Home Novel Cinta Cinta
Cinta
#Shrex#
10/4/2020 18:07:17
3,732
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" tanya Rayy. 


"Bukan apa-apa tapi cuma kenapa nama awak Rayy? Nama orang putih sangat. Letaklah nama Melayu ke macam Rayyan ke Rayhan ke. Ni tak, Rayy juga dia nak," balas aku. 


Rayy hanya mempamerkan muka malas. 


"Dah jom sambung balik. Kau nak lulus ke tak?" tanya Rayy



Gila! Siapa tak nak lulus. Segera aku mengangguk kepala. Aku hairan. Rayy ni dah lah handsome, tak akan dia tak ada girlfriend. Aku tak suka dia tapi cuma pelik sebab dia jarang main phone. Kalau orang lain mengayat dengan pakwe makwe dia orang tapi Rayy tak pun. Nak tanya ke tak eh? Tanya je lah. 


"Oii berangan!" kata Rayy sambil tepuk meja. 


"Opocot mak kau pakwe aku!" latah aku kuat. Malu wei. Semua orang kat sana pandang aku. Merahlah muka aku sekarang.


"Hahahaha! Mak aku pakwe kau?! Memang tak Ah!" kata Rayy kuat. 


Eii dia ni memang kurang ajar. Aku pandang dia tajam. Tanganku bersedia memegang buku. Aku senyum senget. 


1..2..3..


Bukk!! 


"Aduh!! Sakitlah bodoh!" marah Rayy sambil gosok kepala. 


Aku hanya gelak kuat sambil balas, "Tu lah . Padan muka gelakkan orang tadi,".


Rayy pamerkan muka tak puas hati. Aku tergelak kecil. 


"Dah lah. Jom kita sambung. And sorry Rayy sebab pukul kepala awak," kata aku. 


Meminta maaf ialah satu amalan yang baik. Rayy juga turut meminta maaf. Kami sambung semula assignment yang tertangguh tadi. 







Beberapa jam kemudian. 


"Nabilla, kau tak lapar ke?" tanya Rayy. 


"Lapar tu memang lapar tapi tahan je sebab takut nanti tak sempat habis kerja," jawab aku. 


"Jom kita pergi kafeteria. Isi perut dulu," kata Rayy. Aku hanya mengangguk kepala. 


Kami mengemas meja yang berselerak dengan kertas. Selesai mengemas, kami pun berjalan menuju ke kafeteria. 


Aku perasan, masa aku jalan dengan Rayy ramai budak perempuan pandang aku tak puas hati. Ramai! Tak selesa aku. Rasa macam nak jerit, 'KENAPA SEMUA PANDANG AKU MACAM TU!!!' tapi tak berani. Hehe.



Sampai je kat kafeteria, kami duduk dulu.


"Kau nak order apa? Aku belanja," kata Rayy. Bersinar mata aku. 


"Betul ni nak belanja?" tanya aku meminta kepastian. Rayy mengangguk kepala. 


Aku tersenyum lebar. "Nak nasi goreng kampung dengan teh ais," kataku. Rayy mengangguk kepala.


Rayy segera mengangguk kepala lalu beredar ke kaunter makanan. Aku pula of course lah layan phone. Aku memandang chat aku dan Redza, pakwe aku. Dah lama dia tak chat aku. Last dia chat tak silap aku sebelum dia pindah KL. Rindunya dia.



"Hah!" sergah Rayy. 


"Opocot cot cot," latah aku. Aku memandang dia geram. 


"Eii kalau tak sergah tu memang tak boleh eh?!" tanya aku geram. Rayy menggeleng kepala. Aku hanya menjeling dia. 


Aku lihat dia membawa dulang berisi makanan. Makanan yang aku order kat dia tadi ada dan dia pula membeli nasi campur dengan ais kosong. Aku mengucapkan terima kasih lalu menikmati makananku. Seusai habis, kami berjalan-jalan. 



"Assignment tu sambung esok je lah. Lagipun tinggal sikit je lagi yang belum siap," kata Rayy. Aku hanya mengangguk kepala tanda setuju. 


"Aku nak nombor kau," minta Rayy. 


"Hah?!" tanya aku. Apa kau ni Illa? Kan dia kata nak nombor kau! 


"Aku nak nombor kau. Nanti ada apa-apa ke bolehlah aku tanya kau," kata Rayy. 


Aku tersengih lalu memberikan nombor aku kepada Rayy. Tiba-tiba Rayy menarik aku lalu memelukku. Aku memandang mata coklatnya dan dia memandang mata hitamku. Kami berhenti di situ.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #Shrex#