Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta I LOVE U CIKGU HAIKAL
I LOVE U CIKGU HAIKAL
SITI
30/5/2018 23:38:07
5,144
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

“CUTI berapa hari lagi Angah?” Soal Puan Zaharah kepada anak bujangnya.

“Empat hari lagi,kenapa mama?” Haikal memandang mamanya.

“Marissa sampai sini pagi tadi,kalau kamu free kita pergi jenguk dia nak?” Tanya Puan Zaharah dengan mata yang bersinar. Mengharap Haikal akan setuju dengan pemintaannya.

“Yela” Pendek sahajaj awapan Haikal. Marissa anak teman Puan Zaharah. Teman sewaktu Haikal kecil. Tetapi,bila masing-masing dah menginjak dewasa mereka jarang berjumpa. Mamanya selalu suruh dia berjumpa Marissa setiap kali gadis itu pulang ke kampung. Marissa barutamat belajar dalam bidang pengurusan pejabat.

 

HAIKAL melangkah masuk ke rumah banglo yang indah terletak di lereng bukit. Suasana disini sungguh cantik bila menyambut petang. Tuan Haris tidak dapat mengikut mereka. Hanya Haikal dan Puan Zaharah yang mengunjungi Villa kasih milik Puan Tina dan Tuan Hisham.

“Ini anak I,Haikal”Puan Zaharah kenalkan Haikal kepada Puan Tina.

“Dah besar budak ni,dulu masa kecil-kecil selalu datang rumah Aunty” Puan Tina agak mesra dengan anak rakannya.

“Dulu budak-budak manat ahu malu lagi,sekarang dah besar sibuk dengan kerjaya pulak” Puan Zaharah mengambil tempat di sisi Puan Tina. Tempat di sebelah Haikal sengaja dikosongkan.

“Sunyi rumah YouTina,mana Marissa?” Puan Zaharah menyoal. Dia meninjau sekeliling. Keadaan Villa Kasih ini tidak banyak berubah pada pandangannya.

“Assalamualaikum”.Suara lembut Marissa menampar gegendang telinga Puan Zaharah. Terus dia memandang Marissa yang datang dari arah dapur. Di tangannya ada dulang yang berisi gelas minuman. Marissa meletakkan dulang tersebut. Tangan dihulurkan kepada Puan Zaharah ingin menyalami wanita separuh abad yang sudah dianggap seperti mamanya. Puan Tina tersenyum manis melihat Puan Zaharah yang tidak berkedip perhati anak daranya.

Puan Zaharah tersenyum.Anak gadis kawannya ini penuh dengan kelembutan dan ciri-ciri wanita melayu.Masih sopan walaupun hidup sudah diulit dunia yang serba canggih. Wajah yang ayu dibaluti tudung bawal berwarna krim. Senyuman yang merekah bak mawar yang dititis embun murni ,sungguh menawan. Haikal disebelah dikerling. Sedang ralit menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

“Marissa apa khabar?”Puan Zaharah menyambut hangat tangan gadis itu.

“Alhamdulillah aunty,Rissa sihat” Marissa melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Haikal.

“Abang Haikal kamu ni,ajak aunty melawat kamu Rissa” Senjaga dia menuduh anaknya. Mata Haikal mencerlung memandangnya. ‘itu padahnya kalau sejak tadi diam’.

“Abang apa khabar?”Marissa beranikan diri menyoal Haikal. Marissa berikan senyuman manis kepadaHaikal tanpa dipinta.

“Alhamdulillah baik”

“Abang kerja dekat mana sekarang ni?” . Kemesraan cuba dipamerkan walau Haikal bersikap acuh tidak acuh dengannya.

“Guru sekolah menengah di KL”

“Eh,Rissa pun akan lapor diri mengajar dekat sekolah di sana” Marissa tiba-tiba teruja. dia ingin menarik minat Haikal agar bersembang dengannya.

“Rissa mengajar sekolah mana?” Haikal menoleh memandang Marissa. Topik ini berjaya menarik perhatiannya. Telefon bimbit dimasukkan dalam poket seluar jean.

“Sekolah Tinggi Stella,abang?”

“Sama la,Ya Allah kecilnya dunia” Haikal menepuk dahinya. Marissa bakal mengajar di sekolah tempat dia mengajar sekarang.

“Abang dah lama mengajar di situ?” Minat Marissa makin menyerlah bila tempat mereka sama.Sekurang-kurangnya dia tidak canggung di situ seorang diri. Masih ada yang dikenali.

“Abang baru mengajar dalam dua bulan lepas” Haikal tersenyum lagi menpamer gigi yang tersusun rapi.

“Hmmmm..amboi bersembang sampai tidak ingat kami berdua ada di sini. Jemput minum air Haikal,nanti sejuk sudah tidak sedap” Puan Tina tuang air panas ke cawan Haikal. Puan Zaharah tersenyum. Seronok mendengar Haikal dan Marissa bakal bekerja di bawah satu bumbung. Mereka pasti akan lebih akrab bila selalu bertemu.Besar harapannya ingin bermenantukan anak gadis rakan baiknya Tina. Siapa yang akan menolak gadis sopan santun seperti Marissa. Tutur katanya yang lembut seperti angin yang menepuk manja gegendang telinga. Beruntung jika impiannya menjadi kenyataan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.