Home Novel Cinta Jangan Berhenti Mencintaiku
Jangan Berhenti Mencintaiku
Ai Syahindah
19/6/2019 00:16:35
18,978
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Manchester, United Kingdom.

NATALIA mengambil novel yang disusun elok di atas rak khas lalu dibawa novel yang pernah dihadiahkan oleh Syafiq itu ke arah beg bagasi di atas katil. Dicium lama novel tersebut sebelum meletakkannya di atas susunan baju didalam bagasi.

Aminah; jiran Natalia menggelengkan kepala melihat telatah kawannya yang seorang ini. Perangai tidak pernah berubah! Sama sahaja seperti dia mula-mula mengenali Natalia. Mesti mahu cium novel itu setiap kali memegangnya.

“Tak bosan ke cium novel tu?”

Natalia menggelengkan kepalanya. Tangannya menarik zip yang ada pada bagasi sebelum meletakkan bagasi tersebut ke lantai.

“Siapa yang hadiahkan novel tu? Sayang sangat aku tengok cara kau jaga novel ni sampai tak pernah baca.”

“Siapa cakap aku tak baca? Aku bacalah! Come on, aku anak novelis kut. Takkan tak baca novel?” Natalia melabuhkan punggung di atas katil.

“Yelah anak novelis bestseller.”

“Tahu pun.”

“Aku tengok muka kau bercahaya je bila nak balik Malaysiani. Seronok sangat ke?”

“Seronok la. Aku lama sangat tak balik Malaysia. Rindu. Rindu rumah, rindu abang aku, rindu semualah yang ada dekat sana.” Bantal kecil diambil oleh Natalia sebelum dipeluk ke arah dada.

“Semua yang ada, ada, ada di Malaysia, membuat aku, ku aku jatuh cinta!” Natalia sudah mula menyanyi dengan mengacau-bilaukan lirik lagu nyanyian Ayda Jebat dengan lirik hentam kromonya.

Aminah menarik rambut panjang Natalia di sebelah kanan kebawah.

“Woi!” marah Natalia. Tangannya mula menggemaskan rambut yang dibiar lepas sebentar tadi untuk di sanggulkan. Takut sekiranya Aminah menarik rambutnya sesuka hati seperti tadi.

“Siapa yang kau cinta dekat Malaysia tu? Asyik menyanyi lagu tu je. Lepas tu rosakkan lagu orang.”

“Adalah! Sibuk je!”

“Aku jumpa papa kau tadi.”

Then?” Natalia menjongket kening ke atas.

“Papa kau nampak macam sedih je. Kau sure ke nak balik Malaysia sekarang?”

“Ye la. Sepuluh tahun tau aku dekat sini. Setiap saat dekat sini, aku dah hitung masa untuk aku balik Malaysia.”

“Tunggu la papa kau selesaikan kerja dia dulu. Tak boleh ke?”

Natalia menggaru-garukan kepalanya. “Kalau nak ikut kerja papa aku, lambat lagi la aku nak jejak kaki dekat Malaysia. Memang tak la aku nak tunggu lagi setahun dua tu.”

“Kesian papa kau, tahu? Dah la dia tak pernah jauh dengan kau. Kau tu pulak anak manja dia. Boleh ke kau nak jauh dari Encik Zarif kesayangan kau tu?” Aminah sudah mula menghidupkan enjin membebelnya. Bukan dia buta tidak nampak keakraban antara seorang ayah dan anak di hadapannya ini.

“Papa aku dah janji dengan aku, kalau aku habis belajar degree dekat sini, aku boleh balik Malaysia. Aku tuntut janji aku je.”

“Aku tahu. Tapi persoalannya boleh ke kau jauh dari Encik Zarif kesayangan kau tu lama-lama? Mampu ke kau nak hidup dengan abang kau yang garang macam harimau tu? Dekat Malaysia kau hanya ada abang kau je tau. Jangan nanti baru je kaki kau sentuh tanah Malaysia, kau dah nak balik sini balik. Sebab apa? Rindu papa. Tak boleh jauh dari papa. Papa… Papa… Papa…”

“Kau kan ada sekali nanti. Family kau kan nak tinggal terus dekat Malaysia. Jadi, aku ada kau… abang aku… dan…. dia dekat sana. Jadi, nak risau apa?” Natalia senyum-senyum.

“Cik Natalia.” Aminah memegang kedua-dua pipi Natalia sambil memandang tepat anak mata temannya itu. “Aku dan abang kau tak sama macam papa kau tahu. Dan ‘dia’ tu, siapa ‘dia’ tu? Kau tak pernah nak kongsi cerita dengan aku siapa ‘dia’ tu.”

Natalia menepuk-nepuk pipi kanan Aminah. “Rahsia. Kalau kau nak tahu, doakan agar cita-cita aku nak kahwin dengan ‘dia’ jadi kenyataan dulu.”

“Kau obsess ye?”

“Tak! Aku cinta mati dekat dia.”

“Cinta monyet?”

“Cintaku ini cinta yang tulus ikhlas dari sudut hatiku yang paling dalam, Cik Aminah.”

“Nak termuntah aku dengar.”

“Cemburu la tu.”

“Aku rasa aku dah tahu kenapa papa kau macam tak happy bila kau nak balik Malaysia.”

Natalia memandang lama wajah Aminah.

“Mesti papa kau susah hati fikir pasal ‘dia’ dengan kau,kan?”

Riak wajah Natalia berubah kendur.

“Aku rasa, ‘ya’. Kau ni macam obsess gila dengan ‘dia’.Kalau aku jadi kau, mak ayah aku pun akan susah hati.”

“Ye ke?”

“Ye la. Asyik duk tersengih-sengih, tersenyum-senyum,gelak seorang diri fikir pasal ‘dia’. Kau ingat papa kau tak risau? Kau nampak je papa kau macam tak kisah dengan sikap kau yang tak berapa nak betul ni, tapi sebenarnya papa kau susah hati tahu? Berangan kau ni, teruk sangat.”

“Mana ada. Aku… aku cintakan dia. Tak salah, kan?”

“Cinta tak salah, tapi cara kau ni buatkan orang sekeliling kau… yang sayangkan kau, risau. Risau kalau tengok kau gagal dalam bab ni. Lia, semakin tinggi harapan kau untuk terbang tinggi ke awan, semakin sakitlah diri kau sekiranya kau terjatuh nanti.”

Natalia mendiamkan dirinya.

“Dari hari pertama aku kenal kau sampai kita dah ada BBA ni, perangai kau berangankan ‘dia’ tu makinnn kuat.” Aminah menekan perkataan ‘makin’ supaya Natalia lebih faham. “Makin teruk la senang cakap. Aku takut kau akan kecewa dengan perasaan kau sendiri.”

Natalia mengeluh berat. “Aku pun tak nak kecewa tapi… aku tak boleh nak lupakan dia. Dia segala-galanya untuk aku.”

“Kau tu segala-galanya untuk papa kau, tahu? Reti?”

Natalia memandang wajah Aminah.

“Sanggup ke kau korbankan papa kau untuk ‘dia’? Berbaloi?”

“Janganlah cakap macam tu. Aku tak nak sapa-sapa terkorban. Aku nak dua-dua.”

“Kacak sangat ke ‘dia’ tu?”

Natalia tersengih. “Kacak. Macam Prince Asia, Lee Kwang Soo. Eh, tak! Lagi kacak dari Kwang Soo, Song Jong Ki. Kai EXO, dan segala jenis lelaki kacak dalam dunia ni.”

“Dahsyatnya hiperbola kau. Apa nama ‘dia’?”

“Rahsia.”

“Rahsia, ye? Kalau aku terkahwin dengan ‘dia’ nanti…”

Natalia sudah gelabah. Dia menggelengkan kepalanya dengan laju.

“Padan muka kau!” sambung Aminah.

“Sampai hati! Punya banyak lelaki dalam dunia ni, ‘dia’ yang aku punya yang kau nampak.”

“Dah aku tak tahu nama lelaki yang kau gilakan sangat ni, jadi jangan salahkan aku andai kalau aku dengan ‘dia’. Kalau kau bagitahu,boleh la aku elak segala kemungkinan untuk bersama dengan ‘dia’. Kan?” Aminah menjongketkan kedua-dua keningnya ke atas dua tiga kali.

“Ye tak ye juga,” gumam Natalia.

So???”

Natalia mendengus. Siap dengan pakej menjeling teman baiknya lagi. “Nama dia... Syafiq. Tengku Muhammad Syafiq Kaisar bin Dato’ Tengku Hamsyari.”

“Wau! Tengku... Anak Dato’...”

Natalia menunding jari telunjuk ke arah Aminah. “Ingat tu sampai bila-bila. Itu lelaki, aku punya tau!”

“Ye! Aku ingat. Susah betul nak kongsi cerita dengan aku. Kata kawan.” Aminah memandang ke arah lain. Dia agak terasa sebenarnya dengan Natalia yang suka sangat merahsiakan hal ‘dia’ sejak sekian lama. Bukan dia tidak pernah bertanya atau mendesak seperti ini, tetapi Natalia keras kepala. Tetap juga mahu rahsiakan. Risau sangat agaknya kalau lelaki idaman hati diminati olehnya juga.

Melihat perubahan sikap Aminah, Natalia mendekatkan kedudukan mereka. Tangan dilingkarkan di bahu Aminah dan ditongkatkan dagunya di atas bahu teman baiknya di United Kingdom ini.

“Janganlah sedih. Aku dah share, kan?” pujuk Natalia.

“Ye, kau dah kongsi tapi dah lama sangat kita berkawan, baru hari ni aku tahu nama ‘dia’.”

“Aku tak tahu nak share macam mana. Tu je. Ala… janganlah merajuk. Kesian kat aku tak ada kawan nanti.”Natalia mencebik.

Melihat cebikan Natalia, Aminah sejuk hati. “Ye la, yela, ye la. Tak merajuk.”

“Betul?”

Aminah mengangguk.

“Sayang kau.” Natalia mengeratkan pelukan di antara mereka. “Doakan aku ye?”

“Insya-Allah. Kalau ada jodoh kau dengan si Syafiq tu, akan kahwin juga kau dengan dia. Okey?”

Natalia mengangguk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ai Syahindah