Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
42,626
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

“ADUH!”

            Azim mengaduh kesakitan saat terjatuh dari basikal. Denganwajah yang berkeriut dia tergosok-gosok lengannya yang sakit. Lantas dia bangundan mendirikan basikalnya. Lampu picit yang tercampak tidak jauh dari tempatnyajatuh diambilnya. Azim memeriksa keadaan basikalnya dengan bersuluhkan lampupicit.

            “Aduh! Rantai tercabutlah pulak!” rungutnya.

            Berkali-kali dia cuba menyambungkan rantai basikal yangtercabut itu namun tetap tidak berjaya. Sudahnya Azim pun menyerah. Dia bangundan menyuluh lampu picit ke sekeliling. Ketika itu dia berada di atas sebuah jambatan.Bunyi air sungai yang mengalir di bawah jambatan menarik perhatiannya.

            Sudah lama dia tidak datang ke sungai itu. Seingat Azimsewaktu kecil dia selalu menangkap ikan di sungai itu bersama rakan-rakannyatetapi selepas kemalangan yang menimpa keluarganya lima tahun yang lepas diasudah tidak lagi menjejakkan kaki ke situ. Azim pun tidak pasti kenapa diatidak lagi bermain di kawasan sungai itu. Halim pula awal-awal lagi sudahmelarang dia dan adiknya daripada bermain di kawasan itu.

            Azim menghirup udara segar di situ. Kawasan sungai ituterletak bersebelahan dengan sebuah kebun yang kini menjadi hutan. Desas-desusmengatakan pemilik tanah kebun itu sudah berpindah ke tempat lain dan kebun itudibiarkan terbiar tanpa dijaga sehinggalah semak mula meninggi lalu menjadisebuah hutan. Oleh sebab tidak dijaga dengan baik maka banyaklah binatang liaryang menghuni hutan itu. Ada sekali tu seekor anak babi hutan bermain-main ditepi sungai itu. Sebab itulah orang ramai tidak berani mengunjungi kawasansungai itu lagi takut kena sondol dengan babi hutan.

Bunyiorang sedang mengayuh basikal menarik perhatian Azim. Dari jauh kelihatanseorang penunggang basikal mendekati jambatan itu. Azim berasa pelik keranamasih ada lagi yang menggunakan laluan di situ. Semenjak jalan baru di simpanghadapan masjid siap dibina, penduduk setempat sudah jarang menggunakan laluan itu.Mereka lebih suka menggunakan jalan baru kerana lebih dekat untuk ke pekan danke kampung sebelah. Tiba-tiba penunggang basikal itu berhenti di hadapan Azim.Seorang lelaki berpakaian baju Melayu memandang Azim atas bawah.

            “Kamu ini anak Halim Dobi, kan?” tanya lelaki itu.

            Azim mengangguk. Rata-rata penduduk di situ memanggilabahnya Halim Dobi kerana abahnya membuka kedai dobi di kawasan itu. Azim cubamengecam wajah lelaki itu namun wajah itu terlindung dalam gelap. Dia menelanair liur apabila mata lelaki itu merenungnya seperti mahu ditelan hidup-hidup.

            “Kamu buat apa di sini malam-malam ni?”

            “Saya... saya tunggu kawan!” jawab Azim laju.

            “Betul ni?” soal lelaki itu lagi.

            Laju Azim mengangguk.

            “Jangan lama-lama di sini. Tempat ini ada ‘benda’. Dahramai yang kena ‘kacau’,” ujar lelaki itu.

            Sekali lagi Azim menelan air liurnya. Rasa seriau puladia dibuatnya. Dia ada mendengar desas-desus yang mengatakan dahulu pernahseorang budak perempuan dikacau oleh ‘benda’ sewaktu melalui kawasan sungai itupada waktu maghrib. Bunyi daun saling bergeseran dek ditiup angin menarikperhatiannya. Dia merasakan seperti ada sesuatu sedang bersembunyi dibalikbelukar di situ. Azim kembali memandang lelaki itu namun lelaki berbasikal itusudah tiada di situ. Tiba-tiba sahaja bulu romanya naik meremang.

            “Manalah Nazura ni? Janji lepas Maghrib nak jumpa katsini,” ujar Azim dengan nada yang bergetar. Dia cuba menenangkan hatinya yangdihurung rasa takut.

            Yang sebenarnya beberapa hari yang lepas Nazura adamengajaknya datang ke situ. Ada benda yang ingin ditunjukkan kepadanya. Azimtertanya-tanya apakah benda yang ingin Nazura tunjukkan kepadanya. Yangmembuatkan dia bertambah pelik apabila Nazura beriya-iya mahu jumpa selepas solatMaghrib. Kenapa tak boleh jumpa pada waktu siang?  

            “Azim!”

            Azim menoleh. Dia tercari-cari suara yang memanggilnamanya. Kemudian satu suluhan lampu menghala ke mukanya. Azim melihatseseorang sedang melambai tangan ke arahnya di tepi sungai. Siapa? Memandangkantempat itu sangat gelap Azim pun menyuluh ke arah gerangan yang melambainya.Seriau juga kalau-kalau yang menegurnya itu bukan manusia.

            “Woi! Ini akulah, Justin!” Justin menjerit apabila Azimmenyuluh tepat ke mukanya sehingga menyilaukan pandangannya.

            “Justin?”

            Azim terkejut melihat rakan sekelasnya berada di situ.

            “Kau buat apa kat sungai malam-malam ni, Justin?” laungAzim.

            “Kau pula buat apa kat atas jambatan sorang-sorang? Marilahturun! Yang lain dah lama tunggu!” balas Justin pula.

            “Yang lain?” bisik Azim dengan kening yang bercantum.Seingatnya dia tidak ada membuat janji dengan sesiapa melainkan Nazura. Tanpamembuang masa dia pun menuju ke tempat Justin berada.

            Azim terkejut apabila melihat Nazura sedang memasang tripod kamera di tepi sungai. Sangkanyagadis itu belum sampai lagi. Rupa-rupanya Nazura sudah lama berada di situ. Turutada sekali Cindy yang juga rakan sekelasnya.

            “Kan kita dah janji nak jumpa kat sini lepas solat Maghrib.Kami dah lama tunggu kau di sini. Aku ingatkan kau tak jadi datang.” OmelNazura.

            “Aku dah lama sampailah. Lama aku tunggu kau kat atasjambatan tu!” balas Azim sambil menunding ke arah jambatan tempat dia tunggutadi.

            “Kau tunggu kat situ buat apa? Orang dah tak lalu punjambatan tu lagi,” celah Justin.

            “Tadi baru aje seorang lelaki naik basikal seberangijambatan tu. Kau tak nampak ke?”

            “Hisy! Merepek ajelah kau ni. Dari tadi aku tak nampakorang lalu situ. Kalau bukan sebab aku ternampak kau suluh lampu kat situsampai ke sudah kita orang ingat kau tak datang,” kata Justin lagi. Lelaki Cinaitu sangat fasih bertutur bahasa Melayu. Tidak kedengaran langsung pelatCinanya.

            Azim menelan air liur. Tiba-tiba bulu romanya meremang.Siapa lelaki yang menegurnya tadi? Sah! Dia sudah kena kacau. Azim memandangwajah rakan-rakannya.

            “Aku rasa kay dah kena kacau. Kau tahu tak tempat iniorang cakap keras,” ujar Nazura, perlahan.

            “Kalau dah tahu tempat ni keras kenapa kau ajak akudatang ke sini?” bentak Azim sambil mengetap bibir. Rasa meremang masih lagitidak hilang.

            “Shhh! Senyap! Senyap! Tutup lampu semua. ‘Dia’ dah nakkeluar.” Cindy mencelah.

            Nazura dan Justin terus mematikan lampu picit mereka.Masing-masing siap dengan kamera di tangan. Azim pula masih lagiterpinga-pinga. Dia pun turut mematikan lampu picitnya. Kawasan sungai itumenjadi gelap-gelita dan sunyi. Hanya bunyi air sungai yang mengalir menjadilatar. Azim merapati Nazura.

            “Kita nak buat apa sebenarnya kat sini?” bisiknya ketelinga Nazura.

            Nazura kegelian apabila Azim berbisik dekat ditelinganya. “Kita nak tangkap gambar kelip-kelip,”  balasnya juga dengan nada yang berbisik.

            “Kelip-kelip?” Kening Azim terjungkit sebelah.

            “Shhh! Tengok tu,” ujar Nazura sambil menunding ke satuarah.

            Azim menoleh. Dia terpegun apabila melihat sekumpulankelip-kelip keluar dari balik semak. Cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip yangberterbangan ke udara itu telah menerangi kawasan sungai itu. Ternganga mulutAzim melihat panorama itu. Nazura dan rakan-rakannya sibuk merakam keindahancahaya kelip-kelip yang berterbangan itu melalui kamera mereka.

            Tiba-tiba kepala Azim berasa sakit. Telinganya berdengungkuat sehingga menyebabkan pandangannya menjadi kabur. Azim tertunduk sambilmemegang kepalanya. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Satu lintasan memoribermain di kepalanya. Dia melihat seorang budak lelaki menangkap kelip-kelipbersama seorang budak perempuan di tepi sungai. Dia cuba mengecam wajah duabudak itu namun kepalanya menjadi sangat sakit sehingga menganggu lintasanmemori itu.

            “Arghhh!” jerit Azim. Dia terduduk di atas daun keringsambil memegang kepala.

            Nazura, Justin dan Cindy tersentak apabila mendengarjeritan itu. Mereka segera mendapatkan Azim yang sedang memegang kepalanya.Mereka jadi panik apabila melihat wajah budak lelaki itu seperti orang dalamkesakitan.

            “Azim, kau tak apa-apa ke?” soal Justin sambil memegangbahu Azim.

            Azim terangguk-angguk. Dadanya tiba-tiba sahaja berombakkencang. Dia cuba menarik nafas dengan perlahan bagi menenangkan dirinya.Nazura menyuluh lampu ke muka Azim. Dia melihat wajah budak lelaki ituberpeluh.

            “Justin, sandarkan Azim pada pokok tu,” ujarnya kepadaJustin.

            Justin hanya mengikut seperti yang disuruh oleh rakannya.Cindy pula menghulurkan sebotol air minuman mineral kepada Justin untuk diberikankepada Azim.

            “Azim, kau minum air ni sikit. Bagi tenang diri,” kataJustin sambil menyua air mineral itu kepada Azim.

            Dengan perlahan Azim meneguknya seteguk dua. Buatbeberapa ketika barulah dirinya kembali tenang. Sakit kepala yang menyerangnyatadi turut hilang. Dia melihat Justin, Nazura dan Cindy mengelilinginya.

            “Kau okey?” tanya Nazura perlahan.

            Sekali lagi Azim mengangguk.

            “Aku rasa lebih baik kita pulang sekarang. Kesian pulakaku tengok keadaan Azim ni,” ujar Justin.

            Nazura dan Cindy mengangguk. Mereka mula mengemasperalatan kamera mereka ke dalam beg. Azim pula dihurung rasa bersalah keranatelah merosakkan rancangan Nazura dan rakan-rakannya.

            “Aku minta maaf sebab dah rosakkan rancangan kau orang,”ujar Azim perlahan sambil membantu rakannya mengemas.

            “Alah, tak ada hallah. Lain kali kita boleh datang lagi. Lagipunaku dah janji dengan orang tua aku nak balik sebelum pukul 9,” balas Nazura.Justin dan Cindy turut mengangguk.

            Angin malam bertiup dengan kuat. Daun pokok dari arahhutan saling bergoyang dengan kencang apabila ditiup angin. Tiba-tiba anginmembawa satu bau yang amat busuk. Azim dan rakan-rakannya terus menutup hidung.

            “Bau apa ni? Busuknya!” ujar Cindy sambil menutup hidung.

            “Hisy! Jangan tegur kalau terhidu bau apa-apa,” tegurNazura.

            “Tapi... uwekkk!”

            Belum sempat Cindy meneruskan ayatnya dia termuntah disitu kerana tidak tahan dengan bau busuk itu. Bau itu cukup meloyakan.

            “Macam bau bangkailah,” ujar Justin pula.

            Cindy terangguk-angguk. Perutnya terasa menggelodakmenahan bau busuk itu. Dia membasuh mulutnya dengan air mineral yang diberikanoleh Azim.

            “Bau tu macam datang dari arah sana,” kata Azim sambilmenunding ke arah semak tidak jauh dari mereka.

            “Kau nak pergi mana?” tegah Nazura apabila Azim berjalanke semak yang dimaksudkan.

            “Aku nak pergi tengok bau apa yang busuk sangat tu. Kalaubangkai binatang kita kena tanam elok-elok supaya tidak mendatangkan pencemaranpada sungai ini,” ujar Azim.

            Nazura dan rakan-rakannya terdiam. Akhirnya mereka punmengekori Azim untuk mencari bau busuk itu. Bau busuk semakin kuat. Kumpulanremaja itu yakin benda bau busuk itu berada di sekitar kawasan itu. Tiba-tibalangkah mereka terhenti. Mata masing-masing terbuntang luas memandang sesuatu dihadapan mereka. Di dalam semak itu terdapat satu rangka manusia. Kepala rangkaitu terteleng ke belakang. Ada ulat keluar dari soket matanya.

Tiba-tiba Cindy menjerit lantang sehinggamengemparkan jemaah masjid yang terletak tidak jauh dari kawasan sungai itu. 
Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI