Selepas bersarapan, Huzaiman membawanya ke Pavilion. Natasha
hanya mengikut sahaja lelaki gila kuasa itu.
Semasa
Natasha sibuk memerhati sekelilingnya, perlahan-lahan tangan Huzaiman
menggenggam tangan Natasha.
Natasha tersentap. Pantas dia
menarik tangannya semula.
“Jangan nak pegang-pegang tangan
saya.” Marah Natasha. Dia benar-benar tidak menyukai tindakan Huzaiman.
“Nanti kau jadi isteri aku juga.”
“Jadi memang jadi tapi sekarang
belum jadi. Tolong faham ya?” tegas Natasha.
Huzaiman tersenyum. ‘Bagus!
Pandai jaga diri. Ciri-ciri isteri yang baik. Aku akan terus menguji kau, Wafa
Natasha.’ Bisik hati Huzaiman. Dia ada rancangannya sendiri. Tanpa mereka
berdua sedari, Amman dan Ammar ditugaskan mengintip mereka berdua. Itu arahan
ayah Huzaiman.
“Sha macam tak suka bos je.”
Amman memberi pendapat.
“Yalah. Kasihan adik kita
terpaksa kahwin dengan bos.”
“Kita pula bila mahu kahwin?
Calon pun tak ada.” Amman mengeluh. Umurnya semakin lanjut tapi tak ada teman
wanita lagi.
“Sabarlah abang, mesti bos akan
tolong carikan. Kalau tak, minta Sha yang cari.” Si abang cuba memujuk si adik.
Mereka berdua terus mengikut
jejak ketuanya itu.
“Kita nak ke kedai mana dulu ya?”
Huzaiman berfikir sejenak. Dia sendiri kurang pasti. Ini kali pertama dia masuk
Pavilion. Jiwanya bukan suka membeli belah tetapi demi Natasha yang semakin
menambat hatinya, dia gagahi juga.
“Awak baru nak fikir kita nak ke
mana dulu?” Natasha mengeluh. ‘Kali pertama aku tengok dia ni jadi slow.’
“Eh, dah lama aku fikir cuma
banya sangat tempat yang aku fikir nak pergi dulu. So, tak tahu nak pilih yang
mana satu.” Kata Huzaiman. Dia tidak akan rendahkan egonya..
“Okay, kalau dah banyak sangat,
awak fikir nak pergi mana wahai bakal suamiku?” kata Natasha dengan nada yang
lembut. Dia hentikan langkahnya dan bersandar di pada dinding. ‘Penat pula
berjalan lepas makan.’
Huzaiman diam.
Natasha masih menunggu.
Huzaiman merenung wajah Natasha. Dia
hampir tewas apabila melihat wajah gadis yang sememangnya sudah mencuri
perhatiannya dalam diam. Ketika dia datang ke rumah Natasha tadi pun, dia
tersentap melihat keadaan Natasha yang tidak sempurna itu. Kalau ikutkan hati
nafsunya dah lama dia tarik Natasha dalam pelukannya tetapi dia tahu Natasha
bukan jenis seperti perempuan murahan. Untuk memilikinya hanya dengan
perkahwinan sahaja. Mengikatnya untuk selamanya.
“Putra Huzaiman, saya tanya ni? Awak
diam pula.” Natasha menelan liur. Dia sendiri gerun melihat renungan lelaki
itu. Dia sendiri tidak pasti mengapa Huzaiman melihatnya begitu.
‘Nak kata tak makan lagi, dah
melantak nasi lemak dua bungkus kat kedai Mak cik Leha tu. Tak kan tak kenyang
lagi. Tengok aku pun macam nak makan lagi.’ Bebel Natasha sekadar dalam hati.
“Okey! Okey! Tadi kata nak beli
cincin kan? Kalau macam tu kita ke kedai emas dulu. Kat mana kedai emas dalam
mall ni?” soal Huzaiman tanpa dia sedari. Mestilah! Ini kali pertama dia ke
sini. Mana dia tahu letaknya kedai emas.
Natasha hanya mampu menggeleng. ‘Dunia
lelaki ni kerja je ke? Tak pernah bershopping ke? Patutlah tak ada perempuan
nak suka dia. Bukan nak suka, tapi nak jumpa dia pun payah. Kasihan betul la...’
“Ya. Itu motif kita hari ni. Kedai
tu, saya tahu. Ikut je saya.” Natasha berjalan dulu dan diikuti oleh Huzaiman.
Akhirnya mereka sampai juga di
kedai Habib Jewel. Mereka masuk ke dalam kedai itu.
“Kau pilih, aku bayar.” Kata Huzaiman
sebaik sahaja mereka duduk. Terlalu banyak bentuk cincin yang ada.
“Kau pilih, aku tengok!” balas Natasha.
Dia malas mahu memilihnya.
“Kan aku suruh kau pilih, jadinya
kau yang pilih.” Huzaiman mula naik angin. Geram sebab arahannya tidak diikut.
“Tak apa la. Saya bagi peluang
awak pilihkan.” Natasha cuba mengalah. Sebenarnya Natasha tidak pandai mahu
memilih cincin-cincin ini. Lagi pun dia tidak biasa.
“Macam tu pula. Aku tak kira. Kau
mesti pilih satu.” Tegas Huzaiman.
“Kalau pilih dua boleh tak?”
gurau Natasha.
“Dua ke, tiga ke, sepuluh pun kau
boleh pilih tapi belinya satu.” Serius Huzaiman. Dia tahu Natasha bergurau,
entah mengapa egonya tinggi sangat sehingga tidak mahu layan gurau Natasha itu.
‘Saja nak kenakan aku la tu.’ Natasha
pun terus memandang cincin yang banyak di hadapannya. ‘Serius! Satu pun aku tak
suka. Tak jatuh cinta bak kata orang.’ Akhirnya dia memilih satu bentuk cincin yang ada satu
permata di tengahnya. ‘Biasa je. Tak canti mana pun. Lagi pun ada ke tidak saiz
jari aku ni? Entah-entah aku kena pakai cincin budak-budak sebab kecil sangat.’
“Yang ini?” Natasha tunjuk saut
cincin.
Lama Huzaiman merenung cincin
yang menjadi pilihan Natasha. Huzaiman mendekatkan dirinya dengan Natasha lalu
dia berbisik di telinga gadis itu.
“Tak cantik la. Nak tahu apa
sebabnya...?” soal Huzaiman perlahan.
“Apa sebabnya?”
“Sebbanya permata dia kecil!”
bisik Huzaiman. “Kau pilihlah betul-betul. Nanti aku suruh kau pakai cincin pad
setiap jari kau, baru tau,” marah Huzaiman.
“Gila ke nak pakai cincin pada
setiap jari.” Natasha rasa tidak puas hati. “Dahlah! Bosan la pilih-pilih
cincin ni.” Natasha tidak boleh bersabar lagi. Dia mula berdiri dan mahu meninggalkan
kedai emas tersebut.
“Gila?” dahi Huzaiman berkerut
tapi memang gila pun. “Kalau kau langkah selangkah lagi, aku anggap perkahwinan
kita batal....” ugut Huzaiman. Sengaja dia berkata begitu, dia mahu menguji Natasha
lagi samada perempuan ini menyukainya atau tidak.
Natasha mengeluh. ‘Main ugut-ugut
pula. Kalau aku tak jadi kahwin dengan dia. Rosak plan aku. Macam mana aku nak
balas dendam nanti?’ Natasha mengalah. Dia tidak jadi melangkah dan menghampiri
Huzaiman semula.
“Baiklah! Saya pilih betul-betul
yang saya suka...” Lemah sahaja suara Natasha. ‘Asyik nak kena ikut kata orang
gila kuasa sahaja.’
Huzaiman tersenyum dalam
kemenangan. Wajah Natasha ketika itu mencuit hatinya. Dia benar-benar suka pada
Natasha.
“Yang ini...?” Natasha tunjuk
cincin berlian. Dia sendiri tidak pasti harganya berapa.
“Okay. Ambil yang ini ya?”
Huzaiman arahkan pekerja di situ.
Kini cincin itu dalam genggaman
Huzaiman. Perlahan-lahan dia sarung pada jari manis Natasha. Natasha pula
terpaksa merelakan.
“Hmmm...”
“Kenapa?”
“Tak muat. Halusnya jari kau.”
“Standard la tinggi dan badan
macam saya. Mestilah jarinya kecil.” Geram Natasha kerana mempertikaikan
jarinya kecil.
“Cik, kalau jadi macam bakal
isteri saya ni kan, ada saiz tak?”
“Tak ada encik tapi kalau buat
tempahan dulu, ada.” Jelas pekerja wanita itu sambil tersenyum manis. Dari tadi
wanita itu memerhati mereka berdua.
“Baiklah. Saya nak tempah cincin
ini tapi ikut saiz jari isteri saya ya?” pinta Huzaiman.
“Baiklah!” Pekerja itu mengambil
ukuran jari Natasha dan segala urusan selesai. Mereka akan hubungi Huzaiman
jika cincin tersebut sudah siap.
“Kita nak ke mana lagi ya?”
Huzaiman berkata sendirian.
“Nak ke mana lagi, baliklah!” Natasha
sudah mendahuluinya berjalan. Huzaiman pantas menghalangnya.
Langkah Natasha terhenti. Betul-betul
di bawah ketiak Huzaiman. ‘Kenapalah aku kecil sangat? Macam jalan ayah dengan
anak tau.’ Bisik hatinya.
“Eh, banyak lagi tak beli ni?”
Huzaiman berkata. Dia masih mahu bersama dengan Natasha.
“ Nak beli apa?”
“Beli baju tidur untuk malam
pertama kita.” Huzaiman berkata tanpa sedikit pun perasaan malu.
“Gila!” Natasha terus berpaling
tetapi pantas tangan Huzaiman memeluk tubuh kecil itu dari belakang.
“Awak ni gila ke?! Ini tempat
awam!” marah Natasha. Dia benar-benar tidak suka tindakkan Huzaiman.
“Kau tu bakal isteri aku. Apa salahnya
sekali sekala ikut arahan aku.” bisik Huzaiman di telinga Natasha.
“Bukan sekali sekala. Selalu dan
tiap saat kena ikut arahan awak tau.” Geram Natasha. Dia mengetap bibirnya
menahan geram di hati.
Orang yang lalu lalang di situ
melihat tingkah laku mereka berdua.
“Eh, tak sedar pula! Kau tahu tak
yang kau ni comel sangat. Aku tak dapat nak kawal diri dari sentuh kau.” Luah Huzaiman.
“Cukuplah awak jadi lelaki gila
kuasa, jangan sampai jadi lelaki gila seks!” makin keras nada suara Natasha.
Huzaiman tersentap. Dia melepaskan
pelukannya.
“Kau wangi la! Jom pergi
jalan-jalan lagi.” Huzaiman pura-pura seperti tidak berlaku apa-apa. dia
mencapai jemari halus milik Natasha lalu menggenggamnya. Kukuh!
Natasha pula cuba menarik tetapi
apa kan daya, terpaksa dia mengikut ke mana sahaja Huzaiman pergi. Huzaiman
bagaikan baru belajar untuk membeli belah. Kasihan!