Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hey sayangku..Hari ini aku cantik
Hey sayangku..Hari ini aku cantik
Aziera
27/6/2018 03:52:57
1,535
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

Bab 1

“HANNAH! Bangunlah! Takkerja ke hari ni?” Miasara goncang badan Hannah Delisya kuat-kuat. Tak cukupitu, dia hempuk Hannah Delisya dengan bantal peluk beberapa kali.

 

“Hannah! Dah pukul tujuhSETENGAH dah sekarang! Kau nak tunggu bas lagi. Weh Bangun lah!” Hannah Delisyaakhirnya menggeliat malas. Pinggul bekas kena hempap dengan bantal digosoktanpa perasaan. Lepas rasa keadaan kembali jeda dan aman, Hannah Delisya kembalilelapkan mata. Senyuman dibibir terukir , mahu kembali masuk ke dalam mimpiindah. Tak sedar yang dia sedang diperhati Miasara dengan renungan tajam sambilpeluk tubuh geram!

 

“Hannah! Kau memangsengaja kan uji kesabaran aku!!!!” Pup! Bantal dikepala Hannah dirampas kasarsebelum pukul Hannah sekuat hati. Bila Hannah menjerit , Miasara hembuskannafas lega. Lega sebab mampu lepaskan rasa geram kepada Hannah yang tersangatdegil ini.

 

“Padam muka! Tahulah takboleh solat! Tapi agak-agaklah nak lewat. Dah bangun! Aku hantar kau pergikerja hari ni. Cepattt!” Miasara hadiahkan senyuman sinis kearah Hannah Delisyayang sedang naikkan muncung, merajuk. Sesaat, dahi Miasara berkerut pula lihat riakHannah Delisya yang tiba-tiba berubah cemburut dan sugul.

 

“Aku dah berhenti kerjalah!” Hannah Delisya akhirnya mengeluh. Mata dia rasa panas. Dapat rasawajahnya berubah merah seratus peratus. Tak sempat tahan, air mata dia akhirnyajatuh jua. Menggigil tangan saat mahu menyapu cecair putih itu. Bibir sengajaukir ketawa, mahu buang rasa malu depan Miasara.

 

“Hurm.. Apa alasanmajikan kau kali ni? “ Perlahan nada Miasara. Seakan tak sampai hati mahukeluarkan soalan ini.

 

“Macam biasa. Penampilanaku tak menarik.  Kolot! Tak sedar diridah tahu diri macam ni, still mahu ceburi bidang fesyen. Hurm! Tapi kau janganrisau lah Mia, aku akan berusaha cari kerja baru! Tak payah risau k! ” Miasaradekati Hannah Delisya. Rambut kerinting keras paras bahu milik Hannah Delisyadigosok lembut sebelum tarik rakan baiknya ini masuk dalam dakapannya. BiarkanHannah Delisya menangis sepuas-puasnya.

 

“Dah jangan hiraukanaku.. Pergilah kerja.. Aku dah biasa macam ni. Bukan sekali ni je aku kenabuang kerja sebab aku tak cantik. Tapi dah banyak kali dah. Nanti-nanti akuokay lah ni.” Hannah Delisya tolak badan Miasara tetapi Miasara tetap degilmahu dakap dia tak mahu lepas-lepas. Air mata Hannah Delisya serta-mertakering. Dia sedaya upaya tolak badan Miasara supaya menjauhinya. Melampau pulakawannya ini. Dia pula yang rasa rimas.

 

“Aku tak kisah akulambat. Asalkan aku dapat pastikan kau okay. Kau tahu kan kau satu-satunyakawan yang aku ada. Maknannya kalau kau sedih, aku pun akan rasa tempias tu.”

 

“Dah lah baca skrip dramadepan aku.  Serius aku okay. Pergilah!Lagipun aku nak pergi jumpa kawan aku nanti. Dia cakap dia nak recommend akukerja dekat tempat kerja kawan dia.” Miasara regangkan pelukan. Hannah Delisyamampu bernafas bebas.

 

“Serius kau okay ni?”Mintakepastian lagi sekali. Pipi kiri dan kanan Hannah Delisya yang dipenuhi parutjerawat hitam-hitam ditatap lama.

 

“Okay! Dah –dah pergi jelah. Tepat-tepat pukul 8 dah sekarang. Pergilah! Nak rempuh james lagi entahpukul berapa kau sampai nanti!”

 

“Beria ya kau halau aku!Siap kau petang nanti! “ Miasara cepat-cepat bangun bila Hannah Delisya tolakdia kasar. Angkara geram, sempat dia tarik rambut Hannah Delisya yang tak ubahmacam maggi perisa kari. Rasakan! Halau dia sangat! Dia pujuk dan peluk Hannahikhlas kot! Tapi Hannah sikit pun tak rasa semua tu! Bebel Miasara .

 

“Ouch sakitlah senget!”

 

“Hurm. Take care Hannah!Aku sayang kau!” Sempat jenggulkan kepala dipintu sebelum kenyitkan mata kanankearah Hannah Delisya yang sedang gosok kulit kepala dengan wajah kerut. Ya,Miasara memang maksudkannya. Dia betul-betul sayangkan Hannah Delisya malahsayang lebih dari diri sendiri.

 

***

“YA saya akan sampai ermmungkin around 5 minutes lagi. So make sure everyone get ready!  Saya tak nak ada mistake dari pihak kita kaliini. Ingat! Ohh yaa! One more thing……Ya Allah!” Aifden tersentak. Brek kecemasanditekan sekuat hati!

 

Bub! Dia akhirnyaterlanggar juga sesuatu yang dia mahu mengelak tadi. Panggilan di telefonbimbit ditinggalkan. Kepala dihentak distereng beberapa kali. Tie dileherdilonggarkan sebelum dia keluar dari kereta.

 

“Maafkan saya cik sebabdah terlanggar cik dan buat kaki cik luka. Nampak kejam tapi serius saya memangbetul-betul ada meeting yang memang saya tak boleh nak elak sekarang. Nah! Cikambillah duit ni. Pergi klinik rawat kaki cik. Maaf lagi sekali.. Sebab takdapat bantu cik.” Beberapa keping duit kertas lima puluh dikeluarkan kelam-kabutsebelum dihulurkan tepat kearah perempuan yang sedang terduduk diatas bahujalan dengan kaki yang kelihatan berdarah. Luka tak berapa teruk dan parah tapiAifden tahu perempuan ini pasti tak mampu nak berjalan seperti biasa.

 

“Nah kad saya. Lepas 3jam nanti, cik call saya. Saya akan bantu apa-apa yang cik perlukan. Tetapisaya betul-betul minta maaf. Bukan sekarang..” Aifden letakkan juga duit dankad profilnya didalam tangan perempuan ini. Dalam diam, Aifden cuba cari wajahperempuan hadapannya ini. Dek kerana rambut kerinting tebal ini, Aifden masihtak mampu lihat reaksi sebenar perempuan ini sekarang.

 

“So saya consider cikokay ya? Okay kan cik?” Aifden masih cuba sedaya upaya cari wajah perempuan ini.Yang hairannya, perempuan ini hanya tunduk, angguk dan seakan mahu mengelakdari dilihatnya. Bercakap atau balas kata-katanya juga tidak. Sedikit sebanyak,semua ini jadi tanda tanya dalam diri Aifden. Adakah perempuan ini kenal dia?Atau dia pernah kenal dengan perempuan ini sebelum ini?

 

“Okay okay Kaseh. Sayamemang tengah drive sekarang. Yes! I’will be there.Ya ya! Saya tahu!” Saattangannya mahu huraikan rambut perempuan ini, telefon didalam blazer berbunyi.Terus terhenti tindakannya.

 

“Saya pergi dulu cik.Nanti apa-apa cik call saya ya. Kita settle. Yes! Kita akan settle secara baiknanti tetapi after meeting ni.Err..Saya minta maaf lagi sekali.” Aifden senyumkepada diri sendiri. Dia tak ubah seperti sedang bercakap dengan diri sendiri.

 

Dalam kereta, untukbeberapa saat sempat dia memerhati perempuan yang masih dilitupi rambut, yangsedang terkehel-kehel pergi duduk dibangku yang berdekatan sekarang. Keluhandilepaskan sebelum akhirnya dia memecut laju tinggalkan tempat ini. Tanda tanyadan perasaan bersalah yang berlegar-legar dalam fikiran mati disitu. Walaupunseratus peratus, perempuan ini yang bersalah gara-gara melintas tanpa lihatkiri dan kanan tetapi Aifden rasa dia pun perlu dipersalahkan. Gara-garaterleka dengan telefon bimbit, dia tak sempat nak elak halangan dihadapan.

 

Hurm.. Apa-apa pun yangpaling penting dia harus sampai ke pejabat sekarang dan masuk meeting tepatpada waktunya.

 

“Dani Aifden…” HannahDelisya senyum manis. Air mata dipipi dibiarkan mengalir membasahi kad putihyang sedang berada dalam genggamannya sekarang Ya, tak salah lagi. Itulahsatu-satunya lelaki yang dia cinta sampai sekarang. Luka dikaki tidakdidendahkan. Sikitpun tak buat dia rasa sakit gara-gara hati dia sekarangsedang sesak dengan beribu perasaan. Segala maklumat ringkas mengenai lelaki inidibaca penuh teliti. Tak sangka, Dani Aifden yang dia kenal dah berjayasekarang. Bibir menguntum senyum ikhlas.

 

Segera kejadian duaminggu lepas menerpa dirinya.

 

“Miaaaaaaaaa! Kau kenatolong aku! Kau kena tolong aku jugak! Tak kira apa jadi kau kena tolongaku!!!!! Masalah besar! Masalah besaarrrrr! ”

 

“Ya.. Ya!” Miasara rentaptangannya. Wajah cemas Hannah Delisya direnung hairan.  Kening dijongket kearah kawan yang sedanggeleng-geleng balas bahasa isyaratnya. 

 

“Kenapa? “ Telefon bimbityang sedang diterkap dielakkan sebaik Miasara cuba mahu curi-curi tengokisinya.

 

“Kau ingat tak Dani Aifden?”Miasara laju mengangguk. Bibir cebik sambil tangan lurukan kearah beberapakeping gambar budak lelaki tubuh gempal dalam bingkai gambar yang tergantunghampir di seluruh dinding bilik Hannah Delisya.

 

“Kenapa dengan budakgemuk tuh?” Miasara nampak tak berminat.

 

“Dia dah kembali selepas17 tahun dia tak contact aku!!!!!!! Tiba-tiba hari ni, aku dapat email dari dia.Katanya dia akan balik Malaysia minggu depan. Aku pun tak pasti macam mana diaakhirnya boleh cari aku. Gigih betul dia!!!!” Hannah Delisya resah gelisah.Mundar mandir sambil kilas skrin telefon beberapa kali seakan tak percayadengan apa yang dia lihat sekarang. Peluh memutih di wajah. Cemas macam nakmati disini!

 

“So?”

 

“So dia nak jumpa aku!Arghh masalah besar!”

 

“Jumpa je lah! Lagipunkorang memang dah lama nak jumpa each other kan? Cinta pertama katakan… Apayang masalahnya!”

 

“Tengok profil gambar diasekarang!” Telefon bimbit Hannah Delisya dirampas geram oleh Miasara bila skrintelefon bimbit ini dilurukan betul-betul bercumbu dengan dahi dia. Agak-agaklah!

 

“OMG! Handsomenya. Jauhbeza dengan yang dulu.. Hahaha. Transfromasi diluar jangkaan!” Miasara gelakbesar. Mata cuba bandingkan wajah diskrin telefon bimbit dengan wajah yangsedang tergantung dalam bingkai gambar depan dia. Lelaki yang dimaksudkan sudahseratus peratus berubah bila meningkat dewasa. Dari budak gemuk hitam dah jadipemuda kurus tinggi lampai dengan kulit sedikit cerah. Yang sama sampaisekarang adalah mata sepet!

 

“So apa masalah besarnyakalau dia handsome macam ni? Kau yang untung..”

 

“Cuba bandingkan pula akudalam gambar dengan realiti sekarang!” Hannah Delisya pandang gambar budakperempuan putih mulus dengan rambut ikal mayal yang sedang peluk Dani Aifden denganperasaan kosong. Mata melirik lemah kearah ketawa yang makin kuat kedengaran.

 

“Sama je aku tengok. Masabudak kecil dulu kau kurus. Sekarang pun kurus. Tak ada beza pun aku ra…….Hurmmaafkan aku. Hurm banyak jugak bezanya…terutama ermm rambut.. Hurm.” HannahDelisya terduduk lemah lepas lihat ketawa kawannya itu mati.

 

“Dulu aku lah budakperempuan paling cantik dan bijak dalam kelas aku. Dani Asyik puji aku .Banggagila dia bila budak secantik aku sepandai aku sudi berkawan dengan budak gemukhitam blur macam dia. Hurm.. Sepatutnya bila dah dewasa macam ni aku patut jadilebih cantik dan bijak…. Cantik macam kau. Ada pekerjaan tetap macam kau.Bukannya asyik tukar-tukar kerja je.  Hurm!”Perempuan rambut kerinting dengan jerawat batu hitam penuh pipi yang sedangbersila melihat diri sendiri didalam cermin tersenyum kecewa.

 

“ Dulu kau boleh terimakawan seburuk dia. Why not dia tak boleh terima kau pula sekarang?”

 

“Kau tolong gantikan akuMia… Itu je yang aku nak kau tolong.” Lemah membuat keputusan. Miasara denganreaksi terkejut diperhati penuh minat. Miasara jauh lebih cantik jika mahu dibandingkandengan dia. Miasara miliki rambut lurus panjang, hidung mancung, kulit putihtanpa sedikitpun cela, tinggi lampai macam model. Jari pun runcing je. Satusaat, jari jemari Miasara digenggam penuh yakin.

 

“Tolong aku sekali ni saja..Aku belum bersedia nak jumpa dia. Tolong aku Miaa.. Kau sayang aku kan? AKu taknak Dani Kecewa. Itu je.. Aku janji lepas aku bersedia dan ada kerja tetap, akuakan bagitahu dia perkara sebenar. ” Miasara yang sedang berfikir-fikirakhirnya mengeluh. Pelukan kegembiraan Hannah Delisya hanya buat dia bimbang.

 

“Kalau apa-apa jadi, akutak nak tanggung okey!”

 

“So aku hantar gambar kaukat dia boleh kan? Almaklumlah profil email aku ada gambar kartun je. Hehe..Nombor telefon kau sekali tau aku bagi dia. Hee..” Miasara angguk laju. Dalamdiam, Miasara bermain dengan jari jemari sendiri…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.