Hidup penuh cabaran,
Penuh dengan lakaran,
Penuh dengan coretan,
Baik atau buruk itu pilihan,
Kamu yang menentukan,
Tiada sebarang paksaan.
Kekusutan dirasai,
Pelbagai perih ditempuhi,
Putus asa dengan diri,
Lupa yang Ilahi selalu disisi.
Jiwa terasa kosong,
Kerna terlalu sombong,
Bermegah dengan dunia,
Yang sudah tak bermaya.
Mata celik tapi hati buta,
Masa kita di sini sudah singkat,
Sudah dipenghujung cerita,
Cuma menunggu jasad diangkat.