Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
72,835
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 26


Kehidupan Hana sebagai mahasiswi di sebuah university sudah ke peringkat akhir semester. Seusai itu Hana menjadi salah satu siswazah yang terbaik. Hana juga akan mendapat hadiah pada setiap semester, mahupun pada hari ulang tahun lahir walaupun tanpa dipinta. Mahu tak mahu Hana terpaksa menerima pemberian istimewa dan berharga itu, walaupun dia ingin menolak keras. Apatah lagi, pemberi istimewa itu daripada insan yang tidak dikenali. 


"Assalamualaikum kak."


"Waalaikumussalam... kenapa ya?" jawab Hana sopan-santun. 


"Bunga ini untuk kak Hana," ujar lelaki muda ceria sambil menghulurkan sejambak bunga rose merah jambu. 


"Bunga untuk saya? Awak tak silap orang ke dik?" soal Hana dengan riak wajah bingung. Dia tidak pernah order bunga hidup di kedai bunga. Hana menyimpulkan pemuda itu tersilap menyerahkan bunga indah itu.


"Tak kak. Saya tak silap orang. Bunga ini memang untuk kakak. Sumpah kak." Pemuda itu cuba menyakinkan Hana apabila Hana tidak menerima huluran sejambak bunga rose.


"Alaahhh... Hana, terima sajalah. Orang dah nak bagi. Itu rezeki namanya, Hana." Tegur teman baik Hana. Dia melihat remaja lelaki itu bersungguh-sungguh menyerahkan bunga rose kepada sahabatnya. Maklumlah, Hana seorang mahasiswi yang bijak pandai dan mempunyai paras rupa yang sempurna. Kadangkala sebagai perempuan yang kurang sempurna di mata lelaki, Alia merasa iri hati dengan kesempurnaan Hana.


"Saya bukan taknak terima, Alia. Tapi adik ini saya tak kenal pun. Masakan saya..."


"Err... rasanya kakak dah salah faham. Sebenarnya saya cuma membantu menyerahkan bunga ini pada kak Hana. Lelaki itu... lelaki itu..." potong pelajar muda namun di hujung ayatnya tergantung.


"Ya ke? Maaflah adik. Tapi boleh kakak tahu, siapa pemilik bunga ini?" soal Hana agak segan apabila dia berfikir melulu. Matanya yang cantik turut melilau ke arah mata lelaki itu tertuju. 


"Maaflah kak. Lelaki itu dah lesaplah. Sebelum itu dia ada kat sana tapi..."


"Tak apalah adik. Adik tak salah apa-apa pun. Terima kasih kerana sudi jadi postman lelaki misteri itu," potong Hana apabila jelas terukir rasa bersalah di wajah lelaki muda itu. 


Hana merasa kesal apabila sering mendapat hadiah dari lelaki misteri. Menerima setiap pemberian indah dari lelaki misteri sering kali menjadi tanda tanya Hana. Di sisi lain, Hana ingin membuang bunga itu ke dalam tong sampah kerana sering mendapat pemberian dari insan yang agak pengecut. Namun, bila mengenangkan setiap postman dari lelaki misteri yang tak bersalah, Hana tidak tega melakukan.


Telinga Hana terpaksa menadah apabila dia sering menjadi bahan usikan rakan-rakan. Hana si princess bertuah yang akan mendapat hadiah dari prince charming pada setiap semester. Gelaran tak masuk akal yang terpaksa ditelan oleh Hana, walau dia selalu menolak kenyataan itu. Pada Hana, dia umpama game terhadap lelaki misteri a.k.a kurang siuman itu.


Tidakkah lelaki itu berasa bosan dengan memberikan dia bunga dan pelbagai jenis hadiah lagi yang agak mewah? Memberikan hadiah istimewa tanpa sebab hanya membazir wang. Dia juga bukan berasal dari keluarga bangsawan yang perlu disanjung, malah diberikan harta benda. Peristiwa ketika Hani menyerahkan hadiah dari lelaki misteri, terimbas kembali di kotak minda Hana. Hana yakin dia mendapat hadiah dari jejaka yang sama.  


"Hana, awak tak terfikir ke nak bertemu dengan prince charming itu?" soal Alia rakan sekelas dan juga rakan sebilik Hana di Kolej.


Hana mencebik bibir mendengar gelaran Alia terhadap lelaki misteri yang padanya tidak sesuai. Istilah prince charming adalah seorang lelaki budiman selain memiliki paras rupa yang menawan. Lelaki misteri itu amat berbeza dengan gelaran prince charming. 


Memberikan dia dengan pelbagai jenis hadiah tidak mungkin berjaya membeli jiwa raga Hana. Dia bukan seorang wanita materialistik yang takjub kepada kekayaan dan kemewahan. Dalam perhubungan Hana hanya mahukan kejujuran dan keikhlasan dari seorang jejaka. 


"Alia, mengapa saya perlu bertemu dengan dia? Lagipun, jika benar dia... Dia ikhlas masakan dia memberikan hadiah-hadiah ini dengan menggunakan orang ketiga. Saya juga akan kembalikan semua pemberian dia. Saya bukan pengemis yang perlukan semua ini, Alia."


"Hana... janganlah fikir negatif sangat. Tak baik awak menilai dia seperti itu. Siapa tahu Hana, dia sebenarnya lelaki baik tetapi... Dia mungkin mempunyai sebab tertentu mengapa dia memilih tindakan seperti itu. Lagipun, setiap kali lelaki itu mengajak awak bertemu awak sering kali menolak. Jadi siapa yang salah sekarang, Hana?" Alia menegur Hana dengan panjang lebar. Bersahabatan mereka baru sahaja menginjak ketiga tahun, namun Alia sudah menganggap Hana seperti adik-beradik. 


Alia tidak mengambil masa yang lama untuk mengenali Hana. Hana seorang gadis yang baik dan murah dengan senyuman. Senyuman manis itulah mampu menjerat hati sesiapa sahaja jejaka di sana, namun seperti selalu Hana menolak sesiapa sahaja jejaka yang ingin mengambil tempat di hatinya. Alasan Hana menolak? Alia tidak mengetahui. Namun melihat setiap pemberian dari lelaki misteri, Alia tahu Hana menyembunyikan sesuatu. Sehingga Hana tidak membuka ruang hati yang kosong terhadap lelaki-lelaki yang haus akan kasih. 


"Alia, awak sahabat saya ke tak? Awak masih menyarankan saya berjumpa dengan lelaki asing itu? Kalau saya diculik atau teraniaya semata-mata berjumpa dengan lelaki itu, siapa akan bertanggungjawab Alia? Saya nak juga hidup panjang di samping keluarga. Purata perempuan teraniaya juga semakin meningkat tahun demi tahun semata-mata berjumpa dengan lelaki yang tak dikenali. Tak kisahlah kenal melalui laman sosial atau sebaliknya," jawab Hana agak pedas dan padat. Dia mahu Alia faham, keselamatan diri adalah keutamaan dia daripada cuba berjumpa dengan orang tidak dikenali. 


"Okay, okay... you are right. Untuk meleraikan tanda tanya ini, saya akan menemani awak untuk berjumpa dengan dia. Kalau tak yakin dengan saya, Hana ajaklah abang angkat awak. Hana taknak ke?" ujar Alia memberi buah fikiran dengan mata bersinar apabila menyebut 'abang angkat' Hana.


Sejenak, Hana terdiam apabila Alia menyentuh abang angkat. Hana terkenangkan sahabat sejati yang sudah meninggalkan dia ke alam barzakh. Abang kandung Rosse adalah abang angkat Hana. Pada awalnya Hana menolak apabila lelaki dewasa itu mengambil dia sebagai adik angkat. Mengenali Rosse dan keluarganya yang baik sudah cukup memadai pada Hana. Sungguh, Hana merindui sahabatnya, mendiang Rosse. 


"Saya akan fikirkan, Alia." Hana menjawab perlahan seraya meminta diri ke bilik air. Entah mengapa mutiara matanya ingin jatuh dan bakal membanjiri pipinya yang gebu.


*****


Hana terduduk longlai seusai mendengar berita sadis itu. Telefon pintar dalam genggaman tangan jatuh terhempas. Dia tidak percaya setelah mendengar khabar duka itu. Berita duka yang amat memilukan seperti menghiris-hiris hatinya dan menjadi kepingan kecil. Dia baru sahaja bertemu dengan Rosse beberapa hari yang lalu. Masakan Rosse yang masih muda meninggalkan dia dengan terlalu cepat. Namun Hana sedar, ajal dan maut adalah kuasa Allah. Sebagai hamba biasa haruslah meredhai takdir yang sudah tertulis dan mengambil iktibar dalam hidup. 


"Rosse, meninggal dunia. Meninggal dunia di tempat kejadian, Hana." Kalimat menyayat hati berulang kali bermain di kotak minda Hana. Hana kehilangan arah dan sukar mempercayai kenyataan dari suara seorang jejaka. 


Melawan rasa gundah yang memeritkan, Hana menggapai telefon yang agak jauh darinya. Hana mahu menghubungi keluarga Rosse apabila mengetahui kejadian malang tidak berbau itu. Keluarga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai teman lelaki Rosse sudah berada di hospital. Dengan nada sayu Hana menyampaikan berita duka kepada ibu Rosse. Seperti telahannya, ibu Rosse sukar menerima berita mengejutkan itu.


"Selamat siang... Ibu ini Hana, sahabat Rosse. Sebelum itu Hana nak pesan... Nak pesan agar ibu bertenang setelah mengetahui berita ini dengan hati terbuka," ujar Hana di talian setelah mendapat respon dari ibu Rosse.


"Rosse, anak perempuan ibu sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Dia meninggal angkara nahas jalan raya, ibu..." ujar Hana lirih menyampaikan kejadian Rosse meninggal dunia dengan singkat. Setelah itu Hana mendengar tangisan ibu Rosse di hujung talian. Tangisan seorang ibu yang sangat menggores hati.


Seorang ibu yang telah bersusah payah melahirkan anak sehingga membesarkan anak dengan penuh kasih-sayang bersama dengan suami, akan terluka dalam apabila mendengar sang anak sudah tidak bernyawa dan sedang berada di hospital untuk siasatan lanjut. Mereka hanya mampu menangis sambil memanggil lirih nama sang anak yang terlebih dahulu meninggalkan mereka. Terlalu menyakitkan dan mengharukan terhadap pasangan suami isteri, selain menerima dengan redha walaupun terlalu menyakitkan. 


Selesai menyampaikan kepada orang tua Rosse. Hana bergegas ke hospital, dia mahu menatap wajah Rosse untuk terakhir kali. Menurut cerita lelaki itu yang terlalu kecewa dan menyedihkan, Rosse meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah kereta yang agak laju ketika Rosse menyeberang jalan raya. 


Hubungan Rosse dan teman lelakinya tidak direstui oleh keluarga. Namun setelah menyedari Rosse terlalu mencintai dan menyayangi lelaki itu, keluarga Rosse terpaksa menerima kenyataan. Sebagai ibu bapa, mereka mahu melihat anak gadis mereka bahagia. Walaupun mereka tidak menyenangi apabila Rosse menjalinkan asmara dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua dari usia Rosse. Mereka juga mahu Rosse melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun apakan daya apabila Rosse juga bakal menimang cahaya mata. 


Memori duka dua tahun lalu menari di minda Hana. Pili air dibuka seraya Hana membersihkan wajah, mahu menghapus sisa air mata. Hana tak mahu rakan-rakan sekelas menyedari tangisannya. Menatap wajahnya yang bersih dan tenang di cermin, Hana pantas beristighfar. Hana terlewat beberapa minit masuk ke dalam dewan kuliah. Tanpa membuang masa Hana mengatur langkah seribu. Dia tak mahu menjadi artis jemputan di hadapan para pelajar. 


Kerisauan Hana melayang apabila tubuhnya turut melayang apabila dia terlanggar tubuh seseorang dan menyebabkan Hana jatuh terjelepok. Rasa sakit menyerang ke seluruh tubuh sehingga Hana menjadi keliru apabila dia seperti terlanggar batu besar. Walaupun sudah jelas Hana terlanggar tubuh seorang jejaka dewasa dan agak tinggi seperti atlet kebangsaan.


"A... awak, sakit tahu tak?" rintih Hana sambil cuba menatap wajah lelaki itu. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js