Kena mop lantai satu rumah lah jawabnya. Dari ruang tamu sampai ke dapur
semua ada buih-buih shampo.
“Lerr, kesian kat mama!” perli Adam yang kemas berpakaian. Segak! Ayien
berlari mendapatkan Risya dan memeluk kaki Risya.
“Basah lah, sayang!” ujar Risya. Huwaaa, tak tolong mop pun. Ingat Adam
akan tolong mop lantai bersamanya.
“Ayien, jangan kacau mama. Jom ikut papa, kita keluar makan, nak?” ajak
Adam. Baru lepas solat mahgrib tadi.
Sekarang nak ajak anak keluar pulak.
“Jom!” kata Ayien terus berlari mendapatkan papanya dan tidak pedulikan
mamanya lagi.
“Adam, tunggu mama!” panggil Risya. Mana boleh, aku saja yang buat
kerja-kerja ni, tak adil lah kan? Dari aku teruk buat kerja sorang-sorang baik
aku ikut sekali.
“Kenapa?” tanya Adam bagi pihak Ayien.
“Nak ikut lah!” balas Risya.
“Awak tak payah lah pergi, mop lantai tu, nanti saya belikan awak
makanan, tak payah masak malam ni,” beritahu Adam.
“Tak kira, nak ikut juga!” bantah Risya. Ayien seperti Risya juga, kalau
hendakkan sesuatu benda, tapi kita yang larang, mesti dia nak juga. Ikut
perangai mama lah Ayien nih.
“Ayien, mama nak ikut kita lah. Tak best lah kalau mama ikut, kan?” ujar
Adam. Sengaja nak menyakat Ayien dan Risya.
“Mama, tak payah ikut lah..,” halang Ayien. Ikut cakap papanya lah
sekarang.
“Kenapa tak boleh ikut pulak?” balas Risya. Nakal kamu sekarang yer,
makin menjadi-jadi sejak ada papa kamu.
“Abang pergi beli makanan kat depan tu saja lah, nak ikut buat apanya?
Anak lain lah!” jelas Adam. Bukan nak makan kat luar dan jauh pun. Risya
tersipu malu. Apa kes aku nak ikut Adam kat kedai makan di sebelah tu saja.
Hish, tak ada penyakit cari penyakit lah tu.
Selesai mop, tetapi muka anak beranak ini, tak nampak pun. Lamanya pergi.
Kata nak pergi kat kedai di hadapan tu saja, tetapi sekarang tak balik-balik
pun. Perut pun dah lapar ni, sejak
petang tadi tak makan apa-apa pun tadi. Telefon berbunyi, terus Risya
mengangkatnya.
“Mama..,”
“Kat mana nie?” dengar suara riuh berhampiran Ayien.
“Kita orang tengok bola kat kedai.. “ beritahu Ayien. Tengok bola?? Tak
faham aku!
“Ayien, biar mama cakap dengan papa!” kata Risya, mahu tahu cerita
selanjutnya
“Kenapa?” soal Adam.
“Awak kat mana?”
“Kat kedai lah, tengah tengok bola kat astro di sini, kenapa?” beritahu
Adam. Ooo, mudah kan dunia orang lelaki, sepah kan rumah, lepas tu senang saja
lepak kat kedai.
“Kat rumah pun boleh tengok kan?” pintas Risya. Rumah pun ada tv lah.
Tengok saja lah kat rumah
“Tak best, kat sini ramai orang!” jelas Adam.
“Jangan lewat sangat, kasihan kat anak!” pesan Risya terus matikan
telefon. Patut lah tak balik, rupanya tengok perlawanan bola sepak kat kedai.
Jawabnya aku kena cari sesuatu lah untuk makan sekejap lagi.
Di rumah mana ada apa pun. Tadi tak beli apa-apa pun untuk dimasak kat
rumah. Cadang nak keluar ke pasaraya malam ini untuk beli semua barang-barang
keperluan kat rumah. Maggi pun tak ada. Roti kering pun tak ada. Harap minum
milo saja lah sebagai pengisi perut.
Pukul sepuluh lebih baru balik dari kedai. Terdengar suara Adam dan Ayien
sedang berbual. Risya buat-buat tidak tahu saja, lagi pun dia mahu menyiapkan
kerja-kerja yang tertinggal tadi. Esok, harap-harap jangan lah Ayien buat
perangai seperti hari ini. Haru lah, kalau hari-hari perlu bercuti. Kerja-kerja
kat ofis banyak yang tertangguh.
Pukul sebelas selepas selesaikan kerja-kerja, dia ke dapur. Mahu mencari
makanan yang dibeli oleh suaminya. Tetapi apa pun tak ada di atas meja. Cari
dalam peti sejuk pun tak ada juga. Aik, tak beli apa-apa pun. Sampainya hati.
Tengok bola sampai terluka kat aku terus. Sudah lah tengah lapar gila sekarang
nih.
Terus dia masuk ke dalam bilik Adam.
Dua-dua sudah terlena. Ayien nyenyak sekali beradu di sebelah Adam.
“Awak!” kejut Risya sambil mengoncang bahu Adam.
“Ha..,”
“Sampai hati buat macam nie kat saya, dah lah lapar, tak beli apa pun
untuk saya makan malam ni..,” leter Risya sambil memegang tangan suaminya itu.
“Tak pesan pun tadi..,”
“Kat rumah mana ada apa? Nak suruh saya makan awak ke?”
“Makan lah kalau mampu nak makan saya..,” gurau Adam sambil bangun dan
memandang wajah isterinya yang sedang merungut itu.
“Tak payah nak buat lawak lah, lama orang tunggu tau tak, ingatkan beli
nasi goreng ke apa ke, nie tak, balik tangan kosong saja lah..,” Sambung Risya
lagi.
“Hish laaa.. abang mana tau kat rumah tak ada apa-apa.., “
“Ada anak abang lupa risya lah kan?”
“Hmmm....,”
“Ris.,”
“Tak payah lah panggil saya, kalau Ris pengsan nanti abang tanggung lah
yer, jawab dengan Ayien, jawab dengan mak ayah Ris..,” geram campur sedih pun
ada. Boleh lupa aku???
“Tu apa?” kata Adam sambil menunjukkan bungkusan di atas meja kecil
sebelah katilnya. Terus Risya memandangnya. Ada dua bungkusan makanan bersama
air minumannya sekali. Sudu pun ada lah.
“Abang pun tak makan lagi lah. Temankan Ayien saja tadi. Jom, temankan
abang makan!” ajak Adam. Ooo, mainkan aku lah nih. Semakin geram lah kat cik
abang sorang nih.
“Abang nie teruk tau tak?”
“Mujur lah abang belikan, kalau tidak habis badan abang kena mamah dengan
isteri abang nih..,”
“Memang cadang nak buat mcm tu dah tadi..,”
“Badan kecil ada hati nak makan orang,” kata Adam sambil memegang kepala
isterinya.
Makan dalam bilik saja lah. Selepas makan Adam yang tolong kemaskan semua
itu. Dia terus tidur di sebelah Ayien. Adam pula mungkin tidur di bawah, sebab
Adam tak muncul-muncul selepas itu sehinggalah Ayien terjaga dan mencari Adam
yang tiada di sebelahnya.
“Ayien, mama nih!” kata Risya sambil menepuk bahu anaknya yang sedang menangis.
“Nak papa....,”
“Panggil kuat sikit, nanti papa dengar lah tu!” suruh Risya. Mungkin
kerana dia pernah kehilangan papanya selama tiga tahun membuatkan Ayien tidak
boleh terpisah dengan Adam. Takut papanya tinggalkan dia sekali lagi.
“Papa..,” jerit Ayien. Tak datang
pun.
“Papa lari tinggalkan Ayien dah nie..,” usik Risya menyebabkan Ayien
semakin menangis kuat.
“Abang, cepat lah, tak dengar ke anak menangis nih!” panggil Risya pula.
“Awak bukan pujuk anak, tapi takutkan anak, apa lah mama kau ni, suka
mengusik kau rupanya!” kata Adam yang sengaja mencuri lihat di celah pintu
masuk tadi. Aku dah nampak lah tadi,
sebab tu aku cakap macam tu.
“Lain kali tidur sebelah ayien senang sikit..,” kata Risya. Tengok Adam
mendukung Ayien dan memujuknya sehingga terlena semula.
“Papa kalau boleh nak tidur di sebelah mama lah, sayang. Peluk mama baru
best!”
“Ooopss.. tu dah lebih tu!”
“Org tak nak saya pun tak sudi lah, ingat saya ni apa hah?” jerkah Adam.
Tak pasal lah nak marah aku malam-malam buta begini.
“Yang naik angin ni kenapa pula?”
“Semua ni Ris punya pasal lah, buat Ayien menangis tengah-tengah
malam..,”
“Pulakk? Ris yang salah? Awak tak salah?”
“Fikir betul-betul siapa yang salah, saya atau awak?”
Gluppp.. jawab dalam hati saja lah yang berani pun.