2,108
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

            Zain tergesa-gesa mencari tempatletak kereta di fakulti perubatan itu. Pendingin hawa yang masih lagi elokfungsinya langsung tidak berjaya untuk membuat peluh di dahi kering. Bahangpula yang terasa.

            Ada saja tempat letak kereta yangkosong terus dia memarkir kereta yang dipandu. Enjin dimatikan. Tuala kecilyang diselitkan di dalam poket seluar dikeluarkan sekejap lalu mengelap peluhyang tiba-tiba merembes. Penampilan dilihat sekilas di cermin kereta. Begdicapai dari tempat duduk sebelah lantas pintu kereta dibuka.

            Kaki lelaki itu laju berlari untuk mengejarmasa.

            “Aduh, peluh boleh pulak keluarmasa-masa macam ni. Ni semua sympatheticnervous system punya pasal.” Mulut sudah mula menyalahkan diri. Habis term dalam medicine terkeluar. “Salah aku jugak. Entah macam mana boleh bangunlambat. Kesian student aku.”

            Mata melihat jam di tangan kiri.

            Lambat setengah jam?

            Oh,my God!

            Confirm ada budak yang dah blani. Nasiblah korang dapat lecturermacam aku.

            Sampai saja di depan pintu dewankuliah, dia membetulkan dahulu tali leher yang terikat elok. Tuala kecildikeluarkan lagi untuk mengelap peluh yang dirembes akibat berlari-lari anaksebentar tadi.

            Nafas ditarik lantas dihembus tandasudah bersedia untuk masuk ke dalam kelas. Pintu ditarik.

            “Assalamualaikum, semua. Good morning.” Zain meletakkan beg yangdibimbit terus ke atas meja. Komputer riba dikeluarkan lalu dicucuk apa-apayang patut untuk memudahkan sesi pelajaran dan pembelajaran.

            “I’mreally sorry for being late today. Korang mesti bosan tunggu saya sampaisetengah jam, kan?”

            “Tak pun. Okey je lagi ni.” Salahseorang pelajar menjawab. Ada yang menggeleng. Ada yang baru nak angkat kepalasebab tertidur akibat menunggu pensyarah.

            “Ada yang dah balik rumah ke?”

            Hanya kedengaran suara-suara kecilyang membalas. Tak tahu apa yang mahu disampaikan. Ah, lantaklah! Kau yang nakbelajar. Aku tolong sampaikan je. Pandai-pandai kaulah nak hidup.

            “Hari ni kita belajar apa ek?” Zainmasih lagi dengan soalan.

            “CVS.” Salah seroang pelajarnyamenjawab.

            “Yalah. Saya tahulah CVS which stands for ‘CardiovascularSystem’. Hish kamu ni. Main-main pulak.” Zain meletakkan tangan di atas meja.“Maksud saya kita sambung topik apa? Saya tak ingat minggu lepas kita semuabincang pasal apa.”

            “Hari ni kita sambung pasal management of congestive heart failure,”jawab seorang pelajar yang berada di depan pula. Nama pun tempat duduk depan.Memang dah biasalah kalau kena jawab soalan doktor.

            Zain mengangguk. Jarinya memegangdagu pula.

            “Okey.Let’s start off with a quiz first.”

            “What?Ala, doktor! Nak kuiz-kuiz pulak. Tak payahlah.” Ramai yang dah bising. Kuiz,kan? Senang cerita kuiz, ujian, peperiksaan dan sama maksud dengannya memangtak ada siapa yang suka.

            “Saya pun nak tahu jugak kamu ni study ke tak. Ala satu soalan je.Bukannya susah pun.” Sebenarnya spontan betul idea nak buat kuiz tu. Dia naksejukkan badan dulu dengan pendingin hawa yang ada di dalam dewan kuliahtersebut. Bahang akibat suhu yang terhasil dek berlari tadi masih lagi belumhilang. Kipas-kipas badan dululah sementara tunggu budak-budak tu jawab soalan.

            “Tak payahlah, doktor. Ajar jeterus.”

            “Ala, chill, you guys. Jangan risau. Kuiz ni tak ada masuk dalam carry mark pun. Jawab jela apa yang kamuingat. Dan untunglah bagi mereka yang sentiasa mencari ilmu. Hehehe...” Sempatlagi dia berceramah. Ceh!

            Para pelajar macam biasa.

            Mengeluh!

            Beberapa minit berlalu,masing-masing menghantar kertas jawapan kepada Zain. Dia yang agaknya telahkering peluh di badan bersedia sedikit untuk mengajar waktu itu. Kertasdisusun. Butang slide show ditekan untukteruskan sesi mengajar.

            Macam-macam gambar yang terkeluar didepan. Yang penting gambar jantung yang menjadi tajuk utama.  Ada yang menulis. Ada yang mengangguk tandafaham.

            Satu jam setengah berlalu kuliahtamat akhirnya. Masing-masing memasukkan nota yang disalin dan ditulis ke dalambeg. Kaki mahu terus berangkat ke rumah ataupun kedai makan untuk mengisiperut.

            Hampir semua yang sudah keluar daridewan kuliah itu, ada beberapa yang tinggal untuk bertanyakan soalan kepadaZain perihal topik yang baru dipelajari. Seorang perempuan lebih-lebih lagi.Semangat benar apabila tinggal dia berdua sahaja dengan Zain.

            “Doktor, saya tak faham sangatlah part yang ni.” Hurun membuka kembalibuku yang tertulis sedikit contengan nota.

            “Yang mana satu?” Zain memasukkankomputer riba ke dalam begnya. Seperti yang lain, dia juga mahu beredar.Hospital pula tempat seterusnya yang ingin dituju.

            “Partyang bahagian edema ni.” Manja benardia kalau berhadapan dengan Zain. Sejujurnya dia memang punya hati kepada doktoryang berada di hadapannya itu. Mana taknya. Orangnya kacak, baik. Tambah lagidengan title ‘Dr.’. Memang makinangau dibuatnya si Hurun.

            Zain mengangkat kening. Bukan diatak mahu mengajar kembali apa yang telah diterangkan. Pelik pulak dia denganbudak perempuan yang dia hadapannya.

            “Tadi masa saya ajar saya dah tanyafaham ke tak. Awak jugak yang beria-ia cakap faham. Bila dah habis lecture saya tanya lagi ada apa-apasoalan ke tak. Awak jugak yang beria-ia cakap tak ada soalan. Bila saya dah nakbalik, eh, sibuk pulak dia ni nak tanya kita,” leter Zain. Kepalanya menggelengsedikit dengan kerenah Hurun.

            Hurun pula menggigit bibir. Sedikitkecewa dengan reaksi yang diberikan oleh pensyarahnya itu. Dia tahu lelaki itusibuk. Nama pun doktor. Entah-entah kejap lagi dia nak pergi hospital pulak.Manalah tahu kalau ada kes-kes yang memerlukan perhatiannya. Namun, dia takkira. Dia mahu juga menjadi lebih rapat dengan Zain.

            Buah hati pengarang jantung, intanpayung, walaupun lelaki itu merupakan pensyarahnya sendiri!

            “Ala, doktor. Kira okeylah ni sayatanya. Doktor jugak yang cakap tadi beruntunglah sesiapa yang mencari ilmu.Takkan saya nak belajar tanpa berguru pulak. Cikgu dah ada depan mata saya.Terus jelah saya tanya.” Mata-mata terkebil-kebil konon buat muka comel depanZain. Dalam hati Zain rasa mahu ketawa pun ada.

            Macam-macam!

            Boleh pulak dia ingatkan aku balikapa yang aku cakap masa belum start kuliah?Ada-ada betul si Hurun ni.

            “Yalah. Yalah.” Zain mengeluhsedikit. Namun, langsung tidak kedengaran di telinga Hurun. Apa-apa pun sudahmenjadi tugasnya untuk mengajar bakal-bakal doktor. Kalau salah ajar danpelajar salah faham, pesakit-pesakit pulak yang bakal jadi mangsa. “Awak tahukan apa maksud edema tu?”

            Hurun mengangguk dan terus mengangguk.Apa yang disampaikan oleh Zain bagaikan masuk telinga kanan, keluar telingakiri. Dia cuma mahu mendengar suara doktor itu sahaja. Pandangan di matanyaseolah-olah bergerak perlahan apabila tertancap wajah Zain. Mata itu. Suaraitu. Petah mulut itu berbicara. Semua milik Zain seolah-olah permata yangbetul-betul memukau.

             “Faham tak ni?” tanya Zain yang sudah bersediamahu keluar.

            “Faham, doktor.”

            “Esok kalau saya tanya balik janganlupa pulak.”

            “Itu je ke yang doktor nak terangkanuntuk soalan saya?”

            “Maklumat tambahan boleh carisendiri. Awak kan belajar lagi. Usaha sikit nak dapat info lebih. Jangan suruhsaya suap je.”

            Hurun menggaru kepalanya. Mati kutupula dia. Susah betul nak dekat dengan Doktor Zain!

            “Saya kena pergi dulu. Saya ada appointment dengan patient kat hospital. Jangan lupa study tau,” nasihat Zain sebelum melangkah pergi.

            Hurun hanya menghantar Zain denganpandangan.

            “Okeylah tu dia cakap-cakap denganaku daripada tak bercakap langsung. Sesi mengurat doktor harus diteruskan! Fighting!

            

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh