Home Novel Cinta MY HUSBAND IS MY BESTIE
MY HUSBAND IS MY BESTIE
painarena
30/7/2019 23:25:28
818
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

SERVISnya di hospital itu bermula dengan supervision oleh Doktor Taha sendiri, serta dibantu oleh beberapa doctor kanan yang ada masa free untuk memantaunya. Ayen perlu menghabiskan 120 jam clinic hours serta 72 jam round bersama residen yang lain. Ayen tidak dibenarkan prescribe ubat dan sekiranya perlu, Ayen perlu berjumpa dengan mana-mana doktor yang available untuk mendapatkan tandatangan mereka.

Ayen meleret bibir. Gara-gara buat masalah dengan Lembaga, ini yang dia dapat. Apalah nasib. Tapi sekurang-kurangnya dia dah boleh berada di dalam klinik bukan sebagai pesakit tapi sebagai pegawai perubatan semula. Usaha nak kembali ke hospital selama ini juga tak berhasil kalau tak pasal Egann tak buka jalan untuknya.

Ah, terhutang benar dengan mamat musyrik itu. Balik nanti nak kena belikan dia muqaddam pula.

“Awak dengar tak?”

Suara itu menerkam tajam ke telinga. Ayen tersedar dari lamunan. Wajah tegas Doktor Rafiq menyapa pandangan.

“Dapatkan consult doctor kalau ada kes zebra. Yes, I get you.” Kedua belah telunjuk ditunjuk pada doctor botak itu bersama kenyitan mata. Hand gun.

Doctor Rafiq memasukkan tangan ke dalam poket jaketnya. “Saya tak pernah mention pasal kes zebra. Malaysia jarang ada kes zebra jadi jangan cuba nak rumitkan kuda. Kita banyak kes demam denggi, terlebih makan Panadol, atau anti-vaksin yang semakin popular baru-baru ni.”

“Kes zebra ada je, tapi misdiagnosed atau ialah kes tertutup.”

“Awak belajar dan bekerja dalam environment luar negara, awak tak tahu masalah kesihatan yang commonly berlaku di Malaysia.”

“Saya takkan nafi, tapi Occam’s Razor ialah global phenomenone. Pengamal perubatan ialah manusia, and we will or wont make mistake. But if we make mistake, people die. And you cant deny that. Benda yang nampak common tapi sebenarnya uncommon ialah salah satu benda yang boleh buat nyawa melayang, tau.”

Right. Tapi kalau benda common sedangkan dlihat uncommon pun berpotensi hilangkan nyawa. Awak kena ingat, rules ada untuk lindungi doctors.”

“Heh. Rules bukan untuk doctors,tapi untuk kepentingan hospital. Hospital akan hilang untung kalau patient taknak datang. Doctor hilang kerja, tapi masih boleh cari kerja dalam bidang lain selagi ada lesen.”

Jatuh rahang seketika. Kepala digeleng, mengingati cakap Doktor Taha. Betullah Ayen ini seorang individu yang mungkin bermasalah dengan autoriti. Mereka sedang cuba merekrut wild card… kah?

Nafas kemudian dihembus.

At least kau digelar ex-con sebab kau cuba nak selamatkan patient kau sendiri berbanding tak kisah nak bantu mereka mati, so I won’t mind you joining our team. Datang jumpa aku kalau kau ada masalah dengan prosedur,” ujarnya datar dan terus berkalih ke pintu.

“Eh? Doc tak tunggu saya kat sini?” soalnya, terkejut.

“Kau boleh bagi consult on your own. You don’t need me.”

“Habis, nak prescribe ubat? Saya even tak ada prescription pad.”

Prescription pad? Kau hidup zaman bila? Use my ID.” Telunjuk dituding pada tablet yang dah disediakan di atas meja, khusus untuk memesan ubat di farmasi hospital.

Ayen terkedu seketika. Bravo, teknologi. “One last question. Kalau saya salah bagi ubat, doc yang kena tanggung, kan?”

Doctor botak itu merenungnya tajam. “Kau berani nak buat mistake?”

Lidah termati terus. Doktor Rafiq tersenyum dan terus bergerak pergi, meninggalkan Ayen berseorangan diruang klinik. Dia melabuh duduk bersama senyum puas hati. Suatu permulaan baru. Bau ubat memberi ketenangan ekstra. Dia bersemangat!! Lalu butang ditekan,menjemput pesakit pertamanya masuk.

Fatiha Sofe.

Air muka Ayen mengeras. 

Drama bodoh.

 

“KEPALA saya sakit. Terutama kat belakang kepala. Kadang-kadang saya rasa mual tak menentu. Sakit kepala. Sakit sendi… saya dah makan Panadol tapi masih tak baik-baik... lama jugak, dah.”

Wajah cantik di hadapannya direnung. Hidung mancung, mata besar bulat, kulit bersih tanpa jerawat dan rambut hitam lebat dan subur. Wanita ini benar-benar cantik. Di sebelah Fatiha, dia terasa macam minah kampong. Jadi inilah taste Egann… his first wife, his first love. Kenapa agaknya mereka bercerai?

“Doktor?” Tegur Fatiha, pelik bila direnung tak berkelip.

Ayen menyandarkan tubuh bersama helaan nafas pendek. “Bila kali terakhir awak period?”

“Eh? erm… tiga bulan lepas…rasanya?”

Keningnya terjungkit. “Tiga bulan, dan awak masih tak perasan apa masalah awak?”

Kening Fatiha berkerut sedikit, mengesan nada sinis pada kata-kata itu walau cuba dikabui dengan ulitan prihatin dan ingin tahu.

Si doktor meneruskan kata. “Mungkin awak akan tahu sendiri lepas whatever yang tengah menumpang dalam badan awak akan keluar melalui kangkang awak dan bertukar menjadi your little ray of sunshine that makes you feel blessed everyday siap cuba pakaikan dia dengan pakaian-pakaian comel.”

Memang sarkastik gila. Fatiha mula terasa darah nak mendidih, kurang senang dengan layanan yang diterima. “Saya tak mengandung,” ujarnya rendah.

Ayen menjungkit sebelah kening. “Tiga bulan, madam. That should be enough to explain the predicament that you are in.”

No, I’m not pregnant. You need to think something other than pregnant!” balasnya keras, juga bertegas.

Nafas didengus. “Saya minta maaf. Tujuh tahun dihabiskan universiti, dan sembilan tahun bekerja dalam hospital sebagai pegawai perubatan masih tak cukup untuk ajar saya apa-apa kemungkinan lain selain ‘the obvious.’” Perkataan‘obvious’ ditekankan sambil mencerun pada wajah cantik itu.

“Apa masalah awak ni?” Benar-benar keliru dengan doktor perempuan ini. Bergaduh dengan suaminya, kah? Kalau iya pun, tak perlulah dilepaskan pada pesakit.

Dipedulikan. “Although, kalau puan masih sangat yakin yang puan tak mengandung, kemungkinan yang satu lagi mungkin ialah tumour,” ujarnya senada sambil bangkit dariduduk. Fatiha yang tengah melopong terkejut, dipinta untuk berbaring di katil. Ayen mendapatkan sonogram, menyelak baju wanita itu dan scanner dilarikan ke perut Fatiha. “Puan jangan risau. Tumor puan masih benign, maksudnya belum aktif yang boleh menyebabkan kanser rahim.Tapi a benign tumour masih mampu memberi kesan-kesan tambahan macam sakit pinggang, sakit kepala, mual dan muntah. I mean, this tumour of yours juga akan membuatkan hari-hari menjadi lebih bahagia walaupun kepenatan fizikal dan mental for the first 18 years. To the point you might cry when they grow bigger and leaving you…”

“Ha?”

Ayen menoleh bersama senyum.“Congratulations.” Skrin ditolak ke arah Fatiha, menunjukkan figura fetus yang sedang berkembang di dalam rahim. Cemburu membuta pada Fatiha dah menghilang berganti rasa gembira untuk bakal ibu ini.

Rahang wanita itu jatuh terus, hingga dagu mencecah dada. “No…tak mungkin. Saya tak sepatutnya mengandung!” ujarnya lagi, benar-benar terkejut kini.

Contaceptive kadang-kadang tak berkesan. Kalau benda dah jadi, benda akan jadi. Saya akan bagi puan beberapa ubat supaya puan lebih selesa menjalani kehidupan seharian.”

No! Awak tak faham! Saya tak sepatutnya mengandung!!” Lengan Ayen dicapai dan digenggam kuat. Gerun sekali riaknya, membuat Ayen terkedu. “Saya tidak berkahwin. Saya tak pernah buat benda tu sejak saya bercerai dengan suami saya!”

Keliru seketika. “Kalau awak tak pernah buat, macammana dengan…” Gambar fetus di skrin sonogram ditunjuk.

“Saya tak tahu!” Muka diraup sekuatnya hingga ke ubun-ubun. Ditarik kasar. Mata dicerlang pada lantai,memikirkan sebarang idea yang boleh jelaskan kejutan ketika ini. “Mungkin ada cara lain yang boleh membuatkan perempuan mengandung tanpa sedar… macam… macam… masa memandu? M-mungkin ada sperma yang tertinggal dekat kerusi yang somehow, boleh masuk ke dalam badan…” Ayen dipandang, meminta sokongan untuk teorinya.

Wanita bertudung itu menghela nafas pendek. “First of all, saya tak tahu macammana sperma boleh tertinggal dekat kerusi kereta puan and at this point, I’m too afraid to ask. Secondly, saya selalu dengar kes perempuan mengandung bila duduk dalam kereta. Tapi kebanyakan kes adalah disebabkan mereka tersilap duduk atas lelaki.”

Berubah lagi riaknya mendengar gaya jawapan Ayen. “You gotta meet me halfway here, doctor! I swear I never do it! Dah bertahun sejak saya bercerai dengan suami saya… saya tak pernah…!!” Liur tertelan kasar, hampir tersedak, bahana terlalu emosi mendengar berita yang tidak disangka-sangkanyaitu. Baju dibetulkan dan nafas dalam dihembus sepanjangnya, cuba bertenang. Fatiha merenung Doktor Ayen dengan wajah simpati. “Pleasetrust me.”

Ayen tidak membalas, sebaliknya kembali ke tempat duduknya. “Sebenarnya ada teori dimana makhluk boleh mengandung tanpa pasangan, teori yang dinamakan pathogenesis… but I can’t stress it enough how rare this ever happen. Selalunya berlaku pada tumbuhan, haiwan… cuma belum pernah terbukti secara khusus untuk manusia… puan maybe one of the lucky two.” Sambil bercakap, touch pen mencatit ubat-ubat yang dirasakan perlu untuk Fatiha.

Cerah terus matanya. “Awak serius? Memang ada kes macam ni sebelum ni?” Ya Tuhan, dia benar-benar mengharap doktor ini serius!!

“Yeah. Kelahiran Nabi Isa.”

Bodoh!! Fatiha mencapai beg tangan dan terus pergi dari situ.

Ayen mengejar lekas.

“Puan! Jangan lupa ambik ubat kat kaunter!”

Screw you!” jeritnya kembali dan terus bergerak pergi.

Nafas dihembus pendek. Marah pulak dia… Dipedulikan mata-mata yang melihat, Ayen masuk semula ke dalam bilik konsultasi.

What was that?”

“Grah!!” Ayen menoleh lipat maut. Bulat matanya melhat Husna ada di belakang mejanya, betul-betul di belakang kerusinya. “Kau buat apa kat situ?! Bila masa kau ada di sini?”

“Sejak awal lagi.” Tangan dibentang, menunjukkan kedudukannya di belakang kerusi itu yang langsung tak berubah sejak mula.

“Sejak awal?”

“Masa Doktor Rafiq explain kat kau pasal your trial sebelum kau bertekak pulak kat dia pasal medical negligence lepas tu kau treat your very first patient macam musuh kau sejak azali.”

Ternganga seketika. “Eh… aku tak perasan langsung kau ada sekali. Nenek moyang kau ialah ninja or something?” Kepala digeleng.

Husna mengeluh pendek. “You’re lucky nenek moyang aku ialah ninja berbanding Doktor Rafiq atau Doktor Taha. Apa alasan kau kalau dorang tengok cara kau layan patient?”

What? I treat them nicely,with friendly smile and the tenderness of my touch…” Scanner sonogram dimain-main di udara.

Husna berpeluk tubuh. “Kau samakan dia dengan emak Nabi Isa,” ujarnya bersama nada condescension.

Alat sonogram berhenti diudara. Ayen mendiam, lalu memuram. “Aku takda penjelasan lain nak explain teori mengandung tanpa lelaki. Pun dia tak faham sarcasm aku! Soalan-soalan dia pun tahap bodoh tak ingat!”

Wanita yang mengenakan sut itu menggigit daging pipi. Ya, dia ingat soalan Fatiha yang boleh dikategori macam budak tak pergi sekolah. Tapi, perangai Ayen yang sengaja cari gaduh pun sejenis masalah.

“Ada ayat yang lebih baik nak bagi kat dia selain sindir dia macam tu. Aku tak peduli apa hubungan kau dengan dia, tapi dalam servis kesihatan, kau tak sepatutnya dikawal emosi. Aku serius. Kalau dia saman hospital on your behaviour, it won’t help in your trial.”

“Ala, kau pusing-pusing la nanti. Kerja lawyer ialah nak selamatkan klien kau kan?” Jemari ditarikan pada diri sendiri.

Husna merenung datar. “Kau bukan klien aku. Kau ialah liabiliti. Hospital barulah klien aku!”

Ayen memuncung. “Kau akan report kat Doktor Rafiq atau Doktor Taha?”

Geleng. “They’re bound to know kalau aku tak report pun. Tapi rasanya kau akan dapat amaran pertama je. Kau masih ada peluang asalkan jangan buat silap lagi.” Meja diketuk sekali dua dan dia bergerak ke pintu.

Ayen mengangguk lagi. “You know, aku perasan gambar family kau atas meja kau dulu… kau ada dua orang anak yang comel," ujarnya lekas sebelum si peguam itu terus menghilang di sebalik daun pintu.

Husna menjeling. Kenapa tiba-tiba? 

“Dan kau agak berjaya dalam kerjaya kau," tambah Ayen bersama senyum kecil.

Whats your point?” soal peguam itu kembali, sedikit berhati-hati kerana tidak nampak kemana soalan rambang itu nak pergi.

“Kalau kau tak kisah aku bertanya… mana bapak mereka?”

Senyum yang hampir terbit dipinggir bibir, ditahan. Ayen tahu mana nak libas supaya boleh memberi kesakitan total pada mangsanya. Doktor perempuan itu benar-benar sadistik, tapi dia tak bencikan sifat itu. Husna beralih tubuh, menentang Ayen secara berdepan kini.

“Kami berpisah. Aku nak fokus dengan kerjaya dan bina keluarga bahagia. Dia pula nakkan awek gerai burger yang ada dua nama, Sundal dan Murah.”

Ketawa terlepas sedikit. “Your emotion gets the best from you.”

I’m talking to you, not to a client, so that doesn’t count.” Enggan kalah.

“Hey, akulah klien kau!”

“Aku ulang. Kau ialah liabiliti!!” Tubuh ditunduk sedikit ke hadapan. “Yang berpotensi rosakkan reputasi hospital tak kisahlah kepada patient atau kepada agensi berkait! Hospital berpotensi rugi kalau simpan kau, jadi kau better behave yourself!”

Bahunya jatuh. “Nama aku kedengaran buruk benar. Kau rasa lembaga akan approve lesen aku?”

“Itu bergantung. Sebab tu dalam tempoh trial ni kau kena pandai main benang. Mula-mula ialah attitude. Jangan tunjuk perangai macamlah kau bos. Jangan buat mistake macam HO, atau mistake yang MO berpotensi buat. Go extra mile. Kalau kau boleh tolong selesaikan kes medikal, aku rasa maybe boleh naikkan saham kau. Kau datang sini sebab kau nak jual skil kau, so show them that,” ujarnya sepatah-sepatah, berisi ketegasan.

Ayen mengangguk. “Kau pula nak kemana? Stay je la dalam ni. Kau boleh tengok skil aku dan bagi positive comment kat Doktor Rafiq nanti. Lagipun boleh teman aku menyembang.”

“Kau ingat aku takda kerja?”

“Kau ada kerja ke?”

Diam seketika. “Yea… tapi bercakap dengan kau macam jauh lebih seronok berbanding buat kerja aku.” Pintu ditutup semula.

“Aku fun eh.” Meluas sengih.

“Macam perempuan putus fius.”

Naik angin. “Kau pula kalah dengan Sundal dan Murah. Tapi itu lebih baik daripada dia duakan kau dengan Pisang dan Epal, kan?”

Kening Husna bercantum terus. Air muka kosong itu direnung, dan lalu dia melabuh duduk di kerusi.“Husband kau gay?” soalnya terkejut, benar-benar ingin tahu.

Dan lalu si peguam dipandang dengan muka tak percaya. “Tang celah mana ayat aku bagitau yang husband aku gay?!?” Gila kenamanya kalau dia tersebut rahsia Egann pada orang lain bawah sedar!

“Pisang ialah analogi internet untuk you-know-what. Dan Epal ialah adam’s appleat least itulah yang aku boleh fikirkan sebagai explanation kepada usaha kau nak samakan nasib kau dengan aku.”

Ayen ternganga rendah. “Its either aku tak pandai nak guna metafora, atau kau memang pandai orangnya.”

Senyum.

“Patutlah laki kau lari.”

“Oih.”

Dan kawan pertama Ayen di hospital itu ialah Husna si peguam.


MALAM bertukar siang.

Sedar-sedar dah tiga hari Ayen tak balik ke rumah. Apa benda yang dia buat di hospital, Egann tidak pasti. Dia pernah ditahan wad, tetapi suasana hospital yang selalu gloomy, penuh dengan orang sakit, HO yang dimarahi MO, bau ubat, bau kencing, bunyi orang meraung menangis… dan setiap hari akan berlaku kematian. Entah macammana Ayen boleh bertahan.

Egann sedang menikmati sarapannya di meja sambil scroll Twitter bila tiba-tiba kasut terbang ke dalam rumah. Terkedu seketika. Kepala dipanjangkan ke pintu, melihat Ayen mengheret kakinya hingga ke ruang tamu.Penat benar nampaknya.

Beg tangan dilepaskan dan tubuh yang semakin nipis itu rebah ke sofa. Egann tidak menegur, malah terus menikmati nasi gorengnya. Bunyi krrooohh… yang menyapa telinga membuatnya tersenyum kecil. Kesian. Penat benar la tu. Tapi siapa suruh jadi doctor.

Telefon tiba-tiba berdering.

Egann mengangkat kepala lagi. Dengkuran dah hilang berganti, “Hello” dalam suara yang sangat rendah dan berat. Penat macam tu pun masih ada tenaga lebih nak angkat call?

Si isteri itu dilihatnya bangkit dengan kepala terangguk-angguk. Selepas panggilan dimatikan, keluh berat pula kedengaran. Gagal menahan diri, Egann tunjuk prihatin.

Care to share?”

Ayen menoleh lipat maut.Terkejut beruk. “Egann? Dah berapa lama kau kat situ? Wait. Kenapa kau nampak gelap?” Tiga hari tak jumpa membuatkan kulit Egann bertambah melanin? Atau dia yang terlalu penat sampai Egann si kulit putih kini nampak hitam?

“Aku dah ada kat sini sebelum kau balik.”

“Aku tak perasan… keturunan kau sama dengan Husna or something?”

Diam, sebab tak faham soalan itu.

Kening digaru. “Tapi eloklah. Boleh drive aku ke hospital,tak? Aku terlalu penat nak drive sendiri…” pintanya sambil bangun berdiri. Badan dipusing-pusing, mematahkan sendi yang sengal.

“Tapi kau baru je balik.”

Nurse call. Buku log, aku tak buat.”

“Buat bila kau on-call sekali lagi tak boleh ke?”

Can’t. Aku tengah dalam supervision. Aku tak boleh tinggalkan mistake walau sekali. Once is enough…” Amaran Doktor Taha selepas mendengar komplen dari Fatiha masih membuat telinganya panas berbahang sehingga sekarang.

Egann mendiam.

“Egann please… nanti aku belanja kau KFC.”

Masih senyap. Buat tak dengar.

Fine! Aku belanja kau masuk gay club kalau itu yang kau nak sangat…” 

Egann berkerut dahi. “Aku tak cakap aku nak kau belanja aku masuk gay club.”

No, tapi aku berjaya buat kau bercakap dengan aku, wasn’t it.”

Terdiam lagi. “Aku tak pernah perasan kau sangat sinis selama ni. Biar aku habiskan nasi goreng aku dulu.”

“Makan dalam kereta je la, jom. Aku suapkan kau dalam perjalanan.” Beg tangan disangkut ke bahu dan dia mendekati meja makan. Pinggan yang masih berisi nasi goreng itu dirampas, membuat kunyahan Egann terhenti dalam terkejut. Dipedulikan suami yang mencerlang padanya, Ayen terus berjalan ke pintu dan mendapatkan kunci kereta lelaki itu yang berada di dalam mangkuk sebelah rak kasut.

“Egann! Cepat la! Aku terlalu penat nak jadi bini penyabar!”

Si lelaki meneguk air selajunya. “Aku tak suka kau bila kau gila kerja macam ni.”

“Yeah, well. Kau pula gay. Life is not perfect. To use your phrase, just suck it.”

Scirocco dipandu laju hingga terus ke pintu hadapan hospital. Ayen yang tertidur di kerusi penumpang, dibangunkan.

“Yen. Bangun. Sampai dah.” Air liur basi yang meleleh di pinggir bibir itu dilap dengan hujung tudung Ayen sendiri.

“Emm…” Penatnya. Ayen menggeliat sepuasnya. Ruang foyer yang penuh dengan manusia, dilihat. “Kau pusing sekali lagi. Bagi aku tidur kejap…”

“Hey! Minyak kereta kau, kau nak bayar? Dah la jauh. Jem pula. Kereta pun bersusun kat belakang nu ha.” Ibu jari ditunjuk.

Lubang telinga dikorek dari luar tudung. “Kau balik terus?”

Of course. Kau ingat aku takda life nak tunggu kau?”

Sebal. “Fine. Nanti aku balik naik Grab.”

“Untung aku dapat bini pandai.” Egann terkekeh.

Pintu ditolak. Terhenti seketika, dia berkalih. “Ingat tak aku pernah cakap yang aku nak jadi the best wife you ever had?”

Actually, yea, I did… tapi rasanya mustahil kau akan dapat anugerah tu bila tengok balik macammana kau layan aku pagi tadi.”

Ayen tersengih meleret. Kepala terlentok sedikit seperti seorang yang mabuk. “Yea…bila aku terlalu penat, aku kurang peduli.”

Egann merenung muka yang apologetic itu. Jika awal pagi tadi dia tidak nampak, tapi sekarang memang ketara kulit muka berminyak, tudung yang dah senget benget serta kerut muka penat di wajah isterinya. Dua hari dibalun, mestilah Ayen lebih merasa sengsara berbanding dia yang menunggu di rumah. Hati yang sedikit terasa, serta merta memaafkan.

Is this worth it?” soalnya rendah, bersama nada yang jauh lebih halus.

What?”

“Datang sini tak kira penat lelah. Striving for license yang entah akan dihidupkan atau tidak…”

I don’t knowbut this is my passion.” Egann dipandang dengan senyum lembut.“Kerja ni push me to my limit, tak kira badan, tak kira otak. Challengingand its fun. Tentang diluluskan atau tidak, kau doakanlah kejayaan aku dalam solat kau.”

Diam. Air muka penat yang berisi senyuman puas itu direnung lama. Egann akhirnya tersenyum sama, mengalah.

Kedengaran hon dari belakang, mengejutkan keduanya.

“Kau keluarlah lekas.” Bahu Ayen ditolak ringan.

“Haha.” Tangan Egann ditarik dari handbrake dan terus disalami. “Hati-hati drive balik.” Pipi Egann dikucup ringan sebelum terus bergerak keluar dari kereta.

Egann terus menunggu di pekarangan hospital, menghantar lenggok isterinya sehingga menghilang. Hon kedengaran lagi, mengejutkan Ayen hingga menoleh ke belakang. Pelik sedikit melihat Egann masih tidak bergerak. Lelaki itu dilihatnya menurunkan cermin kereta, melambai padanya, sebelum memandu pergi.

Sampai di kaunter jururawat, dia terserempak dengan Husna.

“Kau buat apa lagi kat sini?” tegur wanita itu pelik. “Dah kena tahan 72 jam, takkan tak serik-serik lagi? Dah la busuk masam. Dah mandi ke belum?”

“Bisingla kau. Buku log. Aku lupa buat.” Buku untuk laporan HO yang berada di kaunter, ditarik. “Kau pulak kenapa lepak kat sini? Tak takut kena jangkit penyakit Extreme Bitch Syndrome dari nurses ke?”

Husna yang merenung ke pintu luar kecemasan, menoleh 180 darjah macam papan ditolak angin. Ayen sedang menulis sesuatu pada buku log dengan muka selamba, entah tak peduli, entah tak perasan. Kemudian kepala dipusing pada jururawat di sebelah kaunter yang tengah memandang Ayen macam nak makan.

“Kau ni betullah bermasalah…” Ketawa nipis dilepaskan.

Tak lama kemudian, ambulans tiba. Husna beralih dari sandaran, memanjangkan leher ke arah ambulans memasuki kawasan hospital dan terus ke pintu bahagian kecemasan.

“Menunggu patient yang sampai dengan ambulans ialah salah satu dalam job description engkau? Untuk apa? Buat statistic berapa ramai yang masuk berdasarkan jantina, umur, dan tahap kritikal psakit?” Tanpa menghentikan pen, dia menegur.

Husna menjeling. “Kau sangat annoying bila kau tengah penat. Sampai orang pun penat melayan.”

Ayen tersenyum. “Yea, orang lain pun tegur benda yang sama.” Terus menulis. Laju sekali. Fokus. Sebab nak balik cepat!!

Husna masih tegak berdiri sambil melihat seorang gadis ditolak dengan laju di atas troli. “Dia ialah pesakit yang penting… kalau tak dirawat lekas, hospital rugi besar.”

No wonder kau ambik peduli. Sebab duit.”

Of course kena peduli dengan duit. Or else, hospital tak berdiri, ubat tak dapat dibeli, dan orang sakit takda peluang nak dirawat. Kesihatan sangat mahal harganya, tau.” Sebelum bergerak ke lif, Ayen dijeling. “Kau nak ikut?”

“Ehh…merawat duit bunyinya macam seronok, tapi aku terlalu penat nak peduli.”

“Sakit dia bermula dengan batuk. Kemudian demam, sakit abdomen, sakit perut, muntah. IV drip doesn’t show result.”

Pen berhenti bergerak. Ayen berteleku seketika pada buku log, memikirkan keganjilan itu. Lalu Husna dipandang dengan riak – teruskan bercakap.

Husna mengukir senyum, suka mendapat perhatian wanita itu “Keadaan budak ni jadi lebih teruk lepas admit. Somehow, none of our treatment works. Dia discaj sebab ada perkembangan lepas diberi steroid, tapi ditemui pengsan dan muntah darah beberapa jam selepas discaj. Management tengah furious. Kalau media tahu, kita popular sebulan dalam paper.”

Past history macammana? Ada ambik apa-apa pil.”

“Aku tak tau pasal tu.”

Bibir dikemam. “Kau sure aku boleh tumpang tengok?”

Normally orang macam kau takda peluang nak tunjuk bayang sekalipun untuk kes macam ni. Baik ikut aku selagi peluang masih ada.”

Nafas didengus. Pada jururawat, dia menutur kata. “Nanti saya datang balik dan siapkan benda ni.” Buku log dihulur pada jururawat di kaunter bersama perkataan tolong, namun gadis muda itu sekadar menjulingkan mata ke langit sebelum bergerak ke tempat lain. 

Ayen merenung lenggok itu tak berkelip. “Aku cakap dah, extreme bitch syndrome.” Buku log dibiarkan di atas kaunter.

Gelak. “Kau la orang paling berbakat buat musuh yang aku pernah kenal.”

Dipedulikan.Selajur, dia bergerak laju ke lif bersama Husna. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.