Home Cerpen Seram/Misteri SIAPA NADIA ADRINA?
SIAPA NADIA ADRINA?
Nozie M.No
21/10/2018 13:46:59
3,241
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Syah masih termenung di jendela.Pertemuan dengan gadis di kala senja tadi
menggamit ingatannya...

"Hoi! mana letak mata?" Syah memarahi gadis bertudung putih yang tiba-tiba
melintas di hadapannya. Hampir sahaja Syah terbabas ke parit besar sebelah
kiri jalan.

Gadis itu jatuh terduduk kerana terkejut. Tidak menyangka motosikal Syah
akan keluar dari simpang keluar dari rumahnya.

Taman Indra Jaya...selalunya akan menyambut kepulangan Syah dari pejabat
pada waktu petang. Tetapi entah mengapa hari itu Syah terpaksa berhempas
pulas menyiapkan kerjanya di pejabat hingga hari sudah lewat petang.

Syah mengaku yang dia agak khayal sebentar tadi. Tapi dia harus
mempertahankan egonya.

"Maaf...saya tidak perasankan saudara tadi," gadis itu menjawab.Dia sudah
bangun dari duduknya. Mukanya kelihatan pucat. Dia masih menundukkan
mukanya.

"Maaf! maaf! maaf! Itu je la yang ko orang perempuan tau ye?!" masih tidak
surut gelora di hati Syah.

Gadis itu memandang Syah.Syah terpana. Cantik! Ah!!! Peduli apa aku!

Gadis itu tersenyum. Manis..."Saudara ada cedera apa-apa?" tanya gadis itu
masih tersenyum.

Ha? Sepatutnya aku yang tanya. Bukan kau..

"Aku takde apa-apa!" Kasar kedengarannya.

Gadis itu mengangguk lalu berlalu. Syah masih melopong hairan kerana gadis
itu seperti tiada respon akan amarahnya.

"Siapa perempuan tu ek?" Syah bertanya sendiri. Masih merenung di luar
jendela.Rintik-rintik hujan mula turun di muka bumi.


 "Hai Syah..termenung je kau ni akak tengok sejak tadi," sapaan Kak Munah, teman sepejabat Syahmengejutkannya dari menung yang panjang.

Syah sendiri hairan mengapa dia sering memikirkan tentang gadis itu. Ada
sesuatu yang misteri mengenai gadis itu. Syah juga merasakan dia pernah
berjumpa dengan gadis itu. Tapi di mana ya?

"Hoi! Termenung lagi?!" Hairi mengergahnya.
Syah menggeliat malas.

"Apsal ngan ko nih? Aku tengok dari tadi tak habis-habis melangut je. Jom pi
minum," ajak Hairi.

"Malaslah. Aku kenyang lagi ni," balas Syah.

"Ko makan apa?" Tanya Hairi hairan kerana sebelum ini Syah tidak pernah
menolak pelawaannya. Lagi-lagi kalau ajak 'Soru!!!'

"Tahlah…."

Hairi berlalu meninggalkan Syah.

Entah mengapa petang itu Syah sengaja pulang lewat. Dia juga sengaja lalu di
jalan, tempat dia hampir melanggar gadis itu berulang kali.

"Mana pula ni…." Syah merungut sendiri. Dia memberhentikan motosikalnya di
tepi jalan. Tergambar wajah kehampaannya.

"Saudara…." Suara lembut yang menyapanya dari belakang membungakan rasa di
hati.

Syah berpaling. "Bila masa awak ada kat belakang saya ni?" Tanya Syah hairan
kerana tidak kedengaran langsung desiran atau sebarang derap tapak kaki.

Gadis itu tersenyum manis. Masih lagi berbaju kurung dan bertudung putih.

"Baru je…"jawab gadis itu pendek. "Saudara Syah cari saya ke?"

Pertanyaan itu cukup membuatkan Syah terkejut.

"Mana tahu nama saya?"

Gadis itu masih tersenyum. Kadang-kadang naik juga bulu roma Syah bila dia
gadis itu senyum begitu dalam remang senja.

"Saya Nadia…Nadia Adrina," gadis itu memperkenalkan dirinya. Pertanyaan Syah
tadi terus tergantung.

"Saaa..saya Syah," balas Syah. Sejak bila aku jadik gagap ni? Syah
menggelengkan kepalanya.

"Saya balik dulu ye.." kata Nadia.

Ha?! Syah melopong. Cepatnye!!!

"Sekejap! Saya nak…." Syah ingin mengeluarkan handphonenya dari dalam beg
tetapi apabila dia berpaling, Nadia sudah menghilang.

Sekali lagi Syah melopong. Dia sedar semula apabila azan maghrib
berkumandang. Syah berlalu pulang ke rumah dalam kehampaan lagi.

*Sebulan berlalu…… *

Pertemuan Syah dan Nadia hanya berlangsung pada lewat petang. Apabila Syah
menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, Nadia memberikan seribu alasan.

"Tak elok orang tengok Nadia naik motor dengan Syah. Lagipun rumah Nadia
dekat je…" itulah antara jawapan Nadia.

Jadi Syah terpaksa menyorong motosikalnya berjalan bersama Nadia untuk
menghantar Nadia pulang.

Rumah Nadia cantik dihias dengan pelbagai jenis bunga. Terdapat ruangan
bersantai di satu sudut di rumahnya. Tidak pula Syah tahu yang rumah itu
mempunyai penghuni kerana rumah itu sunyi sahaja.

"Syah balik la dulu…"

"Nadia masuk la dulu.." Syah membalas.

"Dah nak maghrib ni..tak elok. Balik cepat!" seperti keras kedengaran suara
Nadia.

Tetapi Syah tidak menyedarinya. Syah hanya tahu yang dia selalu merindui
wajah manis Nadia Adrina. Setiap hari..setiap saat..setiap waktu. Kerjanya
di pejabat juga adakalnya terabai. Syah tidak menyedarinya.
Hairi seringkali berleter. Tetapi tidak dihiraukan. Kenapa?

"Syah nak tengok Nadia masuk dalam rumah dulu.." Syah berkeras. Muka Nadia
kelihatan gusar.

"Abang Syah! Buat apa kat sini?" Tiba-tiba Saiful, adik lelaki Syah menepuk
belakangnya. Syah berpaling.

"Eh! Tak nampak ke? Aku tengah bercakap dengan….Ha?!" Syah mencari Nadia.
Dia melihat rumah di hadapannya. Mungkin dia dah masuk…fikir Syah.

"Cakap dengan siapa? Cakap sorang-sorang je Epoi tengok dari tadi," ujar
Saiful yang membahsakan dirinya Epoi.

"Ha?Cakap sorang-sorang? Yelah..ko baru lalu sini memangla ko nampak aku
sorang-sorang. Takpela..jom balik! Ko pegi mane ni?" Tanya Syah tukar topik.

"Kedai…"jawab Saiful pendek. Malas nak bertanya lagi.

Syah mengambil cuti separuh hari pada hari itu. Sengaja dia ingin pergi ke
rumah Nadia. Ingin bertanya mengapa dia masuk tanpa berkata apa-apa kepada
Syah.

Namun sudah 2 kali Syah berpusing di tempat yang sama. Rumah Nadia masih
tidak dijumpai.

"Abg Syah! Buat apa lagi dekat sini?" Saiful memanggil abangnya.
"Eh! Tak pergi sekolah ke?" Tanya Syah pada adiknya pula.

"Baru balik la ni…." Jawab adiknya. "Dari tadi Epoi tengok abg pusing-pusing
kat sini. Cari apa?" Tanya Saiful.

"Ko ingat tak rumah tempat kita jumpa semalam?"Syah pula mengajukan soalan.

"Tu!!!!" Saiful memuncungkan mulutnya. "Rumah kosong tu la!"

Syah melihat rumah yang ditunjukkan. Rumah kosong itu kelihatan usang. Pasu
bunga banyak yang pecah dan bersepah. Bunga-bunga kelihatan layu. Tidak sama
langsung dengan rumah yang Syah kunjungi semalam.
"Ah! Bukan nilah!" ujar Syah keras.

"La…Yang nilah! Epoi ingat lagi abg cakap sorang-sorang kat depan rumah ni
semalam! Rumah ni dah lama kosong sejak anak tuan rumah tu meninggal. Kakak
tu menghidap leukemia. Ha! Epoi dengar kawan Epoi cerita kakak tu suka kat
abang dulu. Tapi sebab dia sakit, dia takut abang tak layan.. Tak tau la
Epoi. Kesian..muda lagi bang. Cantik! " balas Saiful.

"Siapa nama kakak tu?!"Tanya Syah masih tidak percaya dengan kata adiknya.

"Kalau tak silap Epoi…Kak Nadia Adrina…" Jawapan Saiful cukup membuatkan
jantung Syah luluh. Dadanya berombak. Rasa nak pitam.
Syah merenung tajam rumah itu. Tidak semena-mena dia ternampak Nadia dari
balik tingkap yang kotor. Mukanya kelihatan sedih. Lalu hilang…..Kini
persoalan Syah terjawab. Siapa Nadia Adrina…..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nozie M.No