Bab 20

Firdaus bangkit dari pembaringan perlahan - lahan tanpa mengejutkan Aisyah yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya.

Lagaknya tak ubah seperti suami yang mahu keluar malam, diam dan teratur saja gerak gerinya mengangkat lengan Aisyah yang melingkari perut. Takut diketahui.


Nanti kalau si Aisyah terbangun tidur, dia pula yang garu kepala. Bukan apa, malas mahu melayan kerenah Aisyah yang manja dan terlalu suka melekat itu. Lebih baik perempuan itu dibiarkan terus bermimpi saja.

Diraup wajahnya berkali - kali seraya mengeluh lega. Seluar pendek paras peha disarung laju dan dibiarkan bahagian dadanya yang bidang itu terdedah.

Bahu kiri dan kanan yang terasa tegang diurut - urut keras dek lelah diranjang masih belum hilang. Apatah lagi, hari ini permainannya agak sedikit ekstrim.

Sekilas, dia kerling ke arah tubuh Aisyah yang nyenyak tidur di katilnya dan sekilas itu juga, matanya terbayang akan tubuh Humaira yang mendiami pembaringan Aisyah.

Digeleng kepalanya berkali - kali. Apa kena dengan aku ni? Haish.

Siang sudah lama melabuh tirai, dan permandangan di luar tingkap sungguh indah bagaikan bintang dek simpahan lampu - lampu dari bangunan tinggi berdekatan.

Dia menbawa kedua - dua kakinya memerhatikan permandangan luar koridor kecil itu ditemani sebotol minuman keras.

Diteguk air pahit payah itu beberapa kali sehingga ke titisan terakhir sebelum diremuk botol itu dan dicampakkan ke dalam tong sampah.

Angin malam kian kuat. Saat tubuhnya menjamah hembusan angin malam yang sejuk itu, merinding tegak bulu - bulu halus di lengan sasanya.

Digosok - gosok lengannya supaya hangat sebelum bola matanya terlontar jauh ke sebuah pulau.

" Maira..." Menyebut sebaris nama itu membuatkan hati kecil Firdaus tercuit tawa kecil.

Sejak pertama kali bertentang mata dengan Humaira, hatinya sudah dirundum rasa aneh. Rasa aneh seperti bila terjumpa dengan orang yang sudah lama tidak berjumpa.

Membuak - buak rasa rindu dan keinginan untuk memiliki. Rasa yang sukar dia ertikan dengan kata - kata. Itulah kali pertama hati jantannya meronta - ronta sebegitu rupa.

Baru saja mahu meneroka angan bahagia, dia dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu beberapa kali.

Siapa pula datang malam - malam ni? Nak hidup senang sekejap pun tak boleh. Getus hati Firdaus membungkam.

Kakinya menapak masuk ke dalam studio dan diangkat tangannya menahan Aisyah yang terjaga tidur daripada bergerak dari katil.

Firdaus capai tuala yang tersidai di penyidai sebelah pintu masuk bilik air dan melilit tuala itu ke pinggang.

Tanpa berfikir panjang, dia buka pintu untuk melihat siapa gerangan manusia yang datang ke studionya malam - malam buta begini.

Malang tak berbau, singgah satu tumbukan padu mengenai rahang Firdaus. Perkara yang berlaku sepantas kilat itu, menghalang Firdaus untuk mengelak dan mempertahankan dirinya lalu menyebabkan badannya terdorong ke belakang.

" Mana tunang aku sial!" Pekik seorang lelaki bersut hitam dan berkaca mata hitam.

Tidak menjawab soalan itu, Firdaus membetul - betulkan rahangnya seketika sebelum dia membalas tumbukan, tepat mengenai batang hidung lelaki bersut hitam itu lalu tanpa sempat badan lelaki itu terdorong ke belakang, tangkas tangan Firdaus memagut leher baju lelaki itu dan menarik masuk ke dalam studionya.

Pintu dikunci lalu dengan sekali tolakan dan tendangan di belakang badan, lelaki bersut hitam itu jatuh terjelopok mencium lantai.

" Aaaaa!! Nazri!" Jerit Aisyah yang panik bila melihat tubuh tunangnya di depan mata. Tubuhnya disarung penuh dengan selimut, menutupi tubuhnya  yang bertelanjang.

" Pfttt Nazri, tunang? Tu ha, ambillah dia... " Ujar Firdaus tenang menuju ke bilik air dan membasuh luka bibir yang sedikit terkoyak. Celaka betul!

" Tunang kau tu yang goda aku bro. Aku tak tahu menahu pasal kau. Kalau kau nak sekolahkan aku, silap bro." Laung Firdaus dari dalam bilik air.

Pili air dibuka lalu disimbah ke muka. Pijar dan rasa  sakit yang amat mula menebar ke seluruh bahagian bibir. Dia mendencit geram.

" Sekolahkan tunang kau dulu." Sambung Firdaus sambil menilik bibirnya di hadapan cermin.

" Aisyah! Betina sundal."

PANG!

Terdengar satu tamparan kuat dari dalam bilik air, disusuli dengan beberapa siri jeritan dan lolokan dari suara merdu Aisyah meminta tolong. Kena pukullah tu.

" Kau nak pukul dia pun, jangan dalam studio aku. Sila keluar dulu." Tegur Firdaus selamba sambil dia buka peti ais dan mengambil satu botol beer.

Adegen pukul memukul berhenti dan mata si pelaku serta si mangsa masing - masing tertunak kaku pada susuk tubuh Firdaus yang berjalan tenang ke koridor.

" Fir! You tak nak tolong I ke Fir?" Rayu Aisyah dalam tangisan sebelum belakang kepalanya dihempuk kuat oleh Nazri. 
Berani kau merengek dengan aku lepas kena hempuk macam tu? 

" You tak pernah cakap you dah ada tunang." Tanya Firdaus. Badannya bersandar menghadap katil dan bola matanya meliar melihat keadaan katilnya yang kucar kacir. Rimas. Pantang betul ada tangan yang merosakkan barang - barangnya.

" I tak sayang dia, Fir! Selama ni I sayang you je. Tapi you tak pernah nampak!" Tutur Aisyah berlinangan air mata. Nazri sudah menampakkan rupa jijik.

" Betina tak pernah bersyukur. Habis yang kau merayu dengan aku suruh bertunang dengan kau kenapa? Hah sundal?" Beberapa tonyohan mengena kepala diikuti dengan makian.

Firdaus angkat kedua - dua tangannya tanda mengaku kalah, " Sorry but aku tak nak masuk campur."

" FIR! you nodai I! You kena bertanggung—."

Tidak jadi Aisyah ingin menghabiskan ayatnya kerana tawa besar Firdaus yang tiba - tiba saja meletus.

Wajahnya gamam dan hatinya, ya , mestilah terobek parah. Rasa hina mula menguris jantung. Sampai hati!

" Apa nama kau? Nazri?"

Nazri mengangguk.

" Esok aku nak kerja. Tunang kau pun sama. Pasal —." Geli nak sebut. Tapi digagahkan juga.

" Hubungan ni... Maafkan je dia. Everyone makes a mistake and you should give her a chance. Macam kau pun tak pernah buat." Sambung Firdaus panjang lebar.

" Mana kau tahu aku pernah buat benda - benda terkutuk ni?" Kerut dahi Nazri.

" Tengoklah, butang baju kemeje kau pun tak betul. Bahagian kolar kau tu, apa dia? Bukan lipstik ke? Aku detektif. Aku tahulah. Dah tolonglah keluar. Aisyah pakai baju, tolong ya." Firdaus acah - acah pening. kedua - dua tangannya sudah kemas memegang ubun - ubun.

Pintu studio dipandang dua mata, memerhatikan saja pasangan itu keluar. Sebaik saja pintu ditutup rapat, Firdaus menguntum senyuman puas lalu dia melompat gembira.

" Yes!!! Selesai!! Wohooo!!" Tangannya melayang ke udara serupa menyambut satu kemenangan besar.

Berjoget - joget dia gembira sebelum dia melontar pandangan pada pulau yang bakal menjadi kediamannya selama enam bulan nanti.

***

Sudah hampir seminggu Humaira bertugas di wad penyeliaan Sufian dan dia sudah tidak sabar mahu keluar dari situ.

Layanan Zhaffran semakin hari semakin aneh. Mesranya semacam. Sudahlah terpaksa ditonton Sufian. Malunya tak perlu ceritalah.

Mujur hari ini Sufian tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting katanya.

Hanya beberapa orang saja yang dipanggil dan segala urusan di wad diserahkan pada Humaira berserta satu amaran. ' Jangan buat bukan - bukan. Balik karang, aku check semuanya.'

Mencebik, Humaira mengajuk tutur kata Sufian pagi tadi sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik.

" Selamat pagi, doktor Zhaffran." Senyum Humaira menyapa orang tua separuh abad itu.

Matanya yang senantiasa kuyu itu kelihatan sedikit bersinar tiba - tiba. Mungkin tidak percaya dengan apa yang terdengar di peluput telinga.

" Mana Sufian?" Soal Zhaffran dengan nada kedengaran serius. Bola matanya meliar - liar melihat sekeliling bilik.

" Dia perlu attend pesakit lain, jadi hari ni Maira saja yang attend doktor Zhaffran." Pancing Humaira dengan nada ceria. Keningnya terjungkit memerhatikan gerak geri orang tua itu. Kelihatan gelisah tiba - tiba.

" Kenapa ni doktor?" Soal Humaira seakan - akan panggilan doktor itu sudah terbiasa dibibirnya. Padahal baru hari ini dia menyebutnya buat Zhaffran.

Tiba - tiba, Zhaffran menaikkan satu jari pada bibirnya tanda diam. Pandangannya masih lagi meliar tapi akhirnya berhenti pada meja kerja Sufian.

Terkocoh - kocoh dia bangun dari kerusi dan menutup objek aneh berlampu merah pada sisi bawah meja. Terperosok tapi bila diamati, ia memang ada disitu.

Humaira telan air liur. Dia tekan apa tu? Locong kecemasan ke? Macam mana lepas ni dia terkam aku tiba - tiba? Pintu berkunci... Mana aku nak lari? Keluh kesah jadinya.

Humaira cepat - cepat bangun dari kerusi tapi ditahan Zhaffran dengan isyarat tangan.

" J—Jangan takut! Tenang. Saya takkan apa - apakan awak Maira..." Jelas Zhaffran. Jelas dari pandangan, merindik peluh sejuk di dahinya. Apa yang dia takutkan sangat ni?

" Kenapa? Kenapa awak tutup alat tu?" Tanya Humaira kehairanan.

" Oh, itu recorder. Jangan risau. Ada sesiapa yang beritahu awak siapa saya?" Tanya Zhaffran sebaik saja dia merapati tempat Humaira berdiri. Wajahnya penuh mengharap.

Humaira mengeleng. " Siapa yang awak maksudkan?"

Bibir Zhaffran bergerak - gerak seperti ingin memberitahu sesuatu tetapi tiada apa yang terluah.

Dia berganjak dua tiga langkah ke belakang dari Humaira seakan - akan isyarat orang yang sedang mengubah fikiran.

" Jadi betullah awak seorang doktor? Kenapa awak boleh jadi macam ni? " Tanya Humaira ingin tahu.

" Awak tahu pasal projek X?" Kepala Zhaffran diteleng sedikit mahu melihat riak muka Humaira.

" Projek X? Projek apa?" Berkerut dahi Humaira mendengarnya.

" Projek yang dikelola orang - orang atasan? Awak tak tahu?" Duga Zhaffran lagi.

" Maaf, saya tak tahu. Projek X apa ni?" Berterus terang, memang sampai sekarang dia masih kabur dengan projek yang didengari secara rambang ini.

" Awak tak terlibat?" Soal Zhaffran lagi.
" Terlibat apa ni doktor? Program atau projek apa pun saya tak tahu. Macam mana nak terlibat." Humaira gelak kecil.

Zhaffran mengeluh kecil, " Kalau awak tak tahu dan tak terlibat, apa function awak kat sini?"

" Saya doktor yang bertugas disinilah. Apa masalahnya?" Senyum lebar Humaira.

" Maira, awak tahu ini tempat apa?" Sayu saja kedengaran suara Zhaffran.

Riak senang pada wajah Humaira bertukar gusar lalu dia mengeleng. Dia tahu, bukan sebuah hospital gila yang Zhaffran maksudkan.

" Sejak tujuh tahun lepas, hospital ni dah banyak jalankan projek haram untuk badan kerajaan, Maira." Melopong Humaira mendengarnya. Projek haram?!

" Saya sebenarnya salah seorang doktor yang bertugas disini dahulu. Kawan - kawan saya semuanya dijadikan doktor paksa. Jalankan bermacam - macam eksperimen ke atas penghuni - penghuni disini. Sejak kehilangan Dr Amir, saya nekad saya perlu buat sesuatu untuk selamatkan diri saya."

" Dengan berlakon jadi gila?" Potong Humaira yang sudah faham dengan jalan cerita yang diceritakan Zhaffran.

" Ya Maira. Tapi saya tak boleh keluar dari pulau ni. Keliling pulau dah dipagar dengan pagar elektrik bervoltan tinggi.

Kalaupun saya berjaya keluar dari pagar elektrik, saya akan mati lemas berenang ke darat sebab disini ombak agak kuat.

Apa yang saya buat, saya cuba dapatkan bantuan menggunakan radio tower lama sana tu." Tangan Zhaffran tunjuk ke arah Tiang radio komunikasi yang berdiri tidak jauh dari situ sebelum tangan Humaira dipegang Zhaffran kemas lalu dia membisik. Terkejut Humaira dibuatnya.

" Awak datang untuk selamatkan saya dan kawan - kawan kan?" Soal Zhaffran penuh pengharapan.

Pertanyaan Zhaffran hanya sekadar angin lalu saja. Wajah Zhaffran dipandang kosong sebelum Zhaffran menyambung.

" Sebab itu kalau awak perhati, kat sini semuanya terasing. Pernah awak dapat hubungi keluarga atau akses dunia luar kecuali laman laman sesawang tertentu saja? Laman komen dekat Youtube pun diblock."

Humaira mengangguk laju, baru perasan akan hal itu. Hatinya menjadi cuak tiba - tiba.

Renungan matanya yang tadi tertunak pada Zhaffran jatuh ke lantai sebelum pantas dia naik melihat dua bola mata itu.

" Jadi awak kenal Emir?" Soalan Humaira berdebar - debar.

" Emir? Emir Ibrahim?" Sengih Zhaffran sebelum dia mengangguk.

Humaira menunggu ayat seterusnya.

" Emir Ibrahim dah lama mati di hospital ni tapi rekodnya dipadam. Sayalah doktornya. Kenapa Maira?"

Humaira mati kata - kata. Dadanya berombak kencang. Bibirnya kaku seakan - akan disampuk hantu. Habis pucat wajahnya. Mati? Jadi Emir di dalam bilik tahanan sekarang itu siapa?!

***

Well - well. My boy!" Lelaki tua yang segak dengan sut hitam kebiasaannya memeluk bahu Sufian kejap. Bibirnya menguntum senyum namun tidak berbalas.

Sufian mencerlung dengan hujung matanya sebelum dia berjalan menuju ke meja bulat dan menghempas satu fail berwarna tanah di atas meja

Hey, kau semua nak tahu satu news baru? Mamat tua yang kita panggil Azka ni, rupanya imposter terbaik pernah aku jumpa!"

Sufian kemas berpeluk tubuh melihat Qidran yang kekeliruan menarik fail di atas meja. Melihatkan gambar lelaki tua itu pada fail dia jadi keliru.

" Azka tu siapa kalau nama sebenar kau Zulkarnain?" Mengerutu dahi Qidran dibuatnya.

Pandangannya silih berganti melihat gambar yang tertampal pada fail dan empunya badan. Memang sama cuma nama lain.

" Bukan setakat tu je, rupanya mamat ni orang tengah je! Kuli batak berlagak orang atasan! Bukan penasihat orang Winch pon!"

Zulkarnain yang menyamar sebagai Azka sudah berganjak beberapa langkah melihat amukan Sufian. Mahu menyelamatkan diri.

" Alah korang ni, Batman pun tak guna nama betulkan?" Seloroh Zulkarnain yang sudah menampakkan identiti sebenar.

Kakinya sudah bersedia untuk keluar dari tempat sulit. Saat Qidran bangun saja dari kerusi, berlari dia angkat kaki dari situ.

Sufian pantas mengejar dari belakang, " Mana kau nak lari?!"

Dia menerpa badannya pada Zulkarnain dan mengunci badan lelaki tua itu daripada melarikan diri.

Tapak kasut Qidran bergegar terbias sampai ke halwa telinga. Zulkarnain mengigil ketakutan. Qidran duduk mencangkung melihat sisi muka Zulkarnain.

" Jadi selama ni, aku dengar cakap orang bodoh lah? Kuli je rupanya kau ni tapi berlagak macam raja!" Dek kerana geram Qidran tarik rambut yang kian memutih itu lalu dipaksa lelaki itu bangun.

" Sekarang, aku nak kau telefon Winch dan tanya dia pasal permintaan aku yang dia tak pernah layan dulu tu."


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh