Home Novel Seram/Misteri REMBAU
REMBAU
Nabella Bazli
21/1/2018 11:50:58
5,324
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 3

Bab 3 : Illusi?


Siang sudah berganti malam. Lampu pendaflordua-dua dinyalakan. Malah lampu di meja belajar turut dihidupkan juga. Biarterang bilik itu dengan cahaya. Supaya ketakutannya hilang sedikit.

            Speakermudah alih dikeluarkan dari kotak. Dicucuknya pula pendrive berisiayat-ayat Quran yang baru dimuat turun siang tadi pada speaker itu.Surah Al-fatihah mula kedengaran di corong speaker itu. Volumesuara dikuatkan hingga tahap maksima. Dia senyum sinis sambil melihat segenapruang di dalam bilik itu.

            “Semoga kauterbakar lepas dengar ayat-ayat Quran ni.”

Tuala yang disangkut pada almari diambil lalu dia melangkah keluardari bilik itu untuk ke tandas. Mandi.

Selipar disarung pada kaki. Tuala ditangan terus disangkut padapenyidai yang ada berdekatan dengan ruang membasuh baju.  Ditilik wajahnya pada cermin seketika.

“Jerawat ni memang tak ada tempat lain ke nak tumbuh? Bersepah katmuka aku ni buat apa entah..”

Selesai mencuci muka, bakul berisi toiletries diangkut kebilik mandi pula. Tiba-tiba pula dia rasa berat hati benar untuk mandi. Entahkenapa, hati kecilnya betul-betul berkeras menyuruh dia masuk ke bilik semuladan tidur saja. Mandi awal pagi esok pun boleh.

Tatkala pintu bilik mandi bewarna biru itu ditolak perlahan,

Terus terlepas bakul toiletries itu dari tangannya.

Isabella keras, kaku untuk beberapa saat. Matanya tak mampubekerdip tatkala pemandangannya dihiasi dengan entiti yang berambut panjangmelepasi bahu berada betul-betul dihadapannya.

Figura makhluk itu tidak berapa jelas pada mata kasarnya. Malah, iakelihatan seperti kabus saja. Umpama jika disuluh dengan lampu suluh, cahayamungkin bisa menembusi badannya.

Siot!

‘Betul ke apa yang aku nampak ni? Atau ini cuma ilusi mata aku je?’

Perlahan, dia menjatuhkan mata ke lantai, berniat untuk mengalihkanpandangan.

Dia menghembuskan nafas perlahan. Pintu itu kemudiannya ditutupsemula dan toiletries yang berselerakkan dikutip lalu diletak rapat ke tepidinding. Entah kenapa dia masih tidak berura-ura untuk beredar dari tandas itu.

Rasa takut? Tidak pula. Pelik!

Otaknya mula cuba mencerna apa yang baru saja berlaku tadi. Macambercelaru pun ada.

‘Betul ke apa yang aku nampak tadi?’

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.