Home Puisi Fantasi Khayalan
Khayalan
Princess Mirrah
25/2/2017 01:39:35
2,945
Kategori: Puisi
Genre: Fantasi

Bila khayalan cuba meyakin,

Namun hakikat tidak mengizin,

Masih terus ku ukir senyuman,

Meski dia tidak ku temukan.


Langkah kaki cuba mengolah,

Agar khayalan menjadi nyata,

Langsung tidak aku mengalah,

Walau realiti tetap tak sedia.


Naluri terus memasang harapan,

Mengharap mimpi jadi kenyataan,

Bukan hanya sekadar khayalan,

Bukan hanya mainan perasaan.


Meski belum ditakdir bertemu,

Hati pasti kan tiba masanya,

Terus ku jaga perasaan itu,

Selagi jiwa berbicara setia.


Andai aku tidak dihati,

Akan aku cuba jauhi,

Tidak akan ku cari kau lagi,

Tidak akan berulang kembali.


Cubalah kasih engkau mengerti,

Akan rasaku didalam hati,

Jangan pula engkau ragui,

Disini aku setia menanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.