Home Novel Keluarga Di Penghujung Badai
Di Penghujung Badai
zunnurhafiezah
26/3/2018 12:54:36
46,137
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 61

Marzura melangkahmasuk ke dalam bilik Dato’ Hashim. Ada getar didadanya. KelihatanDato’ Hashim dan Datin Mariam sedang berbual dengan seorang lelakiyang hampir sebaya dengan usia mereka.

“kenapa kamu pucatjer ni Marzura? Kamu tak sihat ke?” soal Datin Mariam. Risauhatinya melihat wajah pucat wanita yang sedang berbadan dua itu. Diaberjalan menghampiri Marzura dan memimpinnya ke sofa.

“saya ada perkaranak beritahu Dato’ dan Datin tentang tuan tapi…” lambat Marzuramenjawab. Kata-katanya terhenti apabila terpandang tetamu suamiisteri itu.

“tak mengapa Zura,ini Tan Sri Syukri. Dia merupakan kenalan rapat keluarga kami dan diaturut membantu saya menyiasat tentang Melliana” beritahu Dato’Hashim.

“saya jumpa gambarini dalam bilik tuan Shahzan tadi” teragak-agak Melliana meletakkangambar yang dijumpainya di atas meja.

Laju tangan DatinMariam dan Dato’ Hashim mencapai gambar tersebut. Bulat mata merekamelihat gambar itu.

“Hannan ke nibang?”soal Datin Mariam tidak percaya. Kemesraan Hannan dan lelakididalam gambar itu menyentak perasaannya.

Dato’ Hashim sudahmenyandarkan tubuhnya ke sofa. Sukar untuk dia mempercayai apa yangdilihatnya.

Tan Sri Syukrimengambil gambar yang dipegang oleh Dato’ Hashim. Dia menghelanafas berat. Apa yang pernah difikirkan suatu ketika dahulu akhirnyaterjadi. Dia melihat wajah mendung suami isteri dihadapannya itu.

“sebenarnya adasatu rahsia yang saya nak ceritakan” luahnya perlahan. Tiga pasangmata melekat diwajahnya. Perlahan dia melepaskan keluhan berat. Sudahtiba masanya untuk dia berterus terang tentang keluarganya itu.

“sepatutnya dahlama saya ceritakan hal ini supaya keadaan tidak bertambah rumit”

“apa yang Tan Srimaksudkan ini? Apa kaitan cerita Tan Sri itu dengan kami?” soalDato’ Hashim tidak sabar.

“Orkid Hannaniadan Hudzair Alfi, mereka berdua ini anak kandung saya” luah Tan SriSyukri sambil mengangkat gambar yang dipegangnya itu. Wajah-wajahdihadapannya kelihatan begitu terkejut.

“mama Hannan iaituSeri Ainan tinggalkan saya dan Hudzair sewaktu dia mengandungkanHannan. Selepas pemergian Seri Ainan saya hilang arah dan mengabaikanHudzair sehingga dia membesar tanpa kasih sayang keluarga. Hudzairterlalu marah dengan sikap saya yang selalu mengabaikannya dan diabuat keputusan untuk lari dari rumah. Selepas itu saya terjumpa diariHudzair sewaktu kecil, rupa-rupanya arwah emak saya yang menghalauSeri Ainan dari rumah kami. 27 tahun Seri hilang tanpa khabar berita,puas saya cuba menjejaki dia. Sekian lama saya mencari, akhirnya enambulan lepas saya dapat jawapan yang saya cari. Isteri saya telahmeninggal dunia dan Hannan adalah anak kandung saya. Apa yang lebihmengejutkan saya adalah Hannan dan Hudzair telah lama berhubung.Mereka menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan oranglain. Budak lelaki yang di dalam gambar ini adalah anak angkatHudzair yang mereka besarkan bersama-sama. Hudzair telah menjalankantanggungjawabnya sebagai abang yang baik kepada Hannan. Saya sentiasamemerhati gerak geri mereka selama ini. Tapi sayangnya saya masih takada keberanian untuk bersemuka dengan anak-anak saya sendiri” TanSri Syukri menamatkan ceritanya. Separuh daripada bebanan yangditanggungnya lenyap begitu sahaja.

“kenapa Tan Sritak beritahu kami lebih awal tentang ni”

“saya mahumembaiki hubungan saya dengan anak-anak saya dulu. Saya tahu Hudzairmasih marah dengan saya. Semua ini silap saya. Saya juga bersalahdengan bapa mertua saya. Sampai hari ini saya masih malu untukberhadapan dengan dia”

“Alhamdulillahmujurlah kami tidak meragui Hannan. Saya yakin Hannan tu anak yangbaik budi pekertinya dan dia tidak akan membuat perkara yang tidakbaik” lega Datin Mariam mendengar cerita lelaki itu.

“Tuan Yusuf tumemang garang orangnya, tetapi kalau Tan Sri betul-betul mohon maafdengan di pasti dia akan maafkan Tan Sri” nasihat Dato’ Hashim

“Saya akan cuba.Tak usahlah ber Tan Sri lagi dengan saya. Kita ni besan” Tan SriSyukri menepuk lembut bahu Dato’ Hashim.

“kalau macam tupanggil jer nama kami abang Syukri. Tak sangka kita ni dah jadikeluarga” sampuk Datin Mariam

“Marzura, kamuletakkan balik gambar ini dalam bilik Shahzan. Pura-pura tidak tahutentang hal ini” arah Dato’ Hashim. Gambar-gambar yang diberikanoleh wanita itu tadi dipulangkan semula.

“baik Dato’”

“CCTV yang sayasuruh kamu pasang hari itu dah dipasang?”

“sejak minggulepas lagi dah siap”

“Kamu tak pernahmengecewakan saya Marzura. Memandangkan kamu sedang mengandung sayadah carikan pembantu untuk membantu kerja-kerja kamu. Saya nak kamuperhatikan Shahzan, saya yakin ada pihak cuba untuk memisahkan Hannandan Shahzan. Kita kena segera bertindak. Saya harap orang Tan SriSyukri akan dapatkan maklumat tentang Melliana tu. Perasaan saya kuatmenyatakan bahawa dia turut terlibat dalam hal ini.


“Terima kasihDato'. Saya sayangkan keluarga Dato' dan Puan Hannan tu baikorangnya. Saya akan bantu keluarga Dato' dan Datin”

“Janganlah kamurisau Hashim, budak-budak saya akan sentiasa perhatikan gerak-geriperempuan tu”


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zunnurhafiezah