Seperti yang dipinta aku menunggunya, jam di dinding aku jeling. Rimas dan takut mula melanda. Aku rimas berseorangan dan aku takut kalau ada apa-apa yang berlaku terhadap Hairul dalam perjalanan dia ke sini. Telefonku berdering. Membuatkan aku tersentak. Pantas telefon itu aku capai.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Hairul di hujung talian. Bibirku mengukir senyuman. Baru terasa lega sedikit.
“Waalaikumsalam.” Jawapku.
“Sorry lambat sikit. Kejap lagi abang sampai.” Balasnya. Aku memanyunkan bibirku. Entah hendak jawap apa. Ganggang menjadi sepi seketika. Hairul mencuba lagi.
“Sayang..” Panggilnya kembali. Aku kaget bercampur hairan, setahu aku kami berjauhan kenapa suaranya begitu hampir. Hairan bin ajaib. Aku diam. Dia memanggil lagi.
“Syaz.” Panggilnya lagi. Sengeja ditekan namaku. Aku bertambah hairan kenapa suara Hairul begitu ketara. Tiba-tiba badanku dipeluk dari belakang, aku menjerit ketakutan telefon entah ke mana aku campakkan.
“Ah!” Jeritku, kedengaran suara berdekit ketawa di belakangku.
“ Hairul!” Marahku. Dia memelukku erat, sesudah puas baru dilepaskannya. Aku hanya menahan marah di dalam hati. Wajahnya aku jeling. Benci melihat wajahnya dengan senyuman sinis.
“Sorry lah sayang.” Pujuknya, pantas tanganku dicapai lalu dikucup hening. Aku masih lagi dengan wajah endah tak endah. Biar dia rasa terhukum. Ya rasa bersalah. Nasib saja aku tiada sakit jantung kalau tidak sah-sah mati keras.
“Sorry naik lori!” Marahku. Dia mencapai kembali tanganku lalu dikucup kembali. Aku membiarkan, padahal dalam hati sudah luluh. Namun aku harus menghukum dia dulu.
“Dah naik pun tinggal nak turun je.” Balasnya, bergurau. Akhirnya aku tersenyum. Dia jua turut tersenyum, pipiku diusapnya manja. Aku suka dengan perangainya. Sesungguhnya, jika aku ditakdirkan untuk merasa kebahagian ini hanya sekali, aku sudah bersyukur. Kerana aku tahu suatu hari nanti untuk mencapai bahagia pasti ada saja onak dan ranjau berduri yang harus kami berdua lalui. Tapi jika ada peranan cinta sebagai pejuang, aku harap kami akan terus saling percaya dan saling memahami.
Ya Allah mulai sekarang aku percaya akan jodoh dan takdir. Terima kasih Ya Tuhanku, Engkau kurniakan perasaan cinta di hatiku. Semoga ia berkekalan. Tidak rela rasanya jika ia dirampas terlalu awal. Hairul si bos kerek atau Hairul si suami hati batu sesiapa pun dahulu watak ini, yang pasti aku sedang mencintai mereka.
“Janganlah diam, abang mintak maaf ya.” Dia bersuara perlahan. Seakan merayu.
“Yalah-yalah, serender!” Aku marah manja. Dia tersenyum mendengar kata-kataku. Tanganku berhenti dibelai.
“Dah makan? Dia bertanya sambil mencapai plastic yang entah apa isinya itu. Aku menggeleng. Dia tersenyum kembali.
“Kenapa tak makan lagi?”
“Takda selera.” Aku menjawap sambil membetulkan cara dudukku yang tadi aku rasa tidak kemas.
“Hmm.. Baru je abang ada hati nak suapkan. Tapi ada orang dah kenyang. Sayang je abang penat-penat tunggu lama kat Chicken Rice Shop nak beli nasi ayam. Bukan nasib nak suap isteri.” Rajuknya. Aku tertawa. Buruk sekali wajahnya monyok begitu.
“Yalah-yalah.. Tadi kenyang tapi bila tengok muka orang dah macam berok makye, rasa lapar pula.” Perliku. Lalu merampas bekas makanan yang berisi nasi ayam itu.
“Kejap lah, abang pindahkan kat pinggan dulu.” Larangnya. Aku menarik muncung. Lalu bibir aku ketip. Buat muka seposen. Pantas hujung bibirku dicubit Hairul. Menjerit aku dibuatnya.
“Sakit!” Marahku. Dia hanya tersenyum melirik aku sambil tangannya ligat bertugas.
“Abang tak suka sayang muncung macam tu, kalau abang nampak lagi abang cubit sampai luka.” Ada nada ugutan dihujung bual bicaranya. Hai main ugut-ugut nampak! Dan sejak bila pula ada pantang larang bagai ni? Nampaknya suami aku ni dah pandai upgrade level dah. Tak boleh jadi ni. Bidas hatiku. Aku diam sambil peluk tubuh. Geram!
“Marah, sakit hati, geram?” Tebaknya. Mahu saja aku iya kan semua tekaannya itu. Aku berpaling buat muka sombong. Protes lah katakan.
“Nah..” Dia menyuakan sesudu nasi ayam. Aku hanya buka mulut. Tapi wajah sudah kelat seribu. Diam. Biarlah kali ini aku pula yang bersikap dingin. Dia suka menyakitkan hati. Namun dia juga lah si pujaan hati. Mahu sekarang atau nanti, aku tetap mencintainya. Habis saja dia menyuapkan aku nasi ayam itu, aku mencapai segelas air mineral lalu aku teguk. Hairul hanya memerhatikan saja, dah jadi detektif pula dia.
“Marahkan abang lagi ke?” Dia bertanya sambil mengusap rambutku. Aku mengetip bibir. Sayu dengan perbuatannya. Aku suka kamu! Hatiku menjerit kemudian tangannya beralih ke hidungku, dicubit lembut. Sakitlah! Mentang-mentang hidung aku tak mancung sukanya saja nak piat-piat. Bidasku. Tapi cuma dalam hati. Aku masih membisu. Aku tahu dia benci mendengar aku membisu. Aku pasti dia akan bertanya 24 kali sampai aku menjawap.
“ Abang tanya, masih marahkan abang ke?
“Tak, saya tak marahkan abang. Saya saja uji abang, boleh tahan tahap kesabaran. Saya bagi 1000% marks.. Hihih”. Bicaraku. Manja. Dia tersenyum.
“How do you feel right now sweetheart?” Dia bertanya sambil mengusap manja pipiku. Damainya! Damainya! Hatiku menjerit-jerit. Ya Allah sungguh aku katakan, aku bersyukur ke atas-Mu.
“Kalau diam, dah okey lah tu.” Dia menjawap bagi pihakku. Aku tersedar bila ditegur. Lalu tersengih.
“Sorry..” Ujurku, melirik manja ke arahnya.
“Apa yang sayang fikirkan?”
“A’ah! Takda apa-apa.” Pantas aku menafikan. Sedangkan aku sedang memikirkan dia, memikirkan tulusnya si bos poyo itu mencintai aku. Hahahha.
“Betul takda fikirkan apa-apa?”
“Ya.” Jawapku penuh yakin.
“Sayang tak mengantuk?” Dia bertanya, aku tergaman. Kenapa dia bertanya begitu? Takkan dia terlintas nak tidur bersama kat katil hospital ni? Dah lah katil ni kecil. Entah esok kalau bukan dia jatuh aku yang jatuh tergolek. Aku dengar dia ketawa berdekit.
“Jangan takut sangat, abang tanya je, abang tidur kat sofa. Dah tidur.” Jawapnya lalu menarik selimut hingga paras dadaku. Deringan telefonku berbunyi mengejutkan aku dan Hairul. Pantas telefon itu aku capai. Aku lihat Hairul memandang dengan pandangan curiga.
“Siapa?” Tanya dia. Nada serius semacam. Cemburu ke cik abang?
“Boyfriend.” Sengaja aku menjawap dengan gurauan. Menambah api yang sedang menyala. Aku menjeling nakal. Dia masih memerhatikan aku. Dan akhirnya aku mengalah.
“Abang ni, cemburu sangat!”
“Dari siapa?” Dia bertanya kembali. Suaranya serius. Sungguhkah dia cemburu? Oh sweet..
“Digi.” Jawapku. Lalu telefon itu aku berikan kepadanya. Pantas telefon itu dirampas. Beberapa saat menilik baru dia kembali tenang. Cemburu sangat. Kekadang merimaskan.
“Tidurlah.” Pujuknya. Tersenyum, aku mengikut saja arahannya.
*****
Setiap detik pergi meninggalkan aku yang masih tidak lena lagi. Hairul yang sedang lena aku tenung dengan perasaan yang sukarku tafsir. Ah! Hairul, kehidupan yang terancang ini sungguh indah bila kau ciptakan watak utamanya untukku.
Aku tersedar, bila beberapa minit mengelamun memerhatikan Hairul. Aku lihat dia gelisah, pusing kiri dan kanan kemudian memeluk tubuh dengan erat. Dalam fikiranku tentu dia kesejukkan.
Aku perlahan-lahan turun dari katil sambil memeluk selimut. Nasib saja dia mengiring boleh juga aku menyelit di celah ruang yang ada. Tapi sumpah jika dia bergerak sedikit gerenti aku jatuh berdebuk. Selimutku tarik hingga paras dada Hairul, tangannya aku peluk. Ah! Sungguh hangatnya tubuh Hairul.
“Aduh!!” Jeritku. Hairul terjaga lalu pantas berdiri. Mukanya cemas mencari empunya suaraku.
“Sini lah!” Marahku, Hairul menunduk melihat ke bawa. Mukanya terkebil-kebil melihat ke arahku kemudian dia tergelak sakan.
“Hai, jauhnya jatuh.” Sindirnya. Sambil membantu aku untuk bangun. Bangun saja, aku terus menjeling dia.
“Untungnya..” Selorohnya. Aku sudah hampir hendak menangis bila melihat wajahnya yang seakan menyindir dan memperli diriku. Nampak sangat yang aku ni terhegeh-hegeh.
“Apa yang untung!” Marahku. Dia melirik sekilas, kemudian kembali berbaring.
“Mari baring sini.” Pintanya sambil menepuk ruang kongsi di sisinya.
“Mengada! Tak nak!” Bidasku, selimutku capai lalu naik ke atas katil semula.
“Tak kasihan abang ke? Abang rasa sejuk sangat.”
“Tak!” Pantas aku menjawap. Lalu menyelimuti seluruh tubuh.
“Hmm.. Tahan sejuk lagilah malam ni, tak...”
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, pantas aku turun dari katil dan berbaring di sisinya.
“Kenapa?” Dia bertanya. Hairanlah konon.
“Serender! Kalau tak macam-macam ayat bermada yang keluar.” Kataku lalu menyelimuti seluruh tubuh. Dia ketawa meleret. Lalu tubuhku dipeluknya. Aku hanya membiarkan saja. Malas melayan. Namun dalam hati sudah berbunga.
Bersambung^^
Nota maid~ Assalamualaikum pada pembaca yang saya tak kenal tapi saya sayang, tq sbb sudi bca karya ni walaupun ianya tak lah menarik sangat.. Ngee^^, begini ceritanya, pada siapa yang dh lama ikuti citer ni maaf sebb sya dah bnyk ubah plot dan tambah cerita. Jadi kalau sudi bole bca semula ngee (pandai2 je suru orng bca balik!). Tapi jngan risau cerita ni tetap sama. Pada yang baru baca terima kasih sangat2^^