10,466
Kategori:
Genre:
BAB 4
BAB 4
“Gatal merenyam betul budak-budak zaman sekarang ni, kan? SPM pun belum lulus, dah sibuk berdating ke sana ke mari.”

Arghh!! Mulut puaka Makcik Wok dah bunyi pula. Sabar, Jad. Sabar! Buat bodoh aje. Anggap aje diorang semua tu tak wujud.

“Kalau di tegur, memberontaklah, melawanlah. Aku ni bukannya apa Wok, karang kalau tiba-tiba balik rumah, perut dah kembung, siapa yang nak tanggung? Buat malu kita satu kampung aje nanti.”

“Betul tu, Senah. Agaknya dah hilang semua sifat malu dalam diri budak-budak muda sekarang, Eei...ikut aku, memang nak aku cepuk aje muka budak-budak ni.”

Aik? Makin di biar makin menjadi pula. Nak jawab ke tak nak?

“Itulah, Wok. Aku pun heran jugak. Buruk benar tingkah laku budak-budak zaman sekarang ni. Marah karang, sentap pulak. Tapi takkan nak biar diorang beraja di mata, bersultan di hati pulak? Takkanlah nak tunggu sampai diorang menconteng arang ke muka baru kita nak bertindak?”

Kesabaran aku sampai ke penghujung. Keceluparan mulut ahli mesyuarat tembok itu harus di hentikan segera! Kakiku dah tertala laju ke arah mereka.

“Assalamualaikum, makcik-makcik sekalian.”

Makcik-makcik kepochi memandangku tajam. Gaya macam nak telan pun ada. Ingat aku nak kecut perutlah tu. Kirim salamlah beb!

“Waalaikumsalam. Hah, ada apa ni?”

“Makcik semua tengah pakai tudung, kan?”

Saja aku lempar soalan psycho. Biar diorang pecah kepala sikit fikirkan jawapannya.

“Apa punya bodohlah soalan kau ni? Takkanlah kau tak nampak kot? Kan kepala kitorang semua bertudung litup ni.”

Aku gelak kecil. Lagi bertambah hot makcik-makcik tu semua. Muka masing-masing dah merah padam macam udang kena bakar.

“Hah…sedar pun. Ingatkan tak sedar tadi. Makcik, pakaian makcik memang dah mengikut syariat Islam. Tertib, sopan, menutup aurat. Tapi masalahnya perangai makcik langsung tak mencerminkan ciri-ciri seorang muslimah sejati. Saya ada cadangan. Apa kata makcik tanggalkan aje tudung-tudung makcik semua? Barulah kena dengan perangai makcik sekalian.”

Makcik Wok dah menyerbu ke arahku. Mujur aku sempat mengelak. Lintang-pukang aku berlari dan menyorok di belakang Syahmi.

“Sabar, makcik. Sabar. Janganlah marah-marah begini.”

“Tenang kepala hotak kamu! Takkanlah kamu tak dengar apa yang budak tak makan ajar ni cakap tadi?”

Darah aku dah meruap-ruap. Tapi aku tengok Syahmi relaks aje. Takde perasaan ke apa dia ni? Hairan bin ajaib betul!

“Buat apa saya nak marah? Sifat marah tu kan amat di benci oleh Allah S.W.T. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dalam Riwayat Abu Daud. Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada ap dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”

Dari nak marah, tiba-tiba geli hati pula aku tengok muka masam Mak Cik Wok yang tak ubah macam tempoyak basi.

“Eh, budak ni. Tak padan dengan muda, ada hati nak tarbiah aku konon. Dahlah pertama kali datang tempat orang. Nak tunjuk lagak pula, ya?”

“Saya minta maaf kalau kata-kata saya mengguris hati makcik. Kalau macam tu saya minta izin dululah. Assalamualaikum.”

Selamba Syahmi melangkah pergi. Aku apatah lagi. Mana boleh lepaskan peluang ini. Laju aku membontotinya dari belakang. Dan sang hujan juga tampak menyebelahi kami apabila ia mula menggugurkan titis-titis air matanya. Tipis-tipis. Berceracak menjunam ke bumi. Mak Cik Wok dan teman-teman seangkatannya terus buka langkah seribu. Malah lagi laju dari kami.

Aku mula ketawa terbahak-bahak. Pemandangan paling rare yang pernah ku saksikan. Makcik-makcik berlari-lari anak meredah gerimis dengan T-shirt dan kain batik membaluti tubuh. Awesome gila!

Aku labuh punggung atas sofa. Kepenatan menggigit ke segenap temulang. Nafas kasar ku hembus. Tudung ku tanggal. Ibu datang dari dapur. Hairan melihat tingkahku, barangkali.

“Lambat kamu balik arini, Jad. Kamu pergi mana? Rasanya semalam takde pun kamu cakap nak balik lewat arini? Kamu merayap ke mana ni?”

Nah! Kan dah bertubi-tubi peluru berpandu terlontar keluar dari mulut ibu. Aku senyap. Penat pun tak hilang lagi ni. Perisai telinga pun tak sempat pasang. Ada baiknya ku katup mulut rapat-rapat.

“Jad! Ibu tanya kamu ni. Kamu pergi mana?”

Aku mendengus. “Mana ada pergi mana-mana? Orang balik dari sekolahlah!”

“Habis tu kenapa lambat sangat? Ke kamu ada menyinggah ke mana-mana?”

Aku jongket kening tinggi-tinggi macam penyanyi pujaan aku, Ziana Zain. “Mak! Kalau orang menyinggah tempat lain, takkanlah orang nak pergi dengan baju sekolah ni? Apa barang? Baik orang balik rumah, tukar baju dulu, baru orang pergi melepak!”

Muka ibu berubah suram. Marah, sedih bercampur-aduk barangkali. Kesal pula aku membentak-bentak ibu macam tu.

“Ibu, maafkan Jad. Bukan maksud Jad nak berkasar dengan ibu,” kataku sambil pamer wajah seposen.

Ibu senyum. Mesti ibu dah tak marah. Inilah keistimewaan ibu. Hatinya lembut. Kalau dia tengah naik angin putting beliung sekalipun, bila kedengaran sahaja permohonan maaf, hatinya terus sejuk.

“Yalah. Ibu maafkan. Tapi sekarang ni jawab soalan ibu dulu. Kamu pergi mana tadi?”

Aku garu kepala. Nak cakap ke tak nak ni? Tapi ibu selalu pesan, tak baik cakap bohong. Nanti tak berkat hidup!

“Err...sebenarnya....sebenarnya....hmm...kalau orang cakap, ibu jangan marah, ya?”

“Kamu jangan nak takutkan ibu, Jad. Ada apa-apa yang buruk dah jadi ke? Baik kamu terus-terang dengan ibu!”

Cuak habis muka ibu. Gila tak cuak! Mestilah ibu suspen bila dengar kata-kata aku tu. Aku telan liur. Tarik nafas. Dengan selamba rock aku lempar kata-kata.

“Sebenarnya, tadi orang terjumpa dengan bakal menantu ibu! Dia tercangak-cangak kat depan kedai Pak Ali. Kacak, tapi yang penting sekali, baik dan alim orangnya. Ibu jangan risau, tak lama lagi mesti dia masuk meminang orang punyalah!”

Sikit punya confident. Tapi ibu bukan jenis lembu tarik hidung. Percaya bulat-bulat apa yang anak dia yang sewel ni cakap.

“Bakal menantulah konon! SPM pun tak lepas lagi, ada hati nak menikah. Baru jumpa sekali tapi suka-suki aje kamu nak nobatkan lelaki tu sebagai bakal menantu mak? Kamu jangan buat pasal, Jad. Jangan buat pasal!”

“Betullah, ibu. Buat pasal apanya. Budak laki ni memang lain dari lain yang lain! Ini memang stok alim lagi solehah punya.”

“Apa kriteria alim pada kamu? Pakaian dia? Serban di kepala? Jad, tingkah laku manusia tu tak boleh di ukur bersandarkan pada pakaiannya saja. Banyak faktor kena ambik kira.”

Mula dah ibu ni. Kalau cakap tu fefeling macam Ustazah Pilihan ler pulak.

“Faktor apa pulaknya ni? Ke mak teringin nak masuk rancangan X-Factor Malaysia?”

Aduh!!! Tiba-tiba telinga aku perit. Rupanya tangan ibu dah hinggap ke cuping telinga aku. Tangan ibu ku tepis. Cuping telinga ku gosok-gosok lembut.

“Tangan ibu ni macam ketamlah! Cepat aje nak mencubit.”

“Padan muka dengan kamu tu! Ibu cakap betul-betul, dia buat main-main pulak!”

“Alah ibu ni! Gurau sikit pun tak boleh. Takkanlah dengan anak sendiri pun nak sentap kot? Tak rocklah!” Sempat lagi lidah ku jelir bila nampak bebola mata ibu macam nak terjojol keluar.

“Rock tengkorak kamu! Dah, jangan banyak cakap. Pergi mandi lekas. Teman ibu malam ni. Ada ceramah kat surau.”

Arghh!! Ceramahlah pulak. Mahu bernanah telinga aku kejap lagi. Otak, kerah cepat semua idea dalam kotak minda tu. Keluarkan idea yang bernas lagi logik sampaikan aku terselamat dari idea gila ibu aku ni!

Yes! Aku tahu nak cakap apa. Wajahku yang ceria sekarang sudah suram. “Sorilah mak. Orang tak boleh teman mak malam ni. Esok ada ujian. Orang nak ulangkaji.”

Ibu percaya habis. Ketara sangat kat wajahnya. Macam biasa! Tahap lakonan setaraf bintang Hollywood yang ku pamerkan jarang sekali gagal menipu pemikiran ibuku.

“Yeke...hmm..takpelah kalau macam tu. Ibu ajak Mak Cik Ani kau ajelah. Dahlah, pergi masuk mandi. Dah lewat benar ni. Nanti terlepas asar pula.”

Aku senyum kambing. Ya, berjaya juga aku merantai kakiku ini dari terjejak ke perkarangan surau malam ni.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.