Home Novel Cinta Cukup Sampai Di Sini...
Cukup Sampai Di Sini...
Viviana Rose
25/6/2016 06:44:56
21,002
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Senarai Bab
teaser novel


Segala kesedihan dan derita yang dia tanggung selama ini akan ditinggalkan. Kalau semalam dia menangis, esok akan dia pastikan yang dia tidak akan menangis lagi. Akan!

Dia ingin menjadi Syafiqah yang baru. Syafiqah yang tidak gentar hatinya dan tidak lemah jiwanya. Dia tidak mahu selamanya menjadi hamba kesedihan dan penghinaan. Untuk merealisasikan impiannya itu, dia harus keluar dari kebiasaan hidupnya. Dia harus pergi dari tempat yang banyak menyimpan kenangan pahit untuknya. Dia tidak mahu perubahan yang ingin dia lakukan mulai esok akan menjadi sia-sia sekiranya dia masih tetap berada di situ.

“Kau serius ke ni, Sya?” tanya Zarina lagi. Dia inginkan kepastian. Wajah Syafiqah yang langsung tidak menunjukkan riak kesedihan dipandang dengan pelbagai persoalan. Drastik sungguh perubahan Syafiqah!

“Aku serius Rina. Jangan risau, aku akan tetap kuatkan hati untuk mengharungi segala dugaan ini. Demi anak aku, aku akan tabahkan hati. Kau berdua tahu, jiwa aku hampir mati bila aku melangkah keluar dari rumah tu? Tapi hari ini tak lagi. Aku dah sedar. Anak yang aku kandung ni akan jadi kekuatan aku. Aku dah tak perlukan apa-apa lagi. Cukuplah dia harta yang aku ada,” ucap Syafiqah dengan penuh yakin. Wajah Zarina dan Lydia yang sedang memandangnya turut dipandang bersilih ganti.

Zarina dan Lydia saling berbalas pandangan. Apa sudah jadi dengan Syafiqah? Bicaranya sungguh yakin. Langsung tidak ada perasaan sedih seperti semalam. Syafiqah benar-benar sudah berubah!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.