Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,

Bukan dari kaki untuk dialasi,

Bukan dari kepala untuk dijunjung,

Tapi dekat dibahu untuk dilindung,

Dekat jua dihati untuk dikasihi,

Engkaulah wanita hiasan duniawi.

 

Bait-bait lirik lagu Wanita nyanyian kumpulan nasyid Dehearty meniti di bibir Afifah. Entah kenapa dia begitu minat dengan lagu nasyid yang satu ini.

 

Sedangkan, dia bukanlah peminat muzik bergenre nasyid seperti itu. Namun, sejak Murni teman baiknya sering menyanyikan lagu itu,dengan sendirinya hati Afifah jadi tertarik. Baginya mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu tersebut begitu mendalam. Segalanya tentang wanita.Bagaimana ingin membentuk peribadi seorang wanita. Lebih-lebih lagi seorang wanita muslimah. Boleh jadi juga ada sebab lain, dia begitu meminati lagu tersebut.

 

Afifah menyambung kembali kerja rumahnya yang terbengkalai kerana begitu asyik memikirkan maksud tersirat disebalik lagu berjudul Wanita itu. Lantai di mop sehingga berkilat. Selesai sahaja kerja tersebut, terus Afifah mencuci pinggan mangkuk sarapan pagi tadi. Cuba dikerling jam didinding. Sudah hampir pukul 8.00 pagi. Kalau dahulu sebelum kahwin, pasti sekarang dia sedang sibuk bersiap untuk ke pejabat. Tapi, setelah mendirikan rumah tangga bersama Aidil enam bulan lepas, dia disuruh berhenti kerja.

 

 Kalau ikutkan hati,dia tak nak berhenti. Memanglah sebagai pengarah urusan di syarikat besar, gaji Aidil lebih dari cukup untuk menampung kehidupan mereka. Tapi, bila fikirkan betapa bersusah payah dia dapatkan jawatan sebagai Jurutera Bahan di syarikat ternama itu, dan dipaksa berhenti tiba-tiba, hati siapa yang tidak terkilan.Bergaduh panjang jugalah dia dengan Aidil sebelum dia akur dengan perintah suaminya itu. Dan sekarang, kerjayanya adalah suri rumah sepenuh masa. Bangun pagi untuk siapkan sarapan Aidil sebelum ke pejabat, kemas rumah, basuh baju, dan memasak. Segalanya diuruskannya sendiri.

 

Badan yang terasa penat dibawa berehat di sofa empuk. Baru sahaja ingin berbaring berbantalkan lengannya, tiba-tiba sahaja nyilu terasa hingga ke tulang.

 

“Aduh, sakitnya.” Lengan yang lebam diurut perlahan.

“Tak boleh jadi ni, aku kena jumpa doktor.” Lekas sahajaAfifah bangun menuju ke kamarnya dan segera bersiap. Selendang bercorak floral menjadi pilihan bersama blouse labuh dan seluar slack hitam.

 

Laju kereta Myvi hitam milik Afifah memecut di jalanraya.Tujuannya cuma satu. Ingin ke hospital dan jalankan ujian X-ray ke atas lengannya yang lebam. Entah apa yang mengganggu fikirannya, peristiwa semalam kembali di ingatan.

 

“Surprise.” Aidil muncul bersama sejambak bunga carnation sambil memeluk pinggangnya dari belakang. Hati isteri mana yang tidak tersentuh jika mendapat kejutan seperti itu dari suami tersayang. Bersama senyuman Afifah berpaling dan memeluk erat suaminya. Kasihnya tumpah di situ.

 

“Thanks sayang. You selalu buat I rasa special sangat.” Luah Afifah. Pelukan dikemaskan.

 

“I sentiasa nak you rasa special, sebab I nak you tahu yang I cuma ada you seorang je.” Ujar Aidil seraya meleraikan pelukan. Wajah Afifah ditatap penuh sayang. Terlalu cinta, terlalu sayang dia pada Afifah sehingga sukar untuk di gambarkan bagaimana di mampu hidup tanpa wanita itu disisi.

 

“Abang, Ifa ada masak lauk special. Ifa hidangkan eh? Abang tunggu sekejap.” Afifah segera bergegas ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam mereka. Sementara itu, Aidil yang masih di ruang tamu,menghenyakkan punggungya di sofa. Lesu terasa seluruh badan setelah seharian menghabiskan masa di pejabat.

 

 Berkejar ke hulu kehilir untuk mesyuarat dan bertemu klien sungguh memenatkan. Aidil meyandarkan tubuhnya namun, matanya menangkap telefon bimbit milik Afifah. Hatinya tertanya apa yang isterinya lakukan seharian bersama telefon bimbit itu. Tak sampai beberapa saat telefon bimbit Afifah sudah berada dalam genggaman Aidil. Satu persatu mesej yang masuk diteliti sehingga tiba pada satu nama lelaki yang tidak Aidil kenali. Razman. Siapa Razman? Kenapa cara mesej yang dihantar nampak seperti mereka sangat rapat.

 

“Abang, lauk dah......siap.” Langkah Afifah terhenti tika melihat telefon bimbitnya kini didalam genggaman suaminya. Ah, sudahlah dia lupa nak padam setiap mesej yang masuk hari ini. Afifah tahu, cemburu suaminya bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Cemburu Aidil terlalu ekstrim. Pernah tiga bulan selepas nikah, Afifah ditampar gara-gara berbual dengan jiran lelaki sebelah rumah mereka. Apalah pula nasib dia malam ini.

 

“Siapa Razman?” Nadanya masih tenang. Namun tetap dinginpada pendengaran Afifah. Lidah Afifah kelu. Namun dia masih cuba untuk menjawab pertanyaan suaminya.

 

“Err, kawan tempat kerja Ifa dulu.” Jelas Afifah ringkas.

 

“Kawan? Habis kenapa nak bermesej bagai? Dia tak tahu yang you ni isteri orang?” Tajam pandangan Aidil menikam sepasang mata milik isterinya.

 

“Dia just nak tanya pasal kerja. Sebab Ifa je yang tahu.”Jelas jemari Afifah menggigil saat Aidil sudah mula bangun dari duduknya. Aidil mendekati Afifah  dan berhenti hanya beberapa inci di hadapan isterinya.

 

Afifah cuba membalas renungan suaminya. Penuh misteri bagi Afifah renungan itu. Tak dapat diduga apa yang akan dilakukan suaminya selepasini.

 

Tangan Aidil mengusap lembut pipi isterinya. Afifah hanya kaku berdiri.

 

“You tahu kan I sayang sangat dekat you. I nak you jadi milik I seorang je.” Nadanya begitu perlahan. Namun ayatnya terjeda saat tangan miliknya mula mencengkam kemas pipi Afifah.

 

“Tapi, apa ni?” Bergema satu rumah dengan tengkingan tiba-tiba Aidil. Afifah? Dia dah hilang kekuatan. Ketakutan menyelubungi diri. Air mata mula merembas tanpa henti.

 

 Hantu apa yang dah merasuk suaminya kini? Baru sebentar tadi dia dibisik dengan kata-kata indah,Sekarang apa pula? Dia ditengking tanpa perasaan. Belum cukup dengan itu, Aidil menolak dia sehingga lengannya terhantuk di meja kayu ruang tamunya. Agaknya baru lepas geram cemburu Aidil setelah perlakukan Afifah sebegitu

 

“You sengaja kan nak cabar I? sengaja pergi layan jantan tu?You tahu kan I tak suka.” Jerkah Aidil lagi.

 

 Amukannya tidak terhenti disitu, segala barang perhiasan di almari dicampak. Habis bersepah semuanya. Baru puas hatinya.

Bunyi kuat dentuman dihadapan mematikan lamunan Afifah.Kepalanya juga terhantuk kuat pada stereng kereta. Hilang terus wajah berang Aidil. Yang menyapa pandangannya kini adalah sebuah kereta Vios berwarna hitam yang sudah kemek sedikit dibahagian belakang kerana dihentak oleh Myvinya.Pasti hadapan Myvinya kemek lebih teruk.

 

Afifah berpaling apabila tingkap keretanya diketuk. Mungkin tuan punya kereta yang dihentamnya tadi. Aduh Ifa, apa kau nak buat ni?

Biarpun rasa takut mula menghantui, tapi, Afifah beranikan diri untuk menurunkan cermin kereta.

 

“Cik, cik tak apa-apa ke?” Soal pemuda diluar.

 

Afifah yang pada mulanya agak takut, terkedu seketika.Fikirnya dia akan dijerkah tadi. Maklumlah salah dia. Siapa suruh pergi hentam kereta mamat tu.

 

“Err, saya, saya ok.” Jawab Afifah gagap.

 

“Tapi, dahi cik berdarah tu.” Tangan pemuda itu ditunjukkan pada dahi Afifah.

Cepat-cepat Afifah merasa dahinya. Ya Allah, darah.

 

Riak terkejut diwajah tak dapat disembunyikan. Pasti jelas pemuda itu melihat reaksi Afifah.

 

“Cik, apa kata, cik datang hospital tempat saya kerja. Saya boleh rawat cik. Pasal kereta ni, nanti kita settle. Yang penting luka cik tu perlu dirawat, nanti kena jangkitan, lagi teruk.” Cadang pemuda di sebelah.

 

 Afifah cuma menganguk. Itulah Afifah. Kalau dah panik, dia turutkan aje. Otaknya dah tak mampu berfikir perkara lain.

 

..........................

 

“Cik, nanti cik makan ubat ni. Luka cik tu saya dah cuci,mujur lukanya tak terlalu dalam. InsyaAllah tak lama lagi keringlah tu. Tapi pastikan makan ubat.” Afifah hanya diam mendengar. Dia segan sebenarnya.Padanya lelaki yang dikenali sebagai doktor Arman itu terlalu baik padanya.

 

Aku ni dahlah baru aje hentam kereta dia, tapi dia? Boleh pula siap cuci luka aku lagi. Ngomel Afifah sendiri.

 

“Cik,..’

 

“Panggil saya Ifa je. Tak payahlah ber cik dengan saya.”Tutur Afifah tenang.

 

Doktor Arman tersenyum mendengarnya. Seingatnya, itulah ayat paling panjang yang Afifah tuturkan sepanjang perkenalan mereka tadi.Selebihnya gadis itu hanya berdiam diri. Mungkin dia segan, fikir Arman.

 

“Doktor pasal kereta tu..... macam mana eh? Maafkan saya,ini first time benda macam ni jadi kat saya.” Luah Afifah. Sememangnya perkara itulah yang bermain difikirannya dari tadi.

 

“Oh, pasal tu, pasal tu awak tak payah bimbanglah, saya takkan minta sebarang ganti rugi pun dekat awak.” Sungguh jawapan bersahaja dari Arman membuatkan Afifah tersangatlah tidak percaya. Biar betul lelaki ni, aku hentam kemek kot kereta dia, mustahil dia tak minta ganti rugi.

 

“Doktor, mustahil doktor tak nak ganti rugi. At least mesti doktor nak minta duit baiki belakang kereta doktor. Or, doktor ada fikir nak minta benda lain dari saya?” Afifah sudah menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.

 

“Eh, awak jangan fikir macam tu. Saya masih waras lagi nak bezakan yang halal dan haram. Saya ikhlas, saya memang tak nak minta apa-apa dari awak.” Ucap Arman bersama tawa geli hati dengan tindakan Afifah tadi.

 

 Entahlah Arman sendiri tak tahu apa yang dia fikir. Dia cuma ikut kata hatinya sahaja. Padanya dia begitu simpati melihat raut wajah gadis dihadapannya kini. Mata wanita itu sembab ibarat baru lepas menangis. Dan wajahnya langsung tidak ceria. Jika tersenyum pun, semuanya seperti satu lakonan sahaja.

...................................

 

Afifah melihat keputusan X-ray yang dilakukannya dihospital yang sama dia mendapat rawatan. Mengikut keputusan itu,tulangnya retak sedikit.Ada keluhan hadir dibibirnya. Afifah merenung kosong banglo suaminya ini. Pada awal perkahwinan, inilah syurga mereka suami isteri, tapi sekarang apa? Kenapa aku langsung tak rasa gembira setiap kali aku balik ke rumah ini?

 

Adakah kerana sikap cemburu Aidil yang melampau itu buat aku jemu? Tapi, kalau jemu kenapa aku boleh layu apabila dia ungkapkan kata maaf setiap kali dia lukakan aku. Baik sangat ke aku ni? Atau aku terlalu bodoh sebenarnya. Entahlah. Aku sendiri tak tahu.

 

Keluh Afifah sendiri. Jam menunjukkan hampir pukul 9.00 malam. Aidil masih belum pulang. Itu sudah menjadi kebiasaan pada Afifah untuk tinggal sendirian sehinggalah Aidil pulang. Pernah sekali Aidil pulang jam 1.00pagi. Katanya kena siapkan proposal projek besar. Entahkan betul entahkan tidak. Afifah sendiri tak pasti.

 

Bunyi deruman kereta memasuki perkarangan rumah mengejutkan Afifah yang dihanyut angan entah ke mana.

 

“Sayang,” Tegur Aidil di muka pintu. Wajahnya jelas kepenatan. Namun tetap cuba dimaniskan wajah dihadapan si isteri. Rasa bersalah kerana melampiaskan amarahnya terhadap si isteri semalam masih menyelubungi diri.

 

“Abang dah makan? Kalau belum Ifa pergi hangatkan lauk.”Ucap Afifah usai menyalami tangan suaminya. Nadanya agak dingin. Sama seperti pagi tadi.

 

“Sayang, kita duduk dulu.” Lembut tangan Aidil mengajak Afifah ke sofa. Afifah hanya menurut. Takut sekiranya melawan dia mungkin akan dimarahi lagi.

Aidil mengusap lembut jemari isterinya. Selari dengan tindakan itu, matanya redup merenung dalam sepasang mata yang sentiasa dirindui. Yang dia sentiasa takut kehilangannya.

 

“Abang, minta maaf sayang. Abang betul-betul tak sengaja.”Lirih sekali nadanya. Bertambah sayu hati melihat lengan kanan isterinya berbalut. Pasti itu natijah dari perbuatannya semalam.

 

Afifah mengalihkan pandangannya. Entah kenapa dia ingin melayan rajuk dihati. Sakit rasanya diperlakukan seperti itu. dia bukan boneka.Bila mahu bermain, dilayan baik, bila dah jemu, di tolak ke tepi. Dia manusia,seorang wanita dan seorang isteri. Ada hati, ada perasaan. Siapa yang suka dilayan kasar. Lagi-lagi diperlakukan sedemikian oleh suami sendiri yang sabanhari tidak jemu mengucap rindu dan sayang kepadanya. Sayang ke begitu?

 

“Sayang, dengar sini. Abang janji. Abang takkan buat macamtu lagi, ok?” Aidil memandang isterinya penuh pengharapan. Berharap agar dirinya dimaafkan.

 

“Janji? Dulu pun abang cakap benda yang sama, tapi apa yang abang buat? Abang ulang juga perangai cemburu buta abang tu.” Afifah luahkan apa yang terbuku dihatinya.

 

Aidil melepaskan jemari isterinya. Dia berpaling dariisterinya. Rambut lurusnya dikuak tanda ada rasa tidak puas hati terselit dijiwanya.

 

“Jadi sekarang, kau nak cakap yang aku ni tak pandai nak tepati janji, macam tu? Aku ni lelaki jahat? Macam tu?” Perlahan sekali nadanya. Namun cukup dingin. Bahasa badan juga sudah bertukar kepada ‘kau’ ‘aku’. Sekali lihat sikap Aidil tak ubah seperti seorang psychopath.

 

“Tak bukan tu maksud saya. Saya.... Ifa sayang abang,takkanlah Ifa nak cakap abang macam tu.” Afifah cuba mengubah suasana melihat Aidil sudah berubah sikap. Dia takut. Suaminya selalu begitu. Sekejap baik namun tak sampai sesaat sikapnya boleh berubah bengis.

 

Aidil mengambil bunga carnation yang disorokkan di sebelah sofa semasa masuk tadi dan campakkan ke peha Afifah yang masih lagi duduk.

 

“Aku nak mandi, kau makanlah seorang.” Terus Aidil berlalu menuju ke kamar tinggal isterinya sendirian di luar. Afifah bingung. Kenapa sejak akhir-akhir ini suaminya mudah sekali berubah sikap. Semakin pudarkah kasih sayang suaminya terhadapnya?

 

................................

Hari ini, Murni mengajak Afifah ke Mesyuarat agung Perwani(Persatuan Wanita Insaf) yang memang disertainya sejak dua tahun lalu. 

 

“Ifa, kau sakit ke?” Murni memerhati wajah sahabat baiknya yang kelihatan lesu. Macam sedang pikul satu beban yang besar. Mereka barusahaja keluar dari dewan mesyuarat dan sedang menuju ke kafe sekadar untuk membasahkan tekak.

 

“Aku ok je, cuma batuk sikit.” Jelas Afifah.

 

“Kau ni, jagalah diri tu sikit. Jangan duk fikir jaga suami je. Diri tu lagi penting. Kalau kau sakit, kau ingat orang lelaki ni suka ke?Lagi dia cari lain adalah.” Komen Murni. Walaupun agak kasar bunyinya, tapi dia ikhlas. Dia tak nak sahabat baiknya diduakan suami kerana dia pernah merasakan pedihnya.

 

“Hisy kau ni, janganlah cakap macam tu, kau tak kasihan dekat aku ke?”

 

“Bukan aku mendoakan, aku cuma nasihat. Aku tak nak kau rasa apa yang aku rasa.”

 

“Murni, aku minta maaf. Aku tak.....”

 

“Dah, kau tak payah nak buat muka seposen tu. Jemu aku tengok. Hari ni, aku nak tengok kau senyum. Kau tau sejak kau kahwin ni, kemain payah lagi kan kau nak senyum. Apa simpan untuk Aidil je ke?”

 

Afifah hanya tersenyum tawar mendengar gurauan Murni.Kalaulah Murni tahu apa yang dia rasa saat ini.

 

..............................

 

“Kau pergi mana tadi? Kau pergi mana tadi hah?”  Jerkah Aidil sebaik Afifah tiba dimuka pintu.Tersentak dengan jerkahan itu, habis jatuh semua fail yang dipegang Afifah.Aidil mampir ke arah isterinya. Lengan Afifah yang masih belum sembuh dipegang kejap. Afifah yang mengaduh kesakitan tidak dipedulikan. Sudahlah dia tengah kusut dengan urusan di pejabat tadi. Balik rumah ingatkan nak tenangkan fikiran, tiba-tiba isteri tiada dirumah. Keluar entah ke mana tanpa izinnya benar-benar membuatkan hatinya bertambah berang.

 

“Abang sakit.” Adu Afifah, namun Aidil ibarat tidak mendengarnya. Ditarik Afifah masuk kedalam rumah dan terus menghempas pintu sekuatnya. Afifah ditolak sehingga terduduk di lantai.

 

“Kau pergi mana aku tanya? Kau tahu tak aku tunggu punya lama. Aku call kau off phone. Kau memang nak lari dari aku ke apa? Dah tak sayang aku? Hah?” Aidil seperti hilang pertimbangan. Tudung Afifah direntap ganas dan rambutnya ditarik sekuat hati.

 

Aidil merapatkan wajahnya betul-betul beberapa inci dihadapan wajah Afifah. Jelas pada matanya, isterinya benar-benar ketakutan.Namun, apa dia peduli. Hatinya benar-benar sakit. Kenapa Afifah sengaja mencabarnya? Susah sangat ke nak bagitahu dia keluar ke mana? Ni mesti keluar dengan jantan lain. Apa guna dia sebagai suami? Tunggul?

Fikir sahaja sudah cukup menambahkan kemarahan Aidil.

 

“Kau keluar dengan jantan mana tadi hah?” jerkah Aidil dekat di wajah isterinya.

 

“If....Ifa, tak keluar dengan lelaki lain, Ifa keluar dengan Murni.” Jelas Afifah terketar-ketar.

 

“Kau tak payah nak tipu akulah.” Serentak dengan itu, satu tamparan kuat diberi. Begitu kuat tamparan itu, sehingga terhantuk kepala Afifah pada bucu meja kopi bercermin kaca di ruang tamu itu. memancut darah keluar dari luka dikepala Afifah. Terus, Afifah rebah disitu.

 

Baru puas hati Aidil. Biar isterinya tahu, itulah balasan yang dia dapat jika menduakannya. Dia tak nampak ke aku sayang sangat dekat dia.

Aidil menguak rambutnya yang berserabut. Tindakannya terhenti apabila darah yang banyak menyapa pandangan matanya. Hatinya mula berlagu risau. Tangannya menggeletar. Apa yang aku buat ni?

 

Perlahan-lahan dia menghampiri jasad kaku isterinya. Tangan yang masih terketar cuba menyentuh bahu Afifah. Digoyang-goyangkan bahu isterinya, namun Afifah tidak memberikan sebarang reaksi. Aidil mula panik.Afifah kini dibawa kepangkuannya.

 

“Sayang, sayang, bangun sayang. Jangan buat abang macam ni,bangun sayang.” Digoncang tubuh kaku Afifah berharap agar isterinya sedar,namun hanya darah yang terus mengalir.

“Sayang, maafkan abang sayang. Jangan tinggal abang Ifa,tolonglah bangun.” Tangisan Aidil bergema di setiap pelusuk banglonya. Sesal dengan tindakan sendiri. Namun apalah ertinya sesal itu, jika insan yangdisayangi sedang terbaring kaku akibat dari perbuatannya sendiri.

 

.......................................

 

Afifah yang sudah dua hari terlantar  di katil hospital cuba mengingatkan kembalibait bait sajak yang dibacakan dalam Ucapan Perasmian Presiden Perwani(Persatuan Wanita Insaf) dalam Mesyuarat Agung Perwani dua hari lepas. Puan Presiden  membaca sajak bertajuk “I Got Flowers Today”yang ditulis oleh Paulette Kelly in 1992, ditujukan khas untuk wanita yang didera dan teraniaya.

Afifah adalah satu satunya wanita yang tampil kedepan menemui Puan Presiden untuk mendapatkan hardcopy sajak itu  yang dirasakan amat dekat dengan hatinya. Dan kini dihospital ini kertas itu telah renyuk seribu namun masih digenggam erat di tanganya yang lebam dan bengkak. Sambil menyeka air yang menitis dipipinya yang gebu, perlahan lahan dia membaca baris demi baris sajak itu. Belum habis Afifah menghayati bait bait sajak, tiba tiba matanya terlihat sejambak bunga Carnation berwarna putih di meja tepi katilnya dengan nota  yang tertulis…”Semoga sayang cepat sembuh,dan kita mulakan episod cinta kita seperti dulu”….

 

Afifah tersenyum apabila teringatkan telatah Aidil suaminya yang selalu membisikan ketelinganya nya mengenai bunga carnation yang melambangkan expressi cinta nya yang suci dan nasibnya yang bertuah memperisterikannya……

Sambil menutup mata, Afifah membayangkan wajah ibunya yang telah beberapa tahun meninggalkannya menjadi piatu. Ibunya sentiasa mengingatkan maksud  nama Afifah itu banyak tuahnya, kerana Afifah membawa makna seorang perempuan yang mempunyai harga diri….

Afifah meneruskan membaca bait-bait sajak tadi…

 

I got flowers today!

It wasn't my birthday or any other special day.

We had our first argument last night;

And he said a lot of cruel things that really hurt;

I know that he is sorry and didn’t mean to say the things he said;

Because he sent me flowers today.

I got flowers today.

It wasn't our anniversary or any other special day.

Last night, he threw me into a wall and started to choke me.

It seemed like a nightmare.

I couldn't believe that it was real.

I woke up this morning sore and bruised all over.

I know he must be sorry.

Because he sent me flowers today.

I got flowers today!

It wasn’t our anniversary or any other special day;

Last night he threw me into a wall and then started choking me;

It seemed unreal, a nightmare, but you wake up from nightmares;

And I woke up this morning sore and bruised all over—but I know he is sorry;

Because he sent me flowers today.

I got flowers today!

And it wasn’t Valentines Day or any other special day;

Last night he beat me and threatened to kill me;

Make-up and long sleeves didn’t hide the cuts and bruises this time;

I couldn’t go to work today because I didn’t want anyone toknow—but I know

he’s sorry;

Because he sent me flowers today.

I got flowers today!

And it wasn’t Mother’s Day or any other special day;

Last night he beat me again, and it was worse than all of the other times;

If I leave him, what will I do? How will I take care of the kids? What about

money?

I’m afraid of him, but I’m too scared and dependent to leavehim! But he

must be sorry;

Because he sent me flowers today.

I got flowers today….

Today was a special day—it was the day of my funeral;

Last night he killed me;

If only I would have gathered the courage and strength toleave him;

I could have received help from the Women’s Shelter, but Ididn’t ask for

their help;

So I got flowers today—for the last time.

 

By Paulette Kelly

 

Tanpa disedarinya Afifah menjerit seperti dirasuk. Diakembali mengingati setiap keganasan Aidil terhadapnya. Hatinya begitu pedih dirasa saat ini. Kenapa? Kenapa lelaki yang dulu sering membisikkan kata-kata cinta, yang dulu sering berjanji akan membahagiakannya kini berubah. Di mana hilangnya kasih lelaki itu terhadapnya? Bagi Afifah sejambak bunga Carnation belum mampu mengubat luka dihati. Tidak pernah dia tertikir dahulu yang dia perlu menghadapi hari-hari seperti ini. Terlalu sukar rasanya. Otaknya serabut sekali.

 

Amukan Afifah yang seakan tiada hentinya memanggil jururawat dan doktor menenangkannya.

 

..............................

 

“Saya sendiri keliru dengan apa yang saya rasa. Saya sayangkan dia, rumah tangga kami masih terlalu baru. Tapi...” Afifah tak mampu meneruskan kata-kata. Sebak di dada tak tertahan. Hari ini dia menghadiri sesi kaunseling. Dia perlu lakukan sesuatu untuk dirinya. Dia tak nak rumahtangganya hancur di awal usia perkahwinan mereka. Dia sepatutnya menghadiri sesi kaunseling bersama suaminya, namun Aidil seakan mengelak dari bertemunya.

 

 Kali terakhir dia bertemu muka dengan suaminya adalah pada hari Aidil teruk memarahinya sebelum dia dimasukkan ke hospital. Tempoh hari juga, hanya sejambak bunga dan sekeping nota sahaja yang hadir. Wajah suaminya tidak lagi kelihatan setelah itu. Dimana Aidil juga dia tidak tahu. Di rumah tiada. Di pejabat juga kecoh tentang kehilangan suaminya.

“Puan, puan tenangkan diri. Puan boleh cerita bila puan bersedia.” Hajah Rahmah, kaunselor yang bertugas cuba menenangkan Afifah yang seperti kalah dengan perasaan sedihnya.

 

Afifah mengangguk dan menarik nafas perlahan. Cuba meredakan perasaannya tika ini. Di perlu kuat, di perlu cari jalan penyelesaian.

 

.............................

 

Pintu rumah dikuak, terpampang di mata susuk tubuh suaminya yang kini sedang berdiri menghadapnya. Aidil melangkah mendekati Afifah di muka pintu. Afifah kaget. Perasaannya kini bercampur baur, antara rindu, marah dan kecewa. Dia sendiri tidak pasti reaksi apa yang harus dia tonjolkan saat ini.Yang pasti matanya tidak lepas dari merenung sepasang mata milik Aidil yang sedari dari menatapnya.

 

Aidil yang tiba betul-betul dihadapan isterinya terus mendakap Afifah erat. Hatinya sarat dengan rindu terhadap wanita itu. Cuma selama ini, perasaan bersalah yang menghantui diri memaksa dia melarikan diri seketika. Namun, disebabkan rindu yang tidak tertahan, hari ini dia bertekad,dia perlu bersua muka dengan isterinya.

 

“Abang rindu sangat dengan sayang.” Lirih sekali bunyi suara Aidil mengungkapkan kata rindu. Air mata lelakinya mengalir tanda hatinya terlalu sarat dengan rasa rindu dan bersalah terhadap Afifah.

 

Afifah hanya mendiamkan diri didalam dakapan Aidil. Pelukan suaminya juga tidak dibalas. Dia tidak nafikan, hatinya turut rindu. Terlalu rindu terhadap Aidil. Namun, segala perbuatan ganas Aidil seakan menjadi tembok yang menghalang Afifah dari terus melayan rasa rindunya. Afifah cuba pejam mata. Dia terus menahan rasa yang kian bercelaru di dalam jiwa. Apa sebenarnya yang cuba Aidil lakukan terhadapnya. Kenapa dia harus buat aku terus keliru.

 

 Hari ini kata sayang,esok-esok ditendang terajang. Apa yang harus aku buat ya Allah? Hatiku masih padanya. Tapi mampukah aku berdepan dengan barannya lagi? Mampukah aku bertahan saat diri ini di hina di pukul sekali lagi? Aku buntu ya Allah. Air hangat mengalir di pipi Afifah. dibiarkan pelukan suaminya tanpa balasan.

 

.............................

 

“Abang, barang dapur dah habis.” Afifah bersuara sambiltangannya sibuk menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan santapan Aidil. Pagi ini sarapan mereka cuma bihun goreng dan roti bakar. Selalunya memang begitupun.

“Kalau macam tu, lepas sarapan ni kita pergi shopping barang dapur.” Lembut tutur Aidil membalas. Apa yang sudah jadi padanya Afifah sendiri keliru. Pagi-pagi sudah senyum sampai ke telinga. Melihat senyuman mesra Aidil,Afifah jadi lupa tentang apa yang dilaluinya disebabkan lelaki itu. Dia turut membalas senyuman Aidil.

 

Padanya biarlah perkara itu berlalu. Jika diingat, ianya cuma menjadi igauan ngeri sahaja. Afifah cuma berharap suaminya berubah selepasini.

 

......................

 

“Cik Afifah kan?” Tegur satu suara. Afifah yang sedang memeluk mesra lengan Aidil serentak berpaling ke arah gerangan yang menegur. Aidil turut berbuat demikian.

 

Seorang pemuda sedang tersenyum mesra ke arah mereka.

 

“Doktor Arman. Doktor buat apa dekat sini?” Afifah membalas mesra teguran Arman. Senyumannya tidak mati sedari melihat wajah lelaki itu tadi. Tidak menyangka yang dia akan bertemu kembali dengan lelaki itu.

 

“Saya datang nak beli barang rumah. Cik.....”

 

“Err... puan.” Afifah tersengih lantas menghalakan jari telunjuk ke arah Aidil. Ingin memberitahu Arman dia sudah bersuami.

 

“Ah, sorry, suami puan?” Arman menyoal meminta kepastian walaupun sudah terang lagi bersuluh lelaki yang bermuka masam sebelah Afifahitu adalah suaminya.

Arman menghulur tangan untuk bersalam namun disambut dingin Aidil.

 

“Sayang, kita dah lambat ni.” Aidil bersuara dingin.

 

“Oh, err minta maaflah doktor kami ada hal lagi ni. kami kena pergi dulu.

Assalamualaikum” Jelas Afifah setelah melihat wajah suaminya berubah 360 darjah dari tadi.

 

Arman yang seakan mengerti situasi tersebut terus membenarkan suami isteri itu berlalu setelah menjawab salam Afifah.

 

......................................

 

“Abang nak minum? Ifa buatkan?” soal Afifah setelah usai solat Zuhur. Memandangkan mereka sudah pun makan tengah hari di luar, tak payahlah Afifah sibuk siapkan makan untuk mereka. Namun, dalam rasa senang tak perlu bersusah payah di dapur, ada terselit kebimbangan di hati wanitanya. Mengapa Aidil terlalu diam. Seingat Afifah sewaktu makan tengah hari tadi pun suaminya tidak banyak bicara. Marahkah dia aku bertegur sapa dengan doktor Arman tadi? Berlebihkah di melayan teguran doktor Arman tadi?

 

“Abang?” Tegur Afifah lagi. waktu ini, Aidil sedang bersantai di depan televisyen. Tapi Afifah tahu, fikiran Aidil telah melayang entah ke mana.

Aidil yang tadinya baring bangun dan terus menyandar di sofa apabila melihat Afifah menghampirinya. Afifah mengambil tempat di sebelah suaminya. Dia merenung wajah Aidil sambil menanti butir bicara dari bibir lelaki itu. Dia yakin, ada sesuatu yang menganggu fikiran suaminya.

 

Satu keluhan lahir dari bibir Aidil menambahkan lagi kerisauan dihati Afifah.

“Abang...” tutur Afifah.

 

Aidil bangun dari duduknya dan berdiri membelakangi Afifah. Apa yang sedang tersirat dihati Aidil sungguh Afifah sukar untuk membacanya.Tak pernah suaminya berkelakuan sebegitu sebelum ini. Kalau ada sesuatu yang dia tidak puas hati, pasti saat itu juga akan dia bertanya. Namun hari ini,suaminya terlalu senyap.

 

“Nur Afifah Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak tiga.”Ucap Aidil dengan tenang.

 

Afifah yang mendengar lafaz cerai itu dengan jelas, termangu seketika. Betul ke apa yang dia dengar ini?

 

Afifah memandang kosong belakang suaminya. Cuba dinafikanapa yang dia baru dengar. Namun, lafaznya cukup jelas. Suaminya baru melafazkan cerai terhadapnya. Talak tiga? Allah...

 

Afifah lantas bangun dan menghadap suaminya. Namun Aidil melarikan pandangan.

 

“Kita jumpa di mahkamah esok.” Usai melafazkan ayat tersebut, terus Aidil berlalu meninggalkan isterinya di banglo mewah milik mereka.

 

Afifah yang ditinggalkan sendiri terjelepuk duduk di lantai.Air matanya mengalir setitis demi setitis. Dia terlalu terkejut dengan apa yang baru terjadi. Dia diceraikan dengan talak tiga. Ya Allah, apa yang berlaku sebenarnya? Sedang aku cuba sedaya upaya pertahankan mahligai yang baru dibina ini, tiba-tiba ia hancur dalam sekelip mata. Ya Allah, kuatkanlah hamba Mu ini.Tangisan Afifah memenuhi ruang mewah banglo itu.

 

.................................

 

Lima bulan kemudian...

 

‘Maafkan abang sayang. Bukan niat abang untuk biarkan semuaini terjadi. Percayalah sayang, kasih abang tak pernah pudar untuk sayang.Malah semakin hari semakin bercambah. Tapi, abang bukan suami yang sempurna.Abang lebih rela lepaskan sayang dari biarkan sayang terus diseksa dengan tindakan abang hanya kerana rasa cemburu yang tak mampu abang kawal. Abang takut sekiranya kita terus bersama, lebih teruk sayang menderita. Abang tak nak jadi lelaki yang pentingkan diri. Cukuplah apa yang abang buat selama ini pada sayang turut menyeksa jiwa abang. Semoga sayang bertemu dengan kebahagiaan yang selayaknya sayang miliki.”

 

Bait- bait perkataan dalam surat peninggalan Aidil yang diberikan kepadanya oleh mentuanya di baca sekali lagi. Air mata terus menitis buat kesekian kalinya. Biarpun urusan perceraian mereka telah selesai setelah Aidil melafazkan talak sekali lagi dihadapan saksi lima bulan lalu, namun hati Afifah tak pernah rasa gembira setelah itu. Entah kenapa dengan dirinya, dia sendiri bingung. Kata Murni, dia patut bersyukur kerana sudah lepas dari cengkaman Aidil. Tapi, kenapa apa yang dia rasa adalah sebaliknya. Hatinya terlalu pedih untuk melepaskan lelaki itu. kenapa Ifa? Kenapa kau bersedih lagi? Bukankah kau patut rasa bahagia? Dah tak ada lagi orang yang nak pukul kau semata-mata kerana cemburu buta. Kenapa kau perlu menangis untuk lelakiitu? kenapa aku kena rindu lelaki itu? Ah, sungguh aku rindu padanya.

Afifah bermonolog sendiri. 


....................

 Lima tahun kemudian

 

“Mama mama....” Jeritan anak kecil memanggil ibunya memecah kesunyian. Afifah yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar bergegas keluardari bilik. Risau hatinya mendengar anaknya Raisya menjerit memanggilnya.

 

“Kenapa sayang, mama datang ni.” Afifah mencari anaknya disetiap pelusuk rumah sehinggalah langkahnya membawa dia ke muka pintu hadapan rumahnya yang terbuka luas.

 

Jelas di matanya dua insan tersayang sedang berdiri bersama senyuman di muka pintu. Afifah membalas senyuman mereka.

 

Matanya tidak jemu memandang insan yang sedang memegang kek.Itulah suaminya. Sudah tiga tahun dia bergelar isteri buat lelaki itu. lelaki yang pernah digelarnya sebagai doktor Arman.

 

Arman mendekati isterinya bersama kek hari ulangtahun perkahwinan mereka. Anak mereka Raisya sudah terlebih dahulu memeluk Afifah.

 

“Sayang, abang minta maaf sebab lambat sambut ulangtahun perkahwinan kita. Abang doakan rumah tangga di kekal bahagia dan sentiasa dibawah redha Nya. Amiin InsyaAllah.”Afifah mengaminkan doa suaminya.

 

Terasa bergenang air matanya. Air mata kesyukuran. Bersyukurkerana sekarang Allah telah kurniakan dia seorang suaminya yang sangat baik, penyayang dan juga beriman. Lelaki yang langsung tak pernah sekali berkasar dengannya.

 

 Afifah juga terlalu gembira kerana adanya Raisya. Anak pintarnya yang tak pernah jemu mengisi hari-harinya dengan rasa bahagia. Dia sedar, disebalik ujian yang Allah pernah hadirkan buatnya dengan Aidil dahulu, ada hikmah terselit padanya. Aidil kini semakin mendekatkan diri pada Tuhan.

 

Pernah dia terserempak dengan lelaki itu beberapa bulan lepas, cukup ketara perubahan Aidil. Wajahnya kelihatan tenang berbanding dahulu.Biarlah, bagi Afifah, kisah mereka adalah sejarah. Sejarah yang mematangkan diri masing-masing. Kini Afifah lebih mengerti dan faham hak-hak seorang isteri dalam sebuah perkahwinan. Dan pengalaman itu cukup untuk membuatkan Afifah kuat untuk berjuang bagi rumah tangganya yang baru ini. Doanya moga bahagia sentiasa hadir biarpun diselit ujian Illahi.

 

Kerana dia tahu suami barunya Arman cukup mengerti bahawa seorang wanita itu terciptanya dari rusuk lelaki. Jadinya bukan untuk dijunjung bukan jua untuk ditendang terajang dengan kaki tetapi letaknya dekat dibahu dan dihati  supaya dia sentiasa dilindungidan disayangi. Itulah Wanita.

 

 

 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh