Video Hani menjadi fenomena
Sudah sebulan video Hani dan Dato Z
dimasukkan ke dalam You Tube. Video tersebut memang menjadi fenomena negara.
Dalam masa sebulan, penontonnya telah mencapai 1 juta. Malah media cetak dan
elektronik berlumba-lumba untuk menemubual Hani dan juga Dato Z. Mereka berdua
tidak melayannya. Alasan yang diberikan, itu rakaman peribadi.. Tidak
sepatutnya dikeluarkan di You Tube. Walaupun Dato Z sudah meminta peguamnya
Dato Zaman untuk menarik rakaman video tersebut, tetapi Dato Zaman gagal untuk mencari
siapa menyebar video tersebut. Akhirnya khidmat Jidin digunakan untuk menyiasat
dalang penyebaran video. Setelah 3 hari menyiasat… Jidin berjumpa dengan Hani
dan Dato Z di Mega Group ;
“Jadi.. kamu sudah tahu siapa yang
menyebarkannya Jidin?” tanya Dato Z kepada jidin
“Tahu Dato” jawab Jidin.
“Siapa?”
“Wartawan kontroversi…. Ahmed,”
“Haaaa… Wartawan picisan itu?” sampuk
Hani.
“Iya. Dia mencuri video Dato dari orang
yang Dato upah merakamkan video tersebut.”
“Kenapa dia buat begitu? Dia hendak
balas dendam terhadap saya?”
“Mungkin, Dato menyebabkan dia
meletakkan jawatan dan juga rancangan Irama diharamkan oleh kementerian.”
“Dia yang membuat fitnah terhadap saya.
Kenapa dia hendak balas dendam pula? Walaupun dia meletakkan jawatan di TV13…
Tapi Ahmad sekarang bekerja dengan TV19. Anak syarikat TV13 juga.”
“Biasalah.. manusia Dato.”
“Hani, panggil Dato Zaman sekarang juga.
Dia belum kenal aku siapa lagi. Berani betul dia… Tak habis-habis menyusahkan
saya” Hani menggunakan telefon di atas meja Dato Z untuk menelefon Dato Zaman.
“Dato, Dato Zaman berkata kita kena buat
laporan Polis. Katanya ini sudah satu jenayah berat. Mencuri maklumat Dato.
Pekerja Dato itupun kena buat laporan polis sama mengatakan data hak miliknya
telah dicuri oleh Ahmad.”
“Ok” Petang itu Dato dan pekerjanya
membuat laporan Polis.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Lusa, Ahmed telah ditangkap oleh Polis dan telah
disoal siasat selama 24 jam. Akhirnya beliau mengaku mencuri data daripada
laptop pekerja Dato yang diupah untuk
mengambil video tersebut. Berita penahanan Ahmed telah tersebar di seluruh Malaysia. Ramai
yang mencemuh atas tindakan Ahmed.. Malah
ramai yang kasihan kepada Ahmed. 2 hari selepas penahanan Ahmed, Dato Z serta peguam dan Hani ke Balai polis untuk memberi
keterangan. Selepas memberi keterangan.. Dato Z ingin berjumpa Nat Ahmed. Di
bilik perbincangan sebaik sahaja Ahmed duduk... Dato Z memulakan bicara ;
“Assalaimualaikum Ahmed.”
“Waalaikumussalam” jawab Ahmed acuh tidak acuh.
“Tujuan saya hendak berjumpa dengan awak
ini adalah kerana saya hendak tahu kenapa awak buat saya begini.. Sejak dari
zaman Irama. Awak tidak habis-habis menganggu privasi saya. Menfitnah saya. Apa
salah saya terhadap awak?” tanya Dato. Ahmed mendiamkan dirinya;
“Terkini.. Kenapa awak sanggup mencuri
video peribadi saya? Adakah awak berdendam dengan saya? disebabkan kes Wiwi… Awak
dibuang kerja dan rancangan Irama tidak dibenarkan lagi ke udara? Itu semua
bukan masalah saya.. Awak edit video tersebut… Seolah-olah saya ingin membuat
maksiat dengan Wiwi. Itu satu fitnah! Fitnah itu lebih merbahaya daripada
membunuh, tergamak awak buat saya begitu. Awak rasa halal ke gaji yang awak
dapat tu? fitnah saya, melaga-lagakan artis dan mencipta gossip. Awak hidup dengan
buat benda haram ini?” Ahmed menundukkan wajahnya, mungkin terkesan dengan
kata-kata Dato Z,
“Beginilah Encik Ahmed… Saya sudah
berbincang denga Dato Z anak guam saya. Kami tidak bercadang untuk menyaman awak.
Tapi dengan satu syarat… Bersihkan kembali nama pelanggan saya dan juga Cik
Hani. Buat permohonan maaf… video tersebut ditarik daripada lama You Tube,
kemudian kami akan tarik balik dakwaan” jelas Dato Zaman pula.
“Aku bukan kejam Nat… Tapi kau
tolonglah… Jangan kacau aku lagi” pinta Dato Z.
“Nampaknya tak guna cakap dengan Ahmed.. senyap jer. Marilah kita balik Dato”
pinta Hani dan bangun. Tindakannya diikuti oleh Dato Z dan peguamnya ;
“Nanti dulu… Saya setuju buat apa yang
Dato suruh” Ahmed bangun.
“Dan kamu tidak akan ganggu saya lagi?”
Dato Z inginkan kepastian.
“Iya.”
“Jika begitu… Encik Ahmed sila
tandatangan akuan sumpah ini” Peguam Dato Z menghulurkan borang yang perlu
ditandatangani oleh Ahmed… beliau menandatanginya.
“Dato hendak tahu kenapa saya selalu
kacau Dato?”
“Kenapa?”
“Sebab Dato rampas kekasih saya!!!” Dato
Z terkejut.
“Siapa?”
“As… Asmah. Pelakon baru yang meningkat
naik. Asmah tinggalkan saya sebab Dato… Dato yang merampasnya dari saya” kata Ahmed
geram.
“Saya dengan Asmah tiada apa-apa… Kami
cuma kawan” jelas Dato.
“Tapi Asmah menganggap Dato
memerlukannya. Asmah menganggap Dato mahukan dirinya. Dato memberikannya
harapan. Dato berikan pelbagai hadiah.”
“Iya… Itu dulu. Saya tidak nafikan aku rapat
dengan Asmah… Tetapi bila saya merasakan kurang serasi dengannya… Saya
mengambil keptusan untuk tidak meneruskan hubungan dengannya.”
“Sehingga Asmah membawa diri ke
Australia. Beliau kecewa Dato.”
“Entahlah Ahmed.. Masa itu saya tidak
tahu Asmah berkawan dengan kamu. Dia tidak berterus terang. Kalau saya tahu,
awal-awal lagi saya akan menarik diri.”
“Sebab itu saya menyimpan dendam dengan
Dato, saya menunggu saat yang paling sesuai untuk menjatuhkan Dato. Kes Wiwi
memang satu kesempatan terbaik untuk saya menjatuhkan Dato. Tapi Dato berjaya
dapatkan rakaman penuh,, reputasi saya sebagai wartawan terjejas.. saya malu.
Kemudian saya dapat video ini.. saya bertindak lagi.. tapi gagal” Ahmed menyapu mukanya… kesal jelas terpancar
kerana tidak dapat membalas dendam kepada Dato;
“Kemarahan dan dendam menguasai diri kau
Ahmed. Sebab itulah Allah tidak meredhakannya.”
“Betul.. Sebab itulah semua perancangan
saya tidak menjadi.” Dato Z menghampiri Ahmed.
“Saya maafkan kamu… Cara untuk
mendapatkan kembali cinta Asmah bukanlah dengan membalas dendam. Saya akan bantu
kau untuk mencari Asmah” Ahmed memandang
Dato,
“Benarkah Dato?”
“Benar.. Saya kenal seorang penyiasat
persendirian yang bagus. Saya akan arahkan beliau ke Australia untuk mencari
kekasih hati engkau. kemudian pandai-pandailah engkau memujuknya” Jidin le tu..
“Terima kasih Dato” Ahmed memeluk Dato..
beliau menangis terharu ;
“Sudahlah.. sampai bila kita hendak
bertengkar.”
“Maafkan saya atas perbuatan saya selama
ini Dato.”
“Saya sudah maafkan” Alhamdulillah… dua
insan yang berseteru telah didamaikan.
{{{{{{{{{{{{{{
Petang itu, Ahmed telah dibebaskan dari
semua tuduhan. Dia mengadakan sidang akhbar memohon maaf kepada Dato dan
menarik semula video tersebut. Peguam Dato Z telah mendapat injuksi untuk
mengahalang mana-mana individu daripada menyiarkan video itu di khalayak ramai
mahupun di laman sesawang.. satu lagi kes beres.