Home Novelet Umum SUICIDE:BETULKAH PILIHANKU?
SUICIDE:BETULKAH PILIHANKU?
senjakalamalam
2/9/2017 20:56:09
7,689
Kategori: Novelet
Genre: Umum
Senarai Bab
EPILOG

" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."( Al-Baqarah:286 )

 

“Selepas ini awak nak ke mana?”Soal doktor Sofia.

“Saya akan ke ibu kota untuk memulakan hidup baru.Saya akan cuba cari kerja di sana.”Jawabku ringkas.Beg digalas di sisi.

Doktor Sofia tersenyum nipis.”Ini nombor telefon sepupu saya.Jikalau awak sampai di sana,telefonlah dia.In Sha Allah dia boleh tolong ambilkan”Ujarnya lalu menghulurkan secebis kertas.

Aku mengangguk.Huluran disambut.”Terima kasih doktor.Terima kasih kerana telah memulihkan saya.Terima kasih juga kerana telah membantu saya melangsaikan yuran hospital.Saya tidak akan melupakan jasa doktor.”

“Jangan risau.Saya ikhlas membantu.Cumanya saya berharap,awak kembalilah kepada Tuhan.Ingat,setiap yang berlaku ada hikmah.Sabar,usaha dan tawakal.Tiada gunanya jika kita tawakal namun tiada usaha.Begitulah juga sebaliknya”

Aku mengangguk.Doktor Sofia.Aku tidak akan sesekali melupakanku.”Terima kasih sekali lagi doktor.”

“Selamat jalan Azfar.Semoga jodoh ketemukan kita lagi”

 

***

 

Setahun kemudian…

 

Ya Tuhan…Terima kasih kerana Kau masih memberi peluang kepadaku.Benarlah kata-kata doktor Sofia bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.Walaupun pada mulanya aku berasa tekanan dengan hidup dan berputus asa,kini aku mengerti bahawa nikmatnya sebuah dugaan itu.Dahulunya aku sudah berani untuk mati,kini aku merasa takut.Takut memikirkan amalanku yang masih tidak cukup untuk mendapat syurga Ilahi.

Aku memandang sekeliling.Melihat kanak-kanak sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.Tenang.Ya,ianya sungguh tenang.Aku tersenyum nipis.Terima kasih ya Allah kerana memberikanku peluang kedua.Sesungguhnya aku tidak akan melupakan peluang yang diberi ini.

“Azfar…”

Aku menoleh.

“Ya ustaz”

“Ada panggilan untuk awak”

Panggilan?Untuk aku?Dari siapa?”Dari siapa ustaz?”

“Katanya dari Hospital Kuala Muda”

“Hospital?”Sofia…Nama tersebut terbit di bibir.Adakah doktor Sofia yang menelefonku?
“Baiklah ustaz.”Aku menoleh ke sisi.”Adik-adik baca dahulu ya”Ujarku sebelum bingkas.

Doktor Sofia…Kata-kata beliau dahulu sentiasa berlegar di minda.’Ingat,setiap yang berlaku ada hikmah.Sabar,usaha dan tawakal.Tiada gunanya jika kita tawakal namun tiada usaha.Begitulah juga sebaliknya’.Aku tersenyum nipis.Siapa sangka bahawa aku kini telah menjadi salah seorang ahli masjid.Aku benar-benar usaha untuk dekatkan diri kepada Tuhan.Benar…Kehidupan tidaklah indah seperti di dalam drama.

Aku tidaklah hidup dengan senang selepas apa yang berlaku dahulu.Namun,aku cuba untuk menempuh dugaan yang datang dengan redha.Sejurus aku tiba di ibu kota setahun yang lalu,hampir bermacam kerja telah aku lakukan.Dari menolong kedai runcit,pasar malam sehinggalah ke restoran.Namun,ianya berbeza dari dahulu.Ya,ianya berbeza kerana kali ini aku dekatkan diri kepada Tuhan.Aku terima dugaan yang datang dengan hati yang terbuka.Aku redha…

Setiap hari aku akan luangkan masa lapangku di masjid berdekatan tempat tinggal.Siapa sangka,aku telah menjadi perhatian ahli masjid di sini.Indah.Cukup indah percaturan Tuhan.Aku telah ditawarkan bekerja di sebuah kedai milik salah seorang ahli masjid di sini.Berkat usaha dan kepercayaan,kini kedai itu telah menjadi tanggungjawabku sepenuhnya kerana tuan empunya terpaksa ke luar negara.Aku bersyukur Tuhan.Aku bersyukur kerana Kau tidak menjemputku dahulu.Aku bersyukur kerana Kau masih memberiku peluang.Terima kasih…

“Hello…”

“Ini encik Azfar ke?”
“Ya saya.Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?”

“Saya Dr Malik dari Hospital Kuala Muda.Saya ingin bercakap perihal doktor Sofia…”

Aku berkerut seribu.Sepertinya khabar buruk bakal menyusul.Namun,aku cuba untuk usnudzon.

“Kenapa dengan doktor Sofia,doktor?”Aku sudah menjadi gemuruh.

“Maafkan saya encik tetapi doktor Sofia telah meninggal dunia…”

Telefon di tangan terlepas.Doktor...Sofia…Meninggal.Ayat tersebut berlegar di minda.Amat sukar untuk ia diproses.

“Hello..Cik?Cik Azfar?Hello…?”

 

***

 

Batu nisan yang tertulis nama Sofia binti Jalil kupandang dalam.Keluhan dilepas kasar.Aku tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya dengan kata-kata.Sedih dan sebak kerana doktor Sofialah tulang belakang aku setelah apa yang menimpaku dahulu.Dialah yang memberi aku sinar harapan untuk berubah.

Aku fikirkan bahawa aku yang akan pergi dahulu.Namun,ajal itu memang misteri.Masih terngiang lagi kata-kata doktor Malik bahawa doktor Sofia telah menghidap penyakit kanser paru-paru dan di hujung nyawanya beliau ingin pemergiannya sampai pada pengetahuan aku.Beliau juga ingin aku meneruskan hidup dan berbuat baik kerana ia juga merupakan saham akhirat untuknya.

Doktor Sofia…Terima kasih.Terima kasih kerana hadir di dalam hidup aku.Kini aku sedar.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Begitulah juga dengan keputusan aku yang bodoh dahulu.Jikalau aku tidak melakukan apa yang aku lakukan,aku mungkin tidak akan berjumpa denganmu.

Memang misteri percaturan Tuhan dan aku sudah mula nampak hikmah di sebalik semua ini.Ia merupakan selangkah untuk aku mendapat keredhaan Ilahi.

Doktor Sofia,semoga kau tenang di sana bersama suami dan anak-anak.In Sha Allah kita akan ketemu suatu hari di sana.Di Jannah Tuhan In Sha Allah…

Batu nisan diusap lembut.Dengan nafas yang ditarik dalam,aku bingkas lalu meninggalkan tanah perkuburan Islam Darul Ehsan itu.

Terima kasih Tuhan…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.