Home Novel Cinta Dia bukan pilihanku
Dia bukan pilihanku
Aina Nabila
20/5/2018 07:53:08
3,801
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

MATAHARI yang memancar itu menebusi jendela menyedarkan Farhina yang lena itu. Farhina mengeliat dan sempat menguap lagi. Jam melalui telefon bimbit yang diletakkan di atas almari kecil disebelah katil di lihat. Matanya yang kuyu, terpisat-pisat baru terjaga itu bertukar buntang. "Mak... Eh, Umi! Pukul sebelas dah? Ya Allah! Dahlah kejap lagi ada kelas." Dengan pantas dia bergegas masuk ke dalam bilik air. 


Setelah dua puluh minit mandi, dia bergegas memakai baju kurung yang kelemut. Nak gosok bagi licin? Sudah tidak sempat. Kolej sudah memanggil. Masa berlalu dengan pantas. Walaupun terasa selekeh berpakaian begitu, dia terpaksa juga memakai. Tidak mahu terlewat sekali lagi. Jika lewat, pihak kolej akan membuangnya kerana sudah banyak kali lewat hadir ke dalam kelas kerana aduan dibuat oleh pensyarah kerek! Astaghfirullahalazim... mengutuk! Tak berkat ilmu dia ajar nanti baru nak menangis tak berlagu pula nanti. 


Setelah bersiap ayu memakai tudung labuh bidang 55, Farhina keluar daripada bilik. Farhina menuruni tangga satu per satu. Hal ini kerana, biliknya terletak di tingkat dua. Kelihatan Puan Faridah sedang menyapu di ruang tamu. 


"Assalammualaikum, umi." Farhina menegur uminya yang sibuk menunduk mengeluarkan sampah dari bawah sofa.


"Waalaikummusalam." Puan Faridah menjawab. Dia bangun melihat pemberi salam. 


"Astaghfirullahalazim. Kenapa anak umi dah macam orang sakit jiwa je umi tengok? Kenapa kamu ini tak gosok baju? Tak lawa dah anak umi ini. Dah tak ada orang nak pikat kamu." Umi sempat berseloroh sehingga tahap menantu. 'Ceh, umi! Perlu ke? Farhina masih belajar lagi kut!' 


"Eh, apa umi ini sampai pikat pula? Farhina tak sempat nak gosok. Tertidur lepas solat subuh tadi umi." Farhina menyarung sarung kaki.     


                  Puan Faridah mengelengkan kepalanya. "Itulah, pergi tidur lepas subuh tu dah kenapa? Kan bagus waktu lepas subuh tu mengaji dua tiga muka surat ke. Dapat juga pahala. Ini tidur. Kamu dapat apa? Dapat mimpi jelah!" Puan Faridah memulakan sesi bebelan di siang hari. 


Farhina mengaru kepalanya. Tidak fasal-fasal di bebel umi. Dia hanya tersenyum memandang Puan Faridah. "Abi mana umi?" Farhina bertanya. Tidak mahu Puan Faridah membebel sehingga keluar air telinga. 


"Pergi mana lagi, pergi pasarlah. Cari ikan, sayur dan barang dapur. Semua stok dah habis. Kalau lambat pergi pasar sudah pasti dapat tengok orang tutup kedai aja. Pagi-pagi, selalunya orang dah buka mata pergi membeli belah." Puan Faridah berkata sambil menyapu sampah yang dikumpul satu tempat ke dalam skop. 


Setiap pagi, sekiranya tidak ada halangan Encik Ikhwan, ayah kepada Farhina akan keluar ke pasar mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk dimasak sepanjang setiap seminggu. Bahan-bahan yang dibeli itu siap disenaraikan oleh Puan Faridah di dalam memo yang diletakkan pada dinding di luar bilik beradu mereka. Senang dilihat. Hari-hari dipandang. Mudah dicapai. 


Farhina mengangguk. "Farhina pergi dulu ya umi!" Dia melangkah keluar pintu utama. 


"Marilah makan dulu Farhina. Tak lapar ke dalam kelas nanti?" Puan Faridah mempelawa anaknya untuk makan. Yala, anaknya bangun lewat. Bila pula anaknya turun makan? 


“Tak apalah umi. Dah lewat sangat dah ini. Nanti tak sempat pula. Kena bebel dengan lecturer.” Farhina yang membuka pintu kereta MYVI yang berwarna keemasan itu berkata. 


“Yala. Hati-hati. Jangan pula kamu bawa laju-laju. Sayang nyawa kamu itu untuk umi dan abi.” pesan Puan Faridah dari pintu utama.


Farhina menghulurkan tangan. Puan Faridah menyambut. “Baik umi. Umi jaga diri ya. Jangan lupa doakan Farhina sampai  awal ke kolej.” Farhina mencium dahi dan kedua-dua pipi Puan Faridah. Buat apa nak malu cium ibu sendiri? Dia ibu kita. Melahirkan kita. Menjaga kita. Segala najis dibersihkan, dimandikan sehingga sentiasa menjadi harum mewangi. 


Setelah meminta diri untuk pergi ke kolej yang hanya tiga puluh minit sahaja untuk tiba, Farhina memandu kereta laju keuar dari Taman Serindah. Lesen sudah diambil sejak menjadi lepasan SPM lagi. 


Keputusan SPM yang cukup-cukup makan itu hanya mampu melayakkannya masuk ke Kolej Tungku Munawir. Mengambil kursus Pengurusan Pejabat. Memandangkan kolej dengan rumah Taman Serindah tidak jauh. Oleh itu, dia mengambil langkah untuk tidak tinggal di hostel yang disediakan pihak Kolej. 


Farhina memandu laju 110 KM per Jam. Sudah dua ke tiga lampu isyarat yang telah dilanggar olehnya. Kalaulah ada camera ditepi jalan dilaluinya sudah pasti dia sudah menerima saman. Pesanan kepada semua, jangan ikut perbuatan yang salah di sisi undang-undang jalan raya. Kalau lambat sekalipun, patuhi undang-undang jalan raya. Jangan jadi seperti Farhina. 


Farhina berlari masuk ke dalam kelas. Pintu kelas dibuka. Nafas di hembus. Tenang. “Fuh, selamat tak ada pensyarah masuk lagi!” Farhina segera mencari tempat duduk. 


Masuk-masuk aja. Semua duduk pakat gelak dengan wajah selekeh Farhina. Dia... Peduli apa? 


Farhina menghampiri Diana yang memakai purdah menutup separuh muka. “Hai, Diana!” sapa Farhina. 


Diana menoleh. “Assalammualaikum, sayang!” ucap Diana. Erti kata lain memerli sebenarnya. 


Perkataan sayang itu memang tidak lekang dalam persahabatan mereka. Bukanlah perkataan sayang itu menunjukan mereka adalah lesbian. Tidak sama sekali! Ini menunjukan persahabatan yang begitu akrab. 


Farhina tersengih. “Waalaikummusalam, sahabat!” 


“Farhina, biasakan yang betul. Mulakan sapaan dengan ‘assalammualaikum’. Ucapan salam itukan satu doa, iatu salam sejahtera ke atas kalian. Kan bagus awal-awal kita jumpa kita mendoakan sahabat kita. Barulah hidup sahabat kita akan sentiasa diberkati. Berbanding dengan ucapan hai itu. Kitakan islam.” Diana yang agak islamik itu menyampaikan tazkirah pagi. 

Farhina mengeluarkan buku nota. Bersedia mencatat apa sahaja apabila kelas bermula nanti. “Mak ai, awal-awal lagi dah dapat motivasi free.” Farhina tergelak kecil. Untung ada sahabat sejati seperti Diana ini sudahlah cantik, sopan pula tu. 


Diana merupakan sahabat Farhina sejak mereka di sekolah rendah. Tak silap, ketika mereka berumur 9 tahun. Sudah lama. Keakraban itu melekat sehingga hari ini. 


Diana yang datang dari Klang itu berpindah ke Seremban. Tak lain tak bukan, papanya, yang sudah naik pangkat itu dipindahkan. Oleh sebab itu, mereka sekeluarga berpindah. Diana mempunyai dua beradik termasuk dirinya. Seorang abang yang sedang belajar di Universiti Islam Malaysia. 


Diana yang pada mulanya seorang yang pendiam ketika baru berpindah di sekolah Farhina akhirnya berubah seratus peratus apabila Farhina yang terlebih peramah menegur Diana. Akhirnya, kedengaranlah gelak ketawa rancak memenuhi hari-hari mereka sehinggalah hari ini. 


Sebenarnya, keputusan SPM Diana agak cemerlang berbanding Farhina. Namun, bagaikan isi dengan kuku, tidak boleh dilepaskan mahupun berjauhan Diana memilih untuk belajar bersama dengan Farhina. 


Belajar dimana-mana pun boleh berjaya juga. Asalkan mahu belajar. Ikhlas menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. Disamping usaha yang dilakukan dengan istiqomah dapat mengubah markah peperiksaan setiap semester. Asalkan rajin. 


“Kau kenapa lambat? Tengok upin dan ipin?” soal Diana. Dia sudah masak dengan Farhina yang suka animasi kartun mengalahkan budak-budak. Budak-budak pun tak ketagih macam dia. 


“Malam tadi, aku tak layan kartun. Malam tadi aku ubah fikiran tengok running man.” Farhina tersengih gerak busuk. 


Diana mengelengkan kepala. Korea, Korea dan Korea. Tak salah nak tengok drama Korea, asalkan tak ketagih sampai ikut cara mereka berhua hua sana sini. Solat kemana. Mengaji kemana.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aina Nabila