Home Novel Keluarga Lafaz rindu
Lafaz rindu
Nailah
7/12/2017 21:46:26
2,465
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab1

BAB1(sambungan)

Tidak lama kemudian,Bik Esah yang merupakan pembantu rumahdi vila Ku Hamidah terkocoh-kocoh berlari ke arah Ku Dalila dan Ku Zafran.

“Kenapa bibik lari-lari macam Nampak hantu ni?”Ku Dalilamenyoal Bik Esah yang kelihatan kelam kabut seperti terlihat hantu itu.

“Cik Engku,tadi saya Nampak Dayang berlari ke belakang vila.Bila saya panggil,dia berlari dengan lebih pantas sehingga tidak sempat sayamengejarnya. Itu yang termengah-mengah ni. Tangannya pulak penuh dengan darah”

“Dia berlari ke belakang vila? Ya Allah! Dalila,panggilAbang Mat sekarang!”Ku Zafran panik. Dia risau tentang keadaan Dayang sekarang.

Abang Mat dan Ku Zafran bergegas ke belakang vila untukmencari Dayang. Ku Dalila pula tidak henti-henti berdoa semoga Dayang tidakkecelakaan. Keadaan yang semak dan tidak terurus itu sememangnya tidak sesuaiuntuk Dayang.

Dayang ditemui selamat. Rupa-rupanya yang kelihatan sepertidarah itu adalah warna air berwarna merah. Ku Dalila terus berasa lega apabilaputerinya itu ditemui dalam keadaan selamat tanpa sedikit pun calar.

“Budak cacat ni memang menyusahkan orang betul” Ku Hamidahbercekak pinggang di hadapan Dayang. Dayang yang ketakutan menyorokkan diri dibelakang ibunya.

“Betul tu Bonda. Shai tu asyik menangis dan meronta suruhsaya ganti warna air dia yang si cacat ni rosakkan.” Ku Humairah yang merupakankakak ipar Ku Dalila menokok tambah.

Ku Zafran hanya menggeleng. Ada sahaja aduan kakak danibunya mengenai Dayang. Semua itu tak lain dan tak bukan untuk menghalauanaknya pergi.

“Kalau semua orang di sini rasa memang salah Dayang,sayaminta maaf. Tetapi apa yang saya nak cakap ini bukan salah Dayang kerana diatak tahu apa-apa. Dia masih kecil. Semua ini salah saya. Saya yang cuai sebabtak jaga anak saya betul-betul. Maaf”

Ku Dalila benar-benar rasa bersalah terhadap apa yangberlaku. Disebabkan kecuaiannya,semua orang menjadi risau dan merasakan Dayangialah anak yang menyusahkan. Bagi Ku Dalila,Dayang tak bersalah dan takkanbersalah sama sekali.

“Dayang,lain kali bagi tahu mommy Dayang nak pergi mana,nakmain apa,okey?” Ku Dalila mengusap rambut Dayang yang separas pinggang itu.

Dayang hanya tersenyum dan mengangguk. Dia kemudian memegangtangan ibunya tanda di memohon maaf. Dayang yang sememangnya manja itu memasangmuka comel sehingga ibu dan ayahnya tergelak kecil.

“Nak cakap pun tergagap-gagap macam mana si cacat ni bagitahu kau dia pergi mana atau nak main apa. Cubalah jadi bijak sikit”kata-kataKu Humairah seakan-akan mengejek.

Ku Dalili tersenyum menampakkan lesung pipitnya. “ Mungkinmommy tak bijak,tapi mommy yakin yang anak mommy bijak,kan? Mommy maafkanDayang”

“Kak Umai,nama anak kami Ku Dayang. Dia ada nama dan diabukan cacat.” Ku Zafran yang kelihatan agak marah dengan kata-kata kakaknyamenegur. Dia tidak mahu hati Dayang terluka.

“Jaga-jaga dengan kata-kata akak tu. Takut kena pada si Shaidatulpulak nanti”Dalila yang sedang membersihkan warna air pada tangan Dayang tidakmenoleh sedikit pun pada Ku Humairah.

Dayang tersenyum riang melihat pensel warna dan buku-bukuyang tersusun di atas meja belajar di biliknya.

“woahhhh” Dayang yang teruja membelek-belek buku itu penuhminat. Ku Dalila hanya tersenyum melihat puterinya yang kelihatan gembira.

“lepas ni, Dayang jangan ambil yang Shai punya tau. Nanti MakCik Umai marah, Dayang nak ?”

Dayang menggeleng dan membuat riak ketakutan. Ku Humairahselalu  memarahi Dayang keranamenggganggu anaknya Shaidatul yang sebaya dengan Dayang.

“Momm..mo..mom..my”Dayang merengek manja. Ku Dalilaterkejut. Ini pertama kali Dayang menyebut mommy. Ini satu perubahan besar.

“Apa yang Dayang sebut tadi?”

“Mommy”

Ku Dalila memeluk Dayang dengan erat. Air mata kegembiraanterus mengalir. Ya Allah,besar sungguh rahmatmu!

“dua tiga hari ni daddy tengok Dayang dengan mommy asyikberkepit je. Dayang dah lupa daddy ke?”Ku Zafran yang tiba-tiba munculmemuncungkan mulutnya seinci. Tanda merajuk. Dayang terus memeluk bapanya.

“Tadi Dayang dah sebut mommy sekarang cuba Dayang sebutDaddy pula”

Dayang menggeleng. Dia terus membelek buku-bukunya tanpamenghirau mata yang memerhatinya dengan penuh kasih sayang.

“Abang dah makan ke belum?”Soal Ku Dalila sambil mengutip mainanDayang yang bersepah. Ku Zafran menggeleng.

“Jom Dalila temankan abang makan. Biar Dayang main duludengan warna-warna dia.”

Ku Zafran dan Ku Dalila berlalu meninggalkan Dayang yangleka dengan hadiah yang baru dia dapat dari ibu dan bapanya.

“Dayang!”Ku Dalila memanggil-manggil nama anaknya. Kali inidia kelihatan lebih cemas sambil tangannya mengurut dadanya.

“Mulai hari ini,takkan ada siapapun yang akan sebut nama tu.Bonda  dah hantar dia untuk tinggaldengan keluarganya” ku Hamidah bercakap dengan nada yang mendatar. Seolah-olahtiada apa yang berlaku.

“Bonda hantar anak Dalila pergi mana? Dia salah seorang ahlikeluarga kita”

“Di sini bukan tempat dia”

Ku Hamidah ketawa sendiri melihat reaksi Ku Dalila. Dia cukuppuas apabila meliahat air mata gugur dari kelopak mata Ku Dalila. Dia sudahmenghantar Dayang ke sebuah tempat yang jauh dari sini.

“Baik Bonda beritahu Zaf sekarang mana bonda hantar Dayang”KuZafran merenung wajah Ku Hamidah dengan tajam.

“Bonda takkan beritahu kecuali Dayang mati”

Ku Dalila rebah. Allah,hanya itu yang meniti di bibirnya. KuZafran memaut Dalila erat. Bagaimanakah nasib Dayang di sana?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nailah