Assalamualaikum
syajarah betik ranum
ku redah baja belum
menangisi tahankan
khabar ingin kusampaikan.
duhai bougainvillea indah
tiba masa aku berserah
apakah
hentinya cinta
yang tak pernah dijangka.
kalam tua
bersandar pada kayu baru muda
pesan dari nenda
sebelum dia menutup mata
"tahankan cinta pada si dia!"
angkara sengketa
kita berdua takdir belah semata.
kerana tanah
akrab jiran tetangga punah
kerandakan diri sebelum maaf ditadah
akhirnya
cinta kita musnah.
duhai kasih
harapku
ada yang menyatumu
dengan yang lain
wasiat busuk lagi tak menulen
ku bakar
ku cakar-cakar
kerana hormat hidup tercalar.