Home Novel Cinta Dear Love Mr Crescendo
Dear Love Mr Crescendo
Raimah Dain
8/12/2023 22:06:54
3,143
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

HARRIZ yang duduk di tepi katil bingkas berdiri apabila melihat jemari Hayra bergerak-gerak. Dia kemudian melihat ke wajah Hayra, kelopak mata Hayra turut bergerak dan sedikit demi sedikit terbuka. Tetapi sedikit sepet kerana di sapa cahaya putih terang di atas celing. 


“Hayra, ini abang Iz. Hayra nampak abang tak?” 


Dalam keadaan yang masih lemah tak bermaya Hayra memusingkan bebola matanya ke kanan saat suara Harriz menyapa ke telinga. Dia cuba menggerakkan seluruh tubuhnya. Tetapi bagai ada satu batu besar di kepala membuatkan dia tak mampu mengangkat kepalanya. 


“Abang Iz, Harya dekat mana ni?” Mukanya berkerut menahan kesakitan di bahagian kepala yang tak terkata. 


“Adik rehat dulu. Abang akan explain apa yang…” 


“Yureena dekat mana?” 


Harriz membatu saat mendengar pertanyaan itu. air liur yang ditelan terasa pahit. Mana mungkin dia menceritakan hal yang sebenar dalam keadaan Hayra baru sedar dari lenanya yang panjang. 


“Abang Iz…” 


Hembusan nafas Harriz terasa berat bila Hayra menggenggam kuat hujung lengan kemeja panjang Harris. Mutiara jernih menitik jatuh  setitik-setitik di pipi Hayra berharap Harriz akan menggatakan sesuatu yang menenangkan hatinya. 


 “Kalau abang tak bagitahu. Hayra cari adik sendiri.” Dengan kasar dia mencabut segala wayar yang terpasang di tangan kanannya. Harriz menghalang. Namun tubuhnya ditolak ke belakang oleh Hayra. 


Dengan seluruh kudrat yang ada dia melangkah turun dari katil. Pandangan matanya masih kabur, langkahnya juga terhoyong-hayang kerana dunia di sekelilingnya serasa seperti masih berputar 360 darjah. 


“Reena…” Hayra terus berjalan menuju ke arah pintu sambil menbut nama Reena. Harriz berlari mendapatkan Hayra dan membawanya kembali ke katil. Tetapi Hayra tetap berkeras ingin bertemu dengan Reena. Selagi dia tak melihat Reena selagi itu jiwanya takkan tenang. 


 “Abang janji abang akan bawa Hayra jumpa adik bila keadaan Hayra dah okey, abang janji.” 


Hayra menggeleng melepaskan pegangan tangan Harriz dan terus berjalan menuju ke arah pintu. Walaupun tak pasti, dia lihat dengan mata kepalanya sendiri tubuh kecil Reena terbaring berlumuran darah di atas jalan raya. 


“Yuhayra Aulya, tolonglah dengar cakap abang. adik tak sihat lagi. kita rehat dulu…” 


Tak sempat Harriz menghabiskan ayatnya pintu terbuka. Disangkanya yang datang ialah ibu bapa mereka. tetapi seorang jururawat masuk sambil mnjinjing sebuah beg violin yang mempunyai kesan darah.  


“Ada apa nurse?” soal Harriz sambil memegang erat kedua-dua lengan adik perempuannya yang masih mencuba untuk keluar dari situ sedangkan hendak berdiri pun terhoyong-hayang. 


“Petang semalam ada seorang budak lelaki minta saya serahkan beg ni pada adik.” Hayra segera memalingkan wajahnya ke tempat lain bila jururawat itu menghulurkan beg violin kepunyaanya. 


“Saya tak nak tengok beg tu lagi.” 


Harriz membalas dengan senyuman nipis selepas mendengar ucapan tanpa nada dari Hayra. dia kemudian menghulurkan tangannya mengambil beg itu bagi mewakili adik perempuannya. “Terima kasih, nurse.” 


Jururawat itu hanya menganggukkan kepala kemudian beredar keluarga meninggalkan ward yang terlihat tegang kerana si pesakit tak mengetahui apa yang telah berlaku selepas kemalangan ngeri itu berlaku. 


“Abang simpan beg ni untuk adik. Adik duduk sini, abang ambilkan air.” 


Harya menjeling tajam beg violin yang diletakkan di atas meja oleh Harriz. Perasaanya hancur berkecai menjadi kepingan halus bila melihat beg yang menjadi punca kemalangan jalan raya yang melibatkan dirinya dan Yureena. Air liur ditelan sambil tangannya menggigil-gigil mencapai beg violin di atas meja. 


Air mata menitik jatuh di atas beg violin yang dipengang. Banyak kenangan indahnya bersama beg itu. Tapi tak pernah terfikir yang ia akan menjadi kenangan berdarah juga. 


“Ergh!” 


Suara teriakan Hayra mengejutkan Harriz yang sedang menuangkan air suam ke dalam gelas. Dia menoleh ke arah sofa terlihat Hayra mencampakkan beg violinnya ke dinding. Apa lagi Harriz segera mendapatkan adik perempuannya yang sedang menangis teresak-esak. 


“Adik, adik minum dulu…” 


Gelas yang dibawa Harriz dia tepis kasar sehingga gelas kaca itu jatuh berkecai di atas lantai. Harriz menghela nafas panjang lalu memeluk erat adiknya yang  sedang menangis sambil menyebut nama Reena. 


“Dah, dah, dah stop menangis. Reena masih dalam ICU. Bila Hayra dah stabil abang janji abang akan bawa Hayra jumpa Reena.” 


Hayra tak membalas sebaliknya linangan air mata terus mengalir jatuh membasahi pipi. Entah mengapa dia merasakan apa yang Harriz katakan hanyalah untuk menenangkan dirinya sahaja. 


Dia masih ingat dengan jelas tubuh berlumuran darah Reena selepas dirempuh oleh sebuah kereta Honda berwarna hitam.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raimah Dain