Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
56,008
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 11

Shraaaaaappp Shraaaaaappp Shraaaaaappp. Aku terdengar bunyipekerja majlis bandaraya sedang menyapu dekat aku. Aku pun buka mata danmelihat jam aku. Rupanya sudah pukul pagi.

 

"Selamat pagi bro!" kata tukang sapu tadi padaaku. Aku pun bangun dan senyum. Pastu aku tengok sekelilling, semuanya tengahsibuk dengan hal sendiri. Jalan raya pun dah mula sibuk.

 

Aku terus pergi kat tukang sapu tu. Aku jalan pun huyunghayang. Keadaan aku baru bangun dan perut sakit. Aku tanya kat tukang saputadi.

 

"Bro, ada duit sikit tak. Tolong saya bro, dari semalamsaya tak makan."

 

Terus tukang sapu hulur kat aku Rm 3 dengan penuh senyuman.Aku punyalah seronok. Aku ucapkan terima kasih banyak banyak kat tukang sapu.Aku pun terus jalan nak beli roti dan air.

 

Sambil aku berjalan, aku seolah olah dapat rasa hari iniadalah permulaan hari yang baru. Aku rasa macam ada sinar baru yang boleh bawaperubahan dalam hidup aku.

 

Aku rasa macam pelik hari ini. Aku sebelum ni rasa macamsengsara, rasa macam terbeban tapi hari ini aku rasa pelik. Aku rasa macamsemangat yang luar biasa. Satu semangat yang aku dah lama tak rasa. 

 

Aku mula rasa nikmat setiap langkah aku. Aku rasa macam naksenyum saja hari ni. Aku tarik nafas dalam dalam dan aku lepas dengan penuhsenyuman.

 

Lepas aku selesai membeli dan makan roti dan minum air. Akurasa macam nak ubah diri aku. Aku berfikir dari mana dan nak ubah macam mana.Dalam poket aku, ada cuma Rm 5 saja.

 

Aku buat keputusan yang aku nak balik saja ke Shah Alamsemula. Jadi aku pun mula berjalan dari kawasan Pudu Raya sampai ke LRT PasarSeni. Aku beli "token" untuk ke Stesen KL Sentral.

 

Jadi aku pun tunggu LRT sampai,duduk dengan tenang sampailahke Stesen KL Sentral. Masa sampai ke stesen KL Sentral tu LRT memang penuhpenumpang. Jadi aku pun seluk poket ambik "token" dan keluar dariLRT.

 

Aku pun turun Tangga "Escalator",masukkan"token" dalam mesin dan pergi beratur untuk beli tiket ke StesenPadang Jawa. Masa aku tengah beratur untuk beli tiket, aku pun seluk poket nakambik duit.

 

Aku terus keluar dari barisan untuk cari mana hilangnya duitaku yang berbaki dalam Rm 3 macam tu. Dekat setengah jam aku cari. Aku sangatkecewa sebab aku tak jumpa.

 

Aku dah malas dan meluat nak minta ihsan orang untuk dermakat aku beberapa ringgit. Jadi aku nak mencuri lagi. Aku perlu beberapa ringgituntuk aku beli tiket.

 

Jadi aku pun memerhati peluang peluang mencuri yang ada.Setelah dekat 40 minit,aku nampak ramai penumpang berpusu pusu keluar darikomuter tadi untuk ke destinasi yang mereka nak tuju.

 

Aku cepat cepat perhatikan betul betul dan mencari mangsa.Tiba tiba aku ternampak ada seorang wanita berjalan dan duit kertas Rm 20terkeluar sikit dari poket sweater.

 

Cepat-cepat aku kejar dan menghampiri dia. Aku pun jalanrapat dengan dia. Aku nampak dia mula ralit angkat fon dan bercakap, terus akuhampiri dia dan serongkan badan aku untuk tarik cepat-cepat duit kertas Rm 20.

 

Masa aku dah hampir hampir nak tarik duit wanita tu tibatiba ada orang bertubuh sasa,pakai jaket yang ada "hood" rangkul leheraku dari tepi dan tarik aku sambil kata

 

"Bro lama tak jumpa, dah lama ke buat kerja macamni?"

 

Terus aku jadi "blur" eh sapa pula mamat ni.Datang terus tarik aku kawasan toilet. Sampai ja kawasan toilet terus dia tarikdan tolak aku ke dinding.

 

Baaaaabbbbb!

"Aduuuhhh!" kena hentakkan kuat pipi aku kedinding. Aku terduduk kesakitan.  Terus dia tarik aku dengan keduatangannya dan dia terus tekan leher aku dengan lengan sasa dia.

 

"Kalau dah dasar penyangak macam ko, ini je keje kokan!"

"Dah berapa orang dah ko sapu duit diorang!"

 

Aku terus ditanya dan leher aku ditekan.

 

"Abang, tolong abang saya dah tak da duit abang!"

"Abang boleh check poket saya abang. Betul, bang sayadah tak da sesen pun."

 

Terus dia membalas sambil periksa poket aku.

 

"Ko ni apa sebenarnya? Sini aku nak tengok tangan ko,ko ada cucuk ek? Ni mesti baru join dengan budak penagih. Sini tangan ko!"

 

Lepas dia dah periksa lengan tangan aku. Dia terus tanyaaku.

 

"Dah berapa lama ko buat kerja ni?"

 

Aku pun membalas dalam keadaan terbatuk batuk.

 

"Baru semalam abang."

 

Dia pun tanya lagi.

 

"Kenapa ko tak minta jer, ko citelah betul betul yangko tak de duit. Ni dah mencuri bagai dah kenapa?"

 

Aku terus membalas dalam keadaan tertekan.

 

"Abang, sekarang saya nak tanya abang.. Berbaloi kasaya meminta minta akhirnya saya dibelasah? Ni tengok perut saya! Haaatengok!"

 

Lepas dia nampak kesan lebam di perut. Terus dia punberhenti berkasar dengan aku.

 

"Ko tahu tak sapa aku?"

 

Aku dengan jujur menjawab

 

"Saya tak tahu abang, abang ni sapa?"

 

Sekali dia buka "hood", aku seperti terkejuttengok wajah garangnya. Macam nak jatuh terduduk pun ada.

 

Dia pun bagitahu

 

"Kenalkan, akulah Black Rag!Hahahahahaha."

 

Aku pun blur sekejap. Tadi dia garang kemain. Lepas tuserang aku macam nak hukum salah aku. Sekarang dia pula gelak gelak bagai.

 

"Haaa, dah jom bangun. Ko dah makan belum?"

 

Aku pun membalas

 

"Belum abang, saya tak da duit."

 

Dia pun ajak aku ikut dia. Aku pun ikut sajalah. Sekali diabawa aku pergi ke KFC. Aku pun terkejut dan tanya.

 

"Errrr abang,kita makan kat sini ka?"

 

Terus dia membalas dengan loyar buruk.

 

"Tak lah kita nak layan dangdut sini, ko ni kita dahsampai buat buat tanya pula. Nah ambik Rm 50 pergi beli dinner plate kat aku,untuk ko pilih sendiri apa ko nak. Haaa pergi cepat! Aku lapar ni."

 

Aku pun pergilah membeli dan membawa makanan dan minuman.Lepas aku bagi pesanan dinner plate dia,kami pun terus makan.

 

Dah selesai makan,aku ajak berbual.

 

Loqman :"Abang ni sebenarnya sapa? Baik hati sungguhabang belanja saya makan KFC, padahal saya baru kenal abang."

 

Terus dia pun menjawab sambil sandar badan di kerusi.

 

Ragavan :"Nak buat baik kena ada syarat ka? Tak kan?Dalam hidup kita ni kena ada kasih sayang bro, lagipun aku dibesarkan denganerti kasih sayang yang sebenar walau aku ada dosa besar dengan mak bapaaku."

 

Lepas aku dengar ini jawapan dia terus aku macam kagum. Akupun mula nak bertanya lagi.

 

Loqman :"Dosa besar? Dosa yang macam mana tu abang? Apayang abang buat sebenarnya?"

 

Terus dia membalas

 

Ragavan :"Jap belum aku story dengan ko pasal aku, akurasa aku nak tahu cerita ko."

 

Aku pun senyum dan angguk kepala. Dia pun tanya lagi.

 

Ragavan :"Ko ni sebenarnya apa cerita ko? Kenapa jadimacam ni?"

 

Aku pun tanya balik.

 

Loqman :"Kalo saya cerita ni, abang betul ke nakdengar? Cerita saya panjang kot."

 

Terus dia membalas

 

Ragavan :"Amboi ko, dah sedap makan. Tak nak storypulak cerita ko. Nampak penumbuk ni, cepat cerita aku nak dengar."

 

Aku ketawa kecil dan aku mula cerita apa yang terjadi kataku sebenarnya. Dekat sejam lebih aku cerita kat dia. Dia punyalah khusyukdengar macam tengah menonton televisyen. Sekejap dia berkerut wajah, sekejapdia teruja, sekejap dia macam pelik,sekejap dia sengih dan macam macam lah gayadia.

 

Orang yang duduk meja sebelah kami pun dah berapa kali silihberganti. Aku punya bercerita sampai kering tekak. Minuman aku dan minuman diapun dah habis. Lepas aku dah selesai bercerita,dia pun geleng kepala tengokaku.

 

Ragavan :"Ko tunggu jap, aku beli air. Ko jangan blahplak. Rugi aku beli air untuk ko."

 

Aku pun membalas

 

Loqman :"Ehh tak tak, saya janji duduk sini."

 

Dia pun pergi membeli. Sekali dia datang ke meja bawaminuman dan kentang goreng. Lepas dia duduk dan teguk sikit minuman terus diabercakap.

 

Ragavan :"Ehhh, cerita ko ni bukan sebab bad luck atauapa ni. Ini macam ada orang menyumpah ko ke apa. Macam ada sial sikit. Ko adapergi pukul atau buat aniaya kat orang orang baik ka? Ustaz ka Ustazah ka apaka?"

 

Aku pun macam pelik dan aku membalas

 

Loqman :"Ehh tak lah abang, saya tak pandai berlawanabang. Saya tak buat aniaya kat sapa sapa."

 

Terus dia pun membalas

 

Ragavan :"Aku rasa ada lah,antara ko tak nak mengakuatau ko dah lupa. Dua ni ja."

 

Aku pun mula terfikir ada ka siapa siapa yang dah aniaya?Setelah aku terfikir.

 

Loqman :"Aaaaaaa,mungkin ni kot saya tak dapat bayarhutang kat 4 orang yang belasah saya."

 

Dia pun membalas

 

Ragavan :"Hmmmm, mungkinlah kot. Hutang dekat 3 ribu tubanyak bro, ko carilah jalan cepat-cepat settle hutang diorang. Ko pun masa nakhutang tak fikir dulu. Mana ada konsep skim labur laju ni. Bulan ni labur 7ribu,lepas 3 bulan dapat dekat 15 ribu. Apa punya tahi punya orang ko ni."

 

Aku pun rasa sedih dan rasa macam menyesal dan gelengkepala.

 

Terus dia cakap kat aku.

 

Ragavan :"Bro, dalam dunia ni. Kita semua buat salah.Kita semua buat silap. Kita semua ada masa orang suka kita dan ada masa bencikita. Tapi kita hidup ni, bukan untuk kasi semua orang pandang kita ikut sukadia."

 

"Tak kan kita suka semua orang benci kita sampai mati.Tak kan kita mau kasi semua pikir kita ni sampah, tahi,tak da guna punya orang.Mau tak mau kita kena bangun lawan. Apa bro ingat kalo mau jadi hero kena jadimacam itu Ultraman saja ka? Takkkk! Semua orang jadi hero dalam cerita diasendiri."

 

"Aku pun hero dalam cerita aku sendiri. Macam Bro? Brokena cari diri Bro yang jujur dan betul betul jujur. Baru bro akan jadihero!"

 

Aku macam nak dengar lagi cerita dia. Terus aku cakap katabang tu.

 

Loqman :"Abang, please abang cerita tentang Hero abangdalam cerita abang, please saya nak belajar dan saya nak berubah."

 

Dia pun tanya balik

 

Ragavan :"Betul ko nak berubah?jujur nak berubah?"

 

Terus aku jawab dengan tegas.

 

Loqman :"Yer saya nak berubah, saya nak dengar ceritaabang, please cepat cerita."

 

Abang tu pun terus bercerita

 

Ragavan :"Ok baiklah, nama aku Ragavan. Aku saja jakenalkan diri aku tadi Black Rag. Aku tinggal kat area Pantai Dalam. Aku punada kisah hitam aku dulu."

 

"Bukanlah aku cerita ni tanda aku nak bangga yang akupernah jadi jahat. Tapi aku nak ko belajar dan faham. Bila kita sambil lewa,kita tak hargai kasih sayang orang yang betul betul sayang kat kita, sekali dahhilang, hidup ko akan penuh dengan serba salah dan menyesal."

 

"Dulu aku masa dah habis sekolah,aku ada perasaan bencikat keluarga aku. Duduk rumah kecil. Kalau nak apa, kena tunggu dulu. Kalau apaaku nak tu tak mahal boleh dapat. Kalau benda aku nak tu mahal,aku pula kenatunggu."

 

"Kawan kawan aku, sentiasa pi mana mana semua pakaismart. Kasut semua Brand mahal. Aku pi mana mana kalau tak kasut yang murahcepat koyak,aku pakai selipar."

 

"Lama lama aku tak tahan macam ni. Bapa aku kerjasupply daun pisang lah, surat khabar lama lah, susu lembu lah, hantar baranglahmana cukup duit nak beli barang mahal mahal."

 

"Mak aku suri rumah. Kami ada 2 orang saja adikberadik. Aku yang sulong,adik perempuan aku bongsu. Nama dia Ganesha. Mak akusetiap pagi suka bagi aku dan adik aku bangun,senyum senyum ada gelak sikitpagi pagi. Punyalah nak bagi anak anak happy."

 

"Susah mak aku, susah bapa aku,aku tak pernah peduli.Aku kira diri aku. Aku lepas habis SPM aku ikut kawan aku. Kerja aku kutip duithutang. Orang yang bayar cantik aku tak kacau. Kalau time kena bayar, itu oranglari. Siap! Memang aku dan kawan aku pukul dia."

 

"Aku masa aku kerja tu duit aku banyak. Aku mula adaduit tangan. Aku boleh kat mak aku, aku boleh belanja sikit kat adik aku. Akubila ada duit tangan, aku mula rasa bapa aku tu tak guna. Kerja berapa lama puntak kaya kaya."

 

"Ada sekali bisnes bapa aku ada kacau sikit, aku perlibapa aku. Aku gelak gelak baling duit kat dia. Bapa aku terduduk,sapu airmata."

 

"Mak aku menangis bila nampak aku buat macam ni katbapa aku. Mak aku marah aku. Aku gelak kat mak aku. Ganesha lari peluk bapaaku, dia angkat bapa aku, dia cium pipi bapa,dia lap air mata bapa aku."

 

"Aku kata tak payahlah dok buat cerita sedih. Aku dahmenyampah tengok semua ni. Aku pun keluar rumah. Malam tu, aku kena kutip katsatu orang,sama bangsa dengan aku. Orang ni selalu bayar elok, tapi malam nidia ada buat tahi sikit."

 

"Aku datang nak kutip duit, dia kata minta maaf sangatsangat boss dia belum kasi gaji lagi. Lagi dua hari kasi. Aku mahu pukul dia,tiba tiba isteri mari halang dan merayu tolonglah lepaskan suami dia, lagi 2hari janji bayar balik."

 

"Aku tolak isteri dia ke tepi, aku dan kawan aku pukuldia teruk teruk. Menangis nangis isteri tu merayu. Kami pukul sampai suami diadah lembik. Belum kami tinggalkan rumah diorang aku bagi lagi 2 hari akudatang. Tak bayar kami hentam lagi."

 

"Sekali bila kami keluar rumah,jalan beberapa langkah.Terus aku dengar suara si isteri tu menjerit. Satu hari, Korang semua akan rasasakit macam mana korang buat hari ini. Kami minta 2 hari saja, korang pukulkami macam tak da maruah. Tunggulah korang, tunggulah!"

 

"Aku dan kawan aku ketawa dekat diorang. Siap tunjukpadan muka lagi. Esok malam, waktu sudah dekat 12 am. Aku mahu keluar beli topup dan nugget. Tiba tiba belum aku keluar, adik aku Ganesha pun nak ikut aku.Dia pun nak beli top up. Mak aku kata dah malam sangat ni, biarlah aku sajayang beli. Aku cakap kat mak aku, mak tak payah risau. Aku nak pi cepat danbalik cepat."

 

"Mak aku pun diam saja, jadi aku dan adik aku naikmotor pergi ke kedai yang dekat rumah. Sampai ja tengok kedai tu dah tutup dah.Jadi kami pi kedai jauh sikit. Dah settle beli barang. Kami pun nak gerak balikrumah."

 

"Baru gerak sikit motor tiba tiba ada banyak geng motorkepung kami. Minta duit kat aku dan Ganesha. Aku pun tak mau bagi. Aku marahadik aku,aku cakap kat adik aku jangan bagi apa pun kat diorang!"

 

"Sekali diorang semua marah, diorang turun motorcepat-cepat. 2 orang tarik Ganesha, lagi 4 orang tarik aku. 4 orang tu pukulaku teruk teruk. Ganesha jadi takut dan panik. 2 orang tadi cakap kat Ganesha,tadi tak nak bagi dompet dengan fon kan. 2 orang nak tarik baju Ganesha."

 

"Ganesha meronta kuat kuat, terus jerit tolong kuatkuat. Nasib baik, ramai orang keluar kejar terus siap ada bawa kayu nak pukul.Terus geng motor cepat-cepat naik motor blah dari situ."

 

"Ada yang kejar geng motor,ada yang angkat aku. Adayang papah Ganesha sebab dia terlalu trauma pasal tadi. Aku rasa sangat sedihbila aku tengok Ganesha terus menerus menangis."

 

"Ada yang bawa kami pergi balai polis buat report,adayang bawa aku pergi ke klinik 24 jam untuk dapatkan rawatan. Setelah aku dapatrawatan, terus aku pergi ke balai polis. Aku nampak Ganesha dah selesai buatreport."

 

"Ganesha masih menangis. Dia trauma pasal tadi. Bapaaku peluk Ganesha. Bapa aku pujuk Ganesha. Ada polis perempuan pun mari, tanyasama mak. Kenapa bagi keluar Waktu macam ni, sangat merbahaya."

 

"Polis perempuan tu pun pujuk Ganesha dan cuba bagi diatenang. Polis tu bagi nasihat lain kali dengar cakap mak bapa. Bapa aku bilanampak muka aku, terus dia tak mau cakap dengan aku. Marah sungguh dia kataku."

 

"Muka bapa aku masa tu macam sikit lagi nak mengamuk.Silap silap dia boleh belasah aku teruk teruk. Mak aku pun tarik Ganeshacepat-cepat pi dekat bapa aku, pujuk bapa aku."

 

"Selepas tu kami semua balik rumah. Aku tak kan lupasampai bila-bila. Bermula dari malam tu, semua dah tak best dah."

 

Aku pun terus tanya kat Ragavan.

 

Loqman :"Maksud abang,tak best tu macam mana?"

 

Masa ni Ragavan cerita sambil air mata mengalir.

 

Ragavan :"Bermula malam tu, mak aku dah tak berapa nakcakap dengan aku. Bapa aku dah mula benci dan dah tak cakap dengan aku. Ganeshamasih trauma."

 

"Aku rasa semua ni, tapi aku buat tak endah. Aku teruskerja macam biasa. Aku tak rasa bersalah apa pun. Bagi aku masa tu, lagi senangkerja aku sebab sapa pun tak payah sibuk pasal aku."

 

"Tiba satu hari aku nampak bapa aku balik malam macammabuk, aku tak pernah tengok bapa aku mabuk sebelum sebelum ni. Aku ingat satumalam ja dia mabuk, rupanya dah 3 malam straight dah."

 

"Kawan baik bapa aku,kami panggil dia Pak Abu. Pak Abuperasan perubahan bapa aku. Pernah aku nampak masa bapa aku balik jalan punhuyung hayang,Pak Abu pi kat bapa aku. Dia papah bapa aku sampai pirumah."

 

"Satu malam tu, Aku balik dekat pukul 1.30 pagi macamtu. Aku jalan nak naik tangga sekali Pak Abu panggil.

 

Pak Abu :"Ragavan mari sini!"

 

Ragavan :"Pak Abu nada dia masa tu macam marah semacam.Aku sampai ja dekat kat Pak Abu, terus Paaaaangggg!! Satu penampar kuat sampaikat muka aku. Aku macam nak terjatuh,terus Pak Abu cekak baju aku dengan duadua tangan tarik aku bangun."

 

"Pak Abu cakap puas hati?puas hati tengok bapa kosekarang? Aku masa Pak Abu dok terus menerus dok pressure aku dengan soalan,aku jadi lemah, aku jadi penakut, aku jadi macam rasa bersalah yang amat."

 

"Terus terang aku cerita, kalau gaya dan umur macam PakAbu tu aku boleh belasah balik tak da hal lah. Tapi malam tu, aku jadi macamlooser. Air mata aku mula mengalir dan aku menangis depan Pak Abu."

 

"Terus Pak Abu story kat aku."

 

Pak Abu :"Ehhh Ragavan, Kumar tu kawan aku tau. Kamikawan lama. Aku tak kisah pun kalau Kumar nak mabuk. Tapi aku tak lupa, yangKumar sendiri pernah cakap kat aku. Dia bersumpah yang dia tak mau minum arakdah sebab dia mau Ragavan ni bila dah besar nanti jadi orang bagus bagus."

 

"Berpuluh puluh tahun dia tak mabuk, tiba tiba baru nidia jadi kaki minum. Jadi apa-apa kat Kumar, aku tak teragak agak nak reportpasal ko kat Polis. Biar ko masuk penjara. Lagi lama ko duduk lagi bagus."

 

"Berapa lama dah bapa ko cakap, suruh ko tinggalkankerja tu. Ada banyak lagi kerja elok ada. Ko pilih kerja tu, apa ko ingat nakjadi samseng? Kumar pernah menangis nangis cerita pasal ko kat aku."

 

"Tapi aku diam, aku tak nak masuk campur. Tapi bila akunampak Kumar sampai jadi macam ni. Memang elok aku sepak ko Ragavan. Apa ko takpernah pikir tentang mak ko? tentang Ganesha? Ko tak pernah pikir?"

 

"Kalo macam ni perangai ko Ragavan, ko memang tak nakubahkan?aku cakap kat Kumar habis sekolah saja, Cari sapa sapa yang elok bagiGanesha kawen cepat-cepat pindah dari sini. Apa ko nak sebab ko Ganesha denganmak ko susah?"

 

Ragavan :"Bila aku dengar macam tu terus akumenangis,aku siap merayu. Sebab aku tahu bila Pak Abu datang nak bagi apa-apacadangan kat mak dan bapa aku, boleh kata kebanyakan cadangan dia mak bapa ikutsaja. Bagi mak bapa aku, Pak Abu tu orangnya bijak."

 

"Aku lagi rasa serba salah,jangan sebab aku si Ganeshakena kawen awal dan pindah dari sini. Jangan sebab aku,habis hilang gembira makbapa aku di rumah.

 

"Pak Abu sambung lagi"

 

Pak Abu :" Ko tahu tak  yang Kumar dan mak kosanggup buat apa saja asalkan ko dan Ganesha gembira? Ko tahu tak? Aku nakcerita kat ko pasal ni. Habis aku cerita ni, ko baliklah fikir sendiri. Ingatni Ragavan,kasih sayang seorang bapa dan sayang seorang mak kat anak sangatmahal."

 

"Sekali ko hilang kasih sayang mak bapa ko, ko akanmenyesal sepanjang hayat ko."

 

Ragavan :"Aku masa ni dengar,jujur aku cakap macam nakpengsan,rasa bersalah tahap macam ke langit. Aku tak tau macam nak cerita kat kotahap dan banyak mana rasa bersalah aku."

 

"Pak Abu pun mula cerita."

 

Pak Abu :"Ragavan kalo ko ingat dulu masa ko masa tutingkatan 2 ka atau tingkatan 3,masa tu ko balik lambat dari sekolah sebab adaaktiviti rumah sukan atau kelas tambahan. Ganesha dengan Siti pun balik lambatada kelas tambahan untuk periksa UPSR dulu."

 

"Petang tu,Kumar balik lambat sebab motor dia tak bolehnak bagi hidup. Masa tu pula hujan lebat. Mak ko datang umah aku, masa tu MakIda seorang ja di rumah. Aku cerita sebiji sebiji apa yang aku tahu katko."

 

Jaya : Ida, sorry kacau.Nak tanya Ada mi segera tak? Kumarbelum balik bawa barang dapur. Motor dia rosak.

 

Ida : Laaaaaa,tak yah mi segera semua. Gi tutup apa yangpatut pastu mari sini.

 

Jaya : Eh, kenapa Ida? Ada apa-apa ka ni?

 

Ida : Mestilah ada, Haaa cepat!Perut pun dah lapar ni.Hehehe.

 

Jaya :Haaa ok ok sekejap saya gi tutup pintu.

 

"Terus Mak Ida kol Pak Abu bagitau panggil Mak kodatang umah. Pak Abu kata panggil sajalah, no problem."

 

Jaya : Ehhh, masak apa ni. Macam sedap ja bau.

 

Ida : Hahahaha, haaa ni Ida ada goreng ikan kering talangni. Isi pun banyak. Pastu ada kicap dan cili padi sikit. Jom lah kita makan.

 

Jaya :Alamak, saya tak reti lah makan macam ni.

 

Ida : Eh cuba dulu, kalo Jaya tak boleh jugak, Ida buattelur mata goyang untuk Jaya. Amacam ok tak?

 

Jaya : Haaa, Kalo macam tu ok, kita cuba dulu!

 

Ida : Hahahaha Jom makan!

 

"Mula mula mak kamu rasa sikit dulu pastu rasa sedapmakin lajulah makan tu."

 

Jaya : Ehh sedap juga makan macam ni Ida, biasa kalo sayaikan kering talang ni saya buat masak kari ikan kering. Saya pecah telur masuk.Macam Kerala style macam tu."

 

Ida : Macam sempoi kari ikan kering Jaya. Nanti nak resepi.

 

Jaya : Ooooo boleh no problem, senang saja. Saya boleh buatkelas personal untuk Ida. Free Of Charge!

 

Ida : Hahahaha bagus!

 

"Tengah seronok sambil makan sambil sembang, Ganeshapun sampai rumah. Mula dia terkejut rumah berkunci. Sekali dia datang ke rumahkami. Dia nampak mak kamu tengah makan."

 

Ganesha : Mak Cik Ida, oooo Mak Cik Ida, kenapa mak makantak ajak saya?

 

Ida :Hahahaha manalah Mak Ida tahu, mai masuk. Letak beg katsofa Pastu mai makan.

 

Ganesha : Ehhh, makan apa ni? Macam mana nak makan ni?

 

Jaya : Ganesha, pergi cedok nasi dan bawa ke sini. Amma buatuntuk kamu.

 

"Ganesha mula suap sekali terus suka, jadi pun makandengan berselera. Tak lama pula Siti pun sampai."

 

Siti : "Assalamualaikum! Ehhh mak buat kenduri ke? Takajak Siti pon!"

 

Jaya :"Hahahaha bukan kenduri Siti, mak ajak kami joinmakan jer."

 

Siti : "Waaahhh! Auntie pun layan ikan kering gorengni? Ehhh Ganesha pun layan jugak?"

 

Jaya :"Hahahaha, tulah sapa kata di sekolah saja Sitiboleh belajar benda baru. Auntie dengan Ganesha pun boleh belajar benda barumakan di rumah ini."

 

Ida :"Haahhh Siti, cepat cedok nasi. Mak nak gorengtelur untuk kita semua pastu nak masak nasi lagi untuk bapa."

 

Jaya :"Ida, minta maaf yaa susahkan kamu semua."

 

Ida :"Laaahhh tak ada apelah Jaya oooiiii. Small matterjer Jaya. Jemput makan semua. Kalau tak cukup nasi tu tunggu jap yer. Nak masaklagi."

 

Jaya : "Ida, ehh tak pa Ida, Ida masak nasi, biar Jayagoreng telur.

 

Ida : "Ok Set! Jaya buat 2 telur mata goyang untuk Abuyer. Letak dalam piring asing.

 

"Sementara tengah riuh seronok bersembang sambil Idamasak nasi, mak ko goreng telur, Ganesha dan Siti bersembang. Pak Abu punsampai rumah."

 

Pak Abu :" Assalamualaikum."

 

Siti,Mak Ida, Ganesha,Jaya sama sama jawab"Waalaikumsalam."

 

Pak Abu :"Amboi, ramai pulak jawab salam."

 

"Semua orang gelak"

 

Jaya :"Abu, saya dan Ganesha tumpang makan yer di sini."

 

Pak Abu :"Alaaahhhh, tak da apelah. Makan ja,noproblem. Ida, ni abang ada bawa nugget dan sosej ni. Minta tolong gorengkan."

 

Ida :"Ok abang kejap Ida buatkan."

 

Pak Abu :"Jaya, Ganesha ni nugget dan sosej ni ayamtau. Jangan risau."

 

Jaya :"Alahai malunya kami. Ini kejap lagi balik rumahsenyum kenyang kami."

 

Pak Abu :" Hahahaha, bukan selalu kita kumpul macam ni.Nanti Jaya bungkus sikit nugget dan sosej untuk Kumar tau."

 

Ida :"Abang tunggu jap yer nasi dah masak dah cuma nakbagi kering ja ni."

 

Pak Abu : "Ok,abang mandi jap dulu yer.

 

"Sambil Jaya bantu Ida goreng Nugget dan sosej, sambilSiti dan Ganesha menonton televisyen. Kamu pun sampai. Masa tu, mak ko bawa komakan Nasi dengan Nugget dan Sosej."

 

"Dah selesai makan semua lepak di ruang tamu,bersembang sambil minum teh o panas. Dekat pukul 7 pm baru,Kumar sampai. Kumarbawa barang dapur dalam keadaan letih dan basah kuyup."

 

"Mak ko terus bangun bawa Kumar, balik rumah untukmandi semua. Terus Mak Ida ambil segelas teh o panas bagi Kumar minum. Ganeshapun galas beg sekolah balik rumah."

 

"Dalam 9.30 pm,Kumar datang rumah."

 

Kumar :"Abu, aku nak ucap terima kasih banyak banyakkat ko Abu. Aku tak sangka Jaya,Ragavan dengan Ganesha datang sini. Apa punterima kasih banyak banyak. Aku risau diorang semua belum makan lapar.

 

"Aku pulak tadi aduhhhh motor tak pula tiba tiba takboleh start. Masa tu hujan lebat pula. Jenuh aku tolak pi cari kedai motor.Jauh aku tolak motor. Ini hari tak da baguih untuk aku."

 

Pak Abu :"Alaaahhhh tak da ape lah Kumar, aku punberterima kasih banyak kat ko. Aku tak pernah lupa, masa aku diberhentikankerja. Aku susah sangat masa tu, duit tak cukup. Nak bayar rumah, motor, nakbeli lampin dan susu untuk Siti.

 

"Ko selalu datang tengok kami, tanya dah makan belum.Padahal kami baru pindah situ. Ada sekali tu, aku dah kering, tak da duit dah.Aku malu sangat masa tu. Aku pergi rumah ko dalam keadaan aku malu sangatsangat.

 

"Aku asalnya nak minta sikit beras dan telur nak makan.Aku dan Ida dah 2 hari tak makan. Aku pula susah cari kerja masa tu. Aku taklupa,ko terus ambil dompet. Bawa aku naik motor dengan ko pergi kedai. Ko beliberas 5kg, telur sepapan, minyak, kicap, garam,gula dan sepeket uncang teho."

 

"Aku balik bawa barang ni semua, Ida punya seronok masatu. Cepat-cepat Ida bangun masak nasi dan goreng telur. Aku pula jaga Siti.Lepas dah selesai makan minum, baru Ida tanya mana dapat semua ni. Duitsimpanan terakhir aku kah? Aku cakap tak, ni semua Kumar belanja."

 

"Terdiam Ida, tu yang esok pagi. Ida sendiri datangjumpa Kumar dan Jaya ucap terima kasih banyak banyak. Nak orang macam ko Kumar,tak banyak. Beruntung aku ada Jiran baik hati macam ko, Kumar."

 

Kumar :"Aku ikhlas tolong masa tu Abu. Aku faham dantau apa yang ko lalui masa tu. Ko tebalkan muka ko demi anak bini ko. Kalo akupun, aku buat benda yang sama. Dalam hidup ni,kita semua sama sama kena adakasih sayang."

 

Baru kita semua boleh maju Abu. Bila ada Kasih sayang, kitasemua sama sama tak susah. Tapi aku tak sangka tadi Jaya dengan Ganesha bolehmakan macam tadi. Diorang tu ada cerewet sikit tau, hahahaha."

 

Pak Abu:"Eh yaka?Abu baru tahu diorang ada cerewetsikit dalam makan. Tapi tadi semua ok ja makan. Aku pun seronok tadi. Meriahrumah aku, hehehehe.

 

"Jap, aku nak tanya ni. Sebenarnya ko turun ke KualaLumpur cari apa sebenarnya. Ada supply barang ka tadi? "

 

Kumar :"Ooooo tak lah, ni Ragavan dia nak kasut adajalur hitam putih, pastu bawah ada lampu untuk Deepavali ni. Tu aku try banyakorang. Ada kawan aku bagitau kena pi area Masjid Jamek kat Kuala Lumpur. Situada kedai kasut yang ada kasut macam anak aku nak."

 

"Aku bukan apa Abu, aku tak kisah basah hujan lebatdengan motor rosak. Aku nak anak anak aku happy.Dulu keluarga cukup susah Abu.Masa hari Deepavali, kasut raya aku masa tu ada lubang lubang sikit. Mak bapaaku diorang selipar saja, tapi anak anak semua pakai cantik cantik."

 

"Pak Abu senyum dan letak lengan atas bahu Kumar."

 

Pak Abu :"Murni hati ko Kumar. Aku doakan untuk koKumar,nanti anak anak ko dah berjaya mesti diorang bagi apa saja ko dan Jayanak."

 

Kumar :"Aku tak kisah pun semua tu Abu. Cukuplah anakanak selalu ada dengan aku. Kalo diorang dah kawen pun selalu mari jumpa akudengan Jaya pun dah cukup happy dah Kumar."

 

"Senyum kami berdua sambil melihat pemandangan di bawahdari tingkat 4.

Tiba hari Deepavali, kami bertiga pun datang ke rumah kamuRagavan. Kami datang dalam pukul 2 petang."

 

"Bila kami masuk rumah kamu, yaa memang meriah kamidisambut. Cuma aku perasan sesuatu. Kamu sangat bergembira dengan baju rayakamu dan kasut yang sungguh rare masa tu. Pastu yang sempoi, ko pakai kasut tudi rumah."

 

Pak Abu :"Ehh, Ragavan kenapa kamu pakai kasut dalamrumah. Kan rumah dah bersih ni?"

 

Kumar :"Ooooo kasut tu kami bagi dia pakai dalam rumahdulu Abu. Mau kasi dia nampak handsome boy dulu. Petang ni mau balik Rawangjumpa dia punya atok, boleh dia jadi famous macam Vijay kat sana, Hehehe."

 

Pak Abu :"Ooooo mau jadi Vijay ka Ragavan?"

 

Ragavan :"Mestilah Pak Abu, baru banyak perempuan bolehsuka sama saya."

 

Jaya :"Amboi, belajar dulu Ragavan. Nanti sudah kerjabaguih baguih, bukan perempuan saja suka, mau kawen sama Ragavan."

 

Ragavan :"Waaahhh! Tak sabar mau kawen Amma."

 

"Semua dalam rumah tu pun ketawa."

 

"Ganesha masa makai Saree warna pink. Memang nampakmanis dan comel sangat."

 

"Cuma Pak Abu perasan, kamu yang tak perasan Ragavan.Kumar dan Jaya pakai pakaian yang cantik cantik tahun lepas punya. Senang fahambaju Deepavali tahun lepas. Tahun ni tak beli."

 

Sekali Pak Abu tengok kasut kamu. Terdetik dalam hati,beraparatus kasut kamu ni."

 

"Ragavan, kamu fikirlah sendiri. Kumar dan Jayasentiasa sayangkan kamu dan Ganesha. Apa yang kamu berdua nak dan suka itunombor satu. Apa yang Kumar dan Jaya mau ka suka ka itu semua nombor dua."

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff