Home Novel Keluarga Jasmine
Jasmine
Haliqa Nur
7/4/2018 22:58:54
3,177
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 1

“Weh Red,kau tengok kakak tu.Macam budak baru je.” tanya Fira.

“Hmm ape?” jawab Red selamba tanpa mengendahkan kata-kata rakannya itu.

“Ishh kau ni.Tengoklah tu.Aku rasa kakak tu pelajar baru tingkatan 5” tambah Fira lagi.

“Biarlah dia” kata Redza selamba.

“Ishh kau ni.Malas aku cakap dengan kau” kata Fira yang menyampah dengan perangai Red yang sememangnya tidak suka mengambil tahu hal orang lain.

Jam menunjukkan tepat jam 10:30 pagi.Waktu rehat sudah tamat.Mereka berdua dengan segera bergegas naik ke kelas.Redza, pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di ibu kota.Tinggal di kawasan perumahan mewah di Bukit Bintang.Anak bongsu daripada dua beradik.Mempunyai abang yang berusia 19  tahun yang merupakan penuntut di University of Hull, United Kingdom .Sememangnya jarang sekali pulang ke rumah.

Redza ,seorang remaja perempuan yang unik dan tidak seperti gadis-gadis lain.Dia sering kesunyian kerana tiada teman di rumah dek kerana seluruh ahli keluarganya sibuk dengan urusan kerja masing-masing.Dia mempunyai segala-galanya oleh kerana dia merupakan anak bongsu.Tambahan pula,bapanya seorang peguam tersohor.Kekayaan yang dimiliki olehnya menyebabkan dirinya menjadi seorang gadis yang mempunyai ego yang tinggi dan dilihat sombong dan bongkak di mata rakan-rakannya.Redza  terkenal dengan sikap tidak suka bercampur dengan masyarakat,tidak suka mengambil tahu hal orang lain yang mengakibatkan dia susah didekati di sekolah.Berbeza dengan rakan baiknya, Afira atau lebih mesra dipanggil Fira.Seorang gadis yang kepoh,banyak mulut dan suka bergosip.Hanya dia sahaja menjadi teman kepada Redza .Rumah Fira terletak tidak jauh dari kawasan perumahan Redza .Cuma,keluarga Fira tidak seperti keluarga Redza  yang mampu membeli banglo.Fira tinggal di kawasan perumahan berkos sederhana dan menjalani kehidupan yang tidak semewah Redza .Tetapi Redza  seorang yang tidak kisah berkawan dengan sesiapa.Asalkan dia memahami dan sekepala dengannya.Redza  tidak suka bercakap apatah lagi bergurau senda.Dia digeruni di sekolah oleh kerana 2 perkara utama iaitu yang pertama,bapanya merupakan AJK tertinggi dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolahnya.Yang keduanya pula,Redza  digeruni disebabkan oleh raut wajahnya yang sentiasa bengis dan tidak suka senyum.

“Kriggg!!!” bunyi loceng menandakan sesi persekolahan telah tamat.Pemandu yang ditugaskan untuk menjemput Redza  sudah pun terpacak 5 minit lebih awal sebelum sesi persekolahan tamat.Pak Ni,seorang pemandu peribadi yang diupah oleh bapa Redza  untuk menjemput dan mengahantarnya ke sekolah setiap hari.Pak Ni akan dimarahi oleh Redza  sekiranya dia lambat atau membuatnya tertunggu-tunggu.Seperti biasa,sesampainya di rumah,Redza  terus ke meja makan untuk mengisi perutnya.Dia sering dileteri oleh Mak Yam,pembantu rumahnya oleh kerana dia tidak mandi dan menukar pakaian terlebih dahulu.

“Ja,kan selalu mak pesan.Balik sekolah terus mandi,tukar baju.Nanti kalau badan Ja gatal-gatal ke ruam,siapa  kena bebel? Mak Yam jugak.”

“Dah shut shut shut.Mak duduk sini.Teman Ja makan.” kata Redza  yang cuba mengalih topik perbualan mereka.

“Hish tengok tu.Ada je nak dijawab.Haih Ja,Ja.” kata Mak Yam sambil menarik kerusi makan untuk duduk menemani Redza  makan.

“Mak ,Papa mana? Tak balik lagi? tanya Redza  kepada Mak Yam yang menyedari bapanya tiada di rumah.Hidup Redza hanya bersama bapanya,Encik Allan,sejak pemergian ibu Redza,Husni Saffiya.Ibu Redza meninggal dunia akibat menderita sakit jantung sewaktu Redza berusia mencecah 8 tahun.Nama Redza diberi sempena nama ibunya maka terbitlah nama satu-satunya puteri tunggal keluarga itu,Redza Husni Allan.

Encik Allan berusia awal 30an.Encik Allan adalah anak kelahiran darah campuran Amerika dan Malaysia.Ibunya,merupakan anak kelahiran Sydney,Australia telah berkahwin dengan bapanya yang merupakan anak jati Selangor. Ibu bapa Allan menetap di Sydney,Australia namun sering kali ke Malaysia untuk menjenguk cucu mereka.

“Entahlah,tadi papa dah balik.Tapi tiba-tiba keluar lagi.Katanya ada mesyuarat penting.Hah lagi satu,Papa pesan,dia balik lambat.Jadinya,makan malam nanti tak payah tunggu dia.” kata Mak Yam kepada Redza .

Redza  menghembus nafas kecewa sambil mengutarakan raut wajah sedih.Sudah lama dia tidak makan malam bersama-sama dengan keluarganya.Tapi itu semua sudah menjadi seperti suatu kebiasaan baginya.

“Eh kenapa tak habiskan?” kata Mak Yam yang melihat Redza  tidak menghabiskan makanannya.

“Ja dah kenyang.Ja naik dulu Mak Yam.” kata Redza  yang sebenarnya dia hilang mood untuk makan.

“Yelah.Pergi mandi,tukar baju lepas tu solat.Jangan lupa.” pesan Mak Yam sambil mengemas meja makan.

“Yalah mak.” kata Redza  yang sudah terlalu biasa dengan segala pesanan Mak Yam kepadanya.Dia mengambil beg sekolahnya dan meniti anak tangga untuk masuk ke dalam biliknya.Mencampakkan begnya ke atas katil dan pergi mandi.Dia bersiap-siap untuk keluar.Redza mencapai papan selaju miliiknya yang dihadiahkan oleh neneknya.Dia memakai jam tangannya lalu menutup pintu bilik.Redza menuruni anak tangga dengan sepantasnya.

“Ja ! Nak pergi mana?!” jerit Pak Ni yang ketika itu sedang beristirehat di halaman rumah bersama Mak Yam.Redza  tidak mengatakan apa-apa.Dia hanya mengangkat papan selaju miliknya tanda dia mahu pergi melepak di taman berdekatan.Pak Ni sudah terbiasa dengan sikap Redza  yang suka menghabiskan waktu lapangnya di taman.Di taman,Redza  gemar bermain papan selajunya bersama-sama rakan-rakan lain di gelanggang ‘skateboard’ yang disediakan di situ.Kadang-kadang juga Redza  suka berbasikal atau berjogging di situ bersama Fira.Namun,kebiasaannya dia suka pergi bersendirian.

Redza  menaiki papan selajunya sambil memasang ‘earphone’ di telinga.Sewaktu itu memang ramai orang berada di taman untuk beriadah pada waktu petang.Sedang Redza  khusyuk melayan lagu,tiba-tiba seorang gadis melintas di hadapan Redza .Redza  hilang kawalan lalu terjatuh.Tangannya luka dan berdarah.Gadis yang bertubuh tinggi dan berkaca mata itu segera menuju ke arah Redza  sebaik sahaja melihatnya jatuh.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haliqa Nur