Home Puisi Islamik Pesuruh Yang Terakhir
Pesuruh Yang Terakhir
Haikal Rider
7/8/2018 19:37:52
2,405
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

Kau tetap lagenda 

walau beribu datang menjelma...

Kau adalah permata

yang dikatakan bagai mutiara...


Tidak kau mengenal erti keperitan 

walau dugaan berhembusan di tangan...

Tidak kau lemas ditenggalami

lautan hina meski mereka mencerca...


Kau mengajar panduan agar hidup bahagia...

Kau menerima uji lalu tabah mengangkatnya...

Kau membuang dendam tanpa meluahkannya...


Kau teguh menggenggam peranan 

apabila ditugas memberi peringatan...

Kau setia mengajar kalimah suci

yang menyelamatkan dari suasana ngeri...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.