Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU BUNGA CINTAKU
KAU BUNGA CINTAKU
NyonyaSky
26/7/2018 18:11:55
1,608
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3.1

“YANG kau ikut sekali ni kenapa?” soal Adam. Kini mereka berempat menuju ke perpustakaan.

“Saja.” Rizqi senyum senang hati. Dalam hati harap cik bunga ada lagi di library. Sebab itulah dia ikut sekali.

“Dasar CMA busuk hati ada ke suruh hantar esok. Mana sempat.” Jay mendengus. 

“Padan muka korang. Siapa suruh sakitkan hati CMA.”

“Alahai, bela kekasih hati. So sweet.” Adam mengejek dan disambut dengan kekehan Fiqri dan Jay.

Rizqi mendengus. Mulalah haba panas cuit-cuit ke hati.

“Kau rasa hal sepenting apa yang jadi tadi sampai CMA cancel kelas? Siapa ek call dia tadi. Muka dia gelabah gila masa tu. Ajaib betul, biasanya dia yang selalu buat kita menggelabah.” Fiqri angkat-angkat kening, hantar isyarat. Jay sambut dengan seringai penyangaknya.

“Hah, aku tahu! Ni mesti mak dia call ada orang datang pinang dia sebab tu CMA teruja lain macam tadi.” 

Teruja apanya. Muka CMA pucat tadi. Adam membayangkan muka CMA. Tak sampai sesaat Adam menggeleng-geleng laju membuang bayangan mengerikan itu dalam kepala. Habis tegak bulu roma. Maaflah bukan nak menghina. 

Hesy... Kenapa malang sangat nasib CMA mukanya langsung tak cantik. Hatinya pun tak baik. Harapkan otak aje cerdik. Adam tumpang simpati dekat CMA yang sering kali dibenci dan dicaci oleh semua pelajar termasuk dirinya sendiri walaupun dalam hati. 

“Betul tu Jay. Kau rasa siapa?” Fiqri tersenyum-senyum lirik-lirik Jay.

Jay tersenyum-senyum lirik-lirik Fiqri. “Tok ayah.”

“Huahahaha!!!” Adam, Fiqri dan Jay pegang perut ketawa macam orang gila.

“Nak Qi… tolonglah kahwin dengan mak cik sekarang jugak. Mak cik dah tak tahan jadi andartu. Tak sabar-sabar nak tunggu malam pertama kita. Ah… Ah… Ah…” Desahan menjijikan Jay disambut hilai tawa Adam dan Fiqri.

Api dalam dada Rizqi marak sekelip mata. Kakinya berhenti dan laju dia memutar tubuh mengadap sedaranya yang asyik mengilai macam orang gila. 

Melihat aura hitam Rizqi marak berkobar-kobar terus masing-masing tutup mulut dan seperti biasa dalam situasi bahaya begini kaki mereka dah-dah faham sendiri automatik berundur selangkah. 

“Sekali lagi aku dengar benda bodoh ni kau, kau, kau, mati aku kerjakan!” Mengaum Rizqi dengan buasnya. Wajah Adam, Fiqri dan Jay ditatap tajam hantar signal siap untuk mencabik satu per satu sedaranya. 

Adam angkat kedua tangan dan tayang senyuman paling suci bagi Rizqi sejuk hati.

Fiqri buat upacara zip mulut ulang lima kali bagi Rizqi puas hati.

Dan Jay…

“Siap menurut perintah tuan!” Jay tabik hormat dengan penuh semangat bagi Rizqi senang hati.

“Kau nampak bodoh Jay,” komen Rizqi dengan tak berperikemanusiaannya. 

Jay baru nak bagi serangan balik terus diam bila handphone Rizqi berbunyi. Amaran tahap merah, sila diamkan diri kalau si jantan buas sedang bertelefon atau diri anda akan di diamkan.

Rizqi seluk poket jeansnya entah macam mana  handphonenya terjatuh ke lantai. Rizqi menghembus nafas kesal dan tunduk. Inilah yang berlaku semalam, handphonenya jatuh dan semasa dia tengah meraba-raba cari handphonenya berlakulah…

Tak payah cerita panjang, tengoklah muka dia sekarang. Azab betul, sakit tak boleh nak cerita.

Sangat-sangat sakit. Sakit sa…

“Aduuuhhh!” Arghh… Rizqi mengerang kesakitan tutup muka dengan kedua tangan. Seminit kemudian tendangan penuh berapi diberikan. Handphone yang gagal dikutip kelihatan tengah terbang jauh melayang-layang di udara kemudian hancur terhempas ke bumi. 

Tamatlah riwayat handphone bodoh dan sekarang tibalah masanya giliran si jantan tak guna untuk menerima tendangan berbisanya.

“Hei, sini kau!” Tanpa perikemanusiaan tubuh besar itu ditolak kasar ke dinding. 

“Mata kau letak mana hah? Dah tak nampak orang ke? Main rempuh aje!” 

“Maaf saya tak sengaja. Saya mintak maaf. Memang saya tak sengaja.” 

“Kau senang mintak maaf. Aku yang kena. Sakit bodoh!” Tangan Rizqi terletak elok mencekik leher si malang yang tengah menggigil ketakutan. Dia menyeringai kejam. Semakin takut mangsanya makin dia suka. Lagi bersemangat nak menyiksa.

“Sekarang aku bagi kau rasa sakit macam aku rasa!” Penumbuknya dihayunkan.

Belum sempat tumbukan Rizqi singgah…

“Dasar monster biadap kurang ajar!!!” Sekuat tempikannya kuat lagi tubuh tegap itu ditolak dan sepantas mungkin Camelia menarik Aiman menjauh dari penjahat hati kering yang kekejamannya memang tak perlu diragui lagi.

 Melopong Rizqi bila orang yang berani menolaknya dikenal pasti.

“Aiman, kau okey?” Risau Camelia melihat Aiman menangis bagai nak rak.

“Mel, sakit… sakit seluruh tubuh badan aku.” Aiman menangis teresak-esak. 

Mendidih hati si jantan buas. Biar betul. Dia tak sempat pukul dah mengadu sakit seluruh badan. Dasar tukang fitnah!

“Sabar Aiman. Jangan nangis, aku ada.” Camelia memujuk lembut.

Penumbuk Rizqi terkepal melihat betapa lembutnya si bunga indah memujuk si lembik hodoh yang sengaja buruk-burukkan dia.

Dengannya semalam kasar bukan main. Tak guna!!!

“Jom Aiman, kita pergi.” 

“Mel, beg aku. Tolong ambik.” Telunjuk gemuk Aiman menghala pada begnya yang berada atas lantai. Yang paling tepatnya berada dekat kaki Rizqi.

Telan air liur Camelia dibuatnya. Pandang dari jauh pun nak gugur jantung, pergi dekat mau mati terus. Tapi bila pandang Aiman yang menggigil ketakutan nak tak nak terpaksalah Camelia memberanikan diri. 

Langkahnya diatur lambat-lambat. Jantungnya berdetak kuat sampai dia naik ngeri takut pecah tapi muka si kalis rezeki nampak lagi mengerikan dari keadaan jantungnya. Kenapa mukanya jadi macam tu? Semalam dia tengok elok lagi. 

Camelia curiga bila Rizqi nampak tak kisah pun dia dah dekat. Patut ke dia teruskan niatnya? Ah, lantaklah. Sekarang bukan masa nak fikir lebih-lebih. Apa yang penting ambik beg dan lari sejauh mungkin.

Nampak aje Camelia tunduk Rizqi tendang beg itu ke atas dan sekelip mata dah berada di tangannya.

“Kau nak benda ni ke? Jangan harap aku nak bagi.” 

“Hei, bagilah!” 

Terjinjing-jinjing Camelia mencapai beg yang diangkat tinggi oleh Rizqi. Rasanya dia dah cukup tinggi, tapi tinggi si kalis rezeki ni memang tak mampu dicapai dek akal. Maklumlah anak campuran mana mampu nak dilawan dengan ukuran melayu tulennya.

“Aku nak kau minta maaf!”

“Kenapa pulak aku kena minta maaf?! Aku tak buat apa-apa kesalahan pun kat kau!”

“Oh… jadi kau tak mengakulah yang kau bertanggungjawab buat muka handsome aku jadi… jadi… jadi…” Suara Rizqi tersekat-sekat. Tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk di describekan wajahnya yang terlalu teruk.

“Jadi macam beruk!” Camelia menjawab pantas tanpa fikir panjang. Suka hati aje nak tuduh orang. Dia sentuh Rizqi pun tak.

“Beruk?!” Rizqi yang sedari tadi dibakar amarah bertambah-tambah panas hati. Ada ke dia disamakan dengan binatang. Kurang asam!

“Okay fine! Aku nak tunjuk macam mana rasanya kena cium dengan beruk.” 

Tahu dirinya berada di dalam bahaya Camelia terus bukak langkah namun malangnya baru aje setapak dah tertangkap. Berpusing tubuhnya ditarik tiba-tiba. Pening sekejap.

“Lepas!” Camelia menarik sekuat hati tangan kanannya yang dicekal oleh tangan besar Rizqi. Tangannya sakit macam nak putus tapi sikit pun tak lepas.

“Lepaslah bodoh! Busuk! Monster jahanam!” Tangannya yang satu lagi memukul-mukul tangan Rizqi sekuat tenaga tapi bukan setakat tak lepas, Rizqi siap tayang muka mengejek lagi.

 “Lepaslah bodoh, lepaaaas!!!” Camelia tendang kaki Rizqi tapi cepat saja Rizqi mengelak serangan tiba-tibanya. 

Camelia menendang lagi dan lagi. Rizqi mengelak sambil gelak suka hati. Kedua-duanya berpusing-pusing macam drama hindustani.

“Lepaskan Mel!” Dengan penuh tekad Aiman meluru menyelamatkan Camelia yang hampir tewas ditawan monster ganas.

Belum sempat dekat...

“Aiman!!!” pekik Camelia bila melihat beg melayang laju ke muka Aiman. 

“Aduh!” Aiman memegang muka, terhoyong hayang dan jatuh ke lantai.

“Aiman, bangun! Pergi dari sini, cepat!” Camelia tak mahu Aiman disakiti lagi. 

Cis, tak guna! Tak sangka cik bunga ni sayang betul dengan mamat lembik tu. Makin berangin Rizqi. Teringat pulak kes kena reject semalam.

“Qi, jangan buat macam ni.” Adam yang sedari tadi berdiam diri mula buka mulut. 

“Berambus!!!” Teriakan Rizqi bergema kuat seperti ngauman singa gila. Semua orang terdiam. 

Geram Rizqi bila Adam tiba-tiba aje nak tunjuk hero. Baik dia cepat-cepat cegah. Kalau Camelia tiba-tiba suka dekat Adam nanti dia yang susah.

Adam melopong sesaat bingung sekejap bila Rizqi nampak luar biasa marahnya dan... pelik. 

Jay dengan Fiqri yang sememangnya jadi pihak pemerhati sedari tadi angkat kedua tangan tanda ikut arahan. Tak sudi nak daftar diri untuk jadi pelakon tambahan dalam drama murahan si jantan buas mereng.

“Ikut aku!” Rizqi tersenyum sinis memandang remeh si lembik sebelum menarik Camelia pergi. 

Siapa yang suruh berambus, siapa yang pergi berambus. Dasar jantan buas otaknya lebih kecil dari otak udang. Fiqri cebik.

“Mel!” Aiman menangis melihat kakaknya dibawa pergi. Namun apakan dayanya. Sudah suratan nasib orang lemah sepertinya, mana mampu nak berperang.

“Lain kali jangan main handphone masa tengah jalan.” Nasihat Adam sambil membantu mangsa si jantan buas berdiri. 

“Saya takkan buat macam tu lagi.” Walau beribu sesalan Aiman pun dah tak ada guna lagi. Camelia dah diculik syaitan bertopengkan manusia handsome.

“Kau okey tak ni?” Tubuh itu menggigil hebat buat Adam jatuh kesian.

“Saya okey. Terima kasih. Saya pergi dulu.” 

“Kau nak pergi mana?” Jay mencekal lengan besar Aiman. 

“Saya nak pergi tengok kawan saya. Entah apa abang wrestler tu buat kat dia.” 

“Dengan kau yang lembik mengalahkan perempuan ni nak pergi selamatkan tawanan, nasihat ikhlas dari aku baik kau lupakan saja hasrat suci murni kau tu. Karang kau balik tak cukup gigi. Gerenti!” 

Fiqri memberi amaran. Kesian kalau dibiarkan budak ni pergi memang lunyai dikerjakan  Rizqi.

Hancur hati Aiman dengan ayat berbisa langsung tak bertapis itu.

“Baliklah. Jangan cari kawan kau tu. Mati kau nanti.” Adam ngeri bila bayangkan si sopan pergi cari si jelita. Memang gerenti dia kena melawat si sopan ni di hospital.

“Tak boleh! Nanti dia apa-apakan kawan saya. Saya tak boleh biarkan.” 

“Hmm… Kau rasa kawan kau tu cantik tak?” Jay angkat-angkat kening. Nakal.

Aiman pelik dengan soalan yang keluar dari mulut abang berwajah arab itu, namun dia tetap mengangguk. 

“Mel memang cantik,” jawab Aiman.

“Hah, itu aku setuju!” sampuk Fiqri. 

“Jadi kau tak perlu nak risau lebih-lebih sebab…” Jay garu-garu dagu sambil tersenyum nakal. 

Aiman berkerut dahi suspen yang teramat. 

“…Qi takkan buat yang bukan-bukan dekat perempuan cantik. Tentu kawan kau sedang berseronok sekarang ni.” Ketawa jahat Jay berleluasa.

“Betul tu. Qi pandai layan perempuan. Tambah-tambah lagi perempuan cantik macam kawan kau tu.” Fiqri menokok tambah. Tayang seringai nakal.

Tergeleng-geleng Adam. Masa huru-hara nilah Jay dan Fiqri gila nak menyakat. Boleh kena heart attack si sopan. Tak tengok ke yang si sopan ni pucat lesi menggigil seluruh badan. Kalau pengsan siapa yang su...

Tak sempat nak sambung sah tubuh besar di depannya itu dah roboh namun sempat disambut Adam.

“La... pengsan.” Fiqri ketawa tapi tetap menolong Adam memegang tubuh yang jelas-jelas jauh lebih besar dari Adam.

“Ni nak tinggal kat sini ke macam mana?”

Soalan tak berperikemanusiaan Jay dijawab dengan tamparan di belakang kepala oleh Adam. Dan Jay ketawa lagi kuat.

“Kenapa kau lepas?! Berat bodoh!” Fiqri meraung.

Cepat-cepat Adam kembali ke tugas berat yang amat menyiksa.

“Budak ni telan sepuluh ekor anaconda ke! Tolong wei Jay!” Fiqri terpekik-pekik tersiksa menahan derita.

“Malas. Kalau yang Qi bawak pergi tadi angkat sorang-sorang pun aku terlebih-lebih sanggup. Yang ni tinggal je lah kat sini pandai-pandailah dia bangun sendiri nanti.”

Jay menonong pergi tanpa rasa simpati dekat dua sedaranya yang nampak bersusah payah mengheret tubuh gendut itu bersama. 

Cukuplah dia dah berbaik hati mendoakan agar dua sedara kesayangannya tu tak terkena penyakit buasir kerana mengangkat barang terlebih muatan. Selebihnya kita serahkan kepada takdir.

“Dasar penyangak tak punya hati. Aku doa kau nikah dengan CMA.”

“Amin...” Adam mengaminkan dengan penuh harapan semoga termakbul secepat mungkin.

“Dasar jantan buas tak guna. Dia bawak pergi perempuan cantik tinggalkan kita dengan badak air. Oh Tuhan... dosa apa yang aku buat hari ni diberi balasan seberat niiiii!”

“Memang berat pun Fiq.” Adam ketawa mengilai.

“Apa ketawa-ketawa?! Kau ingat ni lawak! Semua ni salah kau! Kalau kau tak sambut aku tak sambut! Kau memang lelaki suci yang menyusahkan!”

“Ya.... ya... ya...” Adam mengiakan saja tak mahu Fiqri tarik diri dari tugas amal mengheret si budak besar ni. Kalau tak mau mati dia nanti nak heret sorang diri. Oh Tuhan... confirm retak habis tulang belulang.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.