Home Novel Komedi/Romantik Komedi you are my breathe
you are my breathe
butterflyfliestothesky
22/1/2018 20:22:47
2,481
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 1

KAKIterpasak kaku.Tubuh tegak berdiri, tepat di hadapan bangunan konkrit gergasi yang tersergamindah itu. Setelah hampir tiga belas tahun cuba ‘melarikan diri’, akhirnya kakikembali berpijak di sini. Tempat terakhir yang menjadi pilihannya untukdijejakkan di muka bumi ini. Dada mulai berdetak hebat, turun naik, melawanperasaan yang mulai berperang di dalam diri. Betapa semua ini sukar untukdilakukan untuk diri setelah bayangan hitam itu bertahun-tahun menghantui diri.

“Kenapaperlu timbulkan hal pasal dia lagi?! Berkali-kali aku dah pesan, jangan pernahsebut nama dia dalam rumah ni lagi! Yang kamu susah sangat nak faham ni kenapa,hah??!!”

Keduabahu terangkat, terkejut mendengarkan jerkahan daripada tubuh separuh abad yangberdiri tegak di atasnya. Perlahan, dia menundukkan badan, mengambilsatu-satunya gambar abadi miliknya yang baru sahaja dibuang ke atas lantai.

“Tok...Tolong berterus-terang pada Bunga... Ayah Bunga...”

“BungaIrdina!!” laung Tuan Bakar kuat. Muka tuanya sudah merah, menahan marah. Buatkali pertama dalam hidup, dia memarahi dan meninggikan suara terhadap cucukesayangannya. Bahkan rasa marah itu dilampiaskan di hadapan orang ramai, ahlikeluarga serta pembantu-pembantu rumahnya. Sesuatu yang sangat-sangat jarangdilakukan, terutamanya ke atas diri insan yang tercegat berdiri di hadapannyaitu.

“Bunga...Sudah-sudahlah tu.. Jangan buat Tok kamu naik marah lagi...”

PuanZahirah sudah menarik tangan anak sepupunya. Rasa bimbang mulai bermaharajaleladi hati, lebih-lebih setelah melihat kemarahan ayah mertuanya itu. Habis hilangkemeriahan parti yang sepatutnya gamat meraihkan gadis yang baru menginjak usiadua puluh tahun malam itu.

“Bungacuma nakkan kebenaran, Tok! Kebenaran!! Kenapa Tok sanggup tipu Bunga? Tigabelas tahun, Bunga hidup dalam pembohongan... Tanpa ibu bapa Bunga di sisi...Kenapa Tok sorokkan kebenaran yang ayah Bunga masih ada! Masih lagi hidup didunia ini! Kenapa? Kenapa, tok??!!” tanyanya lagi dengan air mata yang lajumenuruni kedua belah pipi. Gambar yang berada di tangan diangkat, sambilditunjukkan tepat kepada datuknya untuk dilihat.

TuanBakar terdiam. Hampir terhenti jantungnya mendengarkan kata-kata yang baruterluah daripada mulut cucu kesayangannya itu.

“Kamu...”

“Ya,Bunga dah tahu segalanya! Baru hari ini Bunga tahu, orang yang Bunga sangka dahpergi, tinggalkan Bunga sendirian di bumi ini rupa-rupanya masih lagi ada didunia ini. Kenapa, tok? Kenapa tok tak pernah berterus-terang yang ayah Bungamasih lagi hidup di dunia ini?!”

TuanBakar merengus kuat.

“Janganpernah bangkitkan hal tentang lelaki itu depan aku lagi! Bagi aku, lelaki tudah lama mati! Mati tertanam di dalam tanah yang paling dalam dan jauh di dalambumi ini. Bila aku dah kata dia mati, maknanya dia memang dah mati! Tak akanpernah ada mahupun hidup lagi di dunia ini! Jadi, jangan pernah sekali-kali punkamu sebutkan tentang lelaki itu di depan aku! Walaupun kau, Bunga! Janganingat sebab aku sayangkan kau, kau boleh buat apa-apa pada aku! Sekali lagi kausebut nama dia depan aku, aku tak akan anggap kau sebagai cucu aku lagi! Fahamtu!!!!”

Kelopakmatanya dibuka dan buat kesekalian kalinya, air jernih itu kembali lagimembasahi pipinya. Sejak semalam, pipi itu tidak henti-henti dicemari dengan titisan-titisanjernih daripada kolam matanya. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehinggakandiri terasa penat, seolah-olah berdiri di hujung curam yang bakal runtuh padabila-bila masa sahaja. Dan tatkala mengingati akan kata-kata yang terluahdaripada mulut datuknya semalam, hatinya kembali pedih. Terluka dan takut,lebih-lebih lagi dengan apa yang sedang dilakukannya ketika ini.

“MaafkanBunga, tok... Maafkan Bunga sebab lakukan semua ini. Tapi Bunga cuma inginkankebenaran.. Bagi Bunga peluang untuk selesaikan semua ini ya? Bagi Bungapeluang untuk berjumpa dengan ayah Bunga.. Bunga rindukan dia...” Gambar yangsekian lama berada di tangan di bawa ke dada, dipeluk, seolah-olah insan yangberada di dalam gambar itu berada di dalam dakapannya. Terpisah dengan orangyang tersayang selama berbelas tahun membuatkan rindu sarat di dalam dirinya.

Bunyibingit yang menampar telinga mengejutkan dirinya. Terpinga-pinga, dia membukamata dengan penuh takut, menarik bagasi untuk melarikan diri sebelum

Auw! Thor he! Jewp mak, khun ru... (Auw!Adoi! Sakit, tahu...)”

Belumsempat dia menghabiskan kata-katanya, tubuhnya terus terdorong ke belakangapabila gadis itu tiba-tiba meluru dan memeluk tubuhnya. Dia terlongo. Terdiam.Tak tahu hendak berbuat apa-apa. Buat kali pertama dalam hidup, seorang gadisdatang dan memeluk dirinya.

Khun... Khun.. Err.. (Cik... Cik...Err..)”

Keduatangan diangkat ke atas, takut untuk membuat apa-apa tindakan, lebih-lebih lagimahu menyentuh tubuh itu. Pertama, ya, dia tidak tahu mahu berbuat apa. Kedua,dia takut dituduh mengambil kesempatan terhadap gadis itu. Lebih-lebih lagiapabila banyak mata yang memandang ke arah mereka. Tidak kurang yang memberikanpandangan sinis dan tersenyum-senyum kepada mereka. Maklumlah, babak yang hanyasetahun sekali akan berlaku di celah-celah kawasan ramai seperti itu. Tak ubahseperti babak drama yang sedang dilakonkan, yang menarik perhatian orang ramaiuntuk melihatnya.

Ralatdengan apa yang sedang berlaku pada diri dan sekelilingnya, pemuda tinggilampai itu cuba membuat tindakan. Dengan penuh berhati-hati, tangannya dijatuhkanpada bahu gadis itu. Bukan atas niat untuk mengambil kesempatan, tetapi untukmeleraikan ‘pelukan’ yang berlaku secara tak tersengaja di antara mereka.

Khun... Pum khuo thuot na? Tae wa..(Cik, saya minta maaf ya? Tapi....)”

Tanganterus kaku. Mata terus terpaku, memandang si sang gadis yang berada di bawahdagunya itu.

“Abah,Bunga takut, abah! Tolong jangan tinggalkan Bunga! Jangan tinggakan Bunga!!”

Pelukannyadieratkan. Dan di dada lelaki itu, dia memejamkan mata, menangis sepuasnyadengan penuh ketakutan...

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh butterflyfliestothesky