Kenangan lalu mengetuk pintu memori.
Seluruh keterujaan berkumpul kembali.
Setiap babak kehidupan dimainkan.
Tatkala mengingatnya, terlukis senyuman.
Aku tertawa, turut menangis.
Hanya mahu kembali.
Hanya mahu seperti dahulu.
Hanya mahu rasai lagi.
Hanya mahu bawa masa lalu.
Segalanya telah berubah.
Awan tidak secerah dahulu.
Daun pohon terus gugur.
Tiada lagi ceria yang mengisi.
Satu sebab, sejuta akibat.
Kisah semalam, kisah silam.
Tidak pernah kelam.
Tak akan terpadam.
Kembali kepadaku.
Dalam kerinduan.
Ke memeluk bayangmu.
Hanya kau, aku mahu.
Segalanya telah berubah.
Mustahil untuk kembali.
Sukar untuk kuterima.
Tiada harapan yang dapat diharap.
Satu perkataan, sejuta maksud.
Kisah semalam, kisah silam.
Tidak pernah kelam.
Tak akan terpadam.
Kisah semalam.
Kisah terindah.