Pagi yang tidak terlalu terasa teruja bagi seorang remaja yang baru sahaja mendaftarkan dirinya di sekolah semalam sebagai seorang pelajar. Remaja itu adalah Wafiy yang kini sudahpun menopangkan motorsikalnya di sebuah kabin yng disediakan oleh pihak sekolah itu. Wafiy menatap area sekolahnya dengan wajah datar.
Wafiy menghela nafas perlahan. Setelah meletakkan helmet dan mengunci tayar motorsikalnya, jejaka itu bergerak menuju ke arah pejabat sekolah, satu-satunya tempat yang dia hafal pertama kali masuk ke sekolah itu. Namun, belum sempat dia menyentuh tombol pintu, tiba-tiba pintu dibuka menampilkan seorang guru wanita setinggi paras bahunya baru sahaja keluar dari pintu.
"Kamu Wafiy Haris kan? Pelajar baru yang baru daftar semalam?" soal guru wanita itu dan mendapatkan anggukan cepat dari Wafiy.
"Ha, baguslah. Kamu ikut cikgu sebab jadual cikgu sekarang mengajar di kelas kamu," ucap guru wanita itu lagi. Wafiy hanya mengangguk sembari mengikut langkah seorang guru wanita itu menuju ke arah kelas yang terletak di tingkat atas bangunan.
"Cikgu mengajar subjek apa ya?"
"Subjek Sejarah,"
Wafiy meneguk ludah. Sememangnya subjek yang dikatakan oleh guru itu adalah antara subjek yang sangat-sangat dia tidak sukai. Pagi-pagi dah kena hadap Sejarah... Oh, no. Oh, no. Oh, no no no no...
"Pergh, kelas tingkat atas sekali?" Wafiy hanya mampu pasrah apabila guru itu tidak berhenti di tingkat satu atau dua. Sesekali dia berasa kagum dengan guru di hadapannya ini yang tampak tidak lelah ketika menaiki belasan tangga bahkan dia baru sehari sudah penat, apatah lagi pelajar dan guru yang sudah bertahun-tahun berada di kelas atas sana?
Tidak terasa lama mereka menaiki tangga, mereka berdua telah tiba di tingkat atas. Guru perempuan itu berhenti sejenak sembari mengatur nafasnya yang agak terengah.
"Haih, kelas tingkatan empat dan lima ni selalu memenatkan. Bukan apa, sebab kalau kelas kat atas tak terganggu suasana belajar dengan pelajar-pelajar lain. Tenang belajar katakan," Jelas guru tersebut membuatkan Wafiy mengangguk faham. Dia mengikuti langkah guru itu yang sudah hampir memasuki sebuah kelas yang kedengaran sedikit riuh.
Dan, entah mengapa Wafiy agak berasa segan namun dia menepiskannya. Dia bukanlah remaja yang pemalu dan dia harus menyakinkan itu.
****
Bella dan Aisha sama-sama turun dari kereta. Mereka berdua tiba agak lewat lima minit kerana kereta yang dipandu oleh ayah Aisha mati di pertengahan jalan. Mujurlah ketika itu ada seorang kenalan dengan rela hati bantu membaiki kereta dan ianya mengambil masa yang kurang sepuluh minit. Sebelum ke kelas, ayah Aisha sudahpun sigap menjelaskan kenapa mereka terlewat dan mendapatakn persetujuan daripada guru disiplin yang kebetulan sedang menjaga. Hal itu membuatkan Aisha dan Bella lega bukan main.
"Ya Allah, serius saya berdebar gila. Takut cikgu disiplin marah," Ujar Aisha. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke kelas.
"Kan? Nasib baiklah ayah awak turun jelaskan semua. Kalau tak kena dengar bebelan dulu,"
Aisha hanya terkekeh mendengus.
"Oh, ya. Sekarang masa apa ya kelas kita?" tanya Bella kerana jam tangannya menunjukkan tepat jam 8.00 pagi. Bermakna sesi pembelajaran sudah pun bermula.
"Tak silap saya, subjek Sejarah," ucap Aisha sedikit cemas.
"Oh, sejarah...," Bella mengangguk kecil. Tidak lama kemudian, matanya membulat lebar.
"Wait. Sejarah? Cepat, Aisha! Nanti cikgu masuk!" Bella lantas menarik tangan Aisha membuatkan gadis itu hampir terhuyung kerana terkejut.
"Hei! Bella! Perlahan sikit!"
****
"Assalamualaikum, semua." Ujar guru tersebut setelah masuk ke dalam diikuti Wafiy. Remaja itu hanya menatap sekeliling tanpa ekspresi namun melemparkan jua senyuman tipis kepada beberapa orang yang menatapinya.
'Waalaikummussalam, cikgu!" semua pelajar sudahpun berdiri memberi hormat dan diikuti dengan bacaan doa belajar.
"Baiklah, awak semua nampak dia ni? Ha, dia ni adalah rakan baharu awak, rakan seperjuangan awak dalam menuntut ilmu sama-sama...," ujar guru itu sebaik sahaja doa selesai dilantunkan. Sementara itu, Wafiy hanya tersenyum kekok. Bukan apa, cuma bukankah terlalu dramatik cikgu menerangkan mengenainya?
"Nama dia apa cikgu?" soal seseorang yang terlihat cukup teruja dengan kedatangan ahli kelas baru.
"Amboi, Adam. Semangat betul kamu ya? Ha, kamu boleh kenalkan diri kamu kepada rakan-rakan sekelas kamu. Tengok? Dieorang dah teruja sangat tu," ujar guru itu membuatkan Wasim mengangguk kecil.
"Assalamualaikum, semua. Nama saya Wafiy Haris. Saya dari...,"
"Assalamualaikum, cikgu! Maafkan kami sebab lambat! Saya dan Aisha...," Suara ketukan pintu berserta suara seorang gadis membuatkan semua atensi kelas menuju ke luar termasuk Wafiy yang sedang menerangkan biodata ringkas mengenai dirinya. Dan jangan ditanya bertapa terkejutnya Wafiy apabila melihat gadis itu. Gadis yang heboh mulut murai yang ditemui semalam dengannya.
"Eh, pe...," ucap Bella sekilas sambil menekup mulutnya. Pandangannya beradu dengan remaja yang kini sedang menatapnya dengan mata yang membulat.
"Amboi, amboi Bella. Dah la masuk lambat pastu buat kecoh pula. Dah, dah masuk! Kesian kawan baru awak ni nak duduk!" guru itu cuba meleraikan apapun kemungkinan yang akan terjadi.
Wafiy masih lagi syok namun dia cuba mengekalkan reaksi biasa dan meneruskan pengenalannya yang tertunda. Bella dan Aisha pula sudahpun dan duduk di tempat duduk masing-masing.
'Kenapa aku kena sekelas dengan minah ni?'
"Kenapa Bella?" tanya Dhiya apabila melihat raut wajah Bella yang terlihat agak cuak.
"Eh, tak ada apa-apa." Ujar Bella dan kemudian mengalihkan pandangannya kepada Aira. Seperti yang dia duga, gadis itu juga terlihat terkejut dengan kedatangan pelajar baru itu.
****
"Bella! Dia sekelas dengan kita! Oh my!" ucap Aira antusias sembari melahap roti sandwich yang dibelinya di koperasi.
"Habis tu? Nak suruh saya buat apa? Menjerit?" tanya Bella dengan dengusan. "Tapi tak sangka dia sama umur. Ingat umur pakcik-pakcik tua,"
Aira tergelak kecil. "Dia muda lah,"
"Eum, entah-entah dia umur 30 dan pura-pura jadi 16 sebab nak amik SPM? Ataupun dia ni agen tua yang pura-pura jadi student sebab nak menyamar?" Bella menduga membuatkan Aira berhenti mengunyah. Ini lah padahnya apabila sering membaca Wattpad genre Mafia. Habis semua dia nak tuduh.
"Weh, betul jugak!" sokong Aira. "Takutnya!"
"Uit, ngumpat pasal apa ni?" Kaira yang baru sahaja datang mula mencari celah, diikuti Aisha, Dhiya dan Sofeya.
"Ngumpat pasal budak baru tadi, hehe." Jujur Aira.
"Oh, ya. Awak kenal ke budak baru tu Bella? Saya tengok masa awak masuk kelas, nampak dia je macam nak jerit. Dia pun sama juga," Soal Kaira setelah habis mengunyah bekalnya.
"Haah, macam dah kenal sebelum ni," sahut Safiya yang sedari tadi hanya mengikuti sahaja rentak rakannya itu tanpa mengatakan apa-apa.
Aira mula tersenyum nakal. "Dieorang tu cinta monyet zaman tadika yang terpisahkan selama belasan tahun. Sebab tu tadi macam drama Hindustan sikit cara pertemuan dieorang. Mujur muzik tak ada je. Kalau tak letak lagu Kuch Kuch Hota Hei,"
Bicara Aira membuatkan mereka semua terbahak, kecuali Bella yang hanya menghela nafas pasrah bukan main. Selain terkejut, mereka juga tertawa dengan perkataan lucu yang keluar dari gadis spontan itu.
"Aira!" Bella menjerit tidak puas hati. Aira pula hanya tertawa terbahak-bahak namun masih ayu menutup mulutnya. Maklumlah masih makan, takut tersembur.
"Serius Bella? Wah, saya kena hebohkan ni." Usik Safiya.
"Tula, mesti dia malu-malu nanti. Huwaa, our Bella dah ada calon!" Tambah Aisha lagi.
"Habislah, dalam kelas nanti. Mesti malu nak heboh lagi," sahut Dhiya.
"Ish, Aira! Tengok dieorang dah salah faham!" Bella mendecak. "Ok, mari saya luruskan ketidakfahaman awak semua ya. Macam ni...," Bella mula menceritakan kisah sebenarnya mengenai pertemuan mereka yang agak 'memalukan' semalam.
"Huish, tapi saya rasa cerita Aira lagi logik," cengir Aisha dengan kekehan khasnya.
"Eh, lagipun cerita Hindustan tu memang sadis kan? Kan ada keluar kat tv akhir tahun lepas. Serius tengok banyak kali pun nangis," tutur Kaira dengan nada memelasnya. Antara mereka, Kaira lah yang paling tahu tentang filem Bollywood. Kegemarannya sejak dini.
"Cerita dia pasal apa sebenarnya? Tak tengok sebab layan Kdrama je, hehe," Safiya menyengir.
"Meh, saya cerita. Wuh! Banyak lagi kan masa rehat?" tanya Aisha dengan penuh semangat dan mendapatkan anggukan cepat dari Damia.
"Cerita dia macam dua orang sahabat. Lelaki dan perempuan. Dieorang berdua selalu gaduh tapi bestie la katakan. Tapi, sebab dah nak konflik, perempuan tu jatuh cinta dekat lelaki tu. Tapi, ha! Ni yang konflik berat dia! Ada budak baru cantik datang dan buat lelaki tu jatuh cinta. Jadi, perempuan tu jadi insecure dan patah hati. Dia pindah Jerman. Huwa, terang ringkas je pun dah sedih,"
"Eh! Bagi saya la, cerita Heart tu lagi sedih! Kalau Kuch Kuch Hota Hei tu ada la h jugak happy ending dia. Ni, tak tahu siapa yang happy ending sebab dua-dua kesian," sampuk Aira dengan nada merengek.
"Yang penyanyi Aku Bukan Buaya tu kan? Siapa nama? Yang hensem gila tu?" tanya Damia kecoh.
"Irwansyah!" sahut Maira.
"Ya! Yang tu! Huwaa sumpah hensem gila! Tapi sekarang still hensem lagi! Cuma, hum dah ada bini, plus anak," ujar Hayati.
"Tapi sungguh! Tengok berapa kali still nangis lagi! Kalau ada in real life situasi macam tu, i cant!" sambung Kaira.
"Sebab semalam saya kan baru habis buat kerja sekolah, so ada masa tengok la sekejap. Dah la feeling, tiba-tiba ibu saya masuk! Dah la air mata tak lap lagi, huhu," jelas Aira membuatkan rakan-rakannya tertawa.
"Eh, tapi sungguh ya! Saya pernah jugak kena macam tu!" sambung Amirah. "Tapi time tu saya tengok cerita lain la. Saya tak berapa ingat tapi serius sedih gila! Dengan spek matanya tak pakai sebab takut kabur kan, tiba-tiba abang saya masuk! Dah lah masa tu dengan hingus keluar, mata sembab. Habis saya kena usik!"
Mereka tertawa lagi dan saling menyambung cerita. Kadang-kadang berhenti untuk makan sebelum menyambung perbualan dengan topik yang berbeza.
****
"Jadi, kau ni baru pindah dekat Taman Busut tu la?"
Adam, Atiq, Hafiz, Arfan dan Jiyad sedang makan bersama Wafiy di sebuah meja makan di kantin. Seperti yang diketahui, kaum lelaki memang lebih cepat bermesra dan berkenal-kenalan berbanding kaum Hawa yang tampak malu pada awalnya.
"Haah. Baru minggu lepas. Alang-alang tu kena pindah sekolah juga. Lagipun sekolah lama jauh dari sini. Kalau kat sini, setakat naik motor, sepuluh minit dah sampai." Balas Wafiy.
"Sama lah dengan aku, aku pun dekat sana juga. Rumah nombor 12." Kata Hafiz. "Esok boleh pergi sekolah sama-sama,"
"Beres," Wafiy tersenyum.
"Kau nak bonceng dia ke?" soal Adam heboh membuatkan Hafiz menatapnya tajam manakala Wafiy hampir tersedak.
"Jaga adab, Adam." Pesan Jiyad membuatkan mereka semua terkekeh.
"Adam ni kepala masuk air sikit kecuali.. ehem...ehem...," Atiq cuba menggoda membuatkan Adam menggelengkan kepalanya.
"Aip, tak baik panggil nama gadis-gadis. Kata anak soleh,"
Atiq mengernyit. "Ceh,"
Wafiy tertawa. "Kawan sekolah lama aku ada juga spesies macam Adam. Heboh je memanjang. Time dia ada tak lah sunyi sangat,"
"Huwau, guys! Aku kena puji!" heboh Adam lagi membuatkan mereka semua mendelik.
"By the way, dulu kau sekolah kat mana? Asal pindah sini?" tanya Hafiz setelah selesai habis menyisip air oren yang dibeli.
"Sekolah dekat daerah Kembanga,"
"Oh, jauh jugak sekolah tu dari sini," sahut Atiq. "Aku pernah pergi sana sebab nak pergi memancing dengan abang ipar aku,"
"Kat sana ada sungai ke?" tanya Jiyad. "Kalau ada sungai, boleh la aku tumpang mandi,"
"Tasik!" cantas Atiq. "Tapi tak tahu la tasik ke sungai sebab aku tak nampak la pula sambungan air dia,"
"Tasik ke kolam?" tanya Arfan, cuba memastikan.
"Kolam kut?" Atiq kurang pasti.
"Aduh, apasal sampai kolam ni? Murung aku," Adam menyipitkan matanya sambil menggeleng kepala.
"Kat sana memang ada sungai tapi dekat area dalam kampung. Mungkin kau pergi kat area yang jauh sikit dari sungai," jelas Wafiy membuatkan Atiq mengangguk faham.
Setelah itu, mereka meneruskan makan. Hafiz dan Arfan pula sudah pun selesai dan menuju ke arah sinki.
"Eh Fiy, kau kenal ke Bella?" tanya Adam tiba-tiba.
"Bella?" tanya Wafiy hairan. "Siapa tu?"
"Perempuan yang masuk lewat tadi. Dia nampak macam terkejut tengok kau. Kau pun sama," ujar Atiq.
"Kawan sekolah dulu ke?" tanya Jiyad lagi.
Wafiy sedikit memikirkan. Pasalnya, perkara yang baginya tidak penting memang dia tidak terlalu peduli. Oh, dia baru ingat. Gadis semalam ya?
Jadi, nama dia Bella? Asal macam diva sangat bunyi?
"Tak. Tapi, semalam aku terserempak dengan dia time isi borang," jelas Wafiy lalu bangun kerana isi makanannya sudah habis.
"Oh,"
"Dah, cepat ah makan. Rehat dah nak habis ni," tegur Arfan yang sudahpun datang dengan sekotak air milo yang sempat dibelinya tadi.