolah tidak selamat.

"Aku berdoa biar kau mati. Tapi sayang, entah kenapa doa aku tak makbul." Wajahnya bertukar muram tiba-tiba. "Tapi kau tahu tak, aku lagi suka kau amnesia dari kau mati." Wajahnya bertukar ceria. "Sekurang-kurangnya, aku boleh siksa kau perlahan-lahan sebelum kau betul-betul mati nanti."

Nadiya telan liur. "Kau siapa?" Cuba beranikan diri bertanya.

Wanita itu ketawa. Ketawa yang menyakitkan hati. "Aku siapa?" Dia pandang Nadiya tajam dan sinis. "Akulah Malaikat Maut." Bangga dia bersuara.

"Malaikat Maut tak sejahat kau." Nadiya membalas.

Wanita itu tayang wajah jengkel. Dia pandang Nadiya tajam. "Wow! Impressive." Wanita itu senyum. "Kau bukannya lembut ke sebelum ni? Kenapa lepas sedar-sedar ni, terus kejam macam ni?" Suara dilembutkan. "Macam bukan kau."

Nadiya telan liur. Wanita ini bahaya baginya. Sangat bahaya.

"Nadiya. Nadiya." Wanita itu duduk di katil Nadiya. Dia pandang Nadiya bersama wajah yang penuh dengan kelembutan.

Dia pegang bahu Nadiya sebelum bersuara, "Welcome to my world." Senyum sebelum gelak.

"Don't touch her, Bitch!"

Tawa wanita itu mati bila dengar suara itu. Suara yang sangat familiar. Dia berpusing dan pantas berdiri.

"Don't you ever touch her." Suara itu kedengaran lagi. Keras.

"If not?"

"Kau akan tahu nasib kau, kalau kau sentuh dia."

Wanita itu senyum sinis. Dia pandang Nadiya sebelum pandang lelaki yang baru tiba bersama sejambak bunga di tangan. "Trying to flip her heart again, huh?" Di soal lelaki itu.

Syafiq mendengus mendengar ayat itu. "It's none of your business." Dia pandang Nadiya yang memandangnya sebelum kembali pandang Tiara. "Leave." Arahnya pada Tiara.

Tiara senyum sinis lagi. Dia mengangguk kemudiannya. "I will." Dia capai tas tangannya dan melangkah. Tapi langkahnya mati di sebelah Syafiq, dan berbisik. "Apa saja yang kau buat sekarang, hanya sia-sia bila dia dah ingat semuanya nanti."

Syafiq tahan marahnya. "Just leave, Tia."



SYAFIQ pandang Nadiya. Bunga di tangan diletakkan di atas meja. Lepastu dia duduk di kerusi plastik yang disediakan di sebelah katil.

"You okey, kan?" Soalnya risau. Risau andai Tiara lakukan sesuatu pada Nadiya.

Nadiya angguk. Dia pandang Syafiq. Lelaki yang tidak dikenalinya. Tapi, hampir setiap hari lelaki itu akan melawatnya di sini. Datang bukan dengan tangan kosong. Pasti akan ada sesuatu yang dibawa bersama. Jika bukan bunga, pasti makanan atau apa sahaja.

"Awak siapa?" Dipandang Syafiq. "Kenapa awak datang sini setiap hari?"

Syafiq mengeluh. Sukar mahu menjelaskan kenapa dan mengapa hampir setiap hari dia ke sini. Mahu diberitahu Nadiya yang dia mahu menebus segala kesalahannya pada wanita ini? Ah, mahunya segalanya akan terbongkar dan pasti Mama-Papa Nadiya akan menjauhkan Nadiya dari dirinya.

"Nad, betul ke you tak ingat semuanya?" Soal Syafiq cuba menukar tajuk perbualan.

Nadiya mengeluh. Dia menggeleng. "Saya tak tahu siapa awak. Saya tak kenal semua orang. Nama saya, saya tak tahu." Terus menggeleng.

Syafiq basahkan lidahnya. "Nama you Nadiya Syazana binti Nazrul Fir. Berumur 26 tahun. You tak bekerja sebab impian you nak jadi isteri solehah. Dan tempat isteri solehah hanyalah di sisi suaminya, duduk di rumah dan membahagiakan rumah tangga. Tak perlu bekerja." Dia senyum kecil. Terasa kelakar bila mengingati kembali. Ayat yang sama pernah diucapkan Nadiya sebelum ini. Dan dia hanya melepaskan tawa seusai Nadiya mengucapkan ayat itu.

"Huh?" Nadiya terkelu. Jadi dia tak pernah bekerja sebelum ni? "Saya ada kelulusan?" Soalnya.

Syafiq angguk. "Bachelor in Business Management." Senyum. Bangga bila menyebut kelulusan tertinggi Nadiya.

Nadiya jongket kening. "Jadi macam mana saya tak pernah bekerja sedangkan masa saya kena latihan industri?" Pelik. Hairan. Bingung. Dan tidak faham.

Syafiq senyum lagi. "You ada seorang uncle yang ada business sendiri. Jadi you minta pertolongan dia untuk luluskan you punya L.I."

"Just a shit, then." Tanpa sedar dia bersuara. Yeah, sesuatu yang sangat teruk mengenai dirinya yang dahulu. Sangat, bodoh dan terlalu bodoh. Tak nak ambil pengalaman bekerja langsung. Heh.

Syafiq gelak. "Tapi, itulah kebenarannya." Kenyataan.

"Anggap aje saya yang dulu tak pernah wujud." Ucap Nadiya tak puas hati.

"Well then," Jeda. "Tapi, you yang dulu yang menceriakan hari-hari I." Dia menunduk. Bermain dengan jemarinya. "I rindu you yang dulu."

Nadiya pandang Syafiq. Lama. Sehinggalah Syafiq mengangkat wajah dan mata mereka bertentang barulah dia bersuara kembali. 

"Apa hubungan kita sebenarnya?"


Next: Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Que