Ye lah mak.. Kedai ni Raikal yang buka kan untuk Wina.
Bukan kedai je, kereta, makan, pakai selama 3 tahun ni semua dari duit yang Raikal bagi setiap bulan.
Bulan kedua Raikal tinggalkan aku selepas akad nikah, mak mertua bagi tahu anak lelaki dia masukan duit kat akaun aku, terus aku turun ke pekan untuk memeriksa di ATM.
Memang ada, mula- mula dulu dia bagi dalam 400 hingga 500 sebulan, setahun yang lepas, akaun bank aku naik jadi 800 hingga 900 ringgit sebulan.
Pernah juga la cecah sampai rm1000 dia bagi kat aku.
Jika aku memeriksa melalui dalam perbankan dalam talian, terang-terang nama Raikal Danish bin Mohamad Naim yang masukan duit untuk aku.
Maksudnya dia masih nak teruskan hubungan ini.
Tapi sampai bila?
Sedangkan Raikal tak pernah telefon aku, hantar mesej jauh sekali.
Yang lagi hebat, aku ni tak pernah tahu muka suami aku sendiri.
Teruk tak?
Waktu akad nikah, jarak aku dengan Raikal jauh sangat.
Dah lah majlis tu buat kat rumah aku. Sempit kot.
Memang tak jelas sangat muka Raikal masa tu. Lagipun aku tunduk je.
Malu ada sedih pun ada.
Sepatutnya aku berkahwin dengan abang dia Rizki Darwis, tapi Allah lebih sayangkan Rizki.
Seminggu sebelum pernikahan kami, Rizki kemalangan dan meninggal ditempat kejadian.
Meraung aku masa tu, sedihnya hanya Allah yang tahu.
Hubungan aku dengan Rizki pun atas pilihan orang tua kami. Hanya sekali sahaja kami ditemukan sebelum aku dan Rizki setuju untuk dinikahkan.
Beberapa bulan sebelum nikah, kami hanya bermesej, waktu tu hubungan kami mula melahirkan bibit cinta.
Tapi hanya sebentar, cinta kami tak sampai ke jinjang pelamin.
Mak mertua aku mintak perkahwinan ni diteruskan selepas Rizki meninggal.
Waktu tu baru aku tahu, mak aku dan mak mertua aku berbincang untuk satu kan aku dengan Raikal.
Aku tak beri kata putus, tapi bila Raikal setuju, mak makin pujuk aku untuk setuju.
Malam tu juga Istikharah aku sujud, dan selama beberapa hari setiap solat aku iringi doa semoga aku diberi jalan pertunjuk jodoh aku.
Hingga tiba harinya, jalan aku dan Raikal nampak tenang untuk bersama. Waktu akad nikah aku tetapkan diri untuk bersama Raikal.
Tapi mana tahu, sesudah saksi pernikahan menyebut perkataan 'Sah', terus Raikal bangun dan tinggal kan majlis.
Aku yang tunduk, terus angkat kepala.
Dari berpusu-pusu tetamu didepan aku, aku sempat melihat anak mata Raikal sahaja sebelum suami sah aku tu hilang selama 3 tahun.
Kenapa?
Aku tak tahu dan aku pun taknak ambik tahu lagi.
"Akak taknak balik lagi ke?"
Aku toleh pada Eka yang sedang membuka apron lambang kedai aku dan digantungkan ke dinding.
Segala angan aku tadi terus hilang,
Aku kembali mengira wang jualan hari ni di meja kaunter.
"Sekejap lagi aku balik, Kau balik je lah dulu."
Aku menjawab tanpa memandang Eka, geli pulak rasa perut ni bila Eka memanggil aku 'Akak' padahal umur aku jauh lebih muda dari dia.
Huh!
"Jangan lewat kak, aku dengar sejak akhir-akhir ni heboh pasal pembunuh bersiri yang jadikan perempuan sebagai mangsa."
"Hish! mengarut kau ni Eka!"
Bulat biji mata aku tenung Eka. Mulut tu nak kena samak!
Eka terkekeh gelak sambil mencapai tas tangan warna kuningnya dan keluar dari 'Chicken Rice Cafe'
Aku geleng kepala sebelum menyambung kerja.
Tadi abah tawarkan diri untuk ambik aku tapi aku malas nak susahkan abah.
Lagipun aku ada kereta sendiri. Hidup aku kena berdikari sendiri. Kalau tak, dah lama aku tertekan.
Pukul 10 malam baru aku siapkan semua. Duit hasil perniagaan hari ni, aku simpan kemas dalam tabung besi yang siap-siap di mangga kan.
Esok aku akan ke bank untuk di debitkan. Itu la rutin aku seharian.
Sewaktu keluar dari kedai, hujan mula turun.
Ah! nasib kereta aku tak parking jauh pun.
Seusai mengunci pintu kaca hadapan, aku melangkah menuju ke kereta.
Namun terhenti ketika mata terpandang seorang lelaki sedang berdiri di sudut deretan kedai sambil mata melihat hujan yang hampir lebat.
Pandangan aku difokuskan, terasa kenal dengan lelaki tu.
Err..
"Indra."
Lelaki yang sedang asyik melihat titisan hujan, berpaling wajah.
Ada riak terkejut di mukanya.
Sebentar kemudian dia berjalan kearah aku.
Makin dekat figura lelaki tu, makin jelas kelihatan wajah Indra.
Jadi tak salah pernilaian aku tadi.
"Awak buat apa kat sini?"
Terbit pertanyaan dari bibir aku, seraya mengukir senyum.
"Saya tunggu towing"
Indra juih bibir kepada kereta Audi hitam miliknya yang masih di parkir seberang jalan.
"Kenapa dengan kereta awak?"
Aku masih lagak bertanya, kesian jugak.
"Entah lah, dari tadi start enjin, tak hidup-hidup. Nak kata bateri, rasanya tak kot sebab baru je tukar."
"Laa... kenapa tak cakap tadi.. boleh saya hantar kan balik."
Eh. Eh dah kenapa aku baik sangat dengan mamat ni?! siap nak hantar balik lagi?
Padahal bukan aku rapat sangat pun dengan Indra.
Dia cuma datang kedai aku ni hanya baru sebulan yang lepas.
"Saya pun tak tahu awak masih kat dalam kedai, lagipun takpe lah saya dah call towing. Nanti saya ikut towing truck je."
Aku angguk kepala.
Dalam hati rasa nak urut dada tanda selamat. Kalau betul si Indra ni mintak tolong hantar, tak ke naya jadi buah mulut orang.
Dah la aku ni masih isteri Raikal!
"Lewat juga awak balik, tak takut ke?"
Aku senyum lagi sebelum menjawab,
"Takut tu memang ada, tapi kena kuat lah.."
"Ye lah, perempuan sekarang perlu kuat, sebab terlalu banyak perkara yang kena tanggung lagi-lagi bila dapat lelaki macam saya ni."
Aku menoleh kepada Indra yang kini menyimpul lengan didada.
Mata lelaki itu turus pada rintik hujan dihadapan kami.
Seolah- olah ada sesuatu yang berat sedang dihadapinya
Hati rasa nak bertanya, tapi takut Indra cakap aku ni 'Busy Body' pulak.
"Kalau awak nak tahu, Saya dah banyak sakitkan hati perempuan. Saya banyak buat perempuan menangis. Tanpa saya sedar perempuan pun ada perasaan jugak. Tapi bila saya kembali untuk mendekati, perempuan tu pulak cuba menjauh. Mungkin dia takut saya akan kembali menyakiti hatinya lagi."
Erg..kenapa aku rasakan perempuan yang Indra sebut tu adalah aku?
"Awak tak cuba pujuk perempuan tu?"
Teragak-agak aku bertanya, entah kenapa jiwa aku meronta untuk tahu lebih lanjut tentang Indra.
"Saya pernah cuba, mungkin terlalu teruk saya sakiti dia, hingga satu tahap dia langsung tak boleh terima saya kembali. Saya berpindah kesini pun sebab perempuan tu."
Glup!
Rasa air liur yang tersangkut tadi, berlumba turun dari anak tekak aku.
Adakah dia ni Raikal?
"Err... siapa nama awak?"
Laju Indra memusing wajah dan tepat memandang aku.
Tak semena mata aku membulat dengan pertanyaan aku sendiri.
Wajah gamam Indra dapat aku agak yang dia terkejut dengan soalan aku.
"Saya Indra, err.. bukan ke awak panggil nama saya tadi?"
"Err.."
Aku tergagap. Tak tahu nak kata apa lagi.
"Sorry Indra.. saya cuma teringatkan seseorang."
Jujur aku menjawab bila lidah dah mula bebelit untuk menipu lagi.
"Err... awak teringat kan bekas suami awak ke?"
Bukk!
Bagai sebiji buku jatuh menimpa tengah kepala aku, rasa nak terduduk dengan soalan Indra sebentar tadi.
"So..sorry... saya selalu terdengar Makcik-makcik kawasan ni cerita yang awak dah jan.. err.. maksud saya awak dah bercerai dengan suami awak.."
Jan?
Indra nak cakap aku JANDA?
Cakap je lah Indra.. aku dah biasa pun dengan gelaran tu.
Yang pasti aku je tahu, aku masih isteri orang.
"Indra.. sebenar..."
Perlu kah aku cerita kan perkara yang jujur tentang diri aku?
Indra terus memandang, ingin mendengar bicara aku yang tergantung.
"Saya bukan..."
Pinngg!
Lidah aku beku!
Serentak mata kami menoleh tajam kearah sebuah lori penarik kereta yang berdekatan dengan kereta Indra.
"Towing dah sampai lah, saya jalan dulu ye."
Ergh!
Kenapa aku rasa akward tiba-tiba?
Mungkin kerana kata-kata aku tak habis tadi kot.
"Wina.."
Indra yang baru melangkah, menghentikan tapak dan menoleh ke arah aku kembali.
Hati cuak juga, macam mana Indra boleh tahu nama aku?
"Ada masa kita berborak lagi ye. Hati-hati memandu, jangan selalu lewat balik, tak elok untuk perempuan macam awak kat kawasan ni sorang-sorang."
Seraya memberi nasihat, Indra meneruskan langkah dalam hujan untuk menghampiri keretanya.
Mata, lidah,mulut serta seluruh badan aku dah kaku disini.
Kata-kata Indra seolah-olah lagu merdu menghiasi rintik hujan yang kian lebat.
Siapa Indra sebenarnya?