Home Novel Islamik KAFARAH CINTA
KAFARAH CINTA
yasnain_sitisaleha
1/1/2018 12:05:34
2,353
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
PROLOG


PROLOG

♥Suraya

Deritan cengkerikdan irama sang katak telah membunuh keheningan dinihari yang amatsuram. Kelihatan juga panahan petir membelah dada langit. Seriaubetul hatinya apabila melihat keadaan tersebut. Sesekali terdengarpula dentuman guruh menyapa cuping telinga. Di luar sana, kesuramantampak bermaharajalela. Namun Suraya masih khusyuk bermunajat denganSang Kekasih yang Hakiki, Tuhan Semesta Alam. Berbicara hanya berduadengan-Nya.

Rembesan hujanyang turun pula telah menyemarakkan lagi suasana. Walaupun terasasejuk mencengkam sehingga ke tulang hitam, namun dia masih tidakberganjak dari tahajudnya. Begitu mendamaikan hati. Dirasakan seakanmahu selamanya begini. Namun Suraya memang cukup sedar sesungguhnya dia mempunyai tanggungjawab yang lain sebagai khalifah di bumi Allahini.

Dari luar bilikpula, kelihatan Pak Bahar menjengah puteri tunggalnya itu. Tiba-tibasahaja hatinya terasa begitu sebak sekali apabila terpandang anaknyaitu. Secara spontan dia teringatkan almarhumah isterinya. Walaupunsudah sekian tahun isterinya pergi menghadap Ilahi, namun dia masihtetap tidak dapat melupakan segala kenangan ketika masih bersamadengan isterinya itu. Seakan-akan isterinya masih ada disisinya lagi.Seperti pita rakaman yang diputarkan kembali, semuanya amat jelasterpampang di depan matanya. Saat-saat indah ketika masih bersamadengan isteri tercinta. Rasa hendak menitiskan airmatanya, namunsedaya upaya cuba ditahan tidak mahu kalah dengan perasaannyasendiri. Keras sekali tampaknya hati Pak Bahar.

Tiba-tiba sahajaterdengar Pak Bahar terbatuk-batuk. Kelihatan keras sekali batuknyakali ini. Dia mengurut perlahan-lahan dadanya menahan kesakitan. Diaterus sahaja minum ubat batuk yang diambil dari peti sejuk. Namunbatuknya semakin menjadi-jadi pula. Tidak seperti selalunya, lepassahaja minum ubat pasti batuknya akan beransur kurang dan semakinsembuh. Sungguh perit sekali dadanya. Nafasnya terasa tersekat-sekat.Tubuhnya terasa lemah sekali dan badannya tergigil-gigil kesejukan.Akhirnya dia terduduk lemah. Lama sekali dia berdiam diri di situ kerana menahan kesakitan.

Suraya terussahaja bingkas bangun, bila terdengar batuk ayahnya semakin keras.Jelas sekali tampak kerisauan dimatanya. Dia tidak mahu terjadiapa-apa kepada ayahnya itu. Sekarang ini ayahnya sahajalah yang diapunya. Dia tiada saudara lain. Kalau ayahnya tiada dia menjadisebatang kara. Keluarganya yang lain tidak pernah dikenalinya. Ayahatau almarhumah ibunya tidak pernah menceritakan salasilahkeluarganya. Yang diketahuinya ayahnya adalah seorang perantau.

Sesungguhnya diatidak mahu kehilangan orang yang tersayang. Memang sungguhmenyakitkan. Teringat kembali saat dia kehilangan ibunya. Waktu itudia masih kecil lagi. Di waktu dia masih memerlukan dakapan kasihsayang seorang ibu, ternyata Tuhan lebih menyayangi ibunya. Ibunyatelah pergi menyahut panggilan Ilahi. Airmatanya sudah mengalir lajuapabila terkenangkan kembali kejadian itu.

“Ayah! Kenapa niayah? Teruk sekali batuk ayah ni?” Tanya Suraya bertalu-talu keranakerisauan.

“Eeh… Su, takada apa-apalah sikit aje ni. Biasalah orang tua Su.” Sapa ayahnyabila melihat kerisauan terpamer di mata anaknya itu.

“Janganlahrisaukan sangat, kejap lagi baiklah ni.” Tambah Pak Bahar.

“Su tak nak ayahsakit, ayah sajalah yang Su ada.” Rintih Suraya.

Dia masih teringatlagi saat dia kehilangan ibunya yang tercinta. Rasanya belum sangguplagi kehilangan orang yang disayangi dalam masa terdekat ini. Diamemang tahu tentang ketentuan Tuhan.Setiap yang bernyawa pasti akanmati. Itulah hakikat yang pasti terjadi dan sebagai hamba-Nya, kitakena percaya dan redha Qadha dan Qadar yang Allah telah tetapkansepertimana firman-Nya dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud:

“Semua yang adadi bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal zat Tuhanmu yang mempunyaikebesaran dan kemuliaan.”

(Ayat 26-27)

Namun sesungguhnyabelum tentu dia kuat untuk menerimanya jika sampainya waktu itu. Diamasih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ayahnya. Dia tidakdapat membayangkan bila hidup bersendirian nanti…

Dia cukup tahubahawa ayahnya selalu sahaja mengelak jika disuruh berjumpa dengandoktor. Mintalah apa saja darinya, pasti ayahnya akan cubamenunaikannya. Tapi jangan yang satu ini, tiada toleransi langsung.Kadang-kadang Suraya pening kepala dengan sikap ayahnya yang satuini. Dia tergeleng-geleng kepala melihat gelagat ayahnya. Banyaksangat dalihnya. Itulah… Inilah… Urgh! Kalah kita dibuatnya,serba-salah jadinya.

“Ala Su, ayahdah makan ubat tadi. Petang tadi ayah beli kat kedai Pak Mail.” PakBahar bersuara setelah lama berdiam diri.

‘Tengok tu, baruaje cakap …’ Desis hati Suraya.

Dia tidak mahuanaknya itu terlalu risaukan tentang keadaan dirinya.

“Su ni risaukanayah, dah sakit-sakit tu bukannya nak berjumpa doktor. Nampak batukayah tu teruk semacam aje. Risau betul Su…” Bebel Suraya.

“Dahlah tu bukannak duduk rehat kat rumah pulak, ada aje kerjanya.” Tambah Surayalagi.

“Berilah peluangSu pulak yang jaga ayah, memang dah masanya ayah tu berehat dirumah.” Celoteh Suraya tidak berhenti-henti.

Wajahnya tampaksedih aje ketika melihat situasi ayahnya yang nampak semakin cengkungdan kurus.

Pak Bahar cumamengukirkan senyuman ketika mendengar kata-kata puteri tunggalnyaitu. Dia cukup bahagia kerana mendapat anak yang amat prihatinseperti Suraya. Terasa begitu sejuk mata memandang. Dia merupakananak yang amat berbakti kepada orang tuanya. Sikapnya persis denganalmarhumah ibunya , Fatimah.

Yalah…

Di mana tumpahnyakuah kalau tak ke nasi? Itulah perumpamaan yang sesuai untukmenggambarkan tentang perwatakan diri Suraya. Malahan kecerdikannyajuga amat terserlah. Walaupun dia bukanlah tergolong dari kalanganorang kaya, tetapi berkat didikan dan kesabaran Pak Bahar mengasuhSuraya walaupun tanpa isteri tercinta, puterinya ini berjaya jugamenamatkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar di Mesir dengancemerlang. Suraya juga menjadi kebanggaan penduduk Kampung Dato Muftikerana kejayaan dan akhlaknya menjadi contoh kepada warga kampungyang lain. Namun sayang seribu kali sayang, isterinya telah pergidulu, sebelum sempat menyaksikan kejayaan permata hati mereka berdua.Bukan tak pernah ada yang menggesa Pak Bahar untuk berkahwin lagi.Ketika itu Suraya masih lagi kecil. Ramai yang berpendapat Surayaamat memerlukan belaian kasih seorang ibu untuk tumbuh sempurna.Namun Pak Bahar tidak pernah menanggapi semua itu. Sesungguhnya diaseoranag pencinta yang setia. Sampai kini dia masih hidupbersendirian. Dia lebih senang melayan kerenah puteri tunggalnya itudaripada mengharap sesuatu yang tak pasti. Tiba-tiba terasa hangat ditubir matanya. Tiada siapa yang dapat menggantikan arwah isterinyayang tetap bertakhta di hatinya.

‘Mah… Kamuadalah anugerah terbaik dari Illahi untuk abang.Tak akan ada lagiyang lain di hati ini…’ Desis Pak Bahar.

Jelas sekaliterpampang kerinduan yang amat mendalam pada diri Pak Bahar terhadapalmarhumah isterinya itu. Akhirnya hati tuanya kalah juga walaupuntelah sedaya upaya cuba untuk mengawal emosinya. Di tubir matanyamengalir airmata hangat. Deras sekali.

Walaupun dalamsendu, sempat lagi dia menghadiahkan Al-Fatihah buat isterinyatersayang agar sentiasa dalam rahmat Tuhan.

Amin…

Apabila tersedarbahawa Suraya masih ada di situ bersama-sama dengannya, cepat-cepatsahaja Pak Bahar mengesat airmatanya yang masih tersisa, tidak mahuanaknya terlihat dirinya menangis. Pak Bahar tidak mahu anaknyaterlalu risaukan dirinya.

“Janganlah Surisau, kejap lagi ayah sihatlah.” Akhirnya Pak Bahar bersuara jugacuba mententeramkan puteri tunggalnya itu.

“Ayah akan ikutnasihat Su, dah sihat nanti barulah ayah sambung kerja tu ya…”Sambung Pak Bahar cuba memujuk Suraya.

Kedengaran lembutsahaja suara Pak Bahar kali ini. Bimbang betul hatinya melihatgelagat Suraya yang tidak ceria.

Namun dia terasalega dan sudah dapat mengukirkan senyuman setelah melihat Surayakembali tenang. Akhirnya dia terpaksa mengalah jua kali ini denganpermintaan Suraya. Paling tak kuat dia melihat puterinya itu menangiskesedihan. Bagai disiat-siat jantungnya.

Di saat ini PakBahar mengharap agar Suraya mendapat pendamping hidupnya yangmenyayangi dirinya dan dapat membimbingnya dengan penuh kesabaran.Pak Bahar sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya. Moga-moga diamendapat sebuah keluarga yang sakinah. Amin…

Tidaklah diaterlalu risaukan anaknya jika suatu hari nanti dia menutupkan matamenyahut panggilan Ilahi. Kehidupan Suraya pasti akan terjaga.PakBahar hanya menghela nafasnya memikirkan soal Suraya. Terasa beratsekali…

‘Sesungguhnyamentadbir sebuah negara tidak serumit menjaga dan mendidik seoranganak perempuan. Banyak sangat ragamnya.’ Getus hatinya.

Akhirnya diatergeleng-geleng sendiri mengenangkan soal itu.





♥Farid

Hari ini semuakeluarganya kumpul bersama. Memang aktiviti ini sudah menjadi rutinmingguan sejak dulu lagi bagi keluarga Tengku Farid. Hari Ahad adalahmerupakan hari keluarga bagi mereka. Awal-awal lagi nenek sudahmemberi amaran keras. Sebarang alasan tidak akan diterima langsungoleh nenek. Jika ada yang berani-berani melanggar segala titahnyapasti buruk padahnya.

Siapa yang takkenal dengan Tengku Safiah Mansor. Sikapnya yang penuh disiplin tidakboleh di pandang sebelah mata sahaja. Tengku Safiah tak kira siapa,walaupun cucu kesayangannya sekalipun yang melanggar titahnya pastitidak akan terlepas begitu sahaja. Cuba-cubalah buat angkara. Kalaunak tahu apakah akibatnya…

Itupun kalaujiwanya berhati keringlah, yalah jenis kulit buaya. Tak makan samanpunya orang. Tapi kalau jenis cakap sikit pun dah tersentap,cenggeng. Janganlah sesekali nak cuba-cuba ya!

Ish! Nak bayangkanpun tak sanggup.

Namun semuanyayang dilakukan oleh nenek adalah semata-mata ingin memupuk semangatkekeluargaan diantara mereka supaya tidak luntur. Jangan pula nantijika terserempak di mana-mana tak kenal sedara, haru-biru jadinyananti. Cuma cara nenek ni ekstrem sikit, asyik guna kuasa vetonyaaje. Tak syok betul...

Walaupan sikapnyaini tidak disenangi ramai, tetapi inilah nenek kesayangan DoktorTengku Farid.

Hari ini kerjanyadi hospital memang agak kurang. Semua pesakitnya Alhamdulillah dalampantauan dan situasi yang stabil. Bolehlah dia keluar awal sikit hariini. Doktor Karina juga sudah berjanji untuk memantau keadaan.

‘Aah, lebih baikaku balik terus ke rumah. Kalau lambat pasti… habislah aku!’Doktor Farid bermonolog dalam hati.

Dia tidak bolehhendak membayangkan apa tindakan yang akan diambil oleh neneknya.Pernah sekali, ini terjadi. Bukan disengajakan pun, tetapi macamnenek tak faham kerja doktor manalah tentu masa. Kalau ada‘emergency’ pasti kena kerja.

Nak tau apa yangterjadi pada waktu tu?

Erm… Angin neneksecara automatik naik seratus peratus. Dah seperti gunung berapimeletus memuntahkan laharnya. Habis semua kena tempiasnya. Haru-birudibuatnya. Apa tidaknya sudah macam di kem tentera pulak gayanya.Satu yang buat salah semuanya kena denda. Nenek selalu sahajamenggunakan kuasa vetonya. Namun tiada siapa pulak yang beranibersuara atau membantah tiap patah katanya. Walaupun begitu, keluargamereka tetap bahagia dan harmoni sampai sekarang. Doktor Faridkelihatan tersenyum sendiri bila terkenangkan kembali peristiwatersebut.

Namun janganlahpula sesekali dia terdengar ada orang yang berani-berani mengutukatau cuba-cuba menyakiti nenek kesayangannya itu. Pasti mereka akanberdepan dengan cucunya yang sorang ini.

Wah! Wah! Wah!

Dah nak jadi superherolah pulak dia ni. Hii… hii… Cucu sapalah tu? Yalah cucukesayangan Tengku Safiahlah katakan. Makin lebar aje senyumannya.Senang hati aje nampak? Tapikan…

Nenek ni satu jemasalahnya yang dia bengang sangat. Boleh berguguran rambutnyaseperti dedaunan kering gamaknya. Sudah terbayang-bayang dimatanyakalau dia benar-benar botak kepalanya.

Isk… Isk… Isk…

Dia mengusap-usapkepalanya. Dia tersenyum sumbing bila terkenangkan hal tersebut. Inisemuanya pasal jodohlah. Tak pasal-pasal kena ‘heart attack’kalau hari-hari kena serang macam ni.

Pening! Pening!Boleh mati muda kalau macam ni hari-hari…

Paling tak seronoktu kalau tengah sedap menjamu selera keluar pulak topik tu. Nak pulaktu perut tengah berkeroncong minta diisi.

Urgh!

Terus hilangselera makan. Rasa nak terkeluar semua isi perut. Tiba-tiba jadimual. Dah belum ada jodoh nak buat macam mana? Soal jodoh pertemuan,ajal maut ni semuakan ketentuan Tuhan.

Suatu hari ketikasedang menjamu selera…

"HaiFarid bila lagi kau tu nak kawin?" Tanya nenek direct.

Hampir gugurjantungnya mendengar pertanyaan nenek yang secara tiba-tiba.Terperanjat benar dia disergah begitu sekali oleh neneknya. "Alanenek ni…" Jawab Doktor Farid setelah jantungnya kembaliberdegup normal. Sengaja dia membiarkan jawapannya tergantung begitu.

"Habis tu naktunggu nenek mati, barulah nak terfikirkan soal kahwinlah ye? Nenekni dah tua entah esok lusa… Tak sempatlah nak tengok cucu nenek nikawinkan. Sampai hati…" Jerkah nenek merajuk. Mencerlungmatanya memandang cucunya itu. Yang lain hanya diam diri tidakberkutik langsung. Tiada siapa yang berani menyampuk kata-kata nenek.

"Bukan macamtu nek… Sebenarnya Farid belum jumpa yang sesuai." Jawab Faridperlahan sahaja nadanya.

Dia kelihatanserba-salah bila ditenung begitu sekali oleh nenek. Tak selesa betulterperangkap dengan situasi begini. Dia tidak menyangka langsungneneknya akan merajuk begitu sekali. Selamba aje nenek meninggalkanmeja makan. Dia tidak menoleh atau menyahut panggilannya.

"Nak buatmacam mana ni?" Doktor Farid tergaru-garu kepalanya yang takgatal. Yang lain pulak boleh buat tak tau aje. Masing-masing hanyamengangkat bahu tanda tak mahu masuk campur.

"Pandai-pandailahpujuk nenek tu, apa susahnya kawin ajelah…" Tegur mama sambiltersenyum.

"Urgh! Mamani…" Doktor Farid mengeluh lemah.

"Entah tu,nenek cuma suruh Farid kawin je. Bukannya suruh bunuh orang. Apalahsusah sangat." Bebel Tengku Nadirah.

"Alongnikan!!!" Kata Doktor Farid separuh terjerit. Alamat panjanglahrajuk nenek jawabnya. Ini mesti nenek tak bertegur sapa dengannyaberhari-hari.

Erm! Nampaknyapanaslah telinganya mendengar omelan mama. Dia tergeleng-gelengkepala memikirkannya.

Kehidupannyaberjalan terus seperti biasa. Sesungguhnya dia memang tidak ada masauntuk memikirkan soal lain. Komitmen terhadap kerja membuatkannya diaseakan terlupakan soal hati. Memang rumit untuk memikirkannya. Namunbiar sahajalah masa yang menentukan segalanya. Dia bukanlah seoranglelaki yang anti wanita, namun untuk memilih wanita yang hendakdijadikan isteri perlulah berhati-hati. Tidaklah semudah mengutipbatu di tepi jalan. Dia tidak mahu tergesa-gesa. Kalau tersalah pilihlagi haru-biru hidupnya.

'Alah rajuk nenektu bukannya lama. Tak tengok cucu kesayangannya beberapa hari aje dahtak keruan hidupnya…' Desis hatinya memotivasikan dirinya.

"Eh, doktortak balik lagi ke?" Tanya doktor Kirana yang pelik melihatDoktor Farid masih ada di situ.

"Saya nampakdoktor macam ada masalah aje?" Tanya Doktor Kirana lagi.

"Cuba doktorcerita, manalah tahu saya boleh beri pandangan." Tambahnya lagi.

Namun kata-kataDoktor Kirana membuatkannya tersentak dari lamunannya. Tak tersedarpula dia sebenarnya masih berada di hospital lagi. Amboi syoknyaberangan mamat sorang ni sampai dah tak ingat dunia. Dah sampai keplanet mana agaknya??? Dia tersenyum kelat. Alamat merajuk lagilahneneknya hari ini.

'Urgh! Macam manani?' Desis hatinya.

"Alamak sayadah lambat ni! Habislah… Eeh maaflah saya balik dululah ye."Kata Doktor Farid bergegas keluar dari biliknya membiarkan pertanyaanDoktor Kirana tergantung begitu sahaja.

Doktor Kiranahanya tergeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Doktor Farid yangsering sahaja kalut. Nama aje berkelulusan tinggi, namun perangainyamengalahkan kanak-kanak rebina lagaknya. Selalu sahaja begitu.

Doktor Farid pulasudah tak pandang kiri kanan lagi. Niatnya cuma satu, nak sampai ke rumah secepat mungkin sebelum lahar gunung berapi meletus. Dia jugayang panas telinga mendengar omelan nenek yang tak pernah sudahsebelum neneknya berpuashati dengan penjelasannya. Doktor Faridmengeluh perlahan. Terasa keretanya bergerak perlahan walaupun diasudah sedaya upaya memecut laju keretanya. Dia juga terasabermandikan keringat walaupun ‘aircond’ sudah tersedia pasang.Tidak sedikit pun dapat menyejukkan jiwanya yang sedang kacau.Hatinya begitu resah mengenangkan hal itu.

‘Argh, tentusempat lagi ni…’ Doktor Farid memujuk hatinya sendiri.

Sampai sahaja dirumah, kelihatan nenek sudah menunggunya di meja makan bersama-samadengan ahli keluarganya yang lain. Hanya dia seorang sahaja yanglewat sampai.

“Farid!”Jerkah nenek.

‘Alamak habislahkali ni…’ Desis hatinya. Haru, haru... Tentu sahaja nenekmengamuk lagi hari ni.

Kalau dah terjebakdalam situasi begini tak keruan jadinya. Apa tidaknya, terpaksaberhadapan dengan situasi tidak selesa. Masing-masing memandang tajamke arahnya.

URGHH!!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh yasnain_sitisaleha