Aku tidak mengerti
Ketika kau mengatakan bahawa,
"Aku mahu menjadi nama yang terpadam
dalam ingatan sesiapapun."
Ketika mana kita sering
Mahu dikenang-kenang
Disebut-sebut
Diingat-ingat
Engkau malah sebaliknya
Memilih untuk dilupakan
Meniti hari,
Aku cuba menyelami
dan terselami,
Seakan-akan mengerti
Barangkali
Kita akan tiba pada satu tahap
Berharap untuk dilupakan
Selama-lamanya.